Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dato Dr Mustapha Ahmad Marican menyerahkan sumbangan bagi menampung kos membaikpulih masjid Kg Pak Phau Cambodia berjumlah kira-kira USD5,000.

Penyerahan sumbangan berkenaan diserahkan kepada imam yang juga hakim kampung tersebut, Ustaz Abdul Muttalib turut saksi oleh hampir 800 jemaah pada Jumaat lalu.

Mustapha berkata, sumbangan yang diperolehi ini diharap dapat menampung kos berkenaan dan tidak membeban penduduk kampung yang hanya bergantung kepada sumber pertanian yang berkurangan akibat cuaca panas.

“Kita juga berharap konsep kerjasama erat antara masyarakat perlu dikekalkan khususnya pada bulan Ramadan yang mulia ini dan berharap rakyat Malaysia yang prihatin terus memberi sumbangan kepada usaha membantu masyarakat Islam di Kemboja ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan cuaca panas kering mencecah 42 darjah selsius ketika ini tidak mematahkan semangat beliau terus berbakti kepada masyarakat Islam yang daif di pedalaman Kemboja.

“Saya sendiri turun dari lori yang diisi penuh dengan beras dan keperluan asas lain berjalan kaki ke kampung pedalaman yang kebanyakannya penduduk Islam,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 1,000 kapit beras diagihkan dengan setiap kapit 20 kilogram bagi satu keluarga selain barangan asas lain seperti minyak, gula, tepung, susu dan lain-lain,” katanya.

Antara cabaran selain cuaca panas terik ialah jalan yang berdebu dan tidak rata serta kedudukan kampung ke kampung lain agak jauh manakala tiada hotel atau rumah tumpangan sekitar kawasan kampung tersebut.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini