Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Kulit yang sihat berseri adalah sebahagian daripada kunci keyakinan diri. Semakin meningkat usia semakin mencabar untuk mengekalkan “keremajaan” raut wajah.

Setiap wanita akan melalui proses penuaan kulit yang berbeza. Kesibukan gaya hidup dan faktor persekitaran wanita masa kini tidak kira sama ada sibuk menggalas tuntutan kerjaya atau peranan sebagai seorang suri rumah membuatkan mereka mencari solusi yang efektif, cepat dan selamat untuk masalah penuaan kulit mereka.

Safi peneraju jenama nombor satu penjagaan kulit Halal Malaysia mengorak evolusi baharu penjagaan kulit dengan melancarkan Safi Youth Gold Retinol – Rangkaian penjagaan kulit yang dapat memulihkan masalah penuaan dan diperhebat dengan kombinasi bahan terunggul.

Kombinasi tiga kali Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas dan Squalane terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari.

Safi Youth Gold Retinol tidak sekadar tentang menawarkan penjagaan kulit premium, ia tentang mewujudkan akses kepada penyelesaian penjagaan kulit yang canggih untuk semua.

Secara tradisional, produk yang mengandungi Retinol sering dikaitkan dengan harga yang mahal, kerap kali di luar jangkauan ramai. Menariknya, Safi Youth Gold Retinol menawarkan rangkaian penjagaan kulit dengan bahan utama Retinol berkualiti tinggi pada harga mampu milik dan berpatutan.

Produk ini mengungguli rangkaian produk SAFI yang merangkumi produk pelindung matahari retinol yang pertama di Malaysia, serum, ”esen ajaib” dan pelembap retinol.

Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI Kazlina Mohd Kassim berkata, kehebatan manfaat kecantikan dengan menggunakan Retinol tidak dapat dinafikan dan menjadi antara bahan pilihan utama dalam produk penjagaan anti- penuaan kulit masa kini.

“Namun, ianya lebih terkenal di dalam perawatan kecantikan klinikal dengan prosedur, formulasi tertentu dan perlu dipantau oleh pakar yang membuatkan prosedur ni terlalu mahal dan kurang mampu milik.

SAFI bersama-sama para saintis di dalam penyelidikan dan Teknologi Sains kecantikan melalui rangkaian Safi Youth Gold Retinol – “The Gold Standard of Retinol” produk penjagaan kulit wajah anti – penuaan yang terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari* membuatkannya senang didapati kerana dijual di cawangan Watsons di seluruh Malaysia dengan harga mampu milik supaya semua wanita boleh mendapatkan manfaat retinol dengan mudah,” katanya.

Rangkaian Safi Youth Gold Retinol merangkumi 5 jenis produk yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana telah diuji oleh pakar dermatologi, ia juga boleh digunakan setiap hari tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan ke atas kulit.

Majlis pelancaran produk itu turut menjemput Dr Syairah Nadia Mohamad, Pakar Estetik dan Anti Penuaan yang telah berkongsi secara ringkas tentang faktor penuaan kulit serta menyangkal mitos tentang Retinol.

“Masalah penuaan kulit jika tidak dicegah dari awal akan mula menampakan garis halus, hiperpigmentasi, kedutan, dan bintik-bintik penuaan yang dalam, Retinol adalah jawapannya.

“Kehebatan manfaat bahan terunggul Retinol ini digunakan dalam formulasi yang betul di dalam rangkaian produk ini yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit serta sesuai untuk rutin penjagaan kulit siang dan malam dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan ke atas kulit,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini