Bagi meraikan kegemilangan atlit negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD)
termasuk 16 saluran dedikasi tambahan serta dua saluran eksklusif (Saluran 801 & 802HD) untuk Olimpik Paris, 2024 pada temasya yang akan membuka tirainya pada 24 Julai hingga 12 Ogos ini.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, “Dengan liputan di pelbagai platform, Astro akan membawakan liputan komprehensif bersama tenaga kerja Astro yang juga akan terbang ke Paris bagi membawakan kehangatan, detik suka dan duka atlit negara di temasya sukan berprestij dunia ini nanti.
“Kami juga memahami setiap peminat mempunyai cara yang tersendiri untuk menikmati
tontonan aksi terulung acara sukan di temasya ini nanti. Oleh itu, kami menawarkan pengalaman tontonan yang fleksibel dimana pelanggan boleh memilih untuk menonton secara langsung melalui peranti pilihan dengan pelbagai kaedah langganan mengikut citarasa tontonan anda,” katanya.
Antara acara sukan dan aksi yang akan menjadi tumpuan seperti Berbasikal, Badminton, Angkat Berat, Pelayaran, Terjun, Golf, Menembak dan Olahraga dan wartawan kami iaitu Azlan Mubin, Fariha Razak, Ahmed Shahrazad Sani dan Zulhelmi Zainal Azam akan berada di Paris bagi membawakan laporan terkini atlit yang akan mengalas cabaran negara nanti.
Sementara itu, barisan hos yang akan mewarnai dan menemani penonton di studio Astro nanti seperti Hafizal Hamad, Faiz Gurun, Alice Harun, Abang Botak, Keesh ‘Mat stats’ dan Lily Hamzah.
Semua pelanggan Astro akan mendapat akses percuma 16 saluran khas Paris 2024 dalam
tontonan HD termasuk 6 saluran boleh ditontoni di Astro GO. Pelanggan juga boleh menonton Astro Arena (Saluran 801 dan 802) untuk ulasan dan liputan dalam Bahasa Malaysia. sooka: Strim Paris 2024 dengan mana-mana pelan langganan sooka dari RM13.90 ke atas untuk 16 saluran khas yang boleh disaksikan di peranti pilihan. Untuk menonton aksi Paris 2024, dapatkan tawaran sooka Premium melalui tawaran istimewa web kami bermula dari RM29.60 (harga asal RM47.10 sebulan).