Selari dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan berkuat kuasa pada 1 September 2018, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia mengumumkan harga baharu untuk model-model Nissan termasuk 10% Cukai Jualan.

MODEL Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula dari RM69,800 sehingga RM153,800*, ia lebih rendah berbanding struktur harga Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kempen Malaysia Day Bonus

Manakala untuk Nissan Navara, harga pikap kekal pada harga 0% GST sementara stok masih ada. Harga bermula dari RM77,330.97 untuk 2.5L Kabin Tunggal hingga RM119,869.08 untuk VL Plus (Dwi Kabin) yang dipadankan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM).

Caj penyelenggaran perkhidmatan selepas jualan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan tersebut.

ETCM juga memperkenalkan kempen ‘Malaysia Day Bonus’ yang menawarkan rebat menarik sehingga RM 8,000* ke atas model-model terpilih Nissan. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Nissan untuk memandu uji Navara VL Plus yang baru dilancarkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dan model-model Nissan lain yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

Harga baharu kenderaan Nissan

Model Varian Harga OTR dengan

6% GST (RM)

Harga OTR baharu dengan 10% Cukai Jualan (RM) Perbezaan Harga

(RM)

Perbezaan Harga

 (%)

Almera 1.5L E AT 72,200 69,800 (2,400) – 3.3%
1.5L VL AT 82,000 79,800 (2,200) – 2.7%
Grand Livina 1.6L AT 91,100 89,800 (1,300) – 1.4%
1.8L AT 102,800 99,800 (3,000) – 2.9%
Serena

S-Hybrid

2.0L Highway Star 135,500 131,800 (3,700) – 2.7%
2.0L Premium Highway Star 147,500 143,800 (3,700) – 2.5%
X-Trail 2.0L 2WD 137,000 133,800 (3,200) – 2.3%
2.5L 4WD 159,200 153,800 (5,400) – 3.4%

* Harga di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa pada 1 September 2018

* Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk insurans dan sah untuk pendaftaran peribadi individu sahaja

* Perbatuan tanpa had untuk semua model kecuali Navara yang dihadkan pada 5 tahun atau 150,000km (mana-mana tiba dahulu). Pendaftaran komersial dihadkan pada 3-tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

* Harga dan promosi tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.

 Tarikh dan lokasi siri jelajah Nissan seperti berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi
13 – 16 September Pantai Timur Kuantan City Mall, Pahang
21 – 23 September Selatan Kluang Mall, Johor
27 – 30 September Tengah Melawati Mall, KL

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini