Memiliki telefon pintar bukan sahaja sekadar untuk berhubung sesama rakan atau ahli keluarga tetapi juga boleh berfungsi sebagai catatan peribadi menerusi gambar atau video. Baca lebih lanjut ulasan Prebiu.com mengenai telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note9.

ANDA seorang yang gemar mengambil gambar dengan telefon pintar namun masalah timbul apabila storan mula penuh. Maka anda terpaksa memadamkan beribu-ribu gambar yang masih diperlukan dan ini tidak termasuk video-video daripada kumpulan WhatsApp.

Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi apabila anda menggunakan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note9 yang mencatat sejarah sebagai telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai slot dalaman 512GB di samping slot kad microSD yang boleh menjangkau sehingga 1TB.

Revolusi simpanan storan bersaiz besar itu bukan sahaja mengatasi telefon pintar lain di pasaran sekarang malah melangkaui keupayaan storan sebuah komputer riba atau laptops.

Galaxy Note9 secara rasmi dijual di Malaysia pada 24 Ogos pada harga RM4,699 (8GB+512GB) dan RM3,699 (6GB+256GB). Empat warna ditawarkan iaitu hitam, metalik, biru dan ungu.

Berasaskan bateri 4000mAh, telefon ini mampu bertahan untuk tempoh lama iaitu terbesar dari siri Galaxy manakala pen pintar warna emas S Pen atau stylus menerusi model telefon warna Ocean Blue yang diuji Prebiu.com ini terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah Bluetooth untuk beberapa kegunaan.

Sebagaimana sedia maklum, Note9 yang hadir dengan skrin lengkung bersaiz 6.4 inci ini tidak lengkap jika tiada S Pen yang turut dipertingkatkan dengan ciri IP68 iaitu kalis air dan habuk.

Kelebihan memiliki pen pintar pelbagai fungsi ini memberi banyak kegunaannya seperti berupaya menjadi pengawal atau butang shutter kepada kamera jika ia diletakkan sejauh 10 meter. Cukup menarik untuk penggemar Selfie atau Wefie bersama rakan-rakan. Hebat bukan!

Untuk mengecas S Pen pula, hanya cukup dengan masukkan kembali ke slot dalam telefon selama 30 saat dan dengan sokongan Bluetooth Low-Energy (BLE), S Pen baharu itu berkeupayaan untuk menyampaikan cara baru dalam mengendalikan Note9.

Air command

S Pen pada Galaxy Note menawarkan kadar kejituan yang tinggi dalam input, sekali gus cukup memudahkan proses lakaran dan penulisan, sesuai bagi mereka yang memang terbabit dalam industri kreatif seperti pelukis grafik, pereka baju mahupun penulis lagu.

Menariknya, pada Samsung Galaxy Note9, S Pen bukan sekadar sebuah stylus biasa, pengguna boleh mengawal banyak benda termasuk menggunakannya sebagai butang untuk merakamkan gambar, mengedit galeri gambar atau mengawal pemain video dan muzik.

Jika anda mahu mengambil gambar sendiri, pegang sahaja S Pen dan tekan butang dari jauh tanpa perlu menetapkan kiraan masa untuk merakamkan gambar. Cukup mudah bukan!

Selain itu, S Pen juga boleh digunakan ketika membuat pembentangan di pejabat atau dimana-mana, sebagai alat kawalan untuk mengerakkan slide dari satu persatu dengan mudah. Ketika ini, ciri itu boleh digunakan bersama aplikasi Microsoft Powerpoint.

Pengguna turut boleh mengakses halaman tetapan S Pen Remote di Galaxy Note 9, dan seterusnya menetapkan apa yang perlu dilakukan oleh sesuatu aplikasi apabila pengguna tekan butang pada S Pen sama ada sekali atau dua kali.

Dwi Kamera belakang yang hebat

Melalui Samsung Galaxy Note9, Samsung meneruskan penambah-baikkan pada bahagian kamera. Galaxy Note9 hadir dengan dwi-kamera belakang yang mengabungkan dua lensa 12-megapixel dengan sokongan dwi-OIS dan zoom optikal.

Dengan dua lensa pada kamera, satu sudut lebar dan satu lagi telefoto pada resolusi 12MP+12MP. Kamera depan pula 5MP pada f1.7 serta sokongan rakaman video pada resolusi 4K 60FPS.

Sebanyak 20 mod jenis gambar disediakan iaitu Food, Portraits, Flowers, Indoor scenes, Animals, Landscapes, Greenery, Trees, Sky, Mountains, Beaches, Sunrises and sunsets, Watersides, Street scenes, Night scenes, Waterfalls, Snow, Birds, Backlit, Text.

7 Perkara Menarik Samsung Galaxy Note9

  • Bateri 4000mAh dengan pengecas tanpa wayar (aksesori)
  • Storan 256GB dan 512GB
  • Telefon dan S Pen kalis air serta habuk IP68
  • S Pen berfungsi sebagai alat kawalan jauh
  • Dua lensa pada kamera belakang
  • Sokongan Dua Kad Sim
  • Penggunaan Sistem Biometrik

Dengan sokongan kamera yang terkini ini, ia menawarkan kebolehan untuk merakamkan gambar dengan jelas tanpa kira cahaya persekitaran. Walaupun gelap, gambar yang dihasilkan kamera Galaxy Note 9 adalah sangat cantik tanpa memerlukan sebarang penambah-baikkan.

Gambar diambil menggunakan Note9 dari atas Menara KL

Seperti biasa, anda boleh mengeluarkan kamera dan merakamkan gambar serta-merta – dan kamera pada Galaxy Note 9 akan membuat pengecaman automatik dan menggunakan mod rakaman yang bersesuaian dengan pantas.

Prebiu.com sempat merakam beberapa gambar menggunakan Note9 dari atas Menara Kuala Lumpur dan kualiti gambarnya tidak menghampakan malah kelihatan jelas meskipun diambil dari jarak jauh. Lihat gambar-gambar yang diambil di ruang galeri.

Bagi peminat game, anda tidak perlu bimbang apabila menggunakan telefon pintar ini secara berterusan kerana ia mempunyai sistem Water Carbon Cooling serta penyesuaian prestasi berteraskan kecerdasan pintar (AI).

Ini kerana Samsung Galaxy Note 9 mempunyai paparan 6.4 inci Super AMOLED Infinity yang memberikan pengguna dengan pengalaman multimedia yang luar biasa selain pembesar suara stereo AKG Harmon menyesuaikan bunyi keliling pintar.

Gambar zoom paling maksimum dari atas Menara Kuala Lumpur menggunakan Note9

Samsung Galaxy Note 9 juga tidak lagi memerlukan DEX untuk sambungan ke TV atau monitor apabila ia dihubung terus dengan kabel USB-C.

Kesimpulannya, terlalu banyak hendak diceritakan mengenai telefon ini yang bukan sahaja menawarkan kuasa pemprosesan berkuasa, penuh inovasi dan memiliki pen stylus yang cukup pintar. Jangan lupa cipta Emoji anda sendiri selari dengan taglinenya “The new super powerful Note Galaxy Note9”

Harga Jualan Samsung Galaxy Note 9

128GB Model – RM3,699
512GB Model – RM4,599

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini