Celcom Axiata Berhad dan Google melancarkan program latihan pemasaran digital selama dua setengah hari, bertempat di Residensi UTMKL, Kuala Lumpur.

PROGRAM itu mengumpulkan 250 siswa daripada 35 institusi pengajian tinggi, merangkumi universiti awam dan swasta, politeknik, dan kolej komuniti.

Berlangsung pada 21-23 September 2018, program latihan tersebut adalah kesinambungan daripada program KPM(PT)-Celcom Siswapreneur yang dijalankan bersama Kementerian Pendidikan (Pendidikan Tinggi) sejak 2016.

From L-R: Zeffri Yusof, Head of Public Relations, Google Malaysia, Saiful Bahrin Abdul Ghaffar, Head of Corporate Responsibility and Government Liaison, Celcom Axiata Berhad, Prof. Ir. Ts. Dr. Rezuwan Kamaruddin, Deputy Vice Chancellor (Academic and International), Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Vice Chancellor, Universiti Putra Malaysia, Zuraida Jamaluddin Chief Corporate Officer, Celcom Axiata Berhad, Prof. Dr. Azizi Ismail, Deputy Director General of Higher Education, Ministry of Education, Assoc. Prof. Ahmad Khalid, Director, Student Affairs, Universiti Teknologi Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Isarji j Sarudin, Rector,International Islamic University Malaysia, and Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Deputy Vice Chancellor, Islamic Science University Malaysia, Nick Bauer, Head of Public Policy, Google Malaysia and Areehan Abdullah, Government Liaison, Celcom Axiata Berhad

Program Siswapreneur tercetus dengan objektif menyemai minat kepada digitalisasi di kalangan pelajar, dan membentuk minda, kemahiran, dan bakat dalam menjadi usahawan digital.

Program tersebut akan mendedahkan asas-asas Google Ads, seperti faedah pengiklanan atas talian, dan kaedah terbaik bagi pengurusan periklanan yang optimum.

Google juga akan berkongsi konsep Google Shopping Certification peringkat asas dan pertengahan, termasuk penyediaan Merchant Centre account, suapan data produk, dan pengurusan kempen Shopping.

Program tersebut dirasmikan oleh Profesor Dr Azizi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan. Ia turut diserikan oleh Zuraida Jamaluddin, Ketua Pegawai Korporat, Celcom Axiata Berhad, dan Nick Bauer, Ketua Polisi Awam, Google Malaysia.

Celcom juga melanjutkan program KPM(PT)-Celcom Siswapreneur melalui Perjanjian Persefahaman dengan lima buah universiti – Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, dan Universiti Sains Islam Malaysia, dalam majlis pelancaran Siswapreneur @ Google Bootcamp.

Mohamad Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad, berkata kini adalah waktu yang sesuai bagi industri dan kerajaan bekerjasama dalam inovasi pasaran kerja, dan menyediakan para siswazah dengan kemahiran lanjutan dan menjadikan keusahawanan sebagai pilihan.

“Salah satu daripada program kesinambungan Celcom adalah untuk memupuk masyarakat dan membangunkan insan, dan program KPM(PT)-Celcom Siswapreneur ini bertujuan untuk menyemai minat siswazah untuk menjadi bakal usahawan di Malaysia.

Inisiatif kami dalam membangunkan pelajar dan menyemai minat keusahawanan ini akan ditambahnilai melalui kerjasama dengan Google, iaitu rakan digital tersohor yang memiliki objektif yang sama dalam menggalakkan kemahiran digital di kalangan belia.

“Kami berharap latihan ini dan proses pembelajaran yang dikongsi sepanjang program latihan akan dapat mengubah mereka daripada pencari pekerjaan kepada mereka yang berpotensi mencipta pekerjaan,” katanya.

Nick Bauer, Ketua Polisi Awam, Google Malaysia pula berkata, “Dalam era di mana kewujudan dalam talian adalah begitu penting untuk perniagaan, kami merasakan bahawa usahawan dan pemasar perlu untuk memperkembangkan diri mereka dengan kemahiran digital yang betul dan memahami bagaimana pengguna membeli-belah dalam talian.

“Kami telah bekerjasama dengan Celcom untuk memastikan bahawa program dua setengah hari ini akan membantu menyediakan pelajar dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang Iklan Google dan memberi mereka satu kelebihan apabila memasuki pasaran kerja,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini