Utama Blog Halaman 991

Honda Malaysia Invests RM11 Million To Expand Parts Warehouse

Honda Malaysia recently completed the Phase 2 expansion of the Parts Warehouse in Bukit Jelutong to further support the rising after-sales demand, which grew in tandem with the increased sales and service intakes.

THE expansion of Honda Malaysia Parts Warehouse not only increases storage space but also improves warehousing operations, speeds up delivery of parts to dealers and customers as well as accommodates the company’s future business growth.

Honda Malaysia invested RM11 million to expand the storage capacity of the current warehouse to a total build up area of 21,700 square metres. The warehouse supports the parts requirements of the 93 Honda dealers in Malaysia, sits on a 50,000 square metres land and was opened in 2012.

– The warehouse expansion supports the increasing demand with bigger storage and more
efficient warehouse operations
– Honda Malaysia also enhanced the warehouse operations by improving parts delivery time to dealers and customers, including undertaking night delivery of parts to dealers, and delivery using motorcycle for small parts
– This Phase 2 of Parts Warehouse expansion is able to cater until year 2022

Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Toichi Ishiyama said, “Honda Malaysia has recorded remarkable sales growth and service intakes in the last four years and this in turn has translated into an increasing demand for spare parts.

This expansion is timely as sales of spare parts have experienced a growth of 32% while demand arising from body and paint activities rose by 48% in 2017 against the 2016 records. With this expanded warehouse, we will be able to deliver parts in a timely manner to dealers, towards providing better customer service.”

The Phase 2 expansion of the Parts Warehouse will see a restructuring of stock placement,
locations within the warehouse and the optimisation of space to ramp up efficiency and capacity.

This includes placing fast moving and frequent pick-up items near outgoing area to reduce travel time during parts pick-up and minimize the movement of fork-lift and therefore, enable staff to work at high operation efficiency. At the same time, the storage operations now maximize available spaces which were previously unutilized.

The operation as well is a lot faster with the implementation of bar code system for items that are already pre-packed and pre-labeled from suppliers, which require only verification upon arrival for immediate update into system.

The simplified process and improved capacity are complemented by another proactive step which is by undertaking night delivery of parts to dealers or outlets. Honda Malaysia also implemented delivery using motorcycles for small parts. All these affirmative steps are put in place to ensure dealers receive the parts promptly, do not interrupt their operations and contribute towards serving customers better.

The expansion also encompassed an environmentally friendly practice where all packaging
materials are recycled to eliminate disposal and waste.

Produk IKS Di ‘Joyful Malaysia @KLIA And klia2’

Orang ramai kini berpeluang mengunjungi program ‘Joyful Malaysia @KLIA and klia2’ yang menampilkan jualan pelbagai produk industri asas tani keluaran usahawan Bumiputera Pulau Pinang sehingga 4 Mac.

PROGRAM itu diadakan di kawasan Anjung Malaysia, (dahulunya dikenali sebagai Anjung Tinjau), di tingkat lima KLIA serta di Agrobazaar dan ruang legar klia2.

Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang, Datuk Muhammad Farid Saad berkata, program dengan kerjasama Malaysia Airports Holding Berhad dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu membabitkan lebih 22 usahawan dan 67 unit simpanan stok (SKU).

“Program dengan warna dan bunyi negeri, memberi peluang kepada pengguna di kedua-kedua terminal penerbangan untuk melihat, merasai, mengalami dan menikmati keunikan produk, destinasi pelancongan serta menonjolkan juga kekuatan seni, budaya dan warisan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Katanya program itu adalah kesinambungan siri sebelum ini yang pernah menampilkan usahawan dan budaya dari Perak, Melaka, Johor, Selangor, Kelantan dan Terengganu pada tahun lalu.

Program itu turut mendapat sokongan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Beliau berkata, sempena penganjuran itu, pihaknya turut melaksanakan kerjasama memasarkan produk jenama Seri Pinang yang sinonim dengan negeri Pulau Mutiara itu.

BMW Concept 8 Series Bakal Tiba Di Malaysia

BMW Group Malaysia persembahkan BMW Luxury Excellence Pavilion buat julung kalinya di Malaysia pada 22 Februari 2018

PADA 22 Februari 2018 ini, BMW Group Malaysia akan mempersembahkan BMW Luxury Excellence Pavilion buat julung kalinya di Malaysia. Program yang mengagumkan dan pertama seumpamanya itu juga akan memperkenalkan  BMW Concept 8 Series untuk kali pertama, bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami sangat teruja kerana dapat membawakan BMW Luxury Excellence Pavilion ke Malaysia pada hujung bulan ini.

Pavilion ini merupakan satu program yang menawarkan pengalaman yang unik dan tiada setandingnya. Ia sebelum ini dibuka di Toronto, Kanada dan kini berada di Malaysia. Pavilion ini menyerlahkan visi kami tentang tarikan kemewahan jenama kami. Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, kami akan mendedahkan sebuah kereta konsep terkini kami, BMW Concept 8 Series.”

Menurut Han lagi, BMW Concept 8 Series membuktikan gabungan harmoni di antara aspek dinamik yang sangat mantap dengan kemewahan moden di dalam satu kenderaan. Pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan BMW Group dalam segmen mewah.

“Seperti yang diterangkan oleh Naib Presiden Kanan Reka Bentuk BMW Group, Adrian van Hooydonk mengenai BMW Concept 8 Series – ia merupakan sebahagian daripada persona sebenar dunia automotif. Jentera ini menunjukkan satu pendekatan baharu dalam penggunaan bentuk-bentuk pada permukaannya, demi menghasilkan satu kenyataan yang penuh kuasa dan mencipta sebuah model yang kaya dengan karekter.

Pendek kata, BMW Concept 8 Series ialah sebuah kereta untuk pemandu dan jelas menyerlahkan aspek Sheer Driving Pleasure dalam cara yang paling mewah,” kata Han.

Kemasukan terhad dan eksklusif untuk setiap sesi oleh itu, orang ramai digalakkan untuk menyatakan minat mereka untuk mengunjungi BMW Luxury Excellence Pavilion di laman web: www.bmwpavilion.my mulai hari ini hingga 11 Februari 2018. Jemputan yang telah disahkan akan dikongsi bermula hari Rabu, 14 Februari 2018.

AirAsia Kini Terbang Dari Kuala Lumpur Ke Davao, Filipina

Datuk Bandar Davao rasmi laluan baru AirAsia Kuala Lumpur – Davao

AirAsia melancarkan laluan dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina yang kini beroperasi dengan empat kali kekerapan penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke bandar Davao yang meriah.

Majlis perasmian laluan tersebut dihadiri oleh Sara Z. Duterte-Carpio, Datuk Bandar Davao; Eden Josephine L. David, Pembantu Setiausaha Jabatan Pelancongan; Aireen Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia – Digital, Transformasi, Perkhidmatan Korporat dan Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia.

Aireen Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia – Digital, Transformasi, Perkhidmatan Korporat berkata, “AirAsia begitu teruja dengan penerbangan antarabangsa pertama ke Davao.

“Kami bukan sahaja menghubungkan Davao ke Malaysia, malah kami juga membawa Davao lebih dekat ke rangkaian meluas kami di Asean, Asia Timur, Asia Selatan, Australasia, Timur Tengah dan AS.”

“Kami komited untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan negeri ini dan kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih rapat bersama Datuk Bandar Davao, pihak berkuasa lapangan terbang dan badan-badan kerajaan untuk meletakkan Davao di peta destinasi yang mesti dilawati di Asean,” tambah beliau.

Untuk meraikan perasmian ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua bermula RM169* sehala untuk tempahan dalam talian di airasia.com dari sekarang sehingga 18 Februari 2018 untuk tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 31 Julai 2018.

Tawaran ini juga boleh didapati di aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com. Laluan baharu ini merupakan laluan terus ketiga dari Malaysia ke Filipina selain Manila dan Cebu.

AirAsia juga menghubungkan para tetamu ke bandar-bandar lain di Filipina seperti Clark, Manila, Caticlan, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran. Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja
termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pos Laju Beri Ganjaran RM500,000 Kepada Pelanggan Bertuah

Pelanggan terima ganjaran bernilai RM500,000 melalui Peraduan Pos Laju Speed Gold

POS Laju, penyedia perkhidmatan kurier utama negara memberi ganjaran bernilai RM500,000 kepada 219 pelanggan bertuah melalui Peraduan Pos Laju Speed Gold. Peraduan ini telah berlangsung dari 16 Ogos 2017 hingga 30 November 2017 lalu.

Ia terbuka kepada semua pelanggan yang membeli produk Pos Laju On Demand. Mohd Syafiq Mohammad dari Shah Alam diumumkan pemenang Xtravaganza pada majlis tersebut. Lelaki berusia 33 tahun itu membawa pulang Jongkong Emas 999.9 Pos ArRahnu seberat 50 gram bernilai RM12,500 dan pakej percutian tiga hari dua malam di Ancasa Royale Pekan bernilai RM1,000.

Tiga pelanggan diumumkan sebagai pemenang Super Grand Prize, Saidatul Ijra Md Safian, Siti Rashidah Azhar dan Shazwan Afiq Saad masing-masing menerima Jongkong Emas 999.9 Pos ArRahnu seberat 30gram bernilai RM7,500 dan pakej percutian yang sama di Ancasa Royale Pekan.

Di samping itu, lima pemenang Grand Prize, Rizal Omar, Mohd Fairuz Adnan, Mohd Ghauth Zakwan Mohd Ghazali, Nur Lyana Kamarudin dan Nor Atiqa Zabidi, masing-masing membawa pulang Jongkong Emas 999.9 Pos ArRahnu seberat 10gram bernilai RM5,000.

Acara itu turut menyaksikan kehadiran pemenang bulanan untuk November 2017 dari Lembah Klang menerima hadiah mereka berbentuk Jongkong Emas 999.9 Pos ArRahnu seberat 1gram bernilai RM250.

Kesemua 219 pemenang hadiah utama dan bulanan juga menerima perlindungan insurans hayat 1-tahun bernilai RM5,000.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Dato’ Azlan Shahrim berkata, peraduan Pos Laju Speed Gold dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan skim ganjaran untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

“Kami berterima kasih kepada para pelanggan kami yang telah menunjukkan sokongan dan kepercayaan yang tinggi kepada Pos Laju sebagai kurier pilihan mereka selama ini,” katanya.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, Pos Laju telah memperkenalkan pelbagai cara moden dan inovatif untuk pelanggan menghantar dan menerima bungkusan. Salahsatu contoh adalah Pos Laju EziBox yang membolehkan para pelanggan untuk mengambil bungkusan mereka pada bila-bila masa.

Dato’ Azlan berkata “perkhidmatan itu juga direka sebagai cara alternatif untuk pelanggan mendapatkan bungkusan sekiranya mereka terlepas penghantaran di rumah. Perkhidmatan loker bungkusan ini tersedia sepanjang masa dan boleh didapati di stesen-stesen petrol dan LRT terpilih.

Tidak lama lagi, pelanggan jugaboleh memilih Pos Laju EziBox sebagai alamat penghantaran barangan mereka apabila mereka berbelanja dalam talian.

“Sementara itu, para pelanggan yang sibuk dan sedang bergegas dapat menghantar barang mereka tanpa perlu keluar dari kenderaan di mana-mana 13 stesen Pos Laju EziDrive-Thru kami.

“Sebagai langkah alternatif, pelanggan boleh menggunakan Pos Laju Kiosk memandangkan ia menawarkan waktu operasi yang lebih lama daripada Pusat Pos Laju serta terletak secara strategik di pusat membeli-belah. Kiosk ini dibuka pada hujung minggu.

“Akhir sekali, Pos Laju EziDrop membolehkan para pelanggan menghantar bungkusan mereka menerusi mesin layan diri automatik. Pelanggan kini boleh menghantar bungkusan prabayar tanpa perlu beratur dan ini juga dapat mengurangkan kesesakan di Pejabat Pos atau Pusat Pos Laju.

“Semua ini merupakan tambahan kepada rangkaian meluas yang terdiri daripada 700 pejabat pos dan 90 Pusat Pos Laju di seluruh negara,” katanya.

Dato’ Azlan berkata, pihak sentiasa berusaha meningkatkan capaiannya dengan lebih 1,000 touchpoint di seluruh negara bagi memenuhi tuntutan industri e-Dagang yang berkembang pesat.

“Kami akan terus memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memberikan perkhidmatan e-Dagang yang lebih baik kepada pelanggan di mana mereka boleh mendapatkan akses yang cepat, fleksibel dan percuma yang lebih dekat dengan rumah atau pejabat mereka,” katanya.

Hidangan Enak KFC Golden Egg Crunch Musim Perayaan Ini

Sempena menyambut musim perayaan ini, KFC Malaysia membawakan citarasa keemasan khusus untuk mengukir keceriaan kepada para penggemarnya selain menambah kemeriahan dalam pertemuan seisi keluarga dan sahabat handai.

KFC Golden Egg Crunch menampilkan perisa telur asin yang digemari ramai bersama daun kari dan selasih manis, membawakan keenakan yang tidak tertahan.

Hidangan masa terhad ini menampilkan ayam Hot & Spicy KFC yang diolah bersama ramuan istimewa, menghasilkan rasa unik masin, pedas dan manis, lengkap dengan aroma lazat yang pasti membangkitkan selera.

“Telur asin amat popular di dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami berikan sentuhan KFC di dalam hidangan ini bagi menghasilkan sesuatu yang lebih tersendiri untuk dinikmati para pelanggan kami. KFC Golden Egg Crunch adalah sebuah ciptaan yang sangat istimewa, bersesuaian dengan perayaan yang bakal menjelang tiba,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Restoran, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Merrill Pereyra.

KFC Golden Egg Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam. Bermula daripada RM14.50, setiap kombo didatangkan dengan hidangan sampingan KFC kegemaran ramai iaitu coleslaw, kentang putar serta secawan minuman Mug Sarsaparilla.

Untuk hidangan yang lebih besar sepanjang musim perayaan ini, KFC turut menawarkan Celebration Bucket yang menampilkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy bersama hidangan sampingan istimewa, KFC Cheezy Golden Sticks dengan keju krim, cebisan udang dan cendawan.

KFC Celebration Bucket ini sesuai untuk dihidangkan di dalam jamuan keluarga dan rakan – rakan, didatangkan di dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks, kentang putar dan minuman ringan berkarbonat.

“Perayaan mengeratkan hubungan seisi keluarga dan hidangan enak menjadi penyeri kepada kemeriahannya. KFC Golden Egg Crunch dan Celebration Bucket telah dicipta khas bagi tujuan ini. Kami berharap anda semua menikmati saat- saat indah di musim perayaan ini serta menggemari kesemua hidangan istimewa yang telah kami sediakan!” katanya.

KFC Golden Egg Crunch dan KFC Celebration Bucket boleh didapati di semua restoran KFC dari 25 Januari 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Wany Hasrita Akui Khai Bahar ‘Comel’

Penyanyi popular Wany Hasrita akui selesa berkawan dengan penyanyi, Khai Bahar namun hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

WANY atau pemilik nama sebenar gadis bertubuh tinggi lampai ini, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia dan Khai kerap diundang menjayakan persembahan bersama membuatkan hubungan mereka jadi baik.

“Saya akui menyenangi sikap Khai. Dia seorang yang baik dan mudah dibawa bercerita. Lagi satu, Khai seorang yang ‘clumsy’ tetapi comel.

“Kalau sekali pandang, Khai nampak pemalu, tetapi kalau sudah lama kenal dia banyak cakap. Paling penting, dia seorang yang menghormati orang lain.

“Malah dia selalu berseloroh dengan memuji saya comel. Bagi saya ia satu pujian. Namun, antara kami tidak ada apa-apa yang istimewa sebaliknya hanya rakan sekerja,” katanya.

Wany yang juga finalis Anugerah Juara Lagu-32 berkata, dia tidak ambil hati dengan cakap-cakap peminat yang inginkan mereka menjadi pasangan kekasih.

“Kalau kami ada persembahan bersama, memang banyak IG Stories yang dimuat naik. Malah, kalau muat naik gambar di IG pun banyak yang komen.

“Bagi saya, ia hanya usikan peminat. Mungkin mereka suka melihat kami bersama setiap kali buat persembahan. Saya okey saja dan tidak ada masalah. Jauh sekali nak marah atau ambil hati,” katanya.

Ketika diusik mengenai soal jodoh, menurut Wany menjelaskan adalah terlalu awal untuknya berfikir ke arah itu. Gambar dari Instagram Wany dan Khaibahar

Bank Islam Lancar Sadaqa House, Inisiatif Kewangan Sosial

Inisiatif Kewangan Sosial bagi Menggalakkan Perkongsian Kekayaan

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan Sadaqa House sebagai salah satu agenda strategiknya bagi Kewangan Sosial. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Exco Pelaburan, Industri dan Perdagangan dalam Negeri, Kedah, Dato’ Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail selaku wakil Menteri Besar Kedah; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri
Mohammad Ibrahim bersama-sama dengan Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul
Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin di Karnival Kewangan
(Utara) 2018 yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, Kedah.

Idea Sadaqa House dicetuskan oleh Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, Pengarah Urusan
pertama Bank Islam di dalam ucaptama beliau sewaktu menerima ‘Royal Award for
Islamic Finance’ di majlis Global Islamic Finance Forum 2014 (GIFF 2014). Beliau juga
turut hadir di majlis pelancaran tersebut. Sehubungan itu, Bank Islam telah mengambil
langkah proaktif dalam merealisasikan idea murni tersebut.

Sadaqa House membolehkan sumbangan daripada orang awam dibuat menerusi platform
digital pendanaan awam (crowdfunding) dengan usaha sama Ethis Ventures Sdn. Bhd.,
GlobalSadaqah.com, disalurkan bagi merealisasikan projek-projek kewangan sosial untuk
sektor yang kurang mendapat perhatian seperti kesihatan, pendidikan dan keusahawanan.

Selain itu, orang awam juga boleh menyumbang melalui saluran-saluran Bank Islam sedia ada seperti Perbankan Internet, Perbankan Mudah Alih-i TAP, Kad Kredit-i Bank Islam dan sebagainya. Orang awam, tempatan mahupun luar negara, boleh menderma sebarang jumlah wang ke dalam akaun dana Sadaqa House. Di samping itu, Bank Islam akan memadankan dana yang dikumpul pada kadar 1:1 sehingga maksimum RM500,000.

Dalam fasa pertama, Bank Islam akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan strategik untuk melaksanakan projek-projek seperti:

  • Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) – bagi menyediakan bantuan kewangan
    kepada pesakit IJN terpilih untuk menjalani pembedahan jantung
  • Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan Technology Park Malaysia (TPM) – bagi
    menyediakan kabin pengeringan ikan untuk komuniti nelayan di Kedah
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – bagi menyediakan sistem solar untuk
    komuniti “orang asal” di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, “Sebagai Pengantara Berasaskan Nilai, Bank Islam bertekad untuk mengubah landskap kewangan Islam, di mana ia lebih tertumpu kepada prinsip Triple Bottom Line iaitu mengambil kira aspek Pemerkasaan Sosial, Ekonomi Berdaya Tahan dan Pemulihan Alam Sekitar (Social Empowerment, Economic Resiliency and Environmental Regeneration).

Melalui prinsip tersebut, kami percaya bahawa pembangunan masyarakat adalah asas kemajuan perniagaan kami, justeru, kami akan terus memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan kebajikan sosial yang berkesan. Hari ini, kami telah menggabungkan teknologi dan penyelesaian Syariah dalam menyampaikan perkhidmatan yang selari dengan aliran digital semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin bersama barisan pengurusan kanannya menyerahkan replika cek geran sepadan kepada Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, Pengarah Urusan pertama Bank Islam.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan digital Bank Islam dalam memberikan keselesaan pelanggan, perkhidmatan yang berkesan dan berimpak tinggi dengan memudahkan pelaksanaan. Sadaqa House juga merupakan sebahagian daripada agenda strategik kewangan sosial di mana kami menggalakkan masyarakat melabur secara beretika bagi menyokong pembangunan ekonomi sektor-sektor yang kurang mendapat perhatian.

Kami menggalakkan orang ramai untuk melabur demi kebaikan bersama dalam projek-projek
kewangan sosial yang menjadi pilihan mereka. Dan dengan adanya tawaran nilai yang
menggalakkan ketelusan, penyumbang boleh memastikan dana yang disumbang
disalurkan dengan sewajarnya serta dapat mengikuti progres projek pilihan mereka.

Kami menjangkakan bahawa ia juga akan memberi manfaat ekonomi berganda merentasi
rantaian bekalan.”

Tambah beliau, “Kami mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai projek-projek sosial
berdaya maju serta memberi manfaat kepada masyarakat terpinggir untuk menghantar
cadangan mereka kepada [email protected] untuk pertimbangan kami.”

Untuk inisiatif ini, Bank Islam telah melantik rakan strategiknya, Ethis Venture Sdn. Bhd.,
diasaskan oleh Umar Munshi (Ethis Pte Ltd, Singapore) yang mengendalikan EthisCrowd.com – Pendanaan Awam Hartanah Islamik (Real Estate Islamic Crowdfunding) pertama di dunia yang ditubuhkan pada 2014. Ethis Ventures yang baru diperbadankan di Malaysia untuk membangunkan penyelesaian Teknologi Kewangan Islamik (Islamic Fintech) baru memfokus kepada pendanaan awam untuk Kewangan Sosial Islam dalam GlobalSadaqah.com dan ia merupakan satu-satunya pengendali patuh Syariah yang dianugerahkan lesen pembiayaan P2P (Peer-to-Peer) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ethis Ventures akan memanfaatkan pangkalan data pelanggannya bagi melaksanakan inisiatif pendanaan awam (crowdfunding). Umar Munshi menyatakan, “Kami percaya bahawa terdapat keperluan yang tinggi untuk pendanaan awam Islamik di Malaysia dan rantau ini. Dengan tahap kesedaran yang tinggi, kami yakin bahawa pendanaan awam Islamik ini mampu berkembang pesat dan memberi impak kepada setiap lapisan masyarakat.

Kita boleh mempertingkatkan sistem kewangan dan mengukuhkan asasnya dengan adanya modal sosial. Platform ini dapat menarik para penderma yang tidak terhad kepada umat Islam dan rakyat Malaysia tetapi juga penderma dari seluruh dunia bagi membina masa hadapan bersama. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Bank Islam, perintis perbankan Islam yang mengutamakan FinTech bagi menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada komuniti.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.bankislam.com.my

Build Your Automotive Career With Naza College of Technology and Business

Innovations in the automotive industry have evolved tremendously over the last century, and do not miraculously occur without remarkable discoveries by engineers and innovators.

THE automotive sector is a key industry in the Malaysian economy and this is excellent news for those who have a passion for cars and bikes. While self-driving cars may sound futuristic now, it’s only a matter of years before they become old news like in-car CD players; and innovators race against time to discover the next big thing.

Considering a rewarding career in the thriving automotive industry? The new Naza College of Technology and Business might be the answer to kickstarting your career.

According to the Updates on the Automotive Industry 2017 and Outlook in 2018 by the Ministry of International Trade and Industry (MITI), the automotive workforce is anticipated to increase with the holistic growth of the industry in Malaysia. This would mean that the job security and stability will be greatly improved as well.

The average person spends a third of his or her life working. Thus, it is important to have passion and excitement at work. With the endless technological and innovative advancements, there will always be development in the automotive industry. You will be continuously fascinated with the new technologies being implemented in vehicles today. And the cherry on the cake; automotive and tech talk will make you look cooler and intelligent among your peers!

“When it comes to having a career in the automotive sector, there is a wide variety of positions available. The automotive sector is one of the largest industries with a myriad of job opportunities. Be it sales, marketing, manufacturing, engineering or welding, the options are limitless!”, said Dr Jagdeep Jassel, CEO, Naza College.

Dr Jagdeep Jassel, CEO, Naza College

“You can build your career from the bottom up by getting into entry level jobs such as auto parts manufacturing and acquire new skills and experience while other jobs like auto engineering require high-level education”, he added.

“The Naza Group, as Malaysia’s largest privately-owned conglomerate with automotive as its core business, constantly looks for ways to promote sustainable growth and development in the community it operates within. In its endeavour to continue championing a people-focused approach, the Group has put forth Naza Education, its education arm formed with the vision to be a leading education, training and applied research centre in the region for technological and applied management studies,” said SM Nasarudin SM Nasimuddin, Joint Group Executive Chairman, NAZA Group of Companies.

As a part of Naza Education, Naza College of Technology and Business offers diploma courses to equip their students with the right skillset, knowledge, qualifications and confidence for employment in the ever-growing automotive sector.

Among the diploma courses being offered include Diploma in Automotive Technology (Light Vehicles), Diploma in Automotive Business Management, Diploma in Motorsport Technology and Diploma in Motorcycle Technology (to be offered soon).

Why enroll in Naza College of Technology and Business? Here are your reasons to do so:

  • Professional, skilled and industry-experienced academic team
  • State-of-the-art learning and teaching systems tailored to the students’ needs
  • Houses necessary equipment and training facilities
  • Hands-on learning experience both in and out of the classroom
  • Supervised Industrial Training placement for real-world industrial experience
  • Financial aids available – Scholarships, PTPTN, KWSP, and education loans

Located in Glemarie, Shah Alam, Naza College of Technology and Business graduates will be qualified to establish their career in:

  • Entrepreneurship
  • Service Centre Management
  • Vehicle Sales, After-sales and Distribution
  • Auto-repair
  • Commercial Tracking and Transportation
  • Vehicle Insurance and Financing
  • Customer Service & Retail
  • Automotive Parts, Logistics, Warehouse and Distribution

So what are you waiting for? Enroll at Naza College of Technology and Business today! For more information, log on to https://www.naza.com.my/others/#education or call 03-205 3036 and follow our Facebook feed at https://www.facebook.com/nazacollegeglenmarie/.

Anugerah Rising Star 2018 Meraikan Pencapaian Graduan

TRuST18_Group Photo_Yayasan Peneraju Chief Executive and Metropolitan Corridor Executive Director with 270 Yayasan Peneraju graduates

Lebih daripada 270 penerima biasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi Malaysia lulus cemerlang di bawah program Peneraju Tunas Potensi

YAYASAN Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) menerusi kerjasama dengan Metropolitan Corridor meraikan pencapaian graduannya pada Anugerah The Rising Star 2018 (TRUST ’18), yang mana ia adalah peristiwa penting kepada kedua-dua organisasi tersebut.

Yayasan Peneraju mempunyai lebih 1,000 pelajar yang menerima biasiswa untuk program Peneraju Tunas Potensi sejak penubuhan agensi itu pada 2012. Ketika ini, bagi tahun ketujuh Yayasan Peneraju beroperasi, lebih dari 270 penerima biasiswa program berkenaan telah berjaya menamatkan program itu di mana kebanyakan mereka kini berjaya mendapatkan tempat di syarikat dan organisasi terkemuka di seluruh negara.

Yayasan Peneraju Chief Executive Raja Azura Raja Mahayuddin delivering her speech

“Saya bangga mengatakan bahawa kita telah melihat peningkatan yang luar biasa setiap tahun dalam kualiti keputusan graduan secara bersama. Mengukur mereka dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) di atas 3.00, kita melihat lonjakan dari 78% pada 2016 kepada 81% pada tahun 2017. Sebagai sebuah organisasi yang meletakkan penambahbaikan berterusan sebagai salah satu penekanan utama kami, kami berharap untuk terus meningkatkan prestasi cemerlang ini dan kami akan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak tenaga kerja yang berkompetitf untuk mengisi keperluan negara,” kata Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju, Raja Azura Raja Mahayuddin.

“Apa yang menakjubkan adalah salah satu daripada penerima anugerah (Anugerah Inspirasi) iaitu Harziah Khalid Yunus, graduan berusia 26 tahun yang cacat penglihatan. Beliau lulus cemerlang dengan pencapaian Kepujian Kelas Pertama dalam Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia.

Inspirational Award_HARZIAH BINTI KHALID YUNUS

Beliau memperoleh PNGK 3.70 dan menyelesaikan pengajiannya setahun lebih awal daripada jadual asal pada bulan Julai. Pencapaian Harziah seharusnya menjadi inspirasi kepada semua orang.

Metropolitan Corridor berfungsi untuk membantu pelajar yang berhak mendapat akses kepada pelbagai program biasiswa supaya mereka dapat memenuhi impian untuk mengikuti pendidikan tinggi di universiti.

TRUST ’18 diadakan bukan hanya untuk meraikan pencapaian akademik pemegang biasiswa Yayasan Peneraju, namun berperanan penting sebagai pemangkin bagi mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ini adalah berdasarkan kepada bahagian keduanya iaitu sesi perekrutan yang diselaraskan apabila organisasi terkemuka turut dijemput untuk mengadakan temu duga graduan yang telah disenarai pendek.

Selari dengan tema acara itu – ‘Pemimpin Masa Hadapan’ – satu forum turut diadakan dengan tiga penceramah dari pelbagai industri. Dengan topik ‘Sikap dan Pemikiran dalam Memulakan Kerjaya Anda sebagai Pemimpin’, forum tersebut membincangkan keperluan untuk sikap yang betul apabila memacu tangga kerjaya, dan penceramah turut berkongsi pandangan mereka mengenai ketahanan, kepintaran emosi dan penetapan matlamat dalam kerjaya.

Menurut Pengarah Eksekutif Metropolitan Corridor, Sandra Ong, tema itu dipilih kerana kesemua pelajar itu dilihat sebagai generasi akan datang yang berpotensi untuk membawa perubahan yang lebih segar dan perspektif baru  kepada negara.

Metropolitan Corridor Executive Director Sandra Ong

“Mereka datang dari pelbagai latar belakang yang mencabar, mendaftar masuk ke program Peneraju Tunas Potensi dengan satu impian besar, iaitu untuk mengubah hidup mereka. Tema hari ini menonjolkan potensi dan keupayaan mereka untuk menggapai cita-cita dan membawa perubahan bukan sahaja pada kehidupan mereka, tetapi kehidupan orang lain, seperti keluarga mereka,” katanya.

Raja Azura menggesa para graduan untuk terus memperbaiki diri dan boleh diberi tunjuk ajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan sentiasa menjadi aset bernilai kepada persekitaran kerja yang pantas berubah.

Sandra menambah, “Dari perspektif saya, prasyarat sebagai pemimpin masa depan adalah untuk mempunyai kesediaan untuk belajar dan mengambil inisiatif untuk memimpin. Kita semua bermula dari satu tempat, jadi mengapa tidak membuat pengalaman yang paling banyak dengan mempelajari segala yang anda boleh. ”

Sehingga kini, Yayasan Peneraju telah berjaya melahirkan 20,060 graduan Bumiputera sejak ia mula beroperasi pada 2012 di bawah tiga program terasnya iaitu ‘Peneraju Tunas’, ‘Peneraju Skil’ dan ‘Peneraju Profesional’. Yayasan Peneraju telah diberi mandat untuk membangun dan memupuk 40,000 bakat Bumiputera menjelang 2020.

Post Menarik