Perodua Chairman Tan Sri Asmat Kamaludin (2nd from left) presents Perodua and its staff's contribution of RM1.1 million to Tabung Harapan Malaysia, to Finance Minister Lim Guan Eng (3rd from left). Bearing witness is Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh (4th from left), while Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Vice-President Dato' Zainal Abidin Ahmad (left-most) and Perodua Auto Corporation Sdn Bhd President Masanori Takahashi (right-most)
Komuniti Perodua, terdiri daripada kumpulan syarikat organisasi serta kakitangannya, telah menyumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah hutang negara.
PENGERUSI Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng di pejabatnya di Putrajaya, disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
“Sumbangan ini membuktikan bahawa Perodua dan kakitangan kami mahukan Malaysia yang lebih baik, dan kami berbesar hati menunjukkan tanda sokongan kami ini,” kata Tan Sri Asmat.
Perodua Chairman Tan Sri Asmat Kamaludin (2nd from left) presents Perodua and its staff’s contribution of RM1.1 million to Tabung Harapan Malaysia, to Finance Minister Lim Guan Eng (3rd from left). Bearing witness is Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh (4th from left), while Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Vice-President Dato’ Zainal Abidin Ahmad (left-most) and Perodua Auto Corporation Sdn Bhd President Masanori Takahashi (right-most)
Tabung Harapan Malaysia dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei 2018 untuk membantu kerajaan membayar balik jumlah hutang negara, yang melebihi RM1 trilion menurut Kementerian Kewangan.
Pelbagai organisasi, kumpulan dan individu telah menyumbang lebih daripada RM180 juta kepada Tabung Harapan Malaysia setakat akhir bulan Ogos.
“Kami memahami bahawa usaha mengurangkan jumlah hutang negara akan memakan masa yang lama, dan kami akan menyokong kerajaan masa kini dalam usaha membaikpulih semula ekonomi negara melalui eko-sistem automotif negara.
Untuk tahun ini, Perodua telah memperuntukkan RM5 bilion untuk membeli komponen kenderaan daripada pembekal-pembekalnya, yang kebanyakannya adalah syarikat tempatan.
Perodua juga mensasarkan jualan kenderaan sebanyak 209,000 unit tahun ini, yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pengedar bebas di seluruh negara.
(from left) Mark Raine, Vice President of Sales & Marketing Passenger Cars,
Mercedes-Benz Malaysia; Dato’ Samson Anand George, Group CEO, Automotive Group, Naza
Corporation Holdings; Dr. Claus Weidner, President and CEO, Mercedes-Benz Malaysia; and
Ramasamy Devaraju, Deputy Group CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings
NZ Wheels, the sole importer for Mercedes-Benz CBU models in Malaysia, on Saturday presented four top-of-the-line Mercedes-Benz models at ‘The Ultimate Luxury and Performance’, an exclusive customer event at NZ Wheels Bangsar Autohaus.
NZ Wheels’ Bangsar Autohaus an authorised dealer for Mercedes-Benz Malaysia became the glittery backdrop to an impressive set-up on display– the ultra-luxurious Mercedes-Maybach S560 and Mercedes-Benz S450L, the iconic Mercedes-Benz CLS 450, and the high-performance Mercedes-AMG GT C.
NZ Wheels customers taking a close look at one of the highlights of the night, the high-performing Mercedes-AMG GT C
Apart from the opportunity to get up close and personal with the impressive Mercedes-Benz
cars, guests were also entertained by a live band.
Mark Raine, Vice President of Sales & Marketing Passenger Cars, Mercedes-Benz
Malaysia presenting on the four Mercedes-Benz models on display
Dato’ Samson Anand George, Group CEO, Automotive Group, Naza Corporation
Holdings delivering a speech on behalf of NZ Wheels Sdn Bhd
Orang ramai dijemput hadir untuk mencari rumah impian mereka di MASPEX terbesar yang pernah dianjurkan oleh Institut Ejen Hartanah (MIEA).
MIEA akan menganjurkan edisi keempat dan terbesar pameran hartanahnya, Pameran Harta Primer dan Sekunder (MASPEX’18).
Presiden MIEA Eric Lim,
Dengan lebih daripada 1,000 hartanah yang akan disenaraikan oleh 25 peserta pameran, pelawat yang arif tentu akan teruja dengan pelbagai pilihan, yang merangkumi segala jenis hartanah dan kurungan harga.
Pameran ini dijadualkan berlangsung di Starling Mall, Damansara Utama, selama tiga hari bermula 28 September dan berakhir pada 30 September, dan akan dirasmikan oleh Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
MASPEX’18 adalah unik kerana ia adalah satu-satunya pameran hartanah di Malaysia yang akan mempamerkan pelbagai hartanah, dari yang lengkap kepada yang masih di dalam proses pembinaan, dari pasaran sekunder dan pasaran utama.
Pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk mendapatkan nasihat mengenai pasaran hartanah dari ejen hartanah dan perunding yang akan turut hadir di pameran.
MIEA juga akan menganjurkan beberapa ceramah sepanjang tiga hari pameran, termasuk “Pelaburan hartanah – Adakah pernah ada masa yang tepat?”, “Cara berurusan dengan agen hartanah untuk mendapatkan manfaat maksimum”, “Pasaran hartanah Malaysia – Di manakah kita menuju?”, “Apa yang setiap pemilik rumah perlu tahu mengenai memperluaskan tempoh hartanah”, “Perangkap undang-undang apabila menjual hartanah”, “Dorong anak menjadi agen hartanah”, “10 perkara pelabur baru perlu tahu”, “Cabaran melabur dalam hartanah yang masih dibina”, “Pasar sekunder vs hartanah baru” dan “Kaya atau merana kerana hartanah?”.
Diantara peserta pameran yang disahkan hadir adalah firma hartanah, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Affin Bank, dan laman-laman web hartanah terkemuka.
“Tujuan kami menganjurkan MASPEX’18 adalah untuk menangani cabaran yang dilalui pasaran hartanah Malaysia dengan berkongsi ilmu pengetahuan MIEA dan amalan terbaik untuk membantu semua rakyat Malaysia mencari rumah impian mereka atau pelaburan seterusnya,” kata Presiden MIEA Eric Lim.
“Kami menjangkakan 20,000 pengunjung akan melawat MASPEX’18 KL kerana tertarik dengan harga dan jenis hartanah yang akan ditawarkan. Para pengunjung pasti akan menjumpa sesuatu yang akan menarik perhatian mereka,” kata Pengerusi MASPEX KL 2018, Zamzuri Kamarudin.
MIEA juga akan menganjurkan MASPEX’18 Pulau Pinang, yang akan diadakan pada 25-28 Oktober di Queensbay Mall, Pulau Pinang.
From L-R Prof. Ir. Ts. Dr. Rezuwan Kamaruddin, Deputy Vice Chancellor (Academic and International), Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Vice Chancellor, Universiti Putra Malaysia, Zuraida Jamaluddin, Chief Corporate Officer, Celcom Axiata Berhad, Prof. Dr. Azizi Ismail, Deputy Director General of Higher Education, Ministry of Education, Assoc. Prof. Ahmad Khalid, Director, Student Affairs, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Isarji j Sarudin, Deputy Rector, International Islamic University Malaysia, and Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Deputy Vice Chancellor, Islamic Science University Malaysia
Celcom Axiata Berhad dan Google melancarkan program latihan pemasaran digital selama dua setengah hari, bertempat di Residensi UTMKL, Kuala Lumpur.
PROGRAM itu mengumpulkan 250 siswa daripada 35 institusi pengajian tinggi, merangkumi universiti awam dan swasta, politeknik, dan kolej komuniti.
Berlangsung pada 21-23 September 2018, program latihan tersebut adalah kesinambungan daripada program KPM(PT)-Celcom Siswapreneur yang dijalankan bersama Kementerian Pendidikan (Pendidikan Tinggi) sejak 2016.
From L-R: Zeffri Yusof, Head of Public Relations, Google Malaysia, Saiful Bahrin Abdul Ghaffar, Head of Corporate Responsibility and Government Liaison, Celcom Axiata Berhad, Prof. Ir. Ts. Dr. Rezuwan Kamaruddin, Deputy Vice Chancellor (Academic and International), Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Vice Chancellor, Universiti Putra Malaysia, Zuraida Jamaluddin Chief Corporate Officer, Celcom Axiata Berhad, Prof. Dr. Azizi Ismail, Deputy Director General of Higher Education, Ministry of Education, Assoc. Prof. Ahmad Khalid, Director, Student Affairs, Universiti Teknologi Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Isarji j Sarudin, Rector,International Islamic University Malaysia, and Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Deputy Vice Chancellor, Islamic Science University Malaysia, Nick Bauer, Head of Public Policy, Google Malaysia and Areehan Abdullah, Government Liaison, Celcom Axiata Berhad
Program Siswapreneur tercetus dengan objektif menyemai minat kepada digitalisasi di kalangan pelajar, dan membentuk minda, kemahiran, dan bakat dalam menjadi usahawan digital.
Program tersebut akan mendedahkan asas-asas Google Ads, seperti faedah pengiklanan atas talian, dan kaedah terbaik bagi pengurusan periklanan yang optimum.
Google juga akan berkongsi konsep Google Shopping Certification peringkat asas dan pertengahan, termasuk penyediaan Merchant Centre account, suapan data produk, dan pengurusan kempen Shopping.
Program tersebut dirasmikan oleh Profesor Dr Azizi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan. Ia turut diserikan oleh Zuraida Jamaluddin, Ketua Pegawai Korporat, Celcom Axiata Berhad, dan Nick Bauer, Ketua Polisi Awam, Google Malaysia.
Celcom juga melanjutkan program KPM(PT)-Celcom Siswapreneur melalui Perjanjian Persefahaman dengan lima buah universiti – Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, dan Universiti Sains Islam Malaysia, dalam majlis pelancaran Siswapreneur @ Google Bootcamp.
Mohamad Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad, berkata kini adalah waktu yang sesuai bagi industri dan kerajaan bekerjasama dalam inovasi pasaran kerja, dan menyediakan para siswazah dengan kemahiran lanjutan dan menjadikan keusahawanan sebagai pilihan.
“Salah satu daripada program kesinambungan Celcom adalah untuk memupuk masyarakat dan membangunkan insan, dan program KPM(PT)-Celcom Siswapreneur ini bertujuan untuk menyemai minat siswazah untuk menjadi bakal usahawan di Malaysia.
Inisiatif kami dalam membangunkan pelajar dan menyemai minat keusahawanan ini akan ditambahnilai melalui kerjasama dengan Google, iaitu rakan digital tersohor yang memiliki objektif yang sama dalam menggalakkan kemahiran digital di kalangan belia.
“Kami berharap latihan ini dan proses pembelajaran yang dikongsi sepanjang program latihan akan dapat mengubah mereka daripada pencari pekerjaan kepada mereka yang berpotensi mencipta pekerjaan,” katanya.
Nick Bauer, Ketua Polisi Awam, Google Malaysia pula berkata, “Dalam era di mana kewujudan dalam talian adalah begitu penting untuk perniagaan, kami merasakan bahawa usahawan dan pemasar perlu untuk memperkembangkan diri mereka dengan kemahiran digital yang betul dan memahami bagaimana pengguna membeli-belah dalam talian.
“Kami telah bekerjasama dengan Celcom untuk memastikan bahawa program dua setengah hari ini akan membantu menyediakan pelajar dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang Iklan Google dan memberi mereka satu kelebihan apabila memasuki pasaran kerja,” katanya.
HeiTech Padu Berhad (HeiTech) melancarkan Secure-X, tawaran terbaharu untuk perniagaan Perkhidmatan Keselamatan Terurus yang akan diperkenalkan semasa Persidangan Cyber Security Malaysia-Awards, Conference & Exhibition kali ke-10 (CSM-ACE 2018) yang dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dari 24 hingga 28 September.
Abdul Halim Md Lassim, Naib Presiden Eksekutif HeiTech dan Ketua Pegawai Eksekutif HeiTech Managed Services Group
HEITECH menjadikan acara ini sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan perkhidmatan keselamatan siber terurusnya dalam industri keselamatan siber.
HeiTech akan menganjurkan persidangan sehari bertajuk HeiTech Secure-Xchange 2018: Securing ICT in the Digitalised World untuk perwakilan CSM-ACE 2018 pada 26 September.
Persidangan HeiTech Secure-Xchange akan diadakan bersempena Persidangan CSM-ACE yang mengumpulkan profesional ICT dan keselamatan siber serta pemimpin industri dari seluruh dunia untuk membincangkan topik-topik utama seperti keselamatan siber dan pandangan mengenai keselamatan dan kemahiran dalam industri berkenaan.
Malaysia kini bergerak menuju revolusi transformasi digital, didorong oleh aspirasi kerajaan untuk mendigitalkan ekonomi, rakyat, dan infrastruktur.
Untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia bertekad untuk memperoleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan memberi tumpuan khusus kepada ekonomi digital.
Untuk mencapai aspirasi tersebut, keselamatan siber memainkan peranan penting dalam transformasi digital negara, menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada tiga negara teratas di rantau Asia Tenggara yang dijangka menyumbang 75% kepada bahagian pasaran perkhidmatan siber menjelang tahun 2025.
“Secure-X menyediakan penyelesaian keselamatan siber moden dan perkhidmatan terurus kepada organisasi di Malaysia termasuk kerajaan dan perusahaan dalam mencapai matlamat transformasi digital mereka dengan menawarkan nilai dari teknologi rangkaian hari ini di tengah-tengah persekitaran yang semakin kompleks,” kata, Abdul Halim Md Lassim, Naib Presiden Eksekutif HeiTech dan Ketua Pegawai Eksekutif HeiTech Managed Services Group.
Malaysia sedang rancak mengusahakan transformasi digital dan ekonomi digital dalam pelbagai bidang seperti sektor pembuatan, perkhidmatan hingga ke minyak dan gas, yang membuat pelaburan besar untuk mendapatkan penyelesaian yang mampu memberikan penyelesaian siber yang boleh diharap dan meningkatkan produktiviti,” katanya.
“Teknologi dan penyelesaian Secure-X yang ditunjukkan di CSM-ACE 2018 akan membantu industri mengubah operasi mereka dan mendapatkan beberapa manfaat transformasi digital yang membawa kepada peningkatan keselamatan siber dan perniagaan.”
Perkhidmatan keselamatan terurus Secure-X merangkumi pencegahan, pengesanan dan pemulihan yang meliputi sokongan menyeluruh dengan operasi berasaskan fokus tahap perkhidmatan kepada pelanggan kami.
Teras penyelesaian terdiri daripada Pengurusan Kerentanan, Pengurusan Ancaman Pintar, Pengurusan Pematuhan dan Perundingan.
Teras perkhidmatan pula terdiri daripada pelbagai lapisan keselamatan dari peranti titik hujung, sekuriti perimeter sehingga tahap aplikasi dan pematuhan keselamatan bersama kepakaran dalam setiap bahagian masing-masing.
Pada persidangan HeiTech Secure-Xchange, HeiTech membentangkan dua topik – Mitos Keselamatan Perisian dan Transformasi Digital di samping topik menarik lain yang dibentangkan oleh penceramah dari prinsipal teknologi dan pengguna yang akan berkongsi pandangan mereka.
HeiTech, yang telah menjadi pakar dalam industri keselamatan siber selama lebih dua dekad, menawarkan penyelesaian khusus untuk agensi kerajaan dan perniagaan.
Penyelesaian khusus merangkumi integrasi sistem, pembangunan aplikasi, penyelesaian infrastruktur ICT seperti perkhidmatan terurus, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan pengkomputeran awan sesuai untuk industri seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pertahanan.
Thorough checks and service quality assured at all times
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi vehicles in Malaysia, ranked highest in this year’s J.D. Power Malaysia Customer Service Index (CSI) Mass Market Study.
MMM ranks highest across all factors, with an overall score of 814, among eight other brands.
Study measures overall satisfaction for maintenance or repair work
“MMM is happy to be ranked highest for the CSI Mass Market Study conducted by J.D. Power 2018. This reflects MMM‘s commitment to continue to provide a rewarding and positive customer’s experience from the first initiation of purchase to a satisfying after sales service.
“This is an encouragement for us to aim to do better and to strive to maintain number one every year!” said Tomoyuki Shinnishi, Chief Executive Officer of Mitsubishi Motors Malaysia.
The 2018 Malaysia Customer Service Index (Mass Market) Study is based on responses from 2,957 new-vehicle owners who received delivery of their new vehicle between March 2015 and July 2017 and took their vehicle for service to an authorized service centre between March 2017 and July 2018.
The study measures customer satisfaction with the servicing and vehicle-return process and was fielded from March through July 2018.
Now in its 16th year, the study measures overall satisfaction among vehicle owners who visited an authorized service centre for maintenance or repair work during the first 12 to 36 months of ownership and is based on five factors (in order of importance): service quality (25%); vehicle pick-up (21%); service initiation (20%); service facility (17%); and service advisor (16%).
Overall satisfaction for the industry averages 754 points.
MMM ranks highest across all factors including service quality, service facility and service advisor
Mitsubishi Motors Malaysia is currently represented by 52 showrooms (out of which 46 are 3S Centres) and 51 service outlets throughout Malaysia. In East Malaysia, MMM is represented by 14 showrooms (6 in Sarawak and 8 in Sabah).
The Triton 4×4 pick-up truck are imported as CBU (Completely Built-Up) units from Thailand while the ASX Compact SUV and Outlander are locally assembled (CKD) in Malaysia.
Memiliki telefon pintar bukan sahaja sekadar untuk berhubung sesama rakan atau ahli keluarga tetapi juga boleh berfungsi sebagai catatan peribadi menerusi gambar atau video. Baca lebih lanjut ulasan Prebiu.com mengenai telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note9.
ANDA seorang yang gemar mengambil gambar dengan telefon pintar namun masalah timbul apabila storan mula penuh. Maka anda terpaksa memadamkan beribu-ribu gambar yang masih diperlukan dan ini tidak termasuk video-video daripada kumpulan WhatsApp.
Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi apabila anda menggunakan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note9 yang mencatat sejarah sebagai telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai slot dalaman 512GB di samping slot kad microSD yang boleh menjangkau sehingga 1TB.
Revolusi simpanan storan bersaiz besar itu bukan sahaja mengatasi telefon pintar lain di pasaran sekarang malah melangkaui keupayaan storan sebuah komputer riba atau laptops.
Galaxy Note9 secara rasmi dijual di Malaysia pada 24 Ogos pada harga RM4,699 (8GB+512GB) dan RM3,699 (6GB+256GB). Empat warna ditawarkan iaitu hitam, metalik, biru dan ungu.
Berasaskan bateri 4000mAh, telefon ini mampu bertahan untuk tempoh lama iaitu terbesar dari siri Galaxy manakala pen pintar warna emas S Pen atau stylus menerusi model telefon warna Ocean Blue yang diuji Prebiu.com ini terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah Bluetooth untuk beberapa kegunaan.
Sebagaimana sedia maklum, Note9 yang hadir dengan skrin lengkung bersaiz 6.4 inci ini tidak lengkap jika tiada S Pen yang turut dipertingkatkan dengan ciri IP68 iaitu kalis air dan habuk.
Kelebihan memiliki pen pintar pelbagai fungsi ini memberi banyak kegunaannya seperti berupaya menjadi pengawal atau butang shutter kepada kamera jika ia diletakkan sejauh 10 meter. Cukup menarik untuk penggemar Selfie atau Wefie bersama rakan-rakan. Hebat bukan!
Untuk mengecas S Pen pula, hanya cukup dengan masukkan kembali ke slot dalam telefon selama 30 saat dan dengan sokongan Bluetooth Low-Energy (BLE), S Pen baharu itu berkeupayaan untuk menyampaikan cara baru dalam mengendalikan Note9.
Air command
S Pen pada Galaxy Note menawarkan kadar kejituan yang tinggi dalam input, sekali gus cukup memudahkan proses lakaran dan penulisan, sesuai bagi mereka yang memang terbabit dalam industri kreatif seperti pelukis grafik, pereka baju mahupun penulis lagu.
Menariknya, pada Samsung Galaxy Note9, S Pen bukan sekadar sebuah stylus biasa, pengguna boleh mengawal banyak benda termasuk menggunakannya sebagai butang untuk merakamkan gambar, mengedit galeri gambar atau mengawal pemain video dan muzik.
Jika anda mahu mengambil gambar sendiri, pegang sahaja S Pen dan tekan butang dari jauh tanpa perlu menetapkan kiraan masa untuk merakamkan gambar. Cukup mudah bukan!
Selain itu, S Pen juga boleh digunakan ketika membuat pembentangan di pejabat atau dimana-mana, sebagai alat kawalan untuk mengerakkan slide dari satu persatu dengan mudah. Ketika ini, ciri itu boleh digunakan bersama aplikasi Microsoft Powerpoint.
Pengguna turut boleh mengakses halaman tetapan S Pen Remote di Galaxy Note 9, dan seterusnya menetapkan apa yang perlu dilakukan oleh sesuatu aplikasi apabila pengguna tekan butang pada S Pen sama ada sekali atau dua kali.
Dwi Kamera belakang yang hebat
Melalui Samsung Galaxy Note9, Samsung meneruskan penambah-baikkan pada bahagian kamera. Galaxy Note9 hadir dengan dwi-kamera belakang yang mengabungkan dua lensa 12-megapixel dengan sokongan dwi-OIS dan zoom optikal.
Dengan dua lensa pada kamera, satu sudut lebar dan satu lagi telefoto pada resolusi 12MP+12MP. Kamera depan pula 5MP pada f1.7 serta sokongan rakaman video pada resolusi 4K 60FPS.
Sebanyak 20 mod jenis gambar disediakan iaitu Food, Portraits, Flowers, Indoor scenes, Animals, Landscapes, Greenery, Trees, Sky, Mountains, Beaches, Sunrises and sunsets, Watersides, Street scenes, Night scenes, Waterfalls, Snow, Birds, Backlit, Text.
7 Perkara Menarik Samsung Galaxy Note9
Bateri 4000mAh dengan pengecas tanpa wayar (aksesori)
Storan 256GB dan 512GB
Telefon dan S Pen kalis air serta habuk IP68
S Pen berfungsi sebagai alat kawalan jauh
Dua lensa pada kamera belakang
Sokongan Dua Kad Sim
Penggunaan Sistem Biometrik
Dengan sokongan kamera yang terkini ini, ia menawarkan kebolehan untuk merakamkan gambar dengan jelas tanpa kira cahaya persekitaran. Walaupun gelap, gambar yang dihasilkan kamera Galaxy Note 9 adalah sangat cantik tanpa memerlukan sebarang penambah-baikkan.
Gambar diambil menggunakan Note9 dari atas Menara KL
Seperti biasa, anda boleh mengeluarkan kamera dan merakamkan gambar serta-merta – dan kamera pada Galaxy Note 9 akan membuat pengecaman automatik dan menggunakan mod rakaman yang bersesuaian dengan pantas.
Prebiu.com sempat merakam beberapa gambar menggunakan Note9 dari atas Menara Kuala Lumpur dan kualiti gambarnya tidak menghampakan malah kelihatan jelas meskipun diambil dari jarak jauh. Lihat gambar-gambar yang diambil di ruang galeri.
Bagi peminat game, anda tidak perlu bimbang apabila menggunakan telefon pintar ini secara berterusan kerana ia mempunyai sistem Water Carbon Cooling serta penyesuaian prestasi berteraskan kecerdasan pintar (AI).
Ini kerana Samsung Galaxy Note 9 mempunyai paparan 6.4 inci Super AMOLED Infinity yang memberikan pengguna dengan pengalaman multimedia yang luar biasa selain pembesar suara stereo AKG Harmon menyesuaikan bunyi keliling pintar.
Gambar zoom paling maksimum dari atas Menara Kuala Lumpur menggunakan Note9
Samsung Galaxy Note 9 juga tidak lagi memerlukan DEX untuk sambungan ke TV atau monitor apabila ia dihubung terus dengan kabel USB-C.
Kesimpulannya, terlalu banyak hendak diceritakan mengenai telefon ini yang bukan sahaja menawarkan kuasa pemprosesan berkuasa, penuh inovasi dan memiliki pen stylus yang cukup pintar. Jangan lupa cipta Emoji anda sendiri selari dengan taglinenya “The new super powerful Note Galaxy Note9”
UMNO pada 21.9.2018 telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur antara lain untuk menuntut RM116.7 juta milik UMNO yang didakwa disita oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
TUNTUTAN tersebut telah difailkan terhadap Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Dato’ Mohd Sakri Arifin iaitu pegawai serbuan dan empat yang lain.
Tetuan Scivetti & Associates melalui Peguam Utama UMNO, Dato’ Hariharan Tara Singh telah memaklumkan bahawa sesalinan Writ bertarikh 21 Sept 2018 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 20 Sept 2018 telah diserahkan kepada kesemua Defendan pada 21.9.2018 dan Defendan-Defendan mempunyai tempoh sebanyak 14 hari dari tarikh penyerahan untuk memasukkan kehadiran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Mahkamah telah menetapkan tarikh 15 Okt 2018 untuk Pengurusan Kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Puan Rumaizah Baharom di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya melalui kenyataan media hari ini. – MediaUMNO
KENYATAAN AKHBAR OLEH PEGUAM UMNO
(ISNIN, 24.9.2018)
Pada 21.9.2018, atas arahan anak guam kami, kami telah memfailkan Writ bertarikh 21.9.2018 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 20.9.2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui guaman sivil no. WA-21NCvC-78-09/2018 (“Saman tersebut”) terhadap pegawai serbuan iaitu Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Dato’ Mohd Sakri Bin Arifin dan 4 yang lain untuk menuntut, antara lain, jumlah yang telah didakwa disita sebanyak RM116,700,000.00 oleh Polis Diraja Malaysia (“PDRM”) yang dimiliki oleh UMNO. Mahkamah telah menetapkan tarikh 15.10.2018 untuk Pengurusan Kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Puan Rumaizah Baharom. Kami juga pada 21.9.2018 telah menyerahkan Writ bertarikh 21.9.2018 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 20.9.2018 kepada kesemua Defendan. Defendan-Defendan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyerahan Writ hendaklah menyebabkan suatu kehadiran dimasukkan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO mengadakan sidang media sebulat suara Barisan Nasional (BN) memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dengan tidak meletakkan calon sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat Biro Politik di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato’ Onn sebentar tadi
Barisan Nasional (BN) akan memboikot serta tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
PENGERUSI BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen BN iaitu MCA dan MIC.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, tindakan memboikot itu dilakukan kerana BN menganggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongkan semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO mengadakan sidang media di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato’ Onn sebentar tadi.- Foto Oleh MediaUMNO
“Sesuatu PRK itu diadakan untuk terjemahkan erti demokrasi bagi memenuhi kerusi setelah kematian berlaku, maka tentu kita mahu lihat bahawa penyertaan dalam menterjemah proses demokrasi itu harus berjalan.
“Tetapi jika kerusi itu dikosongkan bukan atas sebab kematian, maka pertimbangan harus dilakukan BN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, peruntukan bagi PRK berkenaan seharusnya disalurkan kepada rakyat memandangkan kerajaan dikatakan dihimpit masalah kewangan.
Ditanya sama ada UMNO akan membantu PAS sekiranya parti itu meletakkan calon, Ahmad Zahid berkata, kedua-dua parti tidak mempunyai rundingan muktamad untuk bekerjasama dalam hal itu.
“Kita tidak ada sebarang rundingan secara muktamad tetapi ia berdasarkan ‘case to case basis’ dan ‘event to event basis’ seperti di PRK Sungai Kandis atau di Seri Setia,” katanya.
Katanya, parti itu juga tidak akan menyokong atau membantu mana-mana calon bebas yang bertanding pada pilihan raya berkenaan.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober depan manakala hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini dan pengundian awal 9 Oktober.
Sementara itu, ditanya mengenai keputusan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee yang keluar parti hari ini, Ahmad Zahid menjawab ringkas: “selamat berjaya”.
Mengulas mengenai kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung kerjasama UMNO dengan PAS, beliau berkata ia merupakan kerjasama antara parti pembangkang, dan bukannya untuk mewujudkan satu gabungan. –Bernama
Lexus Malaysia memperkenalkan model RX300 Special Edition, yang merupakan sebuah model menggunakan asas RX300 Luxury, tetapi diberikan lebih banyak aksesori.
LEXUS Malaysia menawarkan harga untuk model ini adalah RM434,000, menjadikannya lebih RM10,000 berbanding RX300 Luxury.
SUV mewah ini dipasang dengan beberapa aksesori asli Lexus, bermula dengan bahagian lip bawah bampar hadapan untuk lebih perlindungan dan kemasan di bawah pintu.
Turut diberi sentuhan adalah pemijak tepi bersepadu yang dapat membantu pengguna keluar dan masuk ke dalam kenderaan, terutamanya kanak-kanak serta orang berumur.
Selain itu, RX300 Special Edition turut didatangkan dengan visor tepi pintu bersama kemasan krom, serta plet di atas bampar. Ini dapat mengelakkan permukaan tersebut daripada tercalar apabila memasuk atau mengeluarkan barang.
Aksesori lain yang dipadankan pada kenderaan ini termasuk lampu di pintu (yang mempunyai tulisan Lexus dan logonya), pembaca dan transmitter Touch ‘n Go (bukan untuk RFID) dan perakam video (DVR, dashcam).
Pada bahagian mekanikal, tiada perubahan yang diberi, bermakna ia masih lagi menggunakan enjin empat silinder petrol 2.0 liter 8AR-FTS yang disokong pengecas turbo dan boleh menghasilkan kuasa sebanyak 235 PS dan 350 Nm tork. Kuasa ini disampaikan kepada semua empat tayar melalui transmisi automatik enam kelajuan ECT.
Model RX300 Special Edition ini adalah model diimport sepenuhnya (CBU) dan didatangkan bersama jaminan pengilang lima tahun tanpa had batuan. Semua aksesori pula dipasang oleh pekerja terlatih di pusat aksesori UMW Toyota Motor di Bukit Raja, Selangor.