Kumpulan pemenang bakal menyertai pasukan kru pit Renault Sport Formula One di Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2018

PENCARIAN untuk mekanik kereta terbaik di rantau ini mencapai penutup gemilang di Pusat Konvensyen KLCC apabila pasukan Malaysia, yang terdiri daripada Low Pai Khoon, Yim Shao Ze dan Alvin Tan Yong Jun, dinobatkan sebagai Juara Serantau peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018!

Acara peringkat akhir hari ini merupakan kemuncak kepada pertandingan sengit yang telah berlangsung selama beberapa bulan dalam pencarian dan usaha mengiktiraf mekanik kereta terbaik di rantau ini.

The teams are required to change engine oil, replace engine parts, as well as diagnose and solve engine problems during the practical challenge

Peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018 bermula dengan Pusingan Kebangsaan pada bulan Mac, di mana hanya 15 mekanik kereta Castrol dipilih ke Peringkat Akhir untuk bersaing di dalam cabaran teori dan praktikal.

Tiga Juara Utama Kebangsaan kemudiannya membentuk satu pasukan bagi mewakili negara, di mana mereka bertarung menentang wakil dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan India bagi membuktikan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal mereka.

Pada Peringkat Akhir Serantau hari ini, lima Pasukan Kebangsaan menjalani empat tugasan rumit berasaskan had masa.

The theory challenge tests the teams on their technical knowledge in solving common car problems

Selepas melalui sesi Kuiz Teori, pasukan tersebut terpaksa berlumba untuk mempamerkan kemahiran praktikal dalam penyenggaraan enjin kereta serta pengetahuan teknikal mengenai cara menukar minyak enjin, menggantikan bahagian-bahagian enjin, selain melakukan diagnosis dan menyelesaikan masalah enjin di dalam masa yang paling singkat.

Lebih menyukarkan tugasan, penalti masa dikenakan ke atas pasukan yang melakukan sebarang kesilapan yang dilakukan sepanjang berlangsungnya cabaran, misalnya minyak tumpah.

Selepas berhempas-pulas, pasukan Malaysia diraikan sebagai pasukan pertama yang berjaya menghidupkan enjin seterusnya melahukan kereta selenggaraan mereka, sekali gus menyempurnakan tugasan akhir dalam peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018.

Mark Ng, Castrol’s ASEAN Marketing Director giving his speech at the Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic Contest 2018

“Peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018 merupakan pertandingan yang paling mengujakan setakat ini dengan penglibatan pakar kereta Castrol terbaik dari rantau ini, bertarung demi meraih kedudukan teratas.

Tahniah kepada Juara Serantau yang telah berusaha keras selama berbulan-bulan lamanya untuk mempersiapkan diri dengan mempertingkatkan penguasaan kemahiran teori dan praktikal. Castrol berbangga melalui kembara ini bersama mereka.

Kami berharap pengalaman ini akan membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,’’ kata Pengarah Pemasaran Serantau- BP/Castrol Asia & Pacific Shyam Balasubramanian.

Menurutnya, “Sebagai pengeluar jenama minyak enjin peneraju, Castrol EDGE dan Castrol MAGNATEC, kami bukan sekadar ingin memberi ganjaran dan mengiktiraf mekanik, tetapi juga berhasrat untuk memberi sokongan yang berterusan kepada mereka dalam usaha menambah pengetahuan dan kemahiran teknikal.

Demi mencapai matlamat ini, peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic merupakan platform cemerlang di mana mereka berpeluang mempamerkan kemahiran dan memperoleh pendedahan bernilai di peringkat serantau.

The winners of the Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic Contest 2018 together with Castrol team members

Tahniah kepada Juara Serantau di atas kejayaan dan terima kasih kepada semua peserta di atas usaha, kesungguhan dan minat mendalam anda sepanjang peraduan ini berlangsung.’’

Sebagai tambahan kepada Hadiah Utama, pemenang Low Pai Khoon, Yim Shao Ze dan Alvin Tan Yong Jun juga akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk menyertai kru pit pasukan Renault Sports Formula One Team semasa perlumbaan F1 Grand Prix di Singapura, bulan ini.

Mengulas mengenai kejayaan bersejarah pasukannya, Low Pai Khoon berkata, “Kami sangat gembira kerana dapat mewakili negara dan seterusnya memenangi peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018!

Kami telah menempuh cabaran yang sengit dan berterima kasih di atas segala sokongan yang telah membawa kami ke tahap ini. Kami sangat teruja untuk menyertai kru pit pada F1 Grand Prix di Singapura nanti dan berharap dapat mempelajari sebanyak mungkin daripada mekanik-mekanik terbaik di dunia.

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Castrol atas peluang yang diberikan ini dan matlamat kami ialah melakukan yang terbaik semasa perlumbaan F1 Grand Prix di Singapura pada September ini.’’

Pasukan Thailand dan pasukan India, masing-masing merupakan pemenang tempat kedua dan ketiga.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini