Terharu bahkan tidak terkata Puteri Zarith Ziana, apabila Datin Alyah meluah kata-kata,” you save my life.” Momen itu berlaku sebaik Saintis Muda ini selesai berduet dengan Alyah lagu Sesal Separuh Nyawa dalam program I Can See Your Voice.
DALAM program pada Ahad, 9 malam di TV3, Zarith dengan tagline H2O menyingkirkan lima peserta lain sebelum dipilih Alyah untuk berduet dengannya lagu Sesal Separuh Nyawa itu.

Ketika dihubungi wartawan Prebiu.com, Zarith berkata, selepas Alyah meluahkan kata-kata itu dia mencari kepastian dan sebaik membaca entri IG Alyah, barulah dia mengerti apa dimaksudkan Alyah, “you save my life.”
“Saya tak nampak cacat cela kak Alyah menyanyi sewaktu saya berduet dengannya. Jelaslah kak Alyah begitu profesional kerana walaupun kesihatannya tak ok, dia boleh menyanyi lagu itu begitu bertenaga,” katanya.
Alyah memuatnaik kondisi dirinya selepas program itu, ” Masa ni kahak sedang menari nari di tekak…Demam yang teruk dan terlindung oleh make up yg antik jer. Nak beramah mesra pun tak berapa sebab ketakutan batuk non stop bila banyak bercakap. Apa pun saya happy sebab saya dah berjaya pilih penyanyi sebenar.”
Lebih membuatkan Zarith terharu, Alyah ‘tag’ ke IGnya dan implikasi diterima tidak semena-mena followersnya dulu setakat 1,000 kini mencecah 7,000.
Malah video duet lagu itu ditonton ratusan ribu orang, sehingga berita ini ditulis di IG Alyah sahaja sudah mencecah lebih 302,000 views, di Facebook TV3 kian mencecah 1 juta views dan di IG Zarith pula 23,000.
Kalangan netizen majoriti memuji Alyah kerana berjaya membuat pilihan tepat, malah episod tempoh hari dikira paling dramatik dan terbaik.

Zarith yang berasal dari Kampung Permatang, Kuala Selangor, berterima kasih pada Sealan Paul yang membuat promosi berkesan bagi Alyah memilih dia sebagai pasangan duet.
“Saya turut berterima kasih pada admin FB, Komuniti Kuala Selangor yang menyokong saya selain keluarga di Selangor dan Singapura.

“Doakan agar saya dapat hasilkan single sendiri suatu hari nanti,” katanya.
Berikutan kejayaan itu, Zarith terpilih beraksi dalam Showcase I Can See Your Voice Malaysia Musim Kedua pada Ogos nanti. Laporan oleh Brat Femes