Sapura Energy Berhad bukan sahaja dikenali di Malaysia dan di dunia sebagai gergasi minyak dan gas terkemuka, firma itu juga dikenali sebagai majikan terbaik negara.

INI adalah bukti menerusi fakta bahawa Sapura menggaji lebih dari 10,000 kakitangan meliputi lebih 35 kewarganegaraan membabitkan kehadiran di lebih 20 negara.

Sapura Diamante

Bersempena dengan Hari Pekerja 1 Mei ini, kita menghargai Sapura yang berkembang pantas untuk menjadi pemain utama minyak dan gas dunia serta pada masa sama, reputasi kukuhnya sebagai majikan yang sensitif kepada kehendak kakitangannya yang bekerja keras di seluruh dunia.

Adalah jelas bahawa Sapura memang menjaga kebajikan kakitangannya dan ini disebabkan sifat penyayang semulajadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Hasil daripada wawasan Shahril, Sapura dinobatkan sebagai Syarikat Tahunan Asia Pacific Energy Awards pada Januari 2019 bagi kategori perkhidmatan tenaga pesisir pantai dan marin.

Kini, Sapura sekali lagi membuktikan keprihatinannya dengan meraih Anugerah Majikan Terbaik Malaysia menerusi anugerah Malaysia Best Employer Brand Award 2019 yang menjadi bukti kepada komitmen syarikat meneraju kebajikan kakitangannya.

Ini adalah saat yang membanggakan kepada Sapura sebagai syarikat yang berjaya menyakinkan juri utama membabitkan pemimpin kanan, penyelidik dan pakar akademik seperti Professor Indira Parikh, bekas dekan IIM; Dr Arun Arora, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Economic Times dan Dr R.L. Bhatia, pengasas World CSR Day and World Sustainability.

Penganalisis dari Public Investment Bank berkata, anugerah itu tidak mengejutkan kerana Sapura amat dikenali sebagai pengurusan bakat dan strategi sumber manusia terbaik dengan memiliki kakitangan daripada lebih 35 kewarganegaraan yang memiliki cabaran besar untuk diuruskan.

“Sapura juga dianggap ke hadapan dalam melakukan inovasi pengambilan kakitangan, latihan kakitangan, memberikan tumpuan khas kepada milinial dan melakukan pelbagai program untuk mengekalkan bakat sedia ada,” katanya.

President and Group Chief Executive Officer, Tan Sri Shahril Shamsuddin

Sapura mengguna pakai amalan sumber manusia terbaik, penjenamaan majikan dan membantu negara melahirkan pemimpin serta mengubah pemimpin ikonik selain mempunyai skim pengiktirafan dan manfaat kepada kakitangan serta polisi yang lengkap kepada semua kakitangannya.

Sapura turut menekankan kepada pembangunan kerjaya golongan wanita, inisiatif tanggungjawab sosial korporat dan mempromosikan pengurusan kesihatan serta keselamatan di tempat kerja.

Sapura juga menekankan kepada aspek menawan hati kakitangan dan juga ketelusan dengan pemegang saham serta terbukti ketika mesyuarat agung tahunan dan luar biasa syarikat baru-baru ini.

Pengurusan Sapura yang diketuai Shahril berjaya membuktikan kepada pemegang saham dan kakitangan mereka bahawa syarikat jujur dalam menjaga kebajikan kakitangannya dengan memutuskan sebarang pelaburan dan pengurusan korporat terbaik yang memberi manfaat kepada semua pihak.

Dengan melakukan keputusan pelaburan yang berdaya maju dan pengurusan korporat, masa depan syarikat serta pemegang saham dan kakitangan akan terjamin.

Sapura turut memberi perhatian kepada graduan tempatan khususnya lepasan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan mengambil mereka bekerja bagi mengurangkan kebergantungan kepada kakitangan asing.

“Dengan ini, Sapura membantu negara mengurangkan kehilangan dalam pertukaran asing dan menjana ekonomi domestik,” kata sumber daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kini, Sapura menaruh harapan tinggi menjelang Global Employers Brands Award yang juga sebahagian daripada World HRD Congress yang sudah memasuki edisi ke-28 pada tahun 2020.

Sapura sudah membuktikan kemahiran komunikasi pemasaran yang efektif dan kepintaran dalam menarik, mengekal dan membangunkan bakat serta kesemua sumbangan, syarikat mungkin menjadi pesaing teratas bagi Global Employers Brands Award.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini