Utama Blog Halaman 868

SEGi Lancar Program Diploma Pengurusan Restoran 2U2i Dengan Kerjsama QSR Brands

SEGi Group of Colleges (SGC) melancarkan kerjasama dengan QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) untuk melaksanakan program akademik 2u2i melalui program Diploma Pengurusan Restoran.

KERJASAMA itu dalam usaha menyokong pendidikan fleksibel yang distruktur oleh Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) untuk menghasilkan graduan holistik, berkeusahawanan dan seimbang.

Sebagai subset kepada Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK), mod pembelajaran 2u2i menyokong gabungan pengajian akademik dan latihan industri. Kerjasama ini memberikan peluang kepada pelajar dalam program Diploma Pengurusan Restoran untuk menerima pembelajaran dan pengalaman melalui latihan industri dengan restoran KFC selepas dua tahun pengajian.

Kurikulum program ini dirancang di antara Kumpulan SEGi Group of Colleges (SGC) dan industri (QSR Brands) untuk memastikan kursus, kaedah pengajaran dan pembelajaran relevan dan sesuai dengan keperluan industri masa kini.

Pelajar di bawah program ini akan menjalani lima modul latihan restoran oleh QSR Brands yang dilengkapi dengan latihan, penilaian dan pelatih berpengalaman. Dengan infrastruktur latihan bertaraf dunia QSR Brands yang menggabungkan teknik pengajian dan latihan berasaskan kelas, bimbingan, praktikal dan e-pembelajaran, program 2u2i ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar apabila tamat pengajian.

Selaras dengan majlis pelancaran itu, Memorandum Persefahaman (MOU) Tripartit juga ditandatangani di antara SGC, QSR Brands dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi memperkasakan kategori B40 di Pulau Pinang dan meningkatkan peluang sama rata serta akses kepada pendidikan dan pekerjaan melalui inisiatif SEGi SAG (Geran Kemahiran Teknikal dan Vokasional).

Perjanjian itu ditandatangani dan dirasmikan oleh Cheah Teong Keat, Pengetua SEGi College Penang, SEG International Bhd; Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia; dan Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang, MAINPP; dan disaksikan oleh Daniel Teng, Pengarah Eksekutif Kanan Kumpulan, SEGi Holdings Sdn Bhd; Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan, QSR Brands; dan Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim, Yang Di-Pertua MAINPP.

“Kami mengutamakan Kebolehpasaran dan telah bekerjasama dengan rakan korporat untuk menyediakan latihan kerja jangka pendek dan latihan amali untuk menyediakan pelajar kami untuk alam pekerjaan. Walau bagaimanapun, masih terdapat aspek- aspek lain, seperti penawaran latihan berasaskan industri, yang SEGi boleh masukkan secara formal ke dalam program kami.

“Hari ini, kami berbangga menjadi rakan kongsi dengan QSR Brands, untuk memberi peluang kepada pelajar program Diploma Pengurusan Restoran melengkapkan latihan industri mereka di lebih daripada 700 cawangan KFC di Malaysia,” kata Daniel Teng.

Beliau juga memberi penekanan terhadap keterangkuman pendidikan dan keperluan untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan dengan memberikan akses sama rata kepada mereka untuk meneruskan pengajian tinggi.

“Bagi golongan pelajar ini, kami menawarkan program Geran Kemahiran Teknikal dan Vokasional (atau SAG) di mana mereka akan dilengkapi dengan latihan kemahiran dan kelayakan akademik supaya mereka memperoleh peluang yang cerah dalam kerjaya serta berjaya dalam hidup.

“Kami bekerjasama dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan, Ahli Parlimen dan ADUN, untuk mengenalpasti lepasan sekolah SPM yang boleh mendapat manfaat daripada program SAG dan ini termasuk membantu pelajar memperoleh pengalaman kerja dan pendapatan tambahan menerusi pekerjaan separuh masa,” katanya lagi.

“Pelancaran program 2u2i yang pertama dalam program Diploma Pengurusan Restoran SEGi adalah satu lagi langkah ke depan dalam membina agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir (ESG) untuk masa depan yang mampan melalui pembangunan tenaga kerja yang berkualiti.

“Kurikulum yang dirancang dengan penglibatan kami sebagai pengamal industri dan pembelajaran holistik yang disediakan melalui infrastruktur latihan terkini, memberi tumpuan pada penghasilan graduan yang memenuhi keperluan masa kini serta memanfaatkan bukan sahaja KFC tetapi industri dalam jangka masa panjang.

Semasa berkhidmat di restoran kami sebagai pelatih KFC, pelajar juga akan mendapat manfaat daripada elaun bulanan sebanyak RM1,000.

Selain itu, kami bangga memperluaskan inisiatif ini dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk memperkuasakan pelajar asnaf yang terpilih di bawah program 2u2i dengan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian sebagai sebahagian daripada usaha kedermawanan kami,” kata Dato’ Seri Mohamed Azahari.

Dato’ Abdul Malik Abul Kassim, Yang Di-Pertua MAINPP pula mengalu-alukan kerjasama yang ditandatangani antara SEGi Group of Colleges (SGC), QSR Brands (M) Bhd dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

“Melalui inisiatif ketiga-tiga pihak, Zakat Pulau Pinang akan menghubungi 500 orang pelajar dari pangkalan data asnaf yang sedia ada untuk mendaftar masuk ke pelbagai program diploma yang ditawarkan, seperti Diploma Pengurusan Restoran, Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Seni Kulinari dan Diploma Pengurusan Perhotelan.

SEGi akan menyediakan bantuan kewangan kepada peserta yang menyertai program ini. Di samping itu, para peserta program juga mempunyai peluang untuk bekerja dengan QSR Brands setelah tamat pengajian. Ini adalah selaras dengan hasrat dan aspirasi Zakat Pulau Pinang untuk menghasilkan pekerja berkemahiran di kalangan masyarakat asnaf.

MAINPP ingin mengucapkan terima kasih kepada QSR Brands (M) Sdn Bhd kerana menyediakan peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan potensi mereka dan membina masa depan yang lebih baik.”

Nikmati Konfeksi Durian Diterbangkan Khas 3,000 Kilometer Dari Taiwan

D24 CIGAR ROLL

Anda seorang penggemar durian tegar namun timbul masalah untuk membawa durian menaiki pesawat untuk dijadikan cenderahati kepada rakan-rakan.

FORBIDDEN, produk terkini konfeksi durian pertama di Malaysia yang pastinya memberikan penyelesaian kepada masalah anda untuk membawa Raja Buah ini ke mana sahaja ke seluruh dunia.

Damian Lee, CEO Sunny Food Lab Sdn Bhd with FORBIDDEN D24 Cigar Rolls

Malaysia merupakan pengeluar durian terbaik di dunia, dan raja buah ini diterbangkan lebih dari 3,000 kilometer ke Taiwan untuk dijadikan konfeksi oleh seorang chef rakyat Malaysia yang telah memenangi anugerah antarabangsa dan pakar seni kulinari dalam pembuatan pastri Perancis.

Maka tidak dinafikan produk dari ladang ini sudah menembusi ke pasaran global menerusi jenama FORBIDDEN, Konfeksi durian pertama di Malaysia mengetengahkan raja buah ke tahap baru melalui inovasi dan teknologi

Ketua Pegawai Eksekutif Sunny Food Lab Sdn Bhd, Damian Lee berkata, FORBIDDEN lahir daripada rasa cintanya terhadap durian dan berhasrat membawa durian ke peringkat lebih tinggi melalui proses inovasi dan teknologi menggunakan bahan-bahan terbaik tanpa bahan tambahan.

“Penghasilan produk ini bermula dengan pemilihan durian terbaik yang diambil terus dari ladang-ladang di Pahang yang sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluaran durian Musang King terbaik.

“Kami ingin mencipta pengalaman terbaik supaya para peminat durian dapat berkongsi cinta dan keterujaan mereka terhadap buah istimewa yang isinya berwarna kuning dan enak ini dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami bekerjasama dengan rakan kongsi kami, SunnyHills yang merupakan jenama nenas yang mempunyai reputasi tinggi dari Taiwan, yang terkenal dengan konsep dari ladang ke bakeri mereka yang hanya menggunakan bahan semulajadi,” katanya pada sidang media memperkenalkan produk itu di Kuala Lumpur, semalam.

Ketika ini dua jenis produk diperkenalkan iaitu D24 Cigar dan Musang King Roll yang dihasilkan melalui proses dan teknologi terkini di Taiwan manakala produk asasnya Durian Musang King dihantar melalui kaedah sejuk beku untuk dikilangkan di Taiwan.

Katanya, bekalan durian ketika ini diperolehi daripada pembekal durian dari Raub, Pahang dan ia adalah Projek Antarabangsa SunnyHills pertama yang diwujudkan untuk menghargai durian sebagai raja buah serta peminat durian di seluruh dunia.

“Justeru, anda boleh membawa produk durian D24 Cigar atau Musang King Roll yang dibungkus dalam kotak khas tanpa berasa bimbang didalam kabin pesawat kerana ia tidak mengeluarkan sebarang bau durian yang mungkin tidak menyenangkan kepada segelintir orang.

Musang King Roll

“Anda juga boleh menjadikan produk FORBIDDEN ini sebagai hadiah cenderamata untuk sebarang majlis dan boleh dijadikan hadiah perayaan yang unik dan istimewa untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang, sama ada untuk orang tersayang, rakan atau rakan kongsi perniagaan,” katanya.

Produk D24 Cigar dijual ketika ini pada harga RM83 manakala Musang King Roll dijual pada harga kira-kira RM120 (bergantung kepada kadar semasa tukaran matawang Taiwan Dollar).

Kedua-dua produk ini dijual secara dalam talian di di FORBIDDENDurian.com. Khidmat penghantaran disediakan dari Isnin hingga Ahad.

Damian berkata, pihaknya mengambil masa lebih lapan bulan untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk ini menerusi kerjasama dengan chef Malaysia yang berkhidmat di Taiwan.

“Kita mahu membawa jenama durian tempatan ke peringkat antarabangsa dan ia dapat membantu pemilik ladang durian menjana pendapatan dan meningkatkan industri pertanian negara.

“Dengan mewujudkan nilai-nilai ini, kita akan menyedari bahawa pasaran tempatan tidak cukup besar untuk memberi impak besar kepada perniagaan pertanian. Skala ekonomi yang lebih meluas dan penerokaan pasaran antarabangsa adalah sangat penting dan lebih banyak jumlah yang mampu kita raih menjadikan lebih besar impak yang kita berikan kepada industri.

Damian Lee briefing the media

“Oleh itu, mencipta jenama yang canggih untuk produk berasaskan durian, dan kehadiran jenama di peringkat antarabangsa adalah matlamat FORBIDDEN yang akan dicapai menerusi produk berasaskan durian kami,” kata Damian lagi.

Ketika ini, katanya proses pengeluaran FORBIDDEN dijalankan di Taiwan disebabkan kedudukannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam industri pembuatan roti yang menggunakan bahan daripada sumber lestari.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk menghasilkan produk FORBIDDEN di Malaysia dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar tempatan yang memiliki kemudahan lengkap untuk menghasilkan produk terbabit.

“Hasrat ini akan terlaksana sebaik sahaja syarikat itu membangunkan infrastruktur yang lengkap dan mempunyai tenaga kerja mahir untuk mengendalikan dan menyelenggara peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran produk FORBIDDEN.

“Pekerja-pekerja ini akan dilatih dalam falsafah yang sama untuk membuat produk-produk FORBIDDEN dengan cara yang betul, tanpa menggunakan bahan tambahan tiruan.

“Prosedur operasi standard yang sama seperti yang digunakan di Taiwan juga akan diguna pakai dalam rantaian bekalan di Malaysia, bagi memastikan kesinambungan konsep “ladang ke bakeri” yang memelihara kualiti bahan-bahan.

“Saya percaya Malaysia boleh membina jenama sendiri sebagai pengeksport utama durian dan pencapaian ini tentunya dapat membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi petani kita dalam jangka panjang,” katanya.

Tekstur pandan yang lembut dan didalamnya isi durian cukup menyelerakan

Katanya, produk itu ketika ini dipasarkan di Malaysia, Singapura dan Taiwan manakala pasaran eksport baru yang dikenalpasti ialah Hong Kong bulan depan dan China pada tahun depan.

Sebagai persediaan, pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan yang sudah menanam durian Musang King berskala besar membabitkan ladang seluas 200 ekar di Selangor Valley.

“Kami bercadang memperkenalkan produk ketiga iaitu Durian Coklat dimana coklat akan berada didalam dan diselaputi durian diluar tidak lama lagi kerana coklat adalah makanan yang diterima ramai diseluruh dunia,” katanya.

Justeru, pihaknya mahu membantu petani untuk menanam durian dengan cara yang lestari dan mesra kepada alam sekitar dan para pekebun durian digalakkan untuk menanam tanaman mereka menggunakan amalan pertanian baik tanpa menggunakan racun perosak.

Damian Lee, CEO Sunny Food Lab Sdn Bhd

Sementara itu, katanya reka bentuk pembungkusan dibuat oleh firma reka bentuk/ penjenama Singapura yang pernah menerima anugerah bersama ilustrasi Katie Scott.

Katie merupakan pelukis ilustrasi kelahiran Britain yang sedang meningkat naik dan terkenal dengan ilustrasinya yang berfokuskan botani dan beliau pernah bekerjasama dengan syarikat Nike dan Body Shop.

Di samping itu, beliau juga melancarkan buku seperti ‘Botanicum’ untuk pasaran antarabangsa di mana buku itu menampilkan ilustrasi botani beliau yang serupa dengan ilustrasi botani semasa era kolonial dahulu tetapi telah diolah mengikut format kotemporari era moden.

Damian berkata, D24 Cigar dan Musang King Roll disukai oleh para pelanggannya kerana kualiti durian yang digunakan dan kemampuan chef mereka untuk mengangkat keistimewaan durian ke tahap baru.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial FORBIDDEN:
Website: forbiddendurian.com
Facebook: Forbidden Durian
Instagram: @forbiddendurian

Perodua Catat Jualan 82,700 Kenderaan Dari Januari – April 2019

Momentum jualan Perodua untuk empat bulan pertama 2019 kekal kukuh dengan peningkatan 9.5% kepada 82,700 unit dari Januari hingga akhir April 2019, berbanding 75,500 unit yang didaftarkan dalam tempoh sama 2018.

PENINGKATAN jualan itu didorong permintaan berterusan untuk semua modelnya dan ini adalah pencapaian jualan terbaik bagi empat bulan pertama dalam sejarah Perodua.

Dato’ Zainal Abidin Ahmad

“Angka jualan dalaman kami menunjukkan sokongan padu yang berterusan terhadap produk kami. Kami, bersama-sama dengan ekosistem automotif negara, yang kebanyakannya terdiri daripada pembekal dan pengedar sah, amat berterima kasih atas pengiktirafan ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Sementara Perodua menantikan angka rasmi jumlah keseluruhan industri (TIV) daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami percaya pegangan pasaran Perodua melebihi 43% bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, sekaligus memberi manfaat secara langsung kepada ekonomi domestik secara keseluruhan.

“Malah, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Perodua telah membelanjakan RM1.8 bilion untuk membeli komponen daripada pembekal automotif tempatan dan optimis dapat memenuhi komitmen kami untuk membeli RM5.4 bilion dalam komponen pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Perodua akan terus berusaha memenuhi komitmennya untuk membeli daripada pembekal komponen automotif domestik pada tahun-tahun yang akan datang, walaupun menghadapi keadaan pasaran yang mencabar.

“Walaupun terlalu awal untuk menetapkan sasaran selepas 2019, kami yakin bahawa Perodua akan terus berkembang pada tahun 2020 dan seterusnya memberi manfaat kepada pembekal dan pengedar tempatan,” katanya lagi.

Model Perodua, yang kesemuanya mempunyai lebih dari 90% kandungan tempatan, menyaksikan angka pendaftaran yang tinggi pada bulan April dengan jualan lebih 7,700 Myvi, 5,900 Axia, 4,200 Bezza dan 1,100 Alza.

“Bagi Aruz pula, kami gembira untuk mengumumkan bahawa pada bulan April, kami telah mendaftarkan lebih 3,200 unit, iaitu angka pendaftaran bulanan yang paling tinggi untuk SUV tujuh tempat duduk tersebut. Pencapaian ini signifikan bagi kami kerana Aruz mewakili usaha transformasi terbaharu kami untuk menjadi jenama serantau,” katanya.

Jumlah jualan Perodua pada April 2019 melebihi 22,100 unit – peningkatan hampir 11% berbanding dengan 19,939 unit pada April 2018, menjadikannya April terbaik dalam sejarah Perodua dari segi jualan.

Zainal berkata, permintaan untuk SUV tujuh tempat duduk baharu, Perodua Aruz, telah melebihi jangkaan dan pengeluaran telah dipercepatkan untuk memenuhi permintaan tersebut serta mengurangkan tempoh menunggu.

“Sejak Aruz dibuka untuk tempahan pada 3hb Januari lalu, hampir 20,000 tempahan telah diterima, iaitu dengan purata 170 tempahan setiap hari. Dan setakat hari ini, lebih daripada 9,800 Aruz telah diserahkan sejak pendaftaran bermula pada 31hb Januari iaitu purata lebih 100 unit setiap hari, menjadikan ia antara SUV paling laris di negara ini.

“Myvi kekal menjadi model terlaris kami – sejak pelancarannya pada November 2017, kami telah menyerahkan lebih daripada 115,000 unit kepada pelanggan kami, yang menggemari rekabentuk yang bergaya, kualiti, kecekapan bahan api, ruang dalaman yang luas serta ciri-ciri canggih yang diperolehi untuk harga tersebut,” katanya.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang beragama Islam dan kami akan bekerja dengan lebih keras untuk memastikan kami dapat menyerahkan sebanyak mungkin kenderaan pada bulan ini kepada pelanggan yang dihargai.

“Kami amat menghargai kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kami selama 26 tahun ini, dan kami akan terus berusaha menerusi produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi seberapa banyak kehendak dan keperluan permotoran anda,” katanya.

Proton Meterai Dua Perjanjian Di Beijing, China

Dato' Radzaif Mohamed, DCEO of PROTON (left) exchanges document with representative of ALHAJ

China Construction Bank (CCB) menawarkan kemudahan perbankan bernilai RM1.88b kepada Proton.

PROTON bertukar dokumen dengan dua rakan perniagaan di Beijing yang akan mendorong pembangunan masa depan syarikat.

Dr Li Chunrong, CEO of PROTON greets Tun Dr Mahathir in Beijing

Pertukaran dokumen yang pertama ialah Perjanjian Perlesenan dan Bantuan Teknikal dengan ALHAJ Automobile (ALHAJ) bagi membina sebuah kilang pembuatan kereta Proton di Karachi untuk pasaran Pakistan.

Pertukaran yang kedua merupakan kemudahan perbankan yang ditawarkan oleh China Construction Bank (CCB) yang bernilai RM1.88b. Majlis Pertukaran dokumen ini disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Beijing di mana beliau menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa.

Perdana Menteri turut hadir sesi dialog dengan pembekal-pembekal komponen bersama Pengerusi Geely Holding Group, Li Shufu, Pengerusi Proton, Dato Seri Syed Faisal Albar, Daniel Li Donghui, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding Group serta ahli lembaga Proton, Shaharul Farez Hassan.

Kedua-dua acara pertukaran dokumen antara Proton dan rakan perniagaannya di Beijing amat penting bagi syarikat supaya mencapai matlamat jangka panjangnya.

Yang pertama ialah pertukaran dokumen untuk Perjanjian Pelesenan dan Bantuan Teknikal (LTAA) antara Proton dan ALHAJ Automotive (ALHAJ). Susulan daripada upacara simbolik pecah tanah yang telah diadakan di Islamabad pada bulan Mac lalu, LTAA mengikat perjanjian untuk Proton dan ALHAJ bagi membina sebuah kilang pengeluaran CKD baharu untuk memasang dan mengedarkan kereta-kereta Proton di Pakistan.

Dialog with vendors from Malaysia and China

Bakal dibina di Karachi iaitu di satu tapak Greenfield dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta, kilang baharu ini akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tiga tahun pertama operasinya dan anggaran sebanyak 20,000 pekerjaan tidak langsung untuk industri-industri sokongan lain.

Acara pertukaran dokumen kedua adalah antara Proton dan China Construction Bank (CCB), bagi kemudahan perbankan yang akan diperluaskan oleh salah satu bank terkemuka di China.

Dana tersebut diperuntukkan untuk membiayai pelan pengembangan perniagaan pada masa hadapan kerana syarikat berusaha mencapai matlamatnya untuk menjadi jenama automotif nombor satu di Malaysia dan nombor tiga di ASEAN menjelang 2027.

“Pertukaran dokumen antara Proton dan rakan-rakannya, ALHAJ dan CCB, adalah langkah penting dalam usaha untuk mencapai matlamat jangka panjangnya. Pengembangan ke lebih banyak pasaran asing adalah kritikal untuk pertumbuhan jualan sambil memperoleh pembiayaan membolehkan syarikat melabur dalam banyak projek yang diperlukan untuk menjadikan Proton jenama automotif peringkat global,” kata Syed Faisal Albar.

Beliau berkata, syarikat komited untuk memainkan peranan aktif bagi membangunkan ekosistem automotif Malaysia dengan menggalakkan pembekal tempatan meningkatkan kecekapan, kualiti dan kepakaran mereka dalam membekalkan komponen-komponen berteknologi tinggi yang diperlukan melalui tawaran-tawaran pada masa hadapan.

Dato’ Radzaif Mohamed, DCEO of PROTON (left) exchanges document with representative of ALHAJ

“Usaha ini telah dilakukan dengan memadankan pembekal-pembekal dari Malaysia dengan pembekal dari China yang telah pun menjadi pembekal kepada Geely untuk membentuk syarikat usahasama baharu dan menandatangani perjanjian teknikal.

“Setakat ini, seramai 16 pembekal Cina telah mendaftar untuk inisiatif ini serta seramai enam syarikat lagi bakal memasuki sebagai pelabur langsung asing. Secara kumulatif, tawaran-tawaran ini telah memperoleh pelaburan awal lebih daripada RM270 juta dengan 56% daripada pembekal yang membekalkan sektor elektronik dan
komponen elektrik.

“Para pembekal tersebut telah hadir di sesi dialog bersama pihak-pihak lain yang turut berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang landskap pasaran, dasar kerajaan, insentif dan peraturan-peraturan dalam industri automotif Malaysia.

“Sesi ini dilihat sebagai peluang untuk pertanyaan mereka dijawab oleh Perdana Menteri yang menyebut industri sebagai komponen penting dalam ekonomi Malaysia,” katanya.

Jaguar I-Pace Wins Unprecedented Treble At 2019 World Car Awards

The all-electric Jaguar I-PACE has completed an historic treble at the 2019 World Car Awards.

NOT only has it won the coveted 2019 World Car of the Year and World Car Design of the Year titles – equalling the success of the F-PACE in 2017 – it has also been named World Green Car.

I-PACE is the first model ever to win three World Car titles in the 15-year history of the
awards. This latest win for the I-PACE, awarded at the New York International Auto Show by a panel of 86 motoring journalists from 24 countries, comes just weeks after it claimed the European Car of Year title, and affirms its status as the most desirable premium electric vehicle (EV) in the world.

Prof. Dr. Ralf Speth, Chief Executive Officer, Jaguar Land Rover, said: “It is an honour
that the Jaguar I-PACE has received these three accolades from the prestigious World Car
jurors.

“We started with an ideal, to move towards our Destination Zero vision; zero emissions, zero accidents and zero congestion. I-PACE is our first step to achieving this, and it was
conceived when EVs were little more than a niche choice.

“So we started from a clean sheet of paper to create a new benchmark – the world's best premium electric vehicle, and a true Jaguar driver’s car.

“For I-PACE to be awarded 2019 World Car of the Year, World Car Design of the Year and
World Green Car gives our first all-electric vehicle the ultimate recognition it deserves. I
would like to thank the team who have created I-PACE for their passion in making it so
outstanding.”

Designed and developed in the UK, I-PACE is attracting new customers to the Jaguar brand, for many of whom it will also be their first EV – to date, over 11,000 customers in more than 60 countries worldwide have taken delivery.

Its combination of sports car performance, zero emissions, exceptional refinement and true SUV practicality make I-PACE the stand-out choice in its segment.

Ian Callum, Jaguar Director of Design, who was in New York to accept the awards, said:
“Designing Jaguar cars is probably the best job in the world, and I can honestly say that no
other project I’ve worked on has been as rewarding as I-PACE.

Electric vehicles offer designers unprecedented freedom to rethink the proportions, the profile and the packaging, and it’s an opportunity that my team has exploited in full. Winning the 2019 World Car Design of the Year award, as well as World Car of the Year and World Green Car, is true recognition for their achievements.”

The I-PACE’s dramatic, cab-forward profile, short overhangs and taut, muscular haunches
give it a sense of drama which set it apart from other SUVs. The spacious interior –enabled
by the bespoke electric vehicle architecture – is finished with beautiful premium details and
exacting Jaguar craftsmanship.

I-PACE has a state-of-the-art 90kWh lithium-ion battery and delivers a range of up to 292
miles (WLTP cycle). It’s capable of charging from 0-80% in just 40 minutes (100kW DC), or
takes just over ten hours to achieve the same state of charge when using a domestic
wallbox (7kW AC) – ideal for overnight home-charging.

A suite of smart, range-optimising technologies also include a battery pre-conditioning
system: when plugged in the I-PACE will automatically raise (or lower) the temperature of its battery to maximise range ahead of driving away.

The I-PACE has also earned a five-star Euro NCAP safety rating. The body structure provides high levels of occupant protection, and is complemented by technologies designed
to protect other road users and pedestrians, including a deployable bonnet and autonomous emergency braking with pedestrian and cyclist detection.

The I-PACE has received 62 awards since it was revealed little more than a year ago,
including European Car of the Year, German, Norwegian and UK Car of the Year, BBC
TopGear magazine EV of the Year, China Green Car of the Year, and Autobest’s ECOBEST
Award.

The Jaguar I-PACE is available to order now, priced from £60,995 in the UK 2 , and can be
configured at www.jaguar.com.

Untung Bersih Separuh Pertama F&NHB Meningkat Dua Angka

Hasil Kumpulan meningkat 3.8 peratus kepada RM2,035.7 juta pada separuh pertama berakhir 31 Mac 2019 manakala untung sebelum cukai Kumpulan melonjak 33.3 peratus kepada RM288.0 juta pada separuh pertama berbanding tempoh sama tahun lalu.

JUALAN minuman lebih tinggi bagi Food & Beverages Malaysia (F&B Malaysia) dipacu oleh kejayaan promosi perayaan dan penambahbaikan laluan ke pasaran, diimbangi oleh jualan susu dalam tin yang lebih lemah.

F&NHB Chief Executive Officer, Mr Lim Yew Hoe (right) and F&NHB Chief Financial Officer, Mr Lai Kah Shen (left) showcasing the latest products from F&N

Hasil menyusut sedikit sebanyak 0.7 peratus kepada RM1,095.0 juta. Prestasi separuh pertama kukuh dicatatkan oleh Food & Beverages Thailand (F&B Thailand). Hasil meningkat 9.5 peratus kepada RM940.1 juta berasaskan kejayaan inisiatif pemasaran dan inisiatif penjenamaan di pasaran domestik dan Indochina.

Untung selepas cukai F&B Thailand meningkat 14.8 peratus walaupun memulakan pembayaran cukai korporat tahun ini selepas menggunakan sepenuhnya keistimewaan promosi yang diberikan oleh Lembaga Pelaburan.

Prestasi kukuh ini disokong oleh jualan lebih tinggi dan kos input lebih rendah. Dividen satu peringkat tunggal 27.0 sen sesaham (2018: 27.0 sen sesaham) berjumlah RM99.0 juta.

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatatkan hasil lebih tinggi bagi separuh pertama berakhir 31 Mac 2019, yang naik 3.8 peratus kepada RM2,035.7 juta berbanding RM1,961.4 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu manakala untung sebelum cukai melonjak 33.3 peratus kepada RM288.0 juta berbanding RM216.0 juta yang dicatatkan pada 2018.

Untung selepas cukai bagi tempoh yang sama meningkat 14.0 peratus kepada RM227.3 juta daripada RM199.4 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Prestasi separuh tahun yang lebih baik ini dicapai berlandaskan kekuatan jualan minuman daripada langkah pengaktifan pasaran tambahan dan kempen perayaan berkesan dan juga usaha mengukuhkan laluan ke pasaran, terutamanya di Malaysia Timur.

Pencapaian tersebut disokong lagi oleh jualan lebih kukuh dalam pasaran Thailand dan Indochina daripada kejayaan aktiviti pemasaran dan penjenamaan.

Hasil F&B Thailand meningkat 9.5 peratus kepada RM940.1 juta untuk tempoh yang dilaporkan daripada RM858.4 juta pada tahun sebelumnya dipacu oleh peningkatan kapasiti dan juga jualan lebih tinggi semasa pesta Songkran.

F&B Malaysia meningkatkan jumlah jualan sebanyak 2.9 peratus pada separuh pertama berakhir 31 Mac 2019, yang sebahagian besarnya berbekalkan sumbangan daripada jualan minuman. Ini diimbangi oleh jualan susu dalam tin lebih rendah disebabkan persaingan harga sengit di pasaran tempatan, lantas memberikan kesan kepada prestasi keseluruhan F&B Malaysia dalam tempoh yang dilaporkan.

Hasil F&B Malaysia menyusut sedikit kepada RM1,095.0 juta daripada RM1,102.4 juta pada tempoh sama tahun lepas manakala untung operasi merosot 0.5 peratus kepada RM80.6 juta disebabkan promosi perdagangan lebih tinggi, perbelanjaan pemasaran dan kos pengedaran, yang diimbangi oleh kos input bersih dan pembungkusan yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, prestasi mantap berterusan perniagaan F&B Thailand dan Malaysia Kumpulan, walaupun dalam suasana makroekonomi lemah yang berpanjangan mencerminkan tumpuan tidak berbelah dan usaha gigih Kumpulan untuk mencapai prestasi lebih kukuh dan pertumbuhan mampan menerusi strategi jualan mantap dan kecemerlangan operasi.

“Kami gembira dengan kejayaan pelaksanaan jualan dan pemasaran Tahun Baru Cina, dengan pencapaian 100PLUS mencatatkan bahagian pasaran tertinggi dalam tempoh lima tahun pada Tahun Baru Cina 2019 yang sekali gus memberikan kami permulaan hebat pada tahun baru.

“Kami akan terus mengukuhkan pelaksanaan laluan ke pasaran dan menjayakan promosi berkesan, terutamanya dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri untuk mengekalkan momentum pertumbuhan pada separuh kedua,” tambahnya.

Eksport lebih tinggi daripada pengembangan pasaran Tiub Picit Krimer Minuman Manis TEAPOT ke Indochina dan juga program jualan dan pemasaran berkesan di pasaran tempatan menyumbang kepada pertumbuhan hasil bagi F&B Thailand.

Tinjauan Masa Depan

Mengulas mengenai pengumuman Kerajaan menangguhkan pelaksanaan duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) dari 1 April ke 1 Julai 2019, Lim merakamkan penghargaan F&NHB kepada pihak berwajib kerana mempertimbangkan maklum balas daripada peserta industri.

“Kami berterima kasih atas keputusan Kerajaan ini yang akan memberi kami sedikit lagi masa untuk melaksanakan rancangan penampungan dan membolehkan rakyat Malaysia menikmati sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kami akan terus memanfaatkan inovasi dan usaha penciptaan semula untuk menawarkan produk yang lebih sihat, termampu dan lazat yang mudah didapati oleh semua,” katanya.

Dalam usaha untuk mengurangkan kesan duti eksais SSB, Kumpulan akan mengeluarkan pek lebih kecil, merumuskan semula dan mengurangkan kandungan gula dalam tawaran produk sedia ada dan juga menggiatkan inovasi dalam kategori produk lebih sihat.

Selain daripada memberi tumpuan terhadap duti eksais yang bakal dilaksanakan ke atas SSB, F&NHB akan terus menjalankan promosi istimewa dan aktiviti perdagangan untuk bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang akan datang.

Ini termasuk memperkenalkan edisi terhad minimum F&N Laici Pir, dengan resipi ditambah baik yang disahkan dengan Logo Pilihan Lebih Sihat dan juga varian perisa buah 100PLUS yang terdiri daripada 100PLUS OREN, 100PLUS BERI, 100PLUS LIMAU LEMON dan 100PLUS ANGGUR HITAM.

Produk yang baru dilancarkan di Malaysia juga termasuk F&N SEASONS Epal Buah Delima dan F&N SEASONS Laici Tembikai dan juga Krimer Pekat Manis CARNATION.

Mengulas mengenai tinjauan Kumpulan bagi tahun kewangan semasa, Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullail berkata pasaran domestik keseluruhan bagi Malaysia dijangka terus mencabar terutamanya dalam segmen susu dalam tin dan juga akibat pelaksanaan duti eksais SSB.

Langkah menangguhkan pelaksanaan duti eksais ke atas SSB ke 1 Julai dan bukannya tarikh lebih awal yang dicadangkan, iaitu pada 1 April, akan membantu F&NHB mengurangkan kesan bagi tahun kewangan semasa dengan lebih baik.

Mengenai Fraser & Neave Holdings Bhd

Fraser & Neave Holdings Berhad (F&NHB) ialah sebuah syarikat Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dengan kepakaran dan kedudukan kukuh dalam perniagaan makanan dan minuman.

Sejarah gilang-gemilang yang menjangkau 136 tahun meletakkan F&NHB dan jenamanya sebagai salah satu daripada yang dipercayai sejak turun-temurun.

Syarikat ini mempunyai portfolio 20 jenama yang diminati ramai, yang merupakan pendahulu dalam pelbagai segmen iaitu 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS, Susu Pekat dan Sejat F&N, F&N Magnolia, OYOSHI, Farmhouse, CARNATION dan F&N Fruit Tree.

F&NHB mempunyai tenaga kerja seramai 2,800 kakitangan dan merupakan salah satu daripada 100 Majikan Utama Graduan Malaysia. F&NHB beroperasi di Malaysia, Brunei, Thailand dan Indochina, dan merupakan anak syarikat Fraser and Neave, Limited, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura. www.fn.com.my

Merchantrade Jalin Kerjasama Kali Kedua Dengan BonusLink

Merchantrade branch in Pavillion

Merchantrade jalin kerjasama kali kedua dengan BonusLink dan lebih 200,000 mata BonusLink ditawarkan kepada pelanggan apabila melakukan pertukaran mata wang di 85 cawangan Merchantrade.

MERCHANTRADE Asia Sdn Bhd (Merchantrade), jenama syarikat pertukaran mata wang terbesar Malaysia menjalin kerjasama dengan syarikat ganjaran kesetiaan BonusLink dalam kempen yang menawarkan lebih 200,000 mata BonusLink apabila mereka melakukan pertukaran mata wang.

Merchantrade branch in Pavillion

Bermula 1 Mei, Merchantrade menawarkan mata BonusLink untuk sebarang pertukaran mata wang asing di 85 cawangannya di seluruh negara.

Bagi melayakkan pelanggan Merchantrade menyertai kempen yang menawarkan 200,000 mata BonusLink ini, mereka hanya perlu menukar mata wang dengan nilai minimum RM500 kepada mana-mana mata wang asing.

Kerjasama di antara kedua-dua buah syarikat bermula apabila Merchantrade melancarkan kempen dari 1 Mei hingga 30 Jun, dengan pemberian ganjaran kepada 1000 pelanggan terawal yang melakukan pertukaran mata wang sebanyak RM2,000 atau lebih dengan tambahan 150 mata ke atas mata sedia ada yang ditawarkan.

“Kami sekali lagi bekerjasama dengan BonusLink untuk memperluaskan nilai perkhidmatan cawangan kami yang dinikmati oleh pelanggan digital kami sekarang ini.

“Kami berasakan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat untuk menikmati nilai yang kami tawarkan menerusi eForex (pertukaran wang dalam talian) dan eRemit (pemindahan wang dalam talian),” kata Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran.

Sejarah kerjasama antara Merchantrade dan BonusLink sudah menjangkau tempoh tiga tahun bermula dengan platform pertukaran wang dalam talian, eForex dan seterusnya eRemit (pemindahan wang dalam talian) yang menjadi kemuncak kepada perluasan liputan cawangannya di seluruh negara.

Tanjung Bruas Port Expands Its Services To Container Ships

TBP recently welcomed the MV West Scent, the first Container vessel to ever call its terminal at Tanjung Bruas Port

Tanjung Bruas Port Sdn Bhd (TBP), a member of MMC Group, now offers Container ships services at its terminal, Tanjung Bruas Port.

TBP recently welcomed the MV West Scent, the first Container vessel to ever call its
terminal at Tanjung Bruas Port.

TBP recently welcomed the MV West Scent, the first Container vessel to ever call its terminal at Tanjung Bruas Port

The 145.68 meters long MV West Scent came alongside on 18 April 2019 with an exchange of 1,150 move counts. The specially chartered Container vessel by manufacturer Xinyi Glass Manufacturing Sdn Bhd, is currently at TBP berth and will depart to Humen Port, China after completing its cargo operations.

This is the first ever project undertaken by TBP in handling Containerised shipment.

Captain Davidiuk Aleksandar, the Master of the Container vessel was welcomed by Mohamad Nizam Ibrahim, General Manager of TBP together with Ir. Khairulezuan Harun,
Chief Operating Officer of Kumpulan Melaka Berhad, Tuang Aleong, Director of Melaka Customs, Hairulzamani Othman, Senior Manager of Melaka State Development
Corporation and representatives from Xinyi Glass.

“Tanjung Bruas Port will be an important port for import and export to and from the central
region and Guangdong Province in China. With the new Container services, the opportunity to import and export freight to and from Melaka will increase significantly via this sea route, with a monthly route to China as a start,” said Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh, Chairman of TBP cum Group Managing Director of MMC Corporation Berhad.

Strategically located along one of the world’s busiest trade routes, TBP which already handles Conventional cargo, has a huge potential to be developed as a gateway to handle
Containerised cargoes to serve the growing industries in Melaka and the central region of Peninsular Malaysia as well as its neighbouring countries.

AirAsia Cari Calon Kru Kabin Dari Pantai Timur

AirAsia akan memulakan pencarian kru kabin  di Terengganu pada bulan hadapan.

DALAM misi untuk menawarkan perkhidmatan yang mengutamakan para tetamu, Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia ini mencari individu yang mempunyai personaliti yang menarik, bersemangat tinggi, dan mempunyai kemahiran untuk bekerja dalam pasukan.

Ketua Kumpulan Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan berkata, “Kami percaya bahawa terdapat ramai bakat-bakat dari Pantai Timur Malaysia yang boleh diketengahkan.

Jadi kami teruja untuk memulakan pencarian individu yang bersemangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu dan menyertai keluarga kru kabin kami yang kini mencecah seramai 6,300 orang.

Selain menjadi duta kepada Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia, calon yang berjaya juga akan berpeluang untuk mengembangkan kerjaya mereka, menjalani latihan bertaraf dunia dan menerima pakej imbuhan yang menarik termasuklah pelbagai faedah perjalanan.

Kami berharap dapat bertemu dengan calon-calon yang berbakat apabila kami mengajurkan temu duga di pantai timur pada bulan hadapan.”

Temu duga kru kabin tersebut akan berlangsung pada 4 Mei 2019 di Pusat JobsMalaysia di Kuala Terengganu. Pendaftaran akan bermula pada 9 pagi hingga 11 pagi.

Graduan daripada mana-mana bidang dan kru yang berpengalaman juga digalakkan untuk memohon. Temu duga ini terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Calon-calon yang berminat haruslah melengkapkan borang di sini dan hadir bersama sijil asal dan salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan KREDIT dalam Bahasa Inggeris atau setaraf, sijil asal dan salinan institusi pengajian tinggi atau setaraf, resume terkini, salinan dan kad pengenalan asal, salinan gambar bersaiz pasport dan salinan gambar penuh terkini.

AirAsia juga akan mengadakan temu duga terbuka di ibu pejabat AirAsia, RedQ di Sepang pada 11 Mei 2019 dan calon-calon yang berminat boleh mengisi borang di sini.

Sapura – Majikan Terbaik Di Malaysia

Sapura 3000

Sapura Energy Berhad bukan sahaja dikenali di Malaysia dan di dunia sebagai gergasi minyak dan gas terkemuka, firma itu juga dikenali sebagai majikan terbaik negara.

INI adalah bukti menerusi fakta bahawa Sapura menggaji lebih dari 10,000 kakitangan meliputi lebih 35 kewarganegaraan membabitkan kehadiran di lebih 20 negara.

Sapura Diamante

Bersempena dengan Hari Pekerja 1 Mei ini, kita menghargai Sapura yang berkembang pantas untuk menjadi pemain utama minyak dan gas dunia serta pada masa sama, reputasi kukuhnya sebagai majikan yang sensitif kepada kehendak kakitangannya yang bekerja keras di seluruh dunia.

Adalah jelas bahawa Sapura memang menjaga kebajikan kakitangannya dan ini disebabkan sifat penyayang semulajadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Hasil daripada wawasan Shahril, Sapura dinobatkan sebagai Syarikat Tahunan Asia Pacific Energy Awards pada Januari 2019 bagi kategori perkhidmatan tenaga pesisir pantai dan marin.

Kini, Sapura sekali lagi membuktikan keprihatinannya dengan meraih Anugerah Majikan Terbaik Malaysia menerusi anugerah Malaysia Best Employer Brand Award 2019 yang menjadi bukti kepada komitmen syarikat meneraju kebajikan kakitangannya.

Ini adalah saat yang membanggakan kepada Sapura sebagai syarikat yang berjaya menyakinkan juri utama membabitkan pemimpin kanan, penyelidik dan pakar akademik seperti Professor Indira Parikh, bekas dekan IIM; Dr Arun Arora, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Economic Times dan Dr R.L. Bhatia, pengasas World CSR Day and World Sustainability.

Penganalisis dari Public Investment Bank berkata, anugerah itu tidak mengejutkan kerana Sapura amat dikenali sebagai pengurusan bakat dan strategi sumber manusia terbaik dengan memiliki kakitangan daripada lebih 35 kewarganegaraan yang memiliki cabaran besar untuk diuruskan.

“Sapura juga dianggap ke hadapan dalam melakukan inovasi pengambilan kakitangan, latihan kakitangan, memberikan tumpuan khas kepada milinial dan melakukan pelbagai program untuk mengekalkan bakat sedia ada,” katanya.

President and Group Chief Executive Officer, Tan Sri Shahril Shamsuddin

Sapura mengguna pakai amalan sumber manusia terbaik, penjenamaan majikan dan membantu negara melahirkan pemimpin serta mengubah pemimpin ikonik selain mempunyai skim pengiktirafan dan manfaat kepada kakitangan serta polisi yang lengkap kepada semua kakitangannya.

Sapura turut menekankan kepada pembangunan kerjaya golongan wanita, inisiatif tanggungjawab sosial korporat dan mempromosikan pengurusan kesihatan serta keselamatan di tempat kerja.

Sapura juga menekankan kepada aspek menawan hati kakitangan dan juga ketelusan dengan pemegang saham serta terbukti ketika mesyuarat agung tahunan dan luar biasa syarikat baru-baru ini.

Pengurusan Sapura yang diketuai Shahril berjaya membuktikan kepada pemegang saham dan kakitangan mereka bahawa syarikat jujur dalam menjaga kebajikan kakitangannya dengan memutuskan sebarang pelaburan dan pengurusan korporat terbaik yang memberi manfaat kepada semua pihak.

Dengan melakukan keputusan pelaburan yang berdaya maju dan pengurusan korporat, masa depan syarikat serta pemegang saham dan kakitangan akan terjamin.

Sapura turut memberi perhatian kepada graduan tempatan khususnya lepasan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan mengambil mereka bekerja bagi mengurangkan kebergantungan kepada kakitangan asing.

“Dengan ini, Sapura membantu negara mengurangkan kehilangan dalam pertukaran asing dan menjana ekonomi domestik,” kata sumber daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kini, Sapura menaruh harapan tinggi menjelang Global Employers Brands Award yang juga sebahagian daripada World HRD Congress yang sudah memasuki edisi ke-28 pada tahun 2020.

Sapura sudah membuktikan kemahiran komunikasi pemasaran yang efektif dan kepintaran dalam menarik, mengekal dan membangunkan bakat serta kesemua sumbangan, syarikat mungkin menjadi pesaing teratas bagi Global Employers Brands Award.

Post Menarik