Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican menyampaikan bantuan kepada 120 fakir miskin yang terdiri daripada orang tua, mualaf dan ibu tunggal serta anak anak yatim kampung berkenaan.

Menurut Mustapha ini adalah kali pertama beliau datang ke kampung ini yang agak jauh terpencil dan berhampiran sempadan. Rata-rata penduduk disini bergantung kepada pendapatan mengambil upah mengangkat barang dari lori di sempadan.

Pendapatan mereka tidak menentu dan hidup mereka kebanyakannya miskin dan daif.

Mustapha berkata, kampung ini mempunyai 300 buah rumah yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu atau zink.

“Tanah kawasan ini sukar untuk bercucur tanam kerana keadaan cuaca panas dan tanah berbatu,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Ramly Yusof berkata, ini merupakan kali pertama kampung ini mendapat bantuan setelah berakhirnya Covid-19.

“Kita bertuah hari ini Dato Dr Mustapha merupakan Tokoh NGO Antarabangsa sanggup datang ke kampung ini. Syukur kita semua kehadrat Allah SWT kerana kampung Parahdau walaupun agak terpencil jauh tetapi beliau sanggup datang dalam keadaan cuaca yang begitu panas mencecah 45 darjah celsius.

“Kita berharap dimasa depan beliau dapat membantu anak-anak yatim dan memperkasakan masjid kampung ini dengan kemudahan yang lebih baik seperti tempat berwuduk perigi dan kemudahan kipas masjid,” katanya.

Mustapha berkata, beliau akan berusaha mencari dana untuk membantu masyarakat Islam di Kemboja dan berharap lebih ramai penderma akan menghulurkan bantuan kepada NGO Antarabangsa.

“Oleh itu marilah bersama-sama kita berdoa semoga penderma yang menderma hari ini akan terus menderma dan semoga Allah taala memberkati serta membalas kebaikan mereka semua,” katanya.

Turut hadir lebih 200 penduduk kampung berkenaan termasuk ketua kampung Isa Yakob dan Imam Masjid, Ansari Yusof.

Dalam pada itu, Mustapha turut melawat dan memberi derma kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan serta tidak mampu bekerja untuk menampung kehidupan dan hanya mengharapkan ihsan penduduk sekitar.

“Kesusahan 5 orang adik beradik yatim piatu turut dibantu kerana keluarga ini mempunyai rumah yang daif dan tidak mempunyai makanan yang mencukupi. Mereka juga hanya mengharapkan ihsan daripada jiran-jiran. Semoga anak-anak yatim ini terus tabah dan kuat dalam meneruskan kehidupan,” katanya lagi.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini