Utama Blog Halaman 1013

Trak Pikap Ford Ranger Tawar Warna Baru

Model trak pikap popular, Ford Ranger kini hadir dengan dua tambahan warna baru untuk model itu, iaitu Cool White (putih) untuk Ranger 2.2 FX4 pada harga RM121,888 dan Meteor Grey (kelabu) untuk 3.2 Wildtrak pada harga RM141,588. Harga ini adalah termasuk GST, tanpa insurans.

SEBELUM ini, varian paling tinggi 3.2 liter itu pernah menerima versi warna Jet Black edisi terhad, sebagai tambahan kepada warna Pride Orange dan Cool White. Meteor Grey ini pula sebenarnya adalah warna asal bagi FX4 semasa ia diperkenalkan.

Bagi varian 3.2 Wildtrak Meteor Grey ini, ia juga akan menerima grafik Wildtrak sepanjang bahagian belakangnya, manakala FX4 pula mendapat pelekat unik dengan cat hitam berkilat pada gril, cermin sisi dan pemegang pintu. Rel bumbung masih lagi menggunakan warna hitam matte seperti sebelumnya, dan di tepi terdapat pemijak kaki sama seperti Wildtrak.

HARGA

Ford Ranger FX4 (putih) – RM121,888

Ford Ranger Wildtrak (kelabu) – RM141,588

Spesifikasi enjin dua model ini masih sama, dengan FX4 2.2 liter masih menggunakan enjin empat silinder 2.2 liter turbodiesel berkuasa 158 hp dan 385 Nm tork, transmisi automatik enam kelajuan dengan pilihan pacuan empat roda serta sistem kawalan mendaki bukit.

Varian Wildtrak pula menggunakan enjin lima silinder 3.2 liter turbo diesel berkuasa 197 hp dan 470 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Berat yang boleh dibawa oleh Wildtrak 3.2 liter adalah satu tan, manakala pada bahagian dalamannya, ia mempunyai sistem informasi dan hiburan SYNC 3 dengan skrin lapan inci dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Semua model Ranger ini diberi jaminan tiga tahun atau 100,000 km.

Syarikat Hartanah LBS Catat Hasil Jualan RM1.4 Bilion Pada 2017

LBS tumpu kepada projek perbandaran, jamin lebih banyak kediaman bertanah mampu milik pada tahun ini

LBS Bina Group Berhad (LBS) telah membuktikan daya ketahanannya dalam sektor hartanah apabila mencapai RM1.4 bilion dalam hasil jualan untuk tahun 2017, meningkat sebanyak 15 peratus dari 2016.

LBS pastinya akan meneruskan momentum ini sepanjang tahun 2018, dengan kekal fokus menawarkan lebih banyak rumah mampu milik dan perbandaran serba lengkap, selari dengan keperluan para pembeli rumah masa kini.

“Kami menamatkan tahun 2017 dengan cemerlang dan kami terus menjadi penanda aras
dengan menyasarkan untuk mencapai RM1.8 bilion dalam hasil jualan menjelang hujung tahun 2018. Kami meramalkan permintaan terhadap rumah-rumah mampu milik akan terus menjadi keperluan utama di kalangan para pembeli rumah. Kekuatan kami terletak di sini..

LBS telah terlibat dalam pembinaan rumah-rumah mampu milik sejak dari awal lagi, Oleh sebab itulah kami mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang selama 35 tahun. Kami percaya strategi kami dalam menyediakan penawaran yang diingini, pada harga yang berpatutan dan pada masa yang sesuai akan terus mengekalkan momentum kami,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San.

LBS telah menyenaraikan BSP21 di Bandar Saujana Putra, LBS Alam Perdana dan Midhills
sebagai penyumbang utama kepada pencapaian jumlah jualannya yang luar biasa pada 2017.
LBS telah mengumumkan senarai projek-projek untuk 2018 dengan lapan pelancaran projek
baharu, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 2.19 billion. Tahun ini,
sebanyak 3,139 buah unit rumah dari LBS akan terdiri daripada rumah-rumah mampu milik
berharga di bawah RM500,000, mewakili 60 peratus daripada nilai jualan RM1.8 bilion yang
disasarkan pemaju perbandaran tersebut.

Untuk tahun 2018, portfolio LBS akan melibatkan 40 peratus pembangunan kediaman bertanah khususnya di Lembah Kelang, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM884 juta. Ini berikutan wujudnya keperluan terhadap lebih banyak rumah-rumah mampu milik yang mudah diakses kerana lokasinya yang terletak di Lembah Kelang.

Sejajar dengan tumpuannya untuk tahun 2018 dan didorong oleh kejayaan perbandaran Bandar Saujana Putra, LBS optimis dengan kemajuan dan penerimaan terhadap projek-projek perbandarannya yang masih dalam pembangunan iaitu LBS Alam Perdana di Puncak Alam, D’Island Residence di Puchong, Bandar Putera Indah di Batu Pahat dan Cameron Golden Hills di Cameron Highlands serta projek perbandarannya yang akan datang iaitu LBS CyberSouth di Dengkil.

LBS juga telah mengenalpasti projek LBS Alam Perdana, Projek Perumahan Awam 1
Malaysia (PPA1M) dan Residensi Bintang Bukit Jalil, dan LBS CyberSouth sebagai kawasan
sasaran utama yang dijangkakan bakal menyaksikan pertumbuhan pesat. Pada masa ini, LBS mempunyai bank tanah sebanyak 4,110 ekar dengan jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) masa hadapan sebanyak RM29.04 bilion.

Ini termasuk projek-projek pembangunan yang sedang berjalan melibatkan 304 ekar dan baki 3,806 ekar sebagai simpanan untuk projek pembangunan masa hadapan. Plot-plot tanah ini terletak di Lembah Kelang (43%) Johor (40%) Perak (11%) Pahang (5%) dan Sabah (1%). Setakat 27 Disember 2017, jualan belum dibil LBS ialah RM1.523bilion.

Bosch Puts The Voice Assistant Behind The Wheel

Car, we have to talk! Bosch puts the voice assistant behind the wheel

“Bosch is putting an end to the button chaos in the cockpit. We turn the voice assistant into a passenger,” says Dr Dirk Hoheisel, Member of the Board of Management of Robert Bosch GmbH. Voice talent at Bosch is by nature multilingual and does not require an external data connection for support.
“Casey”, “Linda”, or “Michael”: The driver decides on the name for the Bosch voice assistant.

“I’m Casey, your new passenger. Are you ready to get started?” Voice assistants such as Alexa, Siri, Google, Cortana, and Bixby have taken charge of smart households, control lighting and the vacuum cleaner – Bosch now puts the voice assistant behind the wheel.

The newly developed technology frees drivers from distractions so that they can concentrate on their essential task. “When drivers get into a modern car, they can sometimes feel like an airplane pilot – buttons, screens, a confusing menu navigation with a thousand sub-menus.

Bosch is putting an end to the button chaos in the cockpit. Instead, we turn the voice assistant into a passenger,” says Dr Dirk Hoheisel, Member of the Board of Management of Robert Bosch GmbH.

The assistant, who responds to the name “Casey” the first time the driver gets in, makes driving safer as well as more comfortable. According to a study from the Allianz Center for Technology, German car drivers are frequently distracted when, for instance, they operate the navigation system, adjust the air conditioning, or answer a phone call. This kind of distraction is one of the primary causes of road accidents.

Voice command functions of the past offered little help in this respect. They are frequently structured as a menu of possible options. The driver must commit the structure to memory and read the required commands from the display, and that is just as distracting.

“Say what you want the way you want to say it – Bosch puts a voice assistant in the car who understands the driver just like another person would,” says Hoheisel. The Bosch assistant no longer responds to rigidly worded commands. The voice recognition system understands natural sentence structures and can even handle accents and dialects, and it does so in more than 30 countries of the world.

English is not simply English for the talented linguist Casey; she speaks a British, American, New Zealand, or Australian dialect. More than a decade of work has been invested in the development of the voice control. Casey can do something that goes beyond the capabilities of even well-known competitors. She thinks ahead and learns.

If, for instance, the driver wants to call “Paul”, the system automatically reviews the contacts and considers the driver’s present location, time, and situation before responding. When on the way to the office in the morning, “Paul” probably means the colleague at work while the same name in the evening might refer to the best friend. To make sure, Casey asks a question: “I have found five contacts called Paul. Do you want to call Paul Stevenson?” This dependency on context is a first stage of artificial intelligence.

Another bit of sophisticated technology: the driver can, for example, also enter destination addresses in France in French – without having to make any changes in the settings manually. One example: “Take me to Champ de Mars, Cinq Avenue Anatole Paris.” Casey automatically understands the destination and calculates the route to the Eiffel Tower.

What’s more: the Bosch assistant has no need whatsoever of an external data connection. The infotainment system in the car takes over the calculation without sending any data to the cloud. Casey even stays with the drivers in tunnels, when far away from areas with good mobile network coverage, or in other countries when the smartphone is offline.

The conversation in the car becomes even more personal when the driver christens the assistant with the name of his or her choice. The days are past when the voice command system responded only to the name given by the manufacturer. Regardless of whether it is called “Casey”, “Michael”, or “Linda”, the Bosch voice recognition system understands and speaks 30 different languages with a total of 44 female and 9 male voices.

The driver activates the assistant by calling out “Hey, Casey” or uses the new name given to the assistant. The driver starts every new dialog simply by speaking directly to the assistant; no longer does the driver have to wait for a peep before starting to talk.

Model Vios 2018 Kini Dibuka Untuk Tempahan

Bagi peminat model Toyota Vios di negara ini, ada berita baik untuk anda kerana pengedar kenderaan itu bakal memperkenalkan model Vios 2018 yang dipertingkatkan dengan beberapa ciri baru membabitkan aspek luara dan dalaman.

JUSTERU itu, UMW Toyota Motor kini membuka tempahan bagi model Vios 2018 terbaru yang telah dibuka bermula hari ini. Daripada segi penampilan, bodykit yang digunakan kini adalah rekaan serba baru. Bagi versi TRD Sportivo pula, walaupun menggunakan bodykit seperti yang sebelumnya, kemasan garis merah ditambah bagi menyuntik elemen baru padanya.

Perbezaan ketara bagi versi TRD ialah cermin sisi, antena dan spoiler belakang kini dalam warna hitam manakala pelekat baru juga menghiasi bahagian sisinya, serta kemasan tambahan warna merah yang diberikan pada bahagian penutup ruang tengah pada rim.

GX Front Style_color sep

Selain penampilan luaran yang diberi imej lebih segar, Vios 2018 ini juga dilengkapi dengan pelbagai aksesori tambahan terbaru, seperti sensor parkir (standard bagi varian TRD, GX dan G), antena shark fin dan plat pintu dengan pencahayaan.

Sistem hiburan DVD-AVX dengan ciri dipertingkat juga ditawarkan meliputi paparan kamera undur sebagai ciri standard bagi semua varian kecuali Vios J (MT) dan J (AT). Ciri lain yang ada sebelum ini seperti Panoramic View Monitor dan perakam video digital masih dikekalkan.

TRD Rear static tyre 02

Sama seperti sebelumnya, enam varian ditawarkan dengan harga masing-masing seperti berikut:

Vios 1.5J (MT) RM74,980
Vios 1.5J (AT) RM77,980
Vios 1.5E (AT) RM81,980
Vios 1.5G (AT) RM87,980
Vios 1.5GX (AT) RM90,980
Vios 1.5TRD (AT) RM93,980

*Semua harga yang dinyatakan ini tidak termasuk insurans.

Sama seperti model-model baru Toyota yang lain, Vios didatangkan dengan tempoh jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. Jika kenderaan terbabit dijual semula dalam tempoh lima tahun pertama ini, perlindungan turut akan diberikan kepada pemilik keduanya, memberikan nilai tambah kepada kenderaan.

VIOS 2018 DVD-AVX

 

On-the-Road Price Without Insurance (RM) – Individual Private
Region Toyota Vios 1.5J (MT) Toyota Vios 1.5J (AT) Toyota Vios 1.5E (AT) Toyota Vios 1.5G (AT) Toyota Vios 1.5GX (AT) Toyota Vios 1.5TRD Sportivo (AT)
Peninsular Malaysia 74,980.00 77,980.00 81,980.00 87,980.00 90,980.00 93,980.00
Sabah 77,048.00 80,048.00 84,048.00 90,048.00 93,048.00 96,048.00
Sarawak 77,048.00 80,048.00 84,048.00 90,048.00 93,048.00 96,048.00
Langkawi 60,832.62 62,324.12 65,182.25 69,964.22 72,794.40 75,475.33
Labuan 61,783.62 63,275.12 66,133.25 70,915.22 73,745.40 76,426.33
On-the-Road Price Without Insurance (RM) – Company Private
Region Toyota Vios 1.5J (MT) Toyota Vios 1.5J (AT) Toyota Vios 1.5E (AT) Toyota Vios 1.5G (AT) Toyota Vios 1.5GX (AT) Toyota Vios 1.5TRD Sportivo (AT)
Peninsular Malaysia 75,420.00 78,420.00 82,420.00 88,420.00 91,420.00 94,420.00
Sabah 77,048.00 80,048.00 84,048.00 90,048.00 93,048.00 96,048.00
Sarawak 77,048.00 80,048.00 84,048.00 90,048.00 93,048.00 96,048.00
Langkawi 61,227.62 62,719.12 65,577.25 70,359.22 73,189.40 75,870.33
Labuan 61,783.62 63,275.12 66,133.25 70,915.22 73,745.40 76,426.33

 

Kia Picanto Serba Baru, Dilancarkan Pada 10 Januari Depan

Generasi ketiga Kia Picanto Serba Baru bakal dilancarkan Naza Kia Malaysia pada minggu hadapan dengan pelbagai ciri keselamatan terkini.

SELAIN rekaan futuristik, elemen keselamatan juga dipertingkat termasuk prestasi enjin dengan teknologi termaju terdapat dalam model ini.

Picanto adalah kenderaan segmen A bagi kategori bukan kereta tempatan kini dengan casis lebih kukuh melalui Besi Berketahanan Tinggi Termaju (AHSS) dan enam beg udara pada bahagian depan dan sisi.

Untuk sistem hiburan dan informasi, ia kini dipasangkan skrin sesentuh bersaiz 7 inci dengan fungsi Apple CarPLay dan Android Auto serta ciri pengecaman suara.

Fungsi itu juga membolehkan pemilik menggunakan telefon pintar melalui ‘Head Unit’ untuk muzik, panggilan telefon dan navigasi bagi kemudahan dan tiba ke destinasi dengan selamat.

Ruang dalaman fleksibel termasuk baris tempat duduk belakang boleh dilipat untuk ruang kargo sehingga 1,010 liter bagi disesuaikan dengan keperluan dan gaya hidup pemilik Kia Picanto.

Kia Picanto Serba Baru ini akan berada di pasaran dan di ruang pameran Kia terpilih bermula 10 Januari 2018 serta untuk Sabah dan Sarawak pada awal Februari 2018.

Untuk melihat dengan lebih dekat Kia Picanto Serba Baru, anda boleh berkunjung ke Highstreet, One Utama dari 10 hingga 14 Januari 2018. Nantikan liputan PREBIU.com pada majlis palancaran Kia Picanto Serba Baru!

Wassiyah Shoppe Berhad Bantu Urus Harta Pusaka

Wasiyyah Shoppe Berhad (Wassiyah Shoppe), organisasi peneraju di dalam perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah di Malaysia , hari ini mengumumkan pengukuhan perkhidmatan pengurusan harta pusakanya.

Pengarah Eksekutifnya, Azrin Sabirin berkata, Wasiyyah Shoppe sebelum ini lebih banyak menumpukan perkhidmatan pengurusan harta pusakanya khas untuk 50,000 pelanggan yang telah menyediakan dokumen bersamanya sahaja.

Azrin Sabirin

Bagaimanapun, disebabkan faktor permintaan yang semakin meningkat dan kes pusaka yang semakin banyak pada 2017 , pada tahun 2018 ini Wasiyyah Shoppe Berhad membuka perkhidmatan pengurusan harta pusakanya bagi masyarakat umum.

“Kini, rakyat Malaysia yang kematian ahli keluarga yang bukan pelanggan Wasiyyah Shoppe ketika hidupnya, boleh menghubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka ini. Kami akan membantu mereka memfailkan tuntutan kes harta pusaka di Pejabat Pesaka Kecil bagi kes pusaka yang bernilai kurang dari RM2 juta dan bagi kes di Mahkamah Tinggi  Sivil bagi kes bernilai RM2 juta dan ke atas.”

“Kami berbangga dengan rekod pengurusan harta pusaka kami iaitu ada kes yang berjaya diselesaikan sepantas satu bulan setengah bagi kes di Pejabat Pesaka Kecil dan 10 hari di Mahkamah Tinggi Sivil,” katanya.

Secara puratanya pula kebanyakan kes pusaka ini diselesaikan di antara tiga hingga enam bulan bagi kes Pesaka Kecil manakala bagi kes Mahkamah TInggi Sivil tempoh purata antara sebulan ke tiga bulan. Dalam ukuran standard industri, tempoh penyelesaian ini  adalah amat pantas.

Kelebihan Wasiyyah Shoppe ialah kerana ia tidak mengenakan caj pengurusan harta pusaka berdasarkan nilai harta pusaka seperti yang dikenakan kebanyakan organisasi lain di Malaysia, sebaliknya caj pada skala tetap dikenakan mengikut proses pusaka sama ada berlaku di Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi

Ini menjadikan caj pengurusan pusaka yang dikenakan Wasiyyah Shoppe secara relatifnya adalah jauh lebih rendah dari caj pasaran.

Azrin yakin Wasiyyah Shoppe mampu mencapai sasarannya untuk membantu menyelesaikan 200 kes pusaka bagi  perkhidmatan ini pada tahun 2018.

Pelakon ‘The Rock’ Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

Filem terbaru, Jumanji yang mencatatkan kutipan tayangan RM48.29 juta selepas dua minggu ditayangkan di seluruh dunia, kini muncul antara filem paling laris di Malaysia sekarang.

PENCAPAIAN luar biasa filem arahan Jake Kasdan itu diumumkan pelakon Dwayne Johnson atau The Rock menerusi video di Instagramnya.

“Terima kasih Malaysia. Kami masih nombor satu. Kami mahu terus kekal jadi filem paling laris di Malaysia,” katanya.

Ahli gusti profesional berusia 45 tahun itu meneruskan ucapannya dengan mengimbau kembali perlawanan WWE di Kuala Lumpur.

“Malaysia, anda sangat istimewa dalam hati saya. Pada awal karier, saya mengeluarkan segala kudrat di perlawanan Kuala Lumpur.

“Peluang membuat persembahan di hadapan penonton memberi semangat sukar dilupakan. Saya sayang anda dan harap anda terus terhibur menonton Jumanji,” katanya.

Johnson turut membuat beberapa siri video mengucapkan penghargaan kepada penonton di Indonesia, Mexico, China, Korea Selatan, Jepun, Jerman, Russia, Australia, New Zealand, United Kingdom dan Perancis.

Selain Johnson, Jumanji turut dibintangi Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillian dan penyanyi Nick Jonas.

 

Penyanyi Tasha Manshahar Kini Tunang Orang

Penyanyi Tasha Manshahar yang popular dengan lagi Terima Kasih Cinta kini bergelar tunangan kepada seorang jejaka pilihan berasal dari Melaka yang dikenali lebih setahun.

CIKGU Tasha yang kini bertugas sebagai guru di Melaka berkata, dia selamat bertunang dengan lelaki kelahiran Melaka pada 24 Disember lalu.Beliau dan tunangnya bakal melangsungkan majlis nikah pada pertengahan tahun ini.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar, sederhana dan teratur. Ia dihadiri oleh keluarga dan kawan rapat. Selepas lebih setahun berkenalan dan berkawan, sekarang kami diizinkan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Tarikh majlis sudah ditetapkan, cuma saya belum boleh berkongsi. Insya Allah, saya akan beritahu kelak. Apa boleh dikatakan, kami sudah mulai membuat persiapan majlis yang bakal berlangsung,” katanya.

Ditanya mengenai majlis nikah nanti, Tasha berkata ia bakal diadakan di Kuala Lumpur dan bukan di kampung halamannya di Sandakan, Sabah.

“Memandangkan sekarang saya bertugas di Melaka, jadi saya tak ada banyak masa untuk menguruskan majlis jika diadakan di Sabah.Jadi, saya memilih untuk melangsungkan majlis di sini saja. Insya Allah, keluarga saya turun KL,” katanya.

Ditanya mengenai identiti bakal suaminya, Tasha belum bersedia untuk berkongsi lanjut.
“Ini baru majlis tunang, jadi belum masa sesuai saya nak perkenalkan. Insya Allah, pada majlis nikah nanti semua orang akan tahu juga,” katanya.

TAHNIAH dari PREBIU.COM kepada Tasha Manshahar dan bakal suami.

BMW Credit Malaysia Sambut Ulang Tahun Ke-10

BMW Credit Malaysia meraikan dan memberi ganjaran kepada pelanggan dan rakan korporat utamanya dalam Satu Majlis Makan Malam Istimewa Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-10

Acara itu diadakan di The Glass House at Seputeh dan ketika mengalu-alukan kedatangan para pelanggan ke majlis makan malam tersebut, Tobias Eismann, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Credit Malaysia menyampaikan rasa terima kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan kepada syarikat selama ini.

“Selama sedekad beroperasi di negara ini, BMW Credit Malaysia jelas bertambah kukuh. Kami bukan sekadar menyokong pertumbuhan BMW Group Malaysia di negara ini, malah memfokuskan sumber terhadap keperluan pelanggan demi membolehkan perniagaan kami berkembang selari dengan bidang mobiliti.

“Perkara ini direalisasikan melalui penawaran produk-produk kewangan serta perkhidmatan yang mendahului industri seperti program Full Circle dan Ultimate Protection Program Plus (UPP+). Program itu membantu melengkapkan Pengalaman Pemilikan Premium dan janji yang diberikan oleh BMW Group di Malaysia,” katanya.

Jelas Eismann lagi, melalui program Full Circle, BMW Credit Malaysia telah memperkenalkan konsep ‘Ownership on Demand’ dalam segmen premium industri automotif negara.

“Program Full Circle membolehkan pelanggan kami menghilangkan rasa bimbang dan risiko memilki sebuah kenderaan dalam tempoh yang lama. Kami membantu pelanggan untuk keluar dari kebiasaan, seterusnya membolehkan mereka mendapat ketenangan minda dari segi pengalaman pemilikan kereta BMW atau MINI tanpa wujud risiko harga. Mereka juga tidak perlu bersusah payah melakukan urusan rundingan trade-in dan menjual sendiri kenderaan pada penghujung kitaran pemilikan.”

Direka untuk meningkatkan fleksibiliti serta jaminan kepada para pelanggan BMW dan MINI, program pembiayaan baharu menawarkan rangkaian pilihan penyelesaian yang luas berdasarkan kepada bajet serta pengalaman pemilik. Ia diikuti dengan pelan-pelan fleksibel yang menawarkan bayaran bulanan lebih mampu milik serta tempoh pinjaman lebih pendek.

Pelan itu juga menjanjikan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda, bersama proses belakang tabir yang mudah, di samping dapat mengekalkan nilai BMW atau MINI yang dibeli menerusi program ini pada masa depan.

Rakan-rakan premium yang hadir di majlis makan malam itu termasuklah Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd dan Tokio Marine Insurance Group.

Maklumat lanjut mengenai Program Full Circle daripada BMW Credit Malaysia, sila layari laman web: www.bmw.com.my atau www.mini.my

Tahniah, Zizie Ezette Dapat Bayi Kembar Lelaki

Pelakon, Zizie Ezette, 39, menerusi akaun Instagramnya mengumumkan berita kelahiran bayi kembarnya yang selamat dilahirkan pada pagi Jumaat, lalu.

“Ibu yang menyambut hari ulang tahun kelahiran, bersama dua ‘hadiah’ awalnya,” tulisnya di akaun Instagram dengan nama @zizieizette itu.

Beliau berkata, kedua-dua bayi lelaki itu dilahirkan secara pembedahan dan kini berada dalam keadaan sihat.“Ibu menjangkakan kelahiran kedua-duanya pada hari ini, (30 Disember), tapi mereka memberi kejutan dan dilahirkan menerusi pembedahan C Section, Jumaat, 29 Disember,” katanya.

Bayi kembar pertama dilahirkan pada jam 5.48 pagi, manakala bayi kembar kedua selamat dilahirkan dua minit selepas itu.Zizie juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kelancaran proses bersalinnya.

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu menunjukkan Zizie memegang dua bayi kembarnya dan menerima hampir 30,000 ‘like’ dalam masa 20 minit serta komen ucapan tahniah daripada netizen.

Beberapa artis tempatan juga dilihat menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen antaranya Siti Sarah Raisuddin, Fara Fauzana dan ramai lagi. Ini adalah kelahiran pertama hasil perkahwinannya dengan ahli politik, Datuk Bung Moktar Radin, 58 tahun. Gambar dari Instagram Zizie

Post Menarik