HeiTech Padu Berhad (HeiTech) melancarkan  Secure-X, tawaran terbaharu untuk perniagaan Perkhidmatan Keselamatan Terurus yang akan diperkenalkan semasa Persidangan Cyber Security Malaysia-Awards, Conference & Exhibition kali ke-10 (CSM-ACE 2018) yang dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dari 24 hingga 28 September.

Abdul Halim Md Lassim, Naib Presiden Eksekutif HeiTech dan Ketua Pegawai Eksekutif HeiTech Managed Services Group

HEITECH menjadikan acara ini sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan perkhidmatan keselamatan siber terurusnya dalam industri keselamatan siber.

HeiTech akan menganjurkan persidangan sehari bertajuk HeiTech Secure-Xchange 2018: Securing ICT in the Digitalised World untuk perwakilan CSM-ACE 2018 pada 26 September.

Persidangan HeiTech Secure-Xchange akan diadakan bersempena Persidangan CSM-ACE yang mengumpulkan profesional ICT dan keselamatan siber serta pemimpin industri dari seluruh dunia untuk membincangkan topik-topik utama seperti keselamatan siber dan pandangan mengenai keselamatan dan kemahiran dalam industri berkenaan.

Malaysia kini bergerak menuju revolusi transformasi digital, didorong oleh aspirasi kerajaan untuk mendigitalkan ekonomi, rakyat, dan infrastruktur.

Untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia bertekad untuk memperoleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan memberi tumpuan khusus kepada ekonomi digital.

Untuk mencapai aspirasi tersebut, keselamatan siber memainkan peranan penting dalam transformasi digital negara, menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada tiga negara teratas di rantau Asia Tenggara yang dijangka menyumbang 75% kepada bahagian pasaran perkhidmatan siber menjelang tahun 2025.

“Secure-X menyediakan penyelesaian keselamatan siber moden dan perkhidmatan terurus kepada organisasi di Malaysia termasuk kerajaan dan perusahaan dalam mencapai matlamat transformasi digital mereka dengan menawarkan nilai dari teknologi rangkaian hari ini di tengah-tengah persekitaran yang semakin kompleks,” kata, Abdul Halim Md Lassim, Naib Presiden Eksekutif HeiTech dan Ketua Pegawai Eksekutif HeiTech Managed Services Group.

Malaysia sedang rancak mengusahakan transformasi digital dan ekonomi digital dalam pelbagai bidang seperti sektor pembuatan, perkhidmatan hingga ke minyak dan gas, yang membuat pelaburan besar untuk mendapatkan penyelesaian yang mampu memberikan penyelesaian siber yang boleh diharap dan meningkatkan produktiviti,” katanya.

“Teknologi dan penyelesaian Secure-X yang ditunjukkan di CSM-ACE 2018 akan membantu industri mengubah operasi mereka dan mendapatkan beberapa manfaat transformasi digital yang membawa kepada peningkatan keselamatan siber dan perniagaan.”

Perkhidmatan keselamatan terurus Secure-X merangkumi pencegahan, pengesanan dan pemulihan yang meliputi sokongan menyeluruh dengan operasi berasaskan fokus tahap perkhidmatan kepada pelanggan kami.

Teras penyelesaian terdiri daripada Pengurusan Kerentanan, Pengurusan Ancaman Pintar, Pengurusan Pematuhan dan Perundingan.

Teras perkhidmatan pula terdiri daripada pelbagai lapisan keselamatan dari peranti titik hujung, sekuriti perimeter sehingga tahap aplikasi dan pematuhan keselamatan bersama kepakaran dalam setiap bahagian masing-masing.

Pada persidangan HeiTech Secure-Xchange, HeiTech membentangkan dua topik – Mitos Keselamatan Perisian dan Transformasi Digital di samping topik menarik lain yang dibentangkan oleh penceramah dari prinsipal teknologi dan pengguna yang akan berkongsi pandangan mereka.

HeiTech, yang telah menjadi pakar dalam industri keselamatan siber selama lebih dua dekad, menawarkan penyelesaian khusus untuk agensi kerajaan dan perniagaan.

Penyelesaian khusus merangkumi integrasi sistem, pembangunan aplikasi, penyelesaian infrastruktur ICT seperti perkhidmatan terurus, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan pengkomputeran awan sesuai untuk industri seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pertahanan.