Meskipun jumlah rakyat Malaysia yang melaksanakan ibadah korban di Kemboja berkurangan, NGO Antarabangsa terus menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Pengerusi NGG Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, pada tahun ini hanya kira-kira bawah 10 ekor dibeli untuk tujuan ibadah korban kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang mahu menyertainya.

“Apa yang penting kita lakukan ibadah korban mengikut syarat dan membeli lembu ikut harga yang diamanahkan oleh individu berkenaan.

“Saya tidak ambil duit ikut bahagian lembu sebaliknya membeli seekor lembu dengan harga USD600 dolar,” katanya ketika meninjau pusat jualan lembu di Kampung Serah, Kemboja.

Beliau berkata, lembu-lembu untuk ibadah korban perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum pembelian dilakukan khususnya memilih lembu yang cukup syarat dan jenis baka yang baik.

“Jangan cari lembu atau kambing bagi ibadah korban untuk kepentingan diri sendiri atau keuntungan perniagaan semata-mata,” katanya lagi.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini