Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pihak yang membantah kerjasama di antara Pas dan UMNO bersikap seperti Yahudi.

Menurutnya, ini kerana perbuatan itu sama dengan sikap orang Yahudi yang menentang usaha Nabi Muhammad SAW menyatukan umat Islam.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Abdul Hadi menegaskan kedua-dua parti kini bekerjasama bagi menyelamatkan negara.

“Lepas itu bila UMNO dan Pas hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan kaum lain.

“Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang Islam bersatu semasa zaman Nabi.

“Inilah penyakit yang mesti kita lawan. Mari kita bersatu padu biar musuh pergi jahanam,” katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insight.

Beliau dilapor berkata demikian ketika program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam semalam. – UTUSAN ONLINE

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini