Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga merangkap Profesor Adjung UMT, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Aviation Services (MAG) En. Mohd Nadziruddin Mohd Basri di KLIA Sepang, baru-baru ini.

Mustapa berkata, fokus utama yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah berkaitan perkhidmatan dan keselamatan dalam industri penerbangan sangat penting agar keselamatan dan keamanan operasi penerbangan terjaga.

Beliau berkata, antara perkara lain dibincangkan ialah pelbagai isu semasa berkaitan latihan penerbangan dan kargo, pengurusan, ancaman keselamatan dan isu-isu serantau dan antarabangsa.

“Aviation Services (MAG) sangat mementingkan perkhidmatannya agar fungsi dan peranan AeroDarat Services, MASkargo, MAB Academy dan MAB Engineering tercapai.

“Keselamatan penerbangan amat ditekankan kerana banyak kejadian yang berlaku disebabkan oleh faktor kecuaian dan pihak syarikat penerbangan perlu melihat perkara ini,” katanya.

Mustapha juga memuji langkah diambil oleh Mohd Nadziruddin ketika pandemik Covid-19 dimana tidak ada staf atau kakitangan Aerodarat yang diberhentikan walaupun ketika itu tidak banyak penerbangan dan aktiviti kargo yang berjalan.

“Saya memuji usaha kebajikan syarikat kepada kakitangan dan berharap kebajikan mereka terus dijaga supaya mutu perkhidmatan di semua lapangan terbang dalam dikekalkan sekali gus membawa imej baik kepada negara,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini