Susulan kejayaannya yang memberangsangkan di Malaysia, SKINTIFIC teruja untuk mengumumkan pelancaran produk Perfect Stay Velvet Matte Cushion untuk mengakhiri penantian ramai.

Produk kusyen yang inovatif ini bakal merevolusi industri solekan dengan liputannya yang sempurna serta manfaat tambahan pada kulit. Sehubungan itu, SKINTIFIC juga berbangga untuk memperkenalkan Daiyan Trisha sebagai duta kosmetik jenama bagi kategori produk
solekannya.

Berjaya menempa nama dalam tempoh yang singkat di rantau ini, SKINTIFIC merupakan jenama yang terlaris dalam kategori penjagaan kulit dan kosmetik di cawangan rakan-rakan runcit yang terkemuka seperti Watson dan Guardian, termasuk di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan juga TikTok.

Produk solekan SKINTIFIC telah melakar pelbagai kejayaan di serata dunia. Produk-produk kusyennya mendapat perhatian dan sambutan yang amat baik daripada para pelanggan dan juga selebriti.

SKINTIFIC Cover All Perfect Cushion yang popular misalnya telah menjadi teras kepada banyak rutin solekan ekoran teksturnya yang ringan berserta ciri liputannya yang tinggi, digandingkan dengan keupayaan untuk menyuburkan serta menguatkan benteng kulit melalui ramuan 5X Ceramide, Centella and Hyaluronic Acid.

Perfect Stay Velvet Matte Cushion yang baharu pula telah menyaksikan sebuah pelancaran yang amat mengagumkan baru-baru ini di Indonesia, di mana 100,000 kusyen telah terjual dalam tempoh 24 jam.

Kini boleh didapati di Malaysia, para pengguna berpeluang untuk menikmati kusyen tahan lama ini yang menjanjikan kulit yang sihat lagi sempurna, disumbang oleh Agen Pembentukan Lapisan 3D serba inovatif yang meminimumkan pengoksidaan di samping teknologi Pengekang Minyak Pintar yang menjanjikan pengekangan minyak selama 12 jam.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini