Farm Fresh memperkenalkan edisi terbaharu Siri Mum2Mum Hi-Tea mereka, yang kini dijadualkan secara dwi-bulanan sambil memberi peluang kepada para ibu untuk berkenalan dan bertukar-tukar pandangan tentang penjagaan anak-anak.
Selepas beberapa edisi yang dijalankan dengan jaya, Farm Fresh meneruskan siri Hi-Tea Mum2Mum yang dinanti-nantikan sebagai satu platform berterusan buat para ibu untuk menikmati keindahan pengalaman sebagai ibu.
Sesi yang dirancang dengan teliti ini memberi peluang kepada para ibu yang mengambil bahagian untuk berkenalan, beramah-mesra dan berkongsi pengalaman mereka dari ‘ibu kepada ibu’ atau ‘Mum2Mum’.
Penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga duta jenama dan ibu kepada Siti Aafiyah Khalid serta Muhammad Afwa Khalid, turut sama hadir menyerikan majlis.
Seperti semua ibu, Dato’ Sri Siti gembira diberi peluang untuk berinteraksi dengan ibu-ibu lain dan bercakap tentang kegiatan harian serta cabaran mereka.
Keputusan Farm Fresh untuk mengatur siri penting ini buat ibu-ibu kanak-kanak kecil, adalah bersempena dengan pelancaran susu tepung rumusan kanak-kanak Farm Fresh Grow baru-baru ini.
“Susu formula kami memainkan peranan penting dalam perjalanan tumbesaran kanak-kanak. Farm Fresh sangat mementingkan peranan ibu dalam membawa nilai yang sangat besar dalam hal kesihatan anak dan keluarga mereka.
“Tiada cara yang lebih baik selain menyatukan para ibu bersama-sama dalam suasana yang intim untuk terus melibatkan diri, mendidik, memberi sokongan dan meraikan perjalanan sebagai seorang ibu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Farm Fresh, Loi Tuan Ee.
Sebagai sebahagian daripada acara itu, perbincangan panel turut diadakan dengan menampilkan ahli panel terkenal termasuk Cheah Tien Keat, pakar Probiotik BB-12(R) di dalam bidang Biosolutions Kesihatan Manusia di Novonesis, Natalie Loo, pakar pemakanan holistik yang dihormati, dan Duta Jenama Farm Fresh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Perbincangan ini bertujuan untuk mendalami topik-topik mengenai pemakanan kanak-kanak, tumbesaran dan pengalaman seorang ibu.