Anda seorang penggemar durian tegar namun timbul masalah untuk membawa durian menaiki pesawat untuk dijadikan cenderahati kepada rakan-rakan.

FORBIDDEN, produk terkini konfeksi durian pertama di Malaysia yang pastinya memberikan penyelesaian kepada masalah anda untuk membawa Raja Buah ini ke mana sahaja ke seluruh dunia.

Damian Lee, CEO Sunny Food Lab Sdn Bhd with FORBIDDEN D24 Cigar Rolls

Malaysia merupakan pengeluar durian terbaik di dunia, dan raja buah ini diterbangkan lebih dari 3,000 kilometer ke Taiwan untuk dijadikan konfeksi oleh seorang chef rakyat Malaysia yang telah memenangi anugerah antarabangsa dan pakar seni kulinari dalam pembuatan pastri Perancis.

Maka tidak dinafikan produk dari ladang ini sudah menembusi ke pasaran global menerusi jenama FORBIDDEN, Konfeksi durian pertama di Malaysia mengetengahkan raja buah ke tahap baru melalui inovasi dan teknologi

Ketua Pegawai Eksekutif Sunny Food Lab Sdn Bhd, Damian Lee berkata, FORBIDDEN lahir daripada rasa cintanya terhadap durian dan berhasrat membawa durian ke peringkat lebih tinggi melalui proses inovasi dan teknologi menggunakan bahan-bahan terbaik tanpa bahan tambahan.

“Penghasilan produk ini bermula dengan pemilihan durian terbaik yang diambil terus dari ladang-ladang di Pahang yang sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluaran durian Musang King terbaik.

“Kami ingin mencipta pengalaman terbaik supaya para peminat durian dapat berkongsi cinta dan keterujaan mereka terhadap buah istimewa yang isinya berwarna kuning dan enak ini dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami bekerjasama dengan rakan kongsi kami, SunnyHills yang merupakan jenama nenas yang mempunyai reputasi tinggi dari Taiwan, yang terkenal dengan konsep dari ladang ke bakeri mereka yang hanya menggunakan bahan semulajadi,” katanya pada sidang media memperkenalkan produk itu di Kuala Lumpur, semalam.

Ketika ini dua jenis produk diperkenalkan iaitu D24 Cigar dan Musang King Roll yang dihasilkan melalui proses dan teknologi terkini di Taiwan manakala produk asasnya Durian Musang King dihantar melalui kaedah sejuk beku untuk dikilangkan di Taiwan.

Katanya, bekalan durian ketika ini diperolehi daripada pembekal durian dari Raub, Pahang dan ia adalah Projek Antarabangsa SunnyHills pertama yang diwujudkan untuk menghargai durian sebagai raja buah serta peminat durian di seluruh dunia.

“Justeru, anda boleh membawa produk durian D24 Cigar atau Musang King Roll yang dibungkus dalam kotak khas tanpa berasa bimbang didalam kabin pesawat kerana ia tidak mengeluarkan sebarang bau durian yang mungkin tidak menyenangkan kepada segelintir orang.

Musang King Roll

“Anda juga boleh menjadikan produk FORBIDDEN ini sebagai hadiah cenderamata untuk sebarang majlis dan boleh dijadikan hadiah perayaan yang unik dan istimewa untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang, sama ada untuk orang tersayang, rakan atau rakan kongsi perniagaan,” katanya.

Produk D24 Cigar dijual ketika ini pada harga RM83 manakala Musang King Roll dijual pada harga kira-kira RM120 (bergantung kepada kadar semasa tukaran matawang Taiwan Dollar).

Kedua-dua produk ini dijual secara dalam talian di di FORBIDDENDurian.com. Khidmat penghantaran disediakan dari Isnin hingga Ahad.

Damian berkata, pihaknya mengambil masa lebih lapan bulan untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk ini menerusi kerjasama dengan chef Malaysia yang berkhidmat di Taiwan.

“Kita mahu membawa jenama durian tempatan ke peringkat antarabangsa dan ia dapat membantu pemilik ladang durian menjana pendapatan dan meningkatkan industri pertanian negara.

“Dengan mewujudkan nilai-nilai ini, kita akan menyedari bahawa pasaran tempatan tidak cukup besar untuk memberi impak besar kepada perniagaan pertanian. Skala ekonomi yang lebih meluas dan penerokaan pasaran antarabangsa adalah sangat penting dan lebih banyak jumlah yang mampu kita raih menjadikan lebih besar impak yang kita berikan kepada industri.

Damian Lee briefing the media

“Oleh itu, mencipta jenama yang canggih untuk produk berasaskan durian, dan kehadiran jenama di peringkat antarabangsa adalah matlamat FORBIDDEN yang akan dicapai menerusi produk berasaskan durian kami,” kata Damian lagi.

Ketika ini, katanya proses pengeluaran FORBIDDEN dijalankan di Taiwan disebabkan kedudukannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam industri pembuatan roti yang menggunakan bahan daripada sumber lestari.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk menghasilkan produk FORBIDDEN di Malaysia dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar tempatan yang memiliki kemudahan lengkap untuk menghasilkan produk terbabit.

“Hasrat ini akan terlaksana sebaik sahaja syarikat itu membangunkan infrastruktur yang lengkap dan mempunyai tenaga kerja mahir untuk mengendalikan dan menyelenggara peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran produk FORBIDDEN.

“Pekerja-pekerja ini akan dilatih dalam falsafah yang sama untuk membuat produk-produk FORBIDDEN dengan cara yang betul, tanpa menggunakan bahan tambahan tiruan.

“Prosedur operasi standard yang sama seperti yang digunakan di Taiwan juga akan diguna pakai dalam rantaian bekalan di Malaysia, bagi memastikan kesinambungan konsep “ladang ke bakeri” yang memelihara kualiti bahan-bahan.

“Saya percaya Malaysia boleh membina jenama sendiri sebagai pengeksport utama durian dan pencapaian ini tentunya dapat membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi petani kita dalam jangka panjang,” katanya.

Tekstur pandan yang lembut dan didalamnya isi durian cukup menyelerakan

Katanya, produk itu ketika ini dipasarkan di Malaysia, Singapura dan Taiwan manakala pasaran eksport baru yang dikenalpasti ialah Hong Kong bulan depan dan China pada tahun depan.

Sebagai persediaan, pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan yang sudah menanam durian Musang King berskala besar membabitkan ladang seluas 200 ekar di Selangor Valley.

“Kami bercadang memperkenalkan produk ketiga iaitu Durian Coklat dimana coklat akan berada didalam dan diselaputi durian diluar tidak lama lagi kerana coklat adalah makanan yang diterima ramai diseluruh dunia,” katanya.

Justeru, pihaknya mahu membantu petani untuk menanam durian dengan cara yang lestari dan mesra kepada alam sekitar dan para pekebun durian digalakkan untuk menanam tanaman mereka menggunakan amalan pertanian baik tanpa menggunakan racun perosak.

Damian Lee, CEO Sunny Food Lab Sdn Bhd

Sementara itu, katanya reka bentuk pembungkusan dibuat oleh firma reka bentuk/ penjenama Singapura yang pernah menerima anugerah bersama ilustrasi Katie Scott.

Katie merupakan pelukis ilustrasi kelahiran Britain yang sedang meningkat naik dan terkenal dengan ilustrasinya yang berfokuskan botani dan beliau pernah bekerjasama dengan syarikat Nike dan Body Shop.

Di samping itu, beliau juga melancarkan buku seperti ‘Botanicum’ untuk pasaran antarabangsa di mana buku itu menampilkan ilustrasi botani beliau yang serupa dengan ilustrasi botani semasa era kolonial dahulu tetapi telah diolah mengikut format kotemporari era moden.

Damian berkata, D24 Cigar dan Musang King Roll disukai oleh para pelanggannya kerana kualiti durian yang digunakan dan kemampuan chef mereka untuk mengangkat keistimewaan durian ke tahap baru.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial FORBIDDEN:
Website: forbiddendurian.com
Facebook: Forbidden Durian
Instagram: @forbiddendurian

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini