Dua kemenangan dan satu podium pada perlumbaan kedua kemuncak kemenangan Proton.

PASUKAN PROTON R3 (R3) menguasai Pusingan 3 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2019 dengan merangkul kemenangan dua kali termasuklah mendapatkan tempat podium dengan menamatkan 1-2-3 dalam perlumbaan kedua.

Perlumbaan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu lalu, dengan setiap perlumbaan dijalankan selama satu jam yang menguji ketahanan kereta serta pemandu dan akhirnya membuktikan sekali lagi bahawa R3 adalah pasukan yang paling menonjol bagi dalam kelas M-Pengeluaran.

Permulaan perlumbaan pada hujung minggu lalu tidak berpihak pada pasukan R3 kerana sesi kelayakan adalah tidak seperti yang dirancang.

Proton Suprima S yang dipandu oleh Mitchell Cheah layak di pole position tetapi rakan sepasukannya Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali yang memandu Proton Iriz dan James Veerapen dalam Proton Saga hanya berjaya mendapat tempat keempat dan kelima pada grid permulaan di mana mereka terus berusaha mengawal pengendalian yang sempurna.

Semasa perlumbaan, Proton Suprima S yang dipandu oleh Mitchell menguasai perlumbaan itu dan mengambil bendera untuk memberikan R3 satu lagi kemenangan kelas M-Pengeluaran dalam kejuaraan 2019.

Dua lagi kereta R3 mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dan kelima, membuatkan pasukan itu perlu berusaha dengan lebih keras bagi mencapai kemenangan seterusnya pada hujung minggu itu.

Perlumbaan kedua diadakan pada hari Ahad dan dengan kedudukan permulaan berdasarkan pada kedudukan penamat dari perlumbaan pertama, ketiga-tiga kereta lumba PROTON R3 bermula pada kedudukan pertama, keempat dan kelima.

Walau bagaimanapun, apabila lampu mula dinyalakan, ketiga-tiga kereta tersebut dengan pantas mendahului di mana prestasi unggul pada Proton Suprima S, Iriz dan Saga memberikan pasukannya satu perlumbaan yang tidak dapat ditandingi.

Dengan menguasai perlumbaan kedua, R3 mengambil peluang sendiri untuk memaksimumkan mata yang dikumpul oleh pasukan mereka yang mendahului.

Oleh itu, pada perlumbaan itu, Proton Iriz yang dipandu Fariqe dan Syafiq yang pertama tiba di garisan penamat diikuti Mitchell dengan Proton Suprima S dan James di dalam Proton Saga.

Ia adalah kali pertama R3 menamatkan perlumbaan di kedudukan tiga teratas dan keputusannya meninggalkan Fariqe dan Syafiq hanya dua mata di belakang pemenang kejuaraan terkini untuk kelas M-Pengeluaran dalam Siri Kejuaraan Malaysia 2019.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini