Kerjasama Program Kesetiaan AirAsia BIG dan Fave beri pengguna mata ganjaran di lebih 8,000 tawaran

MELALUI kerjasama ini, Ahli BIG boleh menebus penerbangan percuma apabila mereka berbelanja dengan Fave.

Program Kesetiaan AirAsia BIG hari ini mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Fave, untuk menawarkan lebih banyak promosi melalui pelancaran Big Deals by Fave, satu ciri baharu dalam aplikasi mudah alih Program Kesetiaan AirAsia BIG.

Kini, Ahli BIG berpeluang untuk mendapatkan ganjaran berganda, mengumpul mata ganjaran dan menebus tawaran kegemaran mereka menggunakan Mata Ganjaran BIG sambil menikmati promosi sehingga 95 peratus daripada pelbagai tawaran terbaik dalam kategori pelancongan dan gaya hidup oleh Fave.

Ciri BIG Deals oleh Fave membolehkan lebih 3.6 juta Ahli BIG di Malaysia mengumpul 1 Mata Ganjaran BIG bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk baucar dalam kategori gaya hidup pada setiap hari.

Mereka juga boleh menggunakan Mata Ganjaran BIG untuk menebus baucar BIG Deals, dalam kategori makanan, kecantikan, pelbagai aktiviti, perkhidmatan automotif, pelancongan dan kecergasan, dari jenama-jenama popular seperti A&W, Healthland, Forever 21, Le Meridien Kuala Lumpur, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 95 peratus di lebih daripada 3,700 cawangan.

Pada tahun lepas, Fave telah menawarkan penjimatan sehingga RM185 juta kepada para pengguna mereka.

Kerjasama baharu ini memberikan para Ahli BIG di Malaysia keistimewaan yang sama, sebagai sebahagian daripada komitmen Program Kesetiaan ini untuk menawarkan lebih nilai kepada ahli-ahlinya.

Selain itu, para pengguna Fave dapat mengumpul ganjaran baharu melalui Program Kesetiaan AirAsia BIG yang membuka peluang kepada lebih 3 juta pengguna Fave Malaysia untuk mula menikmati keistimewaan Ahli BIG.

Setelah mendaftar dan menghubungkan akaun BIG ke akaun Fave mereka sebelum membeli-belah, mereka dapat menumpul 1 Mata Ganjaran BIG bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di Fave, yang boleh digunakan untuk menebus penerbangan AirAsia untuk percutian hebat di lebih daripada 130 destinasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Ini merupakan
kejayaan yang penting bagi Program Kesetiaan AirAsia BIG. Dalam usaha kami untuk menjadikan Mata Ganjaran BIG sebagai mata wang digital tersendiri, kami turut ingin meneroka segmen lain dan tawaran ini membuka peluang tersebut.

Di samping itu, ia membolehkan kami menawarkan nilai hebat kepada para ahli kami, bermula di Malaysia dan seterusnya di seluruh Asean.”

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif program Kesetiaan AirAsia BIG Sereen Teoh berkata, “Kami mempunyai lebih 3.6 juta Ahli BIG di Malaysia yang setia menyokong kami selama ini. Dengan kerjasama ini, kami boleh memberikan ganjaran kepada mereka bukan hanya melalui tempahan perjalanan, tetapi sepanjang masa dengan tawaran hebat dalam pelbagai kategori setiap hari, semuanya hanya melalui aplikasi Program Kesetiaan AirAsia BIG.”

Pengasas Fave Joel Neoh berkata, “Kerjasama dengan Program Kesetiaan AirAsia BIG ini akan membolehkan kami meningkatkan lagi misi kami untuk menawarkan kemudahan dan ganjaran harian kepada pengguna BIG dan Fave.

Sama ada mereka memilih untuk melakukan aktiviti tertentu, membeli minuman atau percutian singkat, kedua-dua pengguna Fave dan Ahli BIG kini boleh mendapatkan Mata Ganjaran BIG.”

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberi ganjaran kepada Ahli BIG setiap hari. Pada bulan November, Program Kesetiaan AirAsia BIG telah melancarkan eStore, yang membolehkan Ahli BIG di Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina untuk membeli-belah daripada lebih 160 rakan kongsi dalam kategori gaya hidup dan perjalanan dalam satu platform – airasiabig.com.

Dengan jenama-jenama terpilih seperti Uniqlo, Hotels.com dan banyak lagi, eStore memberi Mata Ganjaran kepada Ahli BIG dengan lebih cepat dan menawarkan cara yang lebih mudah untuk berbelanja.

Muat turun aplikasi Program Kesetiaan AirAsia BIG dan daftarlah sebagai Ahli BIG hari ini untuk mula membeli-belah di BIG Deals dan mengumpul Mata Ganjaran BIG! Tebus penerbangan ke lebih daripada 130 destinasi AirAsia dan baucar BIG Deals, semak akaun Ahli BIG dan baki

Mata Ganjaran BIG anda serta ketahui berita dan promosi terkini, semuanya di dalam aplikasi Program Kesetiaan AirAsia BIG. Juga muat turun aplikasi Fave hari ini dan untuk mula menikmati penjimatan melalui tawaran hebat dalam pelbagai kategori seperti makanan, percutian, kecantikan, aktiviti dan banyak lagi.

Aplikasi mudah alih BIG Loyalty dan Fave kini boleh didapati di Google Play dan Apple App Store.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini