Komuniti Perodua, terdiri daripada kumpulan syarikat organisasi serta kakitangannya, telah menyumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah hutang negara.

PENGERUSI Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng di pejabatnya di Putrajaya, disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Sumbangan ini membuktikan bahawa Perodua dan kakitangan kami mahukan Malaysia yang lebih baik, dan kami berbesar hati menunjukkan tanda sokongan kami ini,” kata Tan Sri Asmat.

Perodua Chairman Tan Sri Asmat Kamaludin (2nd from left) presents Perodua and its staff’s contribution of RM1.1 million to Tabung Harapan Malaysia, to Finance Minister Lim Guan Eng (3rd from left). Bearing witness is Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh (4th from left), while Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Vice-President Dato’ Zainal Abidin Ahmad (left-most) and Perodua Auto Corporation Sdn Bhd President Masanori Takahashi (right-most)

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei 2018 untuk membantu kerajaan membayar balik jumlah hutang negara, yang melebihi RM1 trilion menurut Kementerian Kewangan.

Pelbagai organisasi, kumpulan dan individu telah menyumbang lebih daripada RM180 juta kepada Tabung Harapan Malaysia setakat akhir bulan Ogos.

“Kami memahami bahawa usaha mengurangkan jumlah hutang negara akan memakan masa yang lama, dan kami akan menyokong kerajaan masa kini dalam usaha membaikpulih semula ekonomi negara melalui eko-sistem automotif negara.

Untuk tahun ini, Perodua telah memperuntukkan RM5 bilion untuk membeli komponen kenderaan daripada pembekal-pembekalnya, yang kebanyakannya adalah syarikat tempatan.

Perodua juga mensasarkan jualan kenderaan sebanyak 209,000 unit tahun ini, yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pengedar bebas di seluruh negara.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini