Pizza Hut Malaysia bekerjasama dengan Mutiara Johor Corporation dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru bagi melancarkan ‘The Caring Home’ di Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor.
INI adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), dikenali sebagai ‘Hut to Heart’ yang memperkasa masyarakat dengan tumpuan terhadap mempromosi kehidupan bebas kanser.
Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, telah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian ‘The Caring Home’ iaitu sebuah tempat yang dilengkapi dengan kemudahan kebajikan, bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan paliatif pesakit – sebuah aspek penting di dalam membantu pemulihan mereka, di samping menyediakan kemudahan istirehat yang lebih baik kepada para penjaga dan kakitangan perubatan.
Berucap pada majlis perasmian ‘The Caring Home’, Datin Noor Laila Yahaya, Pengerusi Mutiara Johor Corporation menyatakan, “Sebagai sebuah pertubuhan yang memberi tumpuan kepada kebajikan dan pembangunan masyarakat, kami percaya ianya memerlukan kerjasama dan usaha yang berterusan daripada semua pihak bagi membawa perubahan yang positif kepada masyarakat.
“Kami amat terharu melihat sokongan padu yang diterima oleh Pizza Hut Malaysia setakat ini, dan kami berharap dapat mengekalkan kerjasama baik ini di antara sektor kerajaan, syarikat swasta serta pengguna di Malaysia ke arah perkara yang lebih bermakna di masa
hadapan.”
Dilancarkan pada 2017, kerjasama selama tiga tahun ini menjalankan kutipan dana di bawah inisiatif ‘Hut to Heart’ oleh Pizza Hut bagi menyempurnakan transformasi lengkap seperti yang dicadangkan untuk wad berkenaan.
“Kami amat berterima kasih dan terharu terhadap para pelanggan kami yang tampil menghulurkan sumbangan bagi menyokong usaha murni ini. Besar ataupun kecil nilainya, setiap sen adalah bermakna.
Memberi semula kepada masyarakat adalah lebih daripada menderma – ianya
menyumbang demi perubahan,” katanya lagi.
“Syabas saya ucapkan kepada Pizza Hut Malaysia kerana mengambil inisiatif untuk menyeru dan meraih sokongan rakyat Malaysia bagi memperbaiki kualiti kehidupan pesakit dan memberi sokongan terhadap penjaga dan kakitangan perubatan di Hospital Sultanah Aminah.
“Kami berharap kerjasama ini boleh menjadi contoh untuk memaparkan bagaimana perubahan boleh dilakukan menerusi jalinan kerjasama di antara syarikat dan sektor awam bagi memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik,” kata Dr. Selahuddeen Abd Aziz, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
Kerjasama bersama Hospital Sultanah Aminah ini merupakan projek pembangunan selama tiga tahun bagi menaiktaraf ruang dan kemudahan sekitar wad antaranya ruang rehat untuk penjaga, jururawat serta taman pemulihan.
‘Hut to Heart’ merupakan sebuah inisiatif jangka panjang Pizza Hut yang memberi tumpuan ke arah usaha untuk menangani penyebab kematian keempat tertinggi di Malaysia: kanser.
Ia bertujuan bagi memperkasa rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan sihat dan ceria. Sejak diperkenalkan pada 2017, ‘Hut to Heart’ telah menjalankan dua projek, iaitu ‘SayangiMu’ dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan ‘The Caring Home’ dengan kerjasama Mutiara Johor Corporation dan Hospital Sultanah Aminah.
Mengambil inspirasi daripada frasa ‘Heart to Heart’ (Hati ke Hati) – ‘Hut to Heart’ mencerminkan bahawa setiap usaha yang diambil oleh jenama berkenaan datang
daripada hati setiap warga kerja Pizza Hut dan para pelanggannya.
Bagi menyokong inisiatif ‘Hut to Heart’, pelanggan Pizza Hut boleh menderma 20sen dengan setiap transaksi sama ada di restoran Pizza Hut atau perkhidmatan Pizza Hut Delivery. Tabung derma juga ada disediakan di semua restoran Pizza Hut seluruh negara.