Seramai 400 orang peserta bakal berentap dalam ‘PREC Beyblade Battle’ yang akan berlangsung Ahad ini di SACC Mall, Shah Alam.

PERTANDINGAN itu menawarkan hadiah wang tunai dan set beyblade berjumlah hampir RM3,000 melalui dua kategori berbeza iaitu Burst, 4 tahun hingga 12 tahun dan 13 tahun hingga 21 tahun serta kategori Metal Fury yang terbuka untuk semua peringkat umur.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani berkata, pertandingan ini diwujudkan bagi menggalakkan ibu bapa dan kanak-kanak melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di pusat beli-belah.

Beliau berkata, selain itu juga dapat mengasah bakat kanak-kanak untuk bersaing secara sihat serta mengalihkan perhatian mereka daripada menonton televisyen dan bermain telefon pintar.

“Sebelum ini, kami pernah mengadakan pertandingan beyblade sewaktu program Pelancaran SACC Walk Flea Market dan sambutan yang kami terima amat memberangsangkan, oleh itu kami ingin meneruskan lagi acara beyblade ini bagi memberi peluang kepada kanak-kanak lain untuk mempamerkan aksi mereka di gelanggang beyblade,” katanya.

Yuran penyertaan hanya RM5 dan ‘battle’ akan dimulakan pada jam 11 pagi. Sebarang pertanyaan mengenai program boleh terus menghubungi Rafiq (011-5646 2104 dan Syafiq (017-334 0554).

PREC Beyblade Battle ini adalah anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dan asetnya SACC Mall dengan tajaan daripada SACC Digital Planet dan kerjasama dari Top Blader.

Pengurus SACC Digital Planet, Haris Morad memaklumkan bahawa beliau melihat pertandingan ini adalah salah satu peluang untuk mempromosikan kedainya dan beliau turut menyediakan gelanggang terbuka untuk para peserta berlatih atau ingin melakukan pra perlawanan di hadapan kedai miliknya yang terletak di aras LG, SACC Mall.

Maklumat lanjut berkenaan PREC, sila layari laman web www.prec.my.  “Like” laman sosial Facebook (PKNS Real Estate Sdn Bhd-PREC) dan “Follow” Instagram (@pknsrealestateofficial).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini