Utama Blog Halaman 896

BMW Malaysia Memperkenalkan BMW ‘The 8’, Harga Jualan RM1.08 Juta

Kereta sport baharu yang mempersonakan tampil dengan prestasi luar biasa, reka bentuk yang emotif, kemewahan serba canggih dan inovasi yang tiada tandingannya.

BMW Group Malaysia memperkenalkan ‘The 8’, portfolio kenderaan mewah oleh pengeluar kenderaan premium ini.

Dibangunkan di atas litar lumba untuk mengecapi tahap kelincahan, kejituan, dan keterampilan yang menakjubkan, ‘The 8’ menggabungkan enjin yang berkuasa tinggi dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive serta ia tampil dengan struktur reka bentuk yang mengguna pakai ‘BMW EfficientLightweight’ – ia bakal menetapkan tanda aras baharu dalam segmen kenderaan coupe mewah.

“Di BMW Group, kami sentiasa memberikan perhatian terhadap masa hadapan, dan Generasi Pertama BMW 8 Series membuktikan kenyataan tersebut. Diperkenalkan buat pertama kali pada 1989, coupe sport mewah ini tampak gah dan tidak dapat ditandingi oleh jentera lain dari segi prestasi, inovasi dan kemewahan.

Ia merupakan kenderaan BMW pertama yang memperkenalkan pendikit (throttle) pacuan berwayar elektronik, Pengawal Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control) dan Pengendalian Aktif Integral (Integral Active Steering) dengan penggunaan teknologi gandar belakang ‘multi-link’.

“Selepas tiga dekad, kami telah mengambil legasi yang berpaksikan masa hadapan menerusi BMW 8 Series, dan kami membawakan coupe sport mewah ini ke dalam era moden untuk menetapkan standard alaf baharu,” kata Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

‘The 8’ diperkenalkan menerusi varian BMW M850i xDrive Coupe yang menampilkan prestasi luar biasa, reka bentuk serba emotif, kemewahan alaf baharu, ciri-ciri yang canggih bagi teknologi paparan dan pengawalan, bantuan pemandu serta aspek keterhubungan.

Reka bentuk luaran ‘The 8’ mendemonstrasikan kemodenan dengan tarikan bercirikan sport, serta penggayaan baharu manakala grafik tingkap yang langsing serta garisan bumbung beralun secara elegan ke seksyen belakang dengan kontur ‘double-bubble’ yang tersendiri, jarak roda yang panjang serta kelebaran trek roda yang lebih luas merupakan elemen visual yang mendefinisikan komposisi ‘The 8’.

Enjin V8 terbaharu dengan daya penyampaian serta akustik kuasanya juga diperkenalkan buat julung kali menerusi BMW M850i xDrive Coupe, ia mempersembahkan daya penyampaian kuasa yang luar biasa dengan tona bunyi yang sama hebatnya, turut diperkayakan dengan sistem ekzos sport berkelepak (flap).

Ia menampilkan gril ‘kidney’ berbentuk heksagon dengan kesemua elemennya dibingkaikan dengan sempurna. ‘The 8’ didatangkan dengan ‘BMW Laserlight’ yang standard – lampu hadapan yang tajam dan paling langsing berbanding semua model BMW yang pernah dikeluarkan.

Di bahagian belakang, penggunaan garisan mendatar dan diagonal menonjolkan kelebaran serta pusat graviti kenderaan ini yang rendah. Lampu belakang LED juga memberi penekanan terhadap kesan tersebut dengan mengunjur ke bahagian sisi. Paip ekzos berkembar dengan kontur berbentuk trapezoid diletakkan pada kedua-dua belah seksyen bawah di apron belakang.

Model prestasi BMW M boleh dikenal pasti dengan mudah melalui penampilan luarannya yang eksklusif dalam warna kelabu (Cerium Grey), spoiler belakang ‘M’ serta ambang pintu beriluminasi yang memaparkan nama model kenderaan ini.

Ia juga didatangkan dengan spoiler tambahan di bahagian hadapan yang standard untuk meminimumkan daya angkat (lift) yang berlaku pada gandar hadapan ketika kereta ini dipandu pada tahap kelajuan yang tinggi.

‘The 8’ didatangkan dengan brek M Sport 19” yang berkuasa tinggi dengan angkup ‘M’ yang berwarna biru. Spesifikasi standard bagi BMW M850i xDrive juga merangkumi roda ‘M’ beraloi ringan 20” dengan penggayaan y-spoke 728 M bersama saiz tayar bercampur. Khusus bagi pemilihan warna oren (Sunset Orange) pada permukaan eksterior, pilihan bagi roda dengan penggayaan 728 M dalam warna hitam (Jet Black) juga ditawarkan.

Lengkok Hofmeister BMW yang tersendiri juga dikemas kini kepada versi yang lebih rapi. Dibawa daripada kereta konsep yang asal, ‘The 8’ menampilkan ‘double-bubble’ yang menyerupai aliran udara ke seksyen belakang menerusi ruang bumbung pada tahap kelajuan tinggi. Untuk mengurangkan kadar seret (drag) aerodinamik bagi badan ‘The 8’ yang berarus ini, ruang bawah badan kenderaan tersebut ditutup hampir sepenuhnya, serta dilengkapi dengan pengawal flap udara aktif dengan bilah gril ‘kidney’ yang boleh dilaras serta tirai udara (Air Curtains) yang merangkumi corong-corong udara (Air Breathers).

Selain daripada tempat duduk serta stereng kulit ‘M’ dengan ciri multifungsi, pakej ‘M Sport’ meliputi material bumbung anthracite ‘BMW Individual’, pedal ‘M’, tempat letak kaki ‘M’ bagi pemandu dan cadar yang istimewa untuk menyuntik elemen sport dalam ruang kabin kenderaan ini.

Tempat duduk sport yang dirumus semula ini disulam dengan kulit Merino sebagai penawaran standard. Kemasan material kulit pada bahu pintu dan panel instrumen juga didatangkan bersama.

Oleh kerana posisi tempat duduk bagi kedua-dua tempat duduk belakang direndahkan, ia telah membolekan reka bentuk penyandar kepala dimuatkan sebagai komponen yang integral bagi seksyen sandaran tempat duduk belakang. Penyandar di tempat duduk belakang boleh dibahagikan 50:50 dan dilipat untuk meningkatkan kapasiti kompartmen simpanan yang bersaiz 420 liter.

Buat julung kali, ventilasi aktif bagi tempat duduk juga disediakan di mana udara sejuk disedut masuk daripada ruang interior lalu dihalakan melalui badan kenderaan ini ke arah kipas yang terletak pada tempat duduk untuk tujuan pengawalan suhu secara efektif bagi kusyen dan penyandar belakang pada tempat duduk yang disediakan.

Pengenalan BMW M850i xDrive Coupe juga menandakan perungkaian enjin V8 yang baharu. Unit generasi terbaharu dengan lapan silinder yang berkapasiti 4.4 liter ini telah dikemas kini dan dioptimumkan secara radikal.

Dua pengecas turbo ‘twin-scroll’ dengan cas penyejukan udara terletak di dalam ruang yang berbentuk V di antara silinder enjin, Injeksi Berketepatan Tinggi (High Precision Injection), injap pemboleh ubah VALVETRONIC dan pemasaan aci sesondol (camshaft) pemboleh ubah ‘Double-VANOS’ yang membentuk sebahagian daripada teknologi ‘BMW M Performance TwinPower Turbo’, ia berupaya untuk menjana tahap kelajuan setinggi 250 km/h.

BMW M850i xDrive Coupe dapat mencapai output maksimum sebanyak 390kW/530hp yang dijana menerusi lingkungan 5,500 – 6,000 rpm. Tork maksimum 750Nm dapat dijana menerusi julat rev antara 1,800 sehingga 4,600 rpm untuk tujahan hadapan yang berpanjangan. Ia boleh membuat “pecutan abad” dalam masa 3.7 saat dan menggunakan bahan bakar sebanyak 10.4 liter bagi setiap 100 kilometer.

Enjin V8 tersebut juga digandingkan dengan transmisi generasi terkini dengan 8 kelajuan yang dinamakan, Steptronic Sports Transmission. Ia memiliki sebaran nisbah yang dipertingkatkan, pengurusan transmisi baharu dan kawalan hidraulik yang teroptimum untuk mewujudkan profil penukaran gear yang lebih sporty, serta meningkatkan kadar keefisienan dan kelancarannya. Padel penukar gear pada stereng juga ditawarkan sebagai standard bagi tetapan penukaran gear manual.

Begitu juga dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive beroperasi dengan lebih efisien berbanding sebelum ini. Dengan kelajuan, ketepatan dan distribusi pemboleh ubah bagi tork antara roda hadapan dan belakang, ia memaksimumkan cengkaman dan mengekalkan kestabilan walaupun dalam situasi pemanduan yang mencabar.

Pada masa yang sama, tetapan yang berfokuskan seksyen belakang menjamin pengalaman pemanduan yang dijanjikan oleh kereta-kereta sport BMW. Kunci diferensial belakang yang dikawal secara elektronik dilengkapi sebagai penawaran standard bagi BMW M850i xDrive Coupe dan ia memberikan jentera ini lebih banyak kelebihan yang bertaraf sport.

Kesan penguncian yang dihasilkan oleh motor elektrik menghadkan kompensasi kelajuan antara kawasan roda di bahagian dalam dan luar ketika membelok, lantas membolehkan kenderaan ini keluar dari lencongan dengan dinamisme yang mempesonakan.

Harald Hoelzl, Managing Director of BMW Group Malaysia with The 8

Prinsip penstrukturan dan penalaan casis ‘The 8’ dirumus untuk memanfaatkan potensi dinamik daripada teknologi powertrain, dan menggunakan konsep tersiratnya untuk memaksimumkan keupayaan prestasi sport kenderaan ini secara maksimum.

Berat yang dioptimumkan, pusat graviti yang rendah, distribusi muatan gandar yang seimbang serta struktur badan yang kukuh dan ciri-ciri aerodinamik yang mantap melengkapkan sebuah karya yang wujud dalam bentuk sebuah kenderaan.

Roda aloi ringan yang standard dilengkapi dengan tayar bersaiz campur, di mana kesan peningkatan cengkamannya menjadi salah satu faktor dalam proses penalaan casis jentera ini.

Di samping ‘Adaptive M Suspension’, ‘The 8´juga didatangkan dengan Pengendalian Aktif Integral yang mengurangkan lingkaran pembelokan ketika mengolah, meningkatkan kelincahan pada tahap kelajuan yang sederhana dan mengoptimumkan keseimbangan dan kepastian ketika menukar laluan dan ketika membelok pada tahap kelajuan yang tinggi.

‘The 8´merupakan sebuah model yang sangat canggih dalam segmennya. Ia bukan sahaja dilengkapi dengan keupayaan pengawal luncur (cruise control) aktif dengan fungsi ‘Stop & Go’, ia juga menawarkan kefungsian ‘Driving Assistant Professional’.

Sistem bantuan pemandu ini merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning), Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning), Amaran Perentasan Trafik (Crossing Traffic Warning) di hadapan dan belakang, Bantuan Hentian Kecemasan (Emergency Stop Assistant), Bantuan Pengemudian Laluan (Lane Keeping Assistant) dengan perlindungan perlanggaran sisi yang aktif dan Bantuan Pengelakan (Evasion Aid) yang bertindak balas terhadap kehadiran pejalan kaki di kawasan sekeliling.

‘BMW Live Cockpit Professional’ ditawarkan secara standard dalam ’The 8’. Paparan generasi terkini dan konsep kawalan merangkumi kluster instrumen beresolusi tinggi di belakang stereng dengan diagonal skrin bersaiz 12.3” serta ‘Control Display´ bersaiz 10.25” yang beroperasi menggunakan ‘BMW Operating System 7.0’ yang baharu.

Komponen-komponen lain dalam BMW Live Cockpit Professional merangkumi sistem navigasi adaptif, sistem multimedia yang berasaskan pemacu keras (hard drive) dengan kapasiti memori 20GB, dua port USB, Bluetooth dan antara muka (interface) Wi-Fi.

Pemandu boleh menikmati keupayaan keterhubungan kereta ini yang pintar menerusi kad SIM yang dilengkapi pada kenderaan ini serta volum data yang tidak terhad, ia membolehkannya membuat Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call) untuk mendapatkan bantuan secepat yang mungkin ketika berlakunya kecemasan dan menerima kemas kini secara berkala bagi sistem navigasinya. Servis yang lain meliputi ‘Concierge Service’ dan ‘Remote Services’.

Juga membuat penampilan sulungnya dalam ‘The 8’, pembantu pemandu yang sempurna – ‘BMW Intelligent Personal Assistant’, sebuah karakter digital yang memberikan maklum balas kepada sapaan “Hey BMW”. BMW Intelligent Personal Assistant mempelajari rutin dan tabiat pemandu, dan dapat mengaplikasikannya dalam konteks yang bertepatan.

Di samping keupayaannya untuk memastikan keberadaan pembantu profesional BMW yang tulen bersama pemandu, serta untuk menjelaskan pelbagai jenis kefungsian yang melengkapi kenderaan ini, pembantu peribadi tersebut menantikan setiap arahan pemandu, dan sentiasa bersedia untuk memberikan pertolongan, malah mampu berbual secara kasual.

Satu ciri unik yang mengatasi pembantu digital yang ditawarkan oleh pihak lain ialah pemandu boleh memberikannya nama peribadi, sebagai contoh, “Hey Jamie”, untuk memperkenalkan elemen keindividualan serta personaliti.

BMW Intelligent Personal Assistant juga akan mendapat manfaat daripada kemas kini teknikal secara berterusan dan boleh mempelajari tetapan yang terpilih dan digemari oleh pemandu. Berdasarkan tetapan kegemaran pemandu, ia juga boleh mengaktifkan kombinasi tertentu untuk memperkayakan pengalaman pemandu.

Sebagai contoh, dengan mengatakan “Hey BMW, I feel tired”, ia akan mengaktifkan program vitaliti yang antara lainnya akan melaraskan mood pencahayaan, muzik dan suhu untuk membantu pemandu berasa lebih terjaga.

Juga buat pertama kali, ‘The 8’ didatangkan dengan kunci digital yang diberi nama ‘BMW Digital Key’. Kunci digital ini mengguna pakai teknologi ‘Near Field Communication’ (NFC) untuk membolehkan kereta sport mewah yang baharu ini dikunci dan dibuka dengan telefon pintar.

Telefon pintar pengguna hanya perlu dihalakan dekat dengan pemegang pintu untuk membuka pintu jentera ini. Dalam ruang kokpit, enjin boleh dihidupkan sebaik sahaja telefon pemandu diletakkan di tempat Pengecasan Tanpa Wayar ataupun di ruang penyimpanan telefon pintar. Dengan aplikasi ‘BMW Connected App’, kunci digital tersebut boleh dikongsikan oleh pemandu dengan lima orang yang lain pada masa yang sama.

Dari segi penawaran warna eksterior, ‘The 8’ menawarkan seleksi warna yang terdiri daripada warna metalik ‘Carbon Black’, ‘Black Sapphire’, ‘Sonic Speed Blue’, ‘Barcelona Blue’, ‘Sunset Orange’ dan warna ‘Mineral White’ digandingkan dengan material kulit BMW Individual Merino sebagai kemasan bagi tempat duduk yang berwarna Hitam, Cognac atau Putih (Ivory White).

‘The 8’ akan mula ditawarkan menerusi semua pengedar BMW yang bertauliah di seluruh negara dari hari Jumaat, 15 Mac 2019. Ataupun, pelanggan boleh melayari www.bmwbethefirst.com.my untuk membuat pratempahan.

Program pembiayaan dinamik

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M850i xDrive Coupe boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM12,418.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pemilik ‘The 8’ juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi::

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW
  • Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) ‘The 8’ ialah:

BMW M850i xDrive Coupe – RM1,088,800.00

Lombok To Become The New Bali

Lombok is set to become the new Bali, with AirAsia announcing new four times weekly flights between Perth and Lombok from 9 June 2019.

The announcement, which follows AirAsia’s commitment to develop a new hub in the West Nusa Tenggara province, will accelerate post-earthquake recovery efforts and lay the foundations for the Indonesian Government’s sustainable development initiative to create ‘10 new Balis’.

L-R: Debra Blaskett, Chief Corporate Services Officer of Perth Airport; Matana Thienthong, AirAsia’s Commercial Head for Australia and Korea; Carolyn Turnbull, Chief Aviation Business Development Officer of Perth Airport flanked by cabin crew

AirAsia Indonesia CEO Dendy Kurniawan said, “Today, AirAsia is laying the foundations of its newest hub, transforming Lombok into the new Bali. In a few months, just a short flight from Perth, this island will become a thriving tourism destination for many Australians.

“The development of Lombok as an AirAsia hub will also serve as the catalyst for healthy growth and competition in Indonesia. By stimulating the market with low fares we want to provide more opportunities for Australians and Indonesians to fly.”

The new service between Perth and Lombok also provides a welcome boost to the local tourism and visitor economy, and in coming months, AirAsia will unveil a number of sustainable tourism and community initiatives to assist with the islands recovery efforts.

Mr Kurniawan continued: “When our first flight touches down in June, Lombok will be well and truly open for business and we look forward to making this new route a success”

Perth Airport Chief Corporate Services Officer Debra Blaskett said Australians have a great propensity for travel to Indonesia, especially from Perth, where it represents Perth Airport’s largest outbound market.

“Indonesia is also Western Australia’s eighth largest visitor market. Just last year, Western Australia welcomed 31,000 Indonesian visitors, injecting more than $60 million into the WA economy.

“AirAsia has been in the vanguard of a low-cost carrier revolution that has delivered more affordable and accessible travel options than ever before.”

The new service will further grow the airline’s position in Australia, adding more than 77,000 seats to the Perth market annually.

Special launch-day fares from just AUD $99* one way are on sale from now until 24 March 2019. Fares are valid for travel between 09 June – 26 October 2019.

AirAsia connects the world with Indonesia, carrying the largest number of international tourists to the country per year on more than 38 unique domestic and international routes.

Today’s announcement will also help to showcase Lombok’s blissful beaches, top surfing and dive sites, and picturesque mountains and scenery to tens of thousands of Australians each year.

For the latest AirAsia news, activities and promotions, follow AirAsia on Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) and Instagram (instagram.com/AirAsia) and to book your next journey to Lombok, Indonesia visit: airasia.com

lopen.PNG

* Promotional all-in-fares quoted are AirAsia member only fares for one-way travel only inclusive of taxes. For full terms and conditions visit airasia.com

Pemenang ‘Renault Test Drive Challenge’ Bawa Pulang Hadiah iPhone

Pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC), baru-baru ini mengumumkan keputusan untuk kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ dan mengadakan upacara penyampaian hadiah.

SEBANYAK 85 hadiah bertuah telah dibawa pulang termasuk lima unit hadiah utama iaitu Apple iPhones XS baharu, selain daripada 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu and 30 pek hadiah eksklusif Renault.

Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ dianjurkan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk memandu Renault supaya mereka lebih mengenali pemanduan luar biasa yang ditawarkan oleh Perancis.

Diadakan di bilik pameran Renault di seluruh negara bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018, Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ ini juga terbuka kepada pelanggan GoCar yang memandu uji Captur melalui platform ‘ride-sharing’ sepanjang tempoh kempen.

‘Kami bersyukur kerana begitu ramai orang telah mengambil bahagian dalam ‘test drive challenge’ ini dan memandu uji kenderaan Renault. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak kempen sedemikian supaya jenama Renault lebih dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia serta memberi lebih banyak dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan Renault,” kata Kuan Kim Luen, Ketua Pegawai Eksekutif, TC Euro Cars Sdn Bhd.

Renault Koleos and Captur

Lima orang pemenang hadiah utama termasuk Siti Noriah Arshad, 47, Rohazlin Zukkafli, 34, Ganesh Kumar Manokara, 36, Mohamed Al-Azadi Aljohari, 36, dan Amran Md Shaari, 51, yang telah menyertai kempen ini melalui ‘test drive experience with GoCar’.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu yang saya merupakan salah seorang pemenang hadiah utama. Terima kasih saya ucapkan kepada TCEC dan Renault kerana menganjurkan kempen ini.

“Ini memanglah kehendak hati saya kerana saya agak berminat untuk memandu uji Koleos, selepas mendengar cadangan seorang pelanggan saya yang memiliki Captur. Pengalaman memandu uji Koleos memang hebat.  Saya amat kagum dengan ruang dalaman Koleos yang mewah, lampu kabin yang boleh diubah suai dan prestasi yang hebat,” kata Mohamed Al-Azadi Aljohari.

Ganesh Kumar Manokara yang memandu uji Captur pula berkata pada mulanya dia cuma tertarik hati dengan hadiah Apple iPhone XS walaupun dia tidak pernah terfikir dia begitu bertuah.

“Saya sangat gembira kerana telah dipilih sebagai salah seorang pemenang dan saya juga menghargai pengalaman baik saya bersama perunding jualan Renault yang membantu saya sepanjang proses pembelian saya,” katanya.

Perodua Sasar Aruz Jadi SUV Terlaris Di Malaysia Timur

Perodua mensasarkan SUV tujuh tempat duduk baharu, Perodua Aruz, menjadi SUV terlaris di Malaysia Timur, yang mana pasarannya didominasi oleh segmen tersebut.

PERODUA mensasarkan untuk mengembangkan lagi bahagian pasaran Malaysia Timur daripada 40% pada masa ini dan Perodua Aruz baharu akan menerajui perkembangan tersebut di wilayah ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah menyempurnakan acara pelepasan Konvoi Perodua Aruz TransBorneo di Cawangan Perodua Kuching 1 baru-baru ini.

Pada majlis itu sebanyak enam unit Perodua Aruz akan memulakan penjelajahannya dari Kuching, Sarawak ke Tawau, Sabah dengan jarak keseluruhan kira-kira 1,500 km bermula dari 16 hingga 22 Mac 2019.

Di sepanjang penjelajahan, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.

“Saya dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Aruz pada Januari lalu, lebih 4,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan di seluruh negara setakat ini.

“Sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia telah mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras dalam memperbaiki tempoh masa penghantaran kami dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada anda,” katanya.

Beliau menambah bahawa ketinggian 220 mm dari aras tanah memberikan Perodua Aruz penglihatan keseluruhan yang baik buat pemandu, di samping itu menawarkan pemanduan yang selesa dan kemampuan merentasi keadaan jalan yang lasak atau berlopak dengan mudah.

Tambahan lagi, struktur body-on-frame menjadikan ia sangat tahan lama dan mampu menampung beban. Tujuh tempat duduknya boleh dilaraskan dalam pelbagai cara untuk disesuaikan dengan gaya hidup pemilik.

Turut ditawarkan, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang standard pada semua varian, ditambah juga Advanced Safety Assist 2.0 pada varian AV, menjadikan Perodua Aruz model yang diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.

Tiada lagi kerisauan tentang jarak stesen petrol seterusnya kerana Perodua Aruz adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang diperakui kerajaan dengan penggunaan bahan api yang terbaik di kelasnya.

“Semua ini menjadikan Perodua Aruz sangat sesuai untuk Malaysia Timur yang mana model yang memberi nilai terbaik ini ditawarkan dengan harga RM74,900 untuk varian X dan RM79,900 untuk varian AV,” katanya lagi.

Retro Havoc 2019 Tawar Cabutan Bertuah Toyota Starlet KP61

Acara tahunan yang masuk edisi keenam itu dijangka menyaksikan penyertaan 550 kenderaan menarik yang diubah suai dengan gaya tersendiri.

ACARA perhimpunan kenderaan lama, Retro Havoc 2019 bagi edisi keenam kembali pada tahun ini dengan pengisian yang lebih menarik.

Pada tahun ini, penganjur bakal menyediakan hadiah utama cabutan bertuah kepada pengunjung membabitkan Toyota Starlet KP61 yang sudah menjalani proses restorasi dengan bernilai RM15,000.

Bagi hadiah kedua pula, tiket penerbangan ke Tokyo Auto Salon 2020 diikuti satu rim Atara Racing dan lima hadiah istimewa lain.

Pengasas Retro Havoc, Rosli Said berkata, acara tahunan yang masuk edisi keenam itu dijangka lebih meriah dengan kehadiran 550 kenderaan.

“Kenderaan yang akan hadir membabitkan jentera buatan sebelum 1990 dengan jumlah 70 peratus, manakala 30 peratus adalah kereta selepas keluaran 1991, tetapi yang terpilih sahaja.

“Kami menjangka hampir 90 kenderaan datang dari Thailand dan Singapura yang turut menyertai acara Retro Havoc 2019 ini,” katanya pada sidang media di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dewan Pemuda Pekema dan Retro Havoc di Cyberjaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Muda Pekema, Raja Petra Maruddin.

Rosli berkata, sebanyak 18 kategori kereta yang bakal dipertandingkan dan kenderaan itu dinilai oleh lapan juri antarabangsa.

Retro Havoc 2019 bakal diadakan di Kompleks BRT Sunway, Selangor pada 30 Mac ini bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam.

Bagaimanapun, pengunjung dikenakan bayaran RM10 untuk memasuki ke ruang pameran kenderaan berkenaan.

Agong Dimasyhurkan Canselor UiTM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Istiadat pemasyhuran berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor di kampus induk UiTM di sini dengan watikah pemasyhurana dipersembahkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Maszlee ketika membaca watikah pemasyhuran memaklumkan bahawa Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi Mara 1976 (Akta 173) memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 19A (1) Akta berkenaan, Seri Paduka hendaklah mempengerusikan konvokesyen universiti itu. – UTUSAN ONLINE

Siapa Hina Dewan… Saya Atau Timbalan Speaker? – Noh Omar

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menyelar tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang menggantung dirinya selama tiga hari daripada menghadiri Sidang Parlimen.

Beliau mempersoalkan peraturan manakah yang digunapakai oleh Kor Ming bagi membuat petua tersebut.

“Kalau digantung dibawah Peraturan 44, bermakna saya melawan Speaker pada masa itu seperti semalam. Kalau nak gantung saya kena gantung semalam. Semua tahu semalam saya berdebat dengan Timbalan Speaker dan kalau dia rasakan saya menghina Dewan dan tidak patuh kepada Speaker maka semalam patut gantung… mengapa hari ini baru gantung…?

“Kedua, kalau nak gantung saya, tunggulah saya hadir dalam Dewan, ini saya tidak ada dalam Dewan dan yang ketiga, isu yang saya bangkitkan berkaitan dengan tuan punya diri iaitu Timbalan Speaker. Soalan saya mudah sahaja adakah benar apa yang dilaporkan media bahawa dia ada mengeluarkan kenyataan, Malaysia akan jadi seperti Afganistan diperintah Taliban jika UMNO dan PAS membentuk kerajaan?

“Saya tanya betul atau tidak betul Ahli Parlimen Teluk Intan (Kor Ming) ada cakap macam tu… itu sahaja. Kalau betul katalah betul, janganlah putar-belit jawapan. Jadi siapa yang hina Dewan sekarang, saya atau Timbalan Speaker? Timbalan Speaker yang hina Dewan… tidak berani bercakap benar dalam Dewan jadi kenapa saya pula yang kena gantung? Patutnya Timbalan Speaker yang kena letak jawatan kerana menghina Dewan,” ujar beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Noh, apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini benar-benar memalukan apatah lagi ketika itu Sidang Dewan Rakyat sedang dikunjungi oleh Speaker Parlimen Singapura.

“Ia amat memalukan. Kalau di Parlimen pun sudah ikut ‘rule of jungle’, bagaimana kita nak mengharapkan rakyat di luar sana mendapat ‘rule of law’,” bidas beliau.

Sebelum itu sesi Dewan Rakyat kecoh apabila Noh tetap memasuki Dewan Rakyat atas alasan tidak tahu dirinya digantung.

Blok pembangkang mempertikaikan keputusan Kor Ming kerana ia dianggap satu keputusan yang menyalahguna kuasa.

Akibat tidak dapat mengawal keadaan, akhirnya Dewan yang dikendalikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, mengambil keputusan menangguhkan Sidang memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. – MediaUMNO

Perodua Sumbang Barang Keperluan Kepada 20 Keluarga Rumah Clement Bayang

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo yang melibatkan enam unit Perodua Aruz sedang berlangsung di Malaysia Timur.

PADA hari kedua penjelajahan tersebut, mereka berkunjung ke Rumah Clement Bayang bagi menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 20 keluarga yang tinggal di sana.

Dibantu oleh wakil jualan dan servis sah Perodua, Otostabil Sdn Bhd, Perodua telah
menyerahkan barangan keperluan seperti beras, minuman malt coklat, minyak masak dan peti pertolongan cemas kepada lebih kurang 100 orang penduduk di rumah tersebut yang mana nilai keseluruhan sebanyak RM3,000.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, Perodua begitu komited untuk memberi sokongan dan membantu rakyat Malaysia, pada bila-bila masa walau di mana sahaja,” kata Perodua Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’s Zainal Abidin Ahmad.

“Adalah menjadi harapan kami agar sumbangan kami ini dapat meringankan beban penduduk Rumah Clement Bayang dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo telah berlepas dari Kuching. Konvoi dengan enam unit Aruz akan menjelajah sehingga ke Tawau, mengambil masa selama 7 hari dengan jarak perjalanan kira-kira 1,500 km bermula dari 16-22hb Mac.

Di sepanjang penjelajahan, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.

MINI Malaysia Perkenal Fungsi MINI Connected Baharu

Perkhidmatan digital peribadi yang baharu menawarkan pemilik MINI sebuah pengalaman pemanduan yang penuh sofistikasi, menghiburkan, informatif, mudah dan selamat.

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan generasi baharu MINI Connected dengan teknologi SIM 4G yang bersepadu untuk membolehkan para pemilik mengintegrasikan jentera MINI mereka secara lebih lancar dengan gaya hidup digital mereka.

MINI Connected yang baharu akan ditawarkan menerusi semua model kenderaan MINI yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW Group mempunyai pengalaman yang dibentuk sejak lebih daripada 20 tahun dalam pembangunan inovasi yang menghubungkan pemandu dengan kereta mereka, serta dengan dunia yang didiami oleh mereka ini.

Kepakaran tersebut kini diperkenalkan dalam semua kenderaan MINI di Malaysia dengan MINI Connected. Dalam era personalisasi dan digitalisasi, MINI Connected mempersembahkan kebaikan yang wujud dalam dua dunia ini dengan keupayaan keterhubungan yang ekstensif serta perkhidmatan yang diperibadikan.”

Hoelzl juga menjelaskan bahawa MINI Connected membidik untuk menjana lebih banyak nilai bagi pengguna dan memperkayakan kehidupan pemilik jentera MINI dengan menawarkan perkhidmatan digital yang unik dan kreatif untuk mendukung gaya hidup moden warga MINIacs di Malaysia.

MINI Connected yang baharu merangkumi perkhidmatan yang relevan untuk memaksimumkan aspek keselamatan dan kesenangan, serta menawarkan informasi yang terkini, hiburan yang padat dan keupayaan untuk kekal terhubung dengan insan yang penting dalam hidup kita, walaupun ketika di atas jalan raya.

Unik bagi BMW Group, MINI, seperti BMW, juga menampilkan Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call) yang memberikan respons apabila sensor perlanggaran bagi peregang tali pinggang dan beg udara diaktifkan, ataupun apabila data daripada sensor kadar rewang (yaw) mengindikasikan kemalangan.

Ia kemudiannya mengaktifkan panggilan automatik kepada pusat panggilan kecemasan MINI, di mana sistem tersebut menghantar data yang relevan untuk memastikan maklum balas yang sebetulnya dapat diberikan. Intelligent Emergency Call juga boleh diaktifkan secara manual untuk meminta bantuan bagi pengguna jalan raya yang lain.

‘TeleServices ‘memberikan ketenangan kepada pemilik MINI. Ia menghantar data relevan kenderaan kepada MINI dan rakan servis MINI, yang akan memberitahu pemilik samada kereta mereka memerlukan penyelenggaraan atau apabila janji temu servis perlu dibuat. Jika insiden kerosakan berlaku, isu yang dihadapi boleh diselesaikan melalui diagnosis jarak jauh atau dengan pemberian bantuan tepi jalan.

MINI Connected terbaharu juga menawarkan ‘MINI Online’ yang memberikan informasi berguna tentang berita serta cuaca terkini yang boleh dibaca menerusi sistem audio. Sementara itu, perkhidmatan baharu yang dinamakan, ‘MINI Concierge Service‘ juga membantu pemilik dengan permintaan mereka ketika sedang memandu dengan hanya menekan satu butang.

Dengan menggunakan kad SIM 4G yang dilengkapi pada kenderaan tersebut, perkhidmatan ini mewujudkan hubungan antara telefon pengguna dan pusat panggilan MINI apabila diperlukan, tanpa sebarang kos.

Bagi pengguna iPhone, fungsi ‘Apple CarPlay’ tanpa wayar membolehkan aplikasi-aplikasi yang terpilih untuk dipaparkan pada paparan sentral dan dioperasikan menerusi kawalan MINI. Aplikasi iOS yang popular juga disokong seperti Spotify, Waze, Google Maps dan WhatsApp.

Aplikasi MINI Connected untuk peranti Apple dan Android telah dirumus semula dan kini menghubungkan pemandu dan kereta mereka dengan lebih erat melalui perkhidmatan seperti, ‘eDrive Services’ dan ‘Remote Services’. Dengan eDrive Services, pemilik kereta MINI Countryman Plug-In Hybrid boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk memantau status bateri kenderaan serta jumlah perbatuan yang berbaki, dan untuk memulakan proses pengecasan.

Pemandu juga boleh melihat data status keefisienan peribadi bagi perjalanan mereka yang terdahulu. Menerusi aplikasi MINI Connected, ‘Remote Services’ boleh diaktifkan untuk mengawal pelbagai kefungsian MINI menggunakan telefon pintar – samada untuk mengoperasikan pengelip lampu hadapan ataupun hon kereta untuk menjejak lokasi MINI yang diparkir di kawasan yang kurang dikenali oleh pemilik.

Penyelarasan antara aplikasi MINI Connected dengan kalendar peribadi juga boleh menjadikannya berfungsi sebagai pembantu mobiliti peribadi dan menolong pemandu MINI menepati waktu-waktu janji temu yang dibuat. Ia juga membolehkan kefungsian yang lain seperti “Send to Car”, di mana aplikasi tersebut memindahkan laluan yang dirancang daripada telefon pintar kepada sistem navigasi kereta tersebut; ‘Last Mile Route’ – navigasi berterusan melalui telefon pintar yang boleh digunakan sambil berjalan selepas pengguna keluar daripada kenderaan yang diparkir dan menuju ke destinasi yang dikehendaki; ‘Time-to-Leave Notification’ dan ‘Share Live Trip Status’.

Ciri-ciri MINI Connected yang standard seperti applikasi MINI Connected, Intelligent Emergency Call, Teleservices, MINI Online dan Remote Services disediakan sebagai penawaran standard bagi model kenderaan MINI 3 Door, MINI 5 Door, MINI Clubman, MINI Countryman, serta MINI John Cooper Works. Dalam pada itu, ciri-ciri premium seperti Concierge Services dan Apple CarPlay tersedia bagi model kenderaan MINI Countryman dan MINI John Cooper Works. Perkhidmatan eDrive pula ditawarkan secara eksklusif bagi MINI Countryman Plug-In Hybrid.

Dengan MINI Connected baharu, MINI Malaysia juga telah mengumumkan pemerkayaan kefungsian produk-produknya dan harga jualan baharu (di atas jalan, tanpa insurans) seperti yang tertera di bawah.

Kod E Model Ciri-Ciri Baharu Harga Atas Jalan di Semenanjung Malaysia
F56 MINI Cooper S 3 Door (LCI) ‘MINI Connected’

Tempat sandaran lengan

Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan

RM 249,888.00
F56 MINI John Cooper Works Hatch (LCI) ‘MINI Connected’

‘Concierge Services’

‘Apple CarPlay’

Bumbung Panoramik

Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan

RM 313,888.00
F55 MINI Cooper S 5 Door (LCI) ‘MINI Connected’

Tempat sandaran lengan

Tempat duduk kulit ‘Dinamica’

Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan

RM 259,888.00
F54 MINI Cooper Clubman ‘MINI Connected’

‘Comfort Access’

Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan

RM 215,888.00
F54 MINI Cooper S Clubman ‘MINI Connected’

Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan

RM 265,888.00
F54 MINI John Cooper Works Clubman ‘MINI Connected’

‘Concierge Services’

‘Apple CarPlay’

Bumbung Panoramik

Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan

RM 342,888.00
F60 MINI Countryman Sports ‘MINI Connected’

‘Concierge Services’

‘Apple CarPlay’

Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan

RM 248,888.00
F60 MINI John Cooper Works Countryman ‘MINI Connected’

‘Concierge Services’

‘Apple CarPlay’

Bumbung Panoramik

Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan

RM 362,888.00

 

Celcom Tawar OPPO F11 Pro Secara Percuma! – Pra-Tempahan Bermula 19 Mac 2019

Pencinta swafoto dan peminat fotografi bakal merasai saat-saat yang lebih sensasi, kerana Celcom kini menawarkan OPPO F11 Pro yang terkini secara PERCUMA, apabila mereka melanggan pelan pascabayar Celcom Mobile!

PERANTI terkini dalam kategori pertengahan OPPO ditawarkan dengan pelan pascabayar Celcom Mobile Platinum yang didatangkan dengan 100GB data pada RM188 sebulan.

Pelanggan juga boleh memiliki OPPO F11 Pro yang terkini hanya pada RM54 setiap bulan, melalui pelan ansuran mampu milik Celcom iaitu EasyPhone.

Pelanggan boleh mendapatkan telefon kamera yang begitu mengkagumkan daripada OPPO melalui pra-tempahan mulai 19 Mac sehingga 29 Mac 2019, daripada Celcom Online Store; https://shop.celcom.com.my, cawangan Celcom bluecube, dan Celcom Certified Partners di seluruh negara. Pelanggan akan menerima telefon baru mereka pada 30 Mac 2019.

Dijual pada harga runcit RM1,399.00, telefon tersebut direka bagi menghasilkan swafoto yang lebih semulajadi dengan lensa kamera hadapan tersembunyi 16MP yang naik sendiri, manakala kamera belakang 48MP membolehkan gambar lebih sempurna diambil walaupun dalam cahaya kelam dengan apertur F1.79 yang telah ditambahbaik.

OPPO F11 Pro juga mempunyai sistem pengecasan pantas VOOC bagi menjimatkan masa mengecas, sesuai untuk mereka yang sering bergerak pantas.

Dengan kempen rangkaian terbaharu GUNA CELCOM™ yang memperlihatkan keutuhan rangkaian Celcom, kapasiti OPPO F11 Pro dengan 6GB RAM dan 64GB RAM pastinya menjadi pilihan terbaik bagi pelanggan yang menginginkan prestasi lancar sama ada ketika bermain permainan mudah alih, atau ketika menggunakan dan beralih antara pelbagai aplikasi di telefon mereka.

Untuk masa yang terhad, pelanggan Celcom yang membuat pra-tempahan OPPO F11 Pro akan menerima pengecas mudah alih universal berharga RM110. Jangan lepaskan peluang untuk miliki siri F OPPO terkini daripada Celcom!

Post Menarik