Petron ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan (MoF) atas kepercayaan dan keyakinan untuk dilantik sebagai salah satu pembekal bahan api yang diakreditasi untuk kenderaan kerajaan pada 3 Ogos 2018 yang lalu.
PETRON juga menghargai usaha mereka untuk menggalakkan persaingan sihat dalam industri petroleum.
Seperti syarikat dan pembekal bahan api yang lain, kami telah melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses usaha wajar yang telus seperti yang telah digariskan oleh MoF.
Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan Mac 2015 dan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada bulan November tahun yang sama sebagai pembekal peralatan.
Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui proses yang ekstensif, kami diiktiraf sebagai salah satu pembekal bahan api hanya pada bulan Ogos 2018.
Kami sentiasa komited untuk memenuhi keperluan bahan api pengguna dengan membekalkan produk premium kami.
Kami akan terus membuat pelaburan besar dalam industri hiliran minyak dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan menaiktaraf kilang penapisan kami, mengukuhkan keupayaan logistik, dan mengembangkan rangkaian stesen kami.
Kami berharap akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna pada masa hadapan.