Volkswagen ucapkan selamat tinggal kepada ikon menerusi Collector’s Edition Beetle
KETIKA dunia mengucapkan selamat tinggal kepada Volkswagen Beetle pada tahun ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memberi penghormatan kepada the Bug dengan Collector’s Edition Beetle yang eksklusif.
Hanya 75 unit ditawarkan, Collector’s Edition Beetle berharga RM164,390* dan didatangkan dalam warna biru (Blue Silk), putih (Pure White), oren (Habanero Orange) dan merah (Tornado Red).
Collector’s Edition ini dilengkapi pelbagai aksesori bernilai sehingga RM12,000. Ia merangkumi spoiler belakang, filem dekoratif, hujung ekzos krom, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem yang menunjukkan nombor produksinya.
Semua 75 orang pemilik juga akan menerima satu sijil pemilikan rasmi Collector’s Edition. Membeli sebuah Collector’s Edition Beetle adalah seperti memiliki satu bingkisan sejarah kerana ia akan menjadi model edisi khas terakhir ditawarkan di Malaysia.
Model ini memang sangat sesuai kepada peminat Beetle yang mahukan sebuah Beetle unik serta mempunyai sentuhan pertama seumpamanya.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Collector’s Edition Beetle adalah untuk meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh Beetle.
Erik Winter, Managing Director of VPCM and the Beetle Collector’s Edition
“Apa jua perkara baik perlu ada penamatnya, samalah seperti model terlaris di peringkat global ini. Beetle sememangnya menikmati sejarah yang kaya di Malaysia, ia dipasang di Shah Alam pada tahun 1968.
“Malah, ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan pengalaman bersama kereta yang disukai ramai ini. Tidak ada kereta yang berjaya mencipta pengikut dan memberi definisi kepada banyak generasi seperti yang dilakukan oleh Beetle.
“Ini merupakan pengakhiran sebuah era, jadi kita harus meraikan kehidupan dan zaman kegemilangan Beetle dengan sesuatu yang benar-benar istimewa iaitu Collector’s Edition,” katanya.
Menjadi satu ikon reka bentuk dan objek ikutan ramai, Beetle yang memenangi anugerah telah menawan hati serta minda orang ramai selama 80 tahun ia diproduksi. Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, lebih 21.5 juta unit telah dijual di seluruh dunia, sekali gus menjadi antara kereta paling laris dalam abad ke-20.
Selepas tiga generasi, Volkswagen mengumumkan bahawa ia akan menghentikan produksi Beetle. Sebagai sebuah kereta yang paling lama dihasilkan dalam sejarah automotif, tarikannya tidak pernah pudar selama beberapa generasi.
Bersama-sama dengan Kombi, Beetle menyerlahkan persona istilah “keamanan, cinta dan kegembiraan.” Ia telah membuat kemunculan dalam banyak bentuk budaya pop – sebagai Bumblebee original, sebagai Herbie si Love Bug dan kereta pilihan Elle Wood dalam filem ‘Legally Blonde’.
Karya popular artis Andy Warhol turut menampilkan Beetle, selain Beetle berwarna putih yang dipaparkan pada kulit album terakhir Beatles, Abbey Road.
Pelancaran Collector’s Edition Beetle merupakan sebahagian daripada kempen Bye Bye Beetle Volkswagen yang diadakan sempena acara Perhimpunan Ikonik pada 13 Julai di Putrajaya. Di sana, Volkswagen akan cuba untuk memecahkan rekod perhimpunan Beetle paling besar di Malaysia di satu lokasi.
Ia menjemput semua pemilik Beetle klasik dan model terkini untuk sama-sama menyertai usaha tersebut. Semua model Volkswagen, termasuk Beetle hadir dengan penyelengaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan melawat tapak pembinaan Hospital Pendang yang berkeluasan 9 hektar di daerah Pendang.
HADIR sama Tunku Laksamana Kedah, Dato’ Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Yang DiPertua Majlis Daerah Pendang, Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ORANGEBEAM Berhad, Dato’ Faris Yahaya.
Tuanku Sultan berkenan bertemu dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Tuan Ibrahim Ahmad untuk persembahan model dan taklimat projek Hospital Pendang.
Kerja pembinaan sedang berlangsung yang bermula dengan sistem perparitan, cerucuk dan jalan raya oleh kontraktor berpakar industri, ORANGEBEAM Construction Sdn Bhd yang merupakan rakan kongsi Seri Libana Sdn Bhd.
“Ini adalah suatu penghormatan bagi kami di ORANGEBEAM untuk melaksanakan projek hospital kerajaan yang berkepentingan tinggi ini. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada JKR dan rakan kongsi Seri Libana Sdn Bhd kerana berkeyakinan terhadap kemampuan syarikat kami untuk menyempurnakan projek ini menurut tempoh masa yang ditetapkan, berlandaskan piawaian industri.
Sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk maju dengan teknologi dan inovasi serta usaha-usaha syarikat kami dalam menggiatkan penggunaan teknologi dalam industri pembinaan, kami akan melaksanakan projek ini dengan menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri Digital (IBS) yang akan membantu dengan pengurusan kos dan masa secara cekap.
Kami juga akan menggunakan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) Level of Development (LOD) 500 untuk mempercepatkan keseluruhan proses reka dan bina,” kata Dato’ Faris.
Pada Mei 2018, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melantik Seri Libana PPC JV Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama di antara Seri Libana Sdn Bhd dan ORANGEBEAM Construction Sdn Bhd, untuk pembinaan projek Hospital Pendang yang dilaksanakan secara reka dan bina dengan nilai kontrak berjumlah RM179 juta.
Hospital Pendang dijangka siap pada penghujung 2021 dengan kapasiti sebanyak 126 katil pesakit bagi memberikan 10 perkhidmatan kepakaran seperti Perubatan, Pembedahan, Orthopaedik, Obstetrik, Ginekologi, Pediatrik, Anaesthesiologi, Perubatan Kecemasan, Patologi, Radiologi dan Psikiatrik.
Gold has always been associated with the power, beauty and cultural elite since the history of an ancient civilization.
SOFITEL Kuala Lumpur Damansara and Aureo Gallery present The Craftsmanship of Gold at Sofitel Kuala Lumpur Damansara, a specially curated program of arts, gastronomy, and wellness expressed through gold.
As part of this initiative, Sofitel Kuala Lumpur Damansara will be showcasing renowned South Korean artist, Kim Il Tae artworks through the sprawling lobby of the hotel between 2 July 2019 and 1 September 2019.
A contemporary artist driven by his passion for art, Kim Il Tae has taken gold art to a whole new level. Kim Il Tae is widely recognized as a pioneer artist who developed a distinct method to paint with 24k gold and oil on canvas.
Not traditional fold leaf or gold foil, but pure 24k gold. Kim Il Tae’s artworks today have been met with worldwide critical acclaim. Amongst his followings of prestigious collectors are the likes of Prince Michael Kent of the British Royal Family, PSY (Korean celebrity), Zhou Xun (Chinese artist) to name a few.
Aside from arts, Sofitel Kuala Lumpur Damansara also gets creative with their gastronomy offering with the introduction of the Taste of Gold Afternoon Tea, an exclusive creation by pastry guest chef Guillaume Destouches from Sofitel Abu Dhabi Corniche.
As its name suggests, the Taste of Gold Afternoon Tea gives you a taste of French sugary treats blends with gold effects from the icing sugar, gold leaf and flower designs that will compliment Kim Il Tae’s masterpieces.
The Taste of Gold Afternoon Tea is available daily from 15 July to 14 August 2019 at Le Bar Cocktail & Stories from 3.00pm to 5.00pm, priced at RM128.00nett for two persons.
Along with that, while gold has been touted for its wrinkle-fighting and radiance-boosting properties for centuries, guests can now book for the Glow like Gold with our Gold Rejuvenating Facial at the award-winning So SPA.
Pure luxury that instantly rejuvenates and tighten the skin, giving it a perfect tone and texture, the 60 minutes facial treatment uses natural ingredients such as pure honey, cucumber as well as a gold mask, and combined with French technique.
The Glow like Gold with our Gold Rejuvenating Facial is available daily from 2 July 2019 and 1 September 2019, priced at RM360.00nett for 60 minutes.
The Craftsmanship of Gold initiative reflects Sofitel Kuala Lumpur Damansara’s commitment to embracing its brand identity, which is art, gastronomy and, wellness.
BMW Malaysia memperkenalkan BMW X7 yang pertama, ikon terkini yang melambangkan definisi kemewahan progresif yang baharu.
KENDERAAN Sport Aktiviti (SAV) milik BMW dalam segmen kenderaan mewah ini mencerminkan kualiti yang bertaraf tertinggi dalam aspek kemodenan, kemewahan dan pesona, serta ia memahat tanda aras baharu dalam segmen tersebut.
Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia berkata, “Dimensi kemodenan dan kemewahan progresif telah menjadi daya peneraju dalam penawaran produk global yang terbesar daripada BMW Group, dan BMW X7 mendemonstrasikan prinsip yang kami guna pakai untuk segmen automotif mewah.
“Model-model BMW X dikategorikan sebagai model yang tersohor dalam portfolio BMW dan ia berjaya mencatat penyerahan berjumlah lebih daripada lima juta unit di persada antarabangsa sejak ia diperkenalkan.
Di Malaysia, kenderaan BMW X melakar penyerahan yang berjumlah lebih daripada 5,000 unit di seluruh negara pada tahun 2018.
Jentera SAV mewah ini memperlihatkan bagaimana ambien eksklusif model BMW X dibawa ke sedan BMW 7 Series buat julung kali, ia mendemonstrasikan strategi pengeluar kenderaan premium ini yang seterusnya dalam segmen kenderaan mewah.
Model kenderaan dalam famili BMW X yang terbaharu dan yang terbesar ini menampilkan teknologi ‘powertrain’ dan casis yang mengagumkan, selain daripada ruang kabin yang luas di setiap tiga seksyen barisan tempat duduknya, ambien yang serba mewah serta ciri-ciri kelengkapan yang canggih turut membawakan sebuah pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya.
Rekabentuk luaran
Bahagian luaran BMW X7 ini hadir dengan reka bentuk megah dan rapi. Seksyen hadapan yang lebih besar bersama gril ‘kidney’ yang ikonik menonjolkan kehadiran jentera ini di atas jalan raya, berserta dengan ‘BMW Laserlight’ bersaiz langsing yang mampu mencahayakan laluan di hadapan sejauh 600 meter, dan pada masa sama kontras dapat dilihat dengan jelas.
Ditawarkan sebagai standard, lampu kabus LED serta sistem bantuan lampu puncak juga melengkapi BMW X7. Bahagian bawah apron yang terletak di muncung kenderaan ini memiliki elemen trim yang mengunjur merentasi kelebaran jentera tersebut dan ia membingkaikan komponen salur masuk udara.
Dari sisi, garisan bahu yang hampir vertikal sepenuhnya membuahkan penampilan yang memanjang dari seksyen hadapan ke belakang. Seperti BMW 7 Series, ia didatangkan dengan liang udara, ‘Air Breather’ yang lain daripada yang lain dalam elemen krom.
Tingkap yang lebih besar serta garis bumbung yang lebih memanjang menerusi kaedah yang dinamik memperlihatkan keluasan interior jentera alaf baharu ini. Pintu belakang berukuran lebih panjang berbanding pintu hadapan, ia menekankan keluasan kompartmen belakang yang memudahkan penumpang untuk masuk dan keluar dari jentera ini.
Tidak kurang menariknya, set roda aloi ringan 21 inci dalam penggayaan Y-spoke dwiwarna 753 dengan tayar ‘run-flat’ juga ditawarkan sebagai standard.
Dengan jarak kelegaan tanah (ground clearance) dan bahagian belakang yang lebih tinggi, SAV yang berukur lima meter ini hadir dengan kelebaran yang bersaiz 2,000 mm, dan jarak roda (wheelbase) berukuran 3,105 mm.
Jarak kelegaan tanah mencecah 1,805 mm, iaitu 60 mm lebih tinggi berbanding BMW X5, sekali gus memberikan BMW X7 terbaharu sebuah pesona visual yang memukau. Di bahagian atas, jentera ini juga mengenakan rel bumbung yang ‘sporty’ dalam varian ‘Aluminium Satin’.
Dari belakang, kita dapat melihat saiz jentera ini yang menyingkap keluasan ruang kabin BMW X7 terbaharu. Siluet menegak di belakang juga ditakrifkan secara visual oleh lampu belakang berbentuk L yang langsing dan ia hadir dalam rekaan tiga dimensi yang menarik.
Pintu but belakang yang luas hadir dengan dua bahagian dan ia boleh dioperasikan secara elektrik. Tambahan lagi, BMW X7 yang pertama menampilkan dua paip ekzos segi empat yang besar di setiap sisi, ia menonjolkan karakter jentera ini yang gagah.
Enjin
SAV mewah ini hadir dalam varian BMW X7 xDrive40i Pure Excellence, dan ia dikuasakan oleh enjin petrol sebaris enam silinder yang memiliki kuasa maksimum berjumlah 250 kW/ 340 kk, dan puncak tork berjumlah 450 Nm. Justeru, jentera ini berupaya untuk membuat pecutan dari sifar ke seratus dalam masa 6.1 saat.
Kesemuanya dapat dikecapi dengan penggunaan bahan bakar gabungan yang berjumlah 9.5l/100 km dan emisi karbon gabungan berjumlah 217 g/km.
Daya kuasa disalurkan kepada empat roda jentera ini melalui transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan. Sistem pacuan semua roda xDrive yang melengkapi SAV mewah ini pula memaksimumkan cengkaman, kelincahan dan stabiliti pengendalian yang berhubung dengan Kawalan Stabiliti Dinamik (“Dynamic Stability Control” atau “DSC”) untuk mengasaskan aspek pengendalian yang cemerlang tidak kira apa jua kondisi cuaca atau jalan raya yang diharungi.
Reka bentuk casis yang penuh sofistikasi pada BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ini merangkumi sebuah suspensi udara dwigandar. Oleh itu, ia memastikan jentera tersebut dapat menawarkan tahap keselesaan pemanduan yang lebih baik, dan pada masa yang sama, pilihan untuk melaraskan suspensi kereta ini setinggi 80 mm, dengan lima tetapan ketinggian yang berbeza.
Bukan itu sahaja, pemandu boleh melaras jarak kelegaan tanah dengan hanya menekan butang yang disediakan di ruang kokpit untuk menaikkan atau menurunkan ketinggiannya sebanyak 40 mm melepasi tetapan ketinggian standard, ia amat berguna untuk pemanduan luar jalan atau ‘off-road’, serta untuk mengakses ruang but dengan lebih mudah.
Buat julung kali dalam model BMW X, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence yang terbaharu ditawarkan bersama sistem suspensi, ‘Executive Drive Pro’ dengan penstabilan guling aktif (active roll stabilisation) yang membekalkan sebuah kombinasi ideal antara keselesaan pemanduan dan dinamik yang bertaraf tinggi.
Penstabilan antiguling aktif mengurangkan kadar pergerakan badan serta inklinasinya ketika membelok ke tahap yang minimum. Keselesaan pemanduan dinaik taraf dengan sistem Kawalan Peredam Dinamik (Dynamic Damper Control) yang berupaya untuk memproses data daripada sistem navigasi serta kamera hadapan.
Kokpit futuristik
Ruang kabin jentera BMW X7 yang pertama ini membawakan elemen trim cantik buatan tangan “Crafted Clarity” yang dipadankan ke atas tuil gear, pelaras bunyi pembesar suara, butang Mula/Henti dan Pengawal iDrive (iDrive Controller).
Berterapkan orientasi pemandu BMW yang tipikal dan posisi tempat duduk yang lebih tinggi dengan tahap visibiliti sempurna juga merupakan karakteristik yang membentuk model BMW X.
Kelengkapan yang lain meliputi stereng sport berkulit dan tempat duduk yang boleh dilaras secara elektrik dengan teknologi ventilasi. Permukaan trim kayu halus pula dibingkaikan dengan trim berelektrosadur pada panel instrumen serta konsol sentral untuk memperkayakan aura keelegenan bahagian interior.
BMW Live Cockpit Professional dengan sistem operasi, BMW Operating System 7.0 menjamin fungsi kawalan jentera ini dapat digunakan dengan lancar. Ia menggabungkan kluster instrumen digital 12.3 inci yang boleh dikonfigurasikan dengan Paparan Kawalan (Control Display) sentral yang mempunyai fungsi skrin sentuh serta antara muka (interface) yang tercanggih.
SAV mewah ini turut membawakan BMW Intelligent Personal Assistant yang dikawal dengan suara, ia dapat memahami pertuturan biasa, membantu melaksanakan fungsi pemanduan yang tertentu dan menjawab soalan mengenai kenderaan tersebut.
Kawalan Gestur BMW (BMW Gesture Control) juga kini dapat mengenal pasti dan memberi maklum balas kepada tujuh pergerakan tangan yang berbeza, termasuk pergerakan jari telunjuk dalam bentuk membulat mengikut arah jam untuk menaikkan bunyi pembesar suara, serta dengan mengibaskan tangan ke kanan untuk menolak panggilan telefon.
Elemen kemewahan dan serba kontemporari diwujudkan oleh pencahayaan ambien dengan fungsi Karpet Aluan (Welcome Carpet) yang bersertakan senario pencahayaan spesifik untuk situasi tertentu. Senario pencahayaan ini meliputi ‘Welcome’ dan ‘Goodbye’, serta pencahayaan yang terhasil setelah pintu dibuka atau ketika menerima panggilan telefon.
Tawaran menarik yang lain merangkumi penyaman udara lima zon, Sistem Bunyi Keliling Harman Kardon dengan 16 Pembesar suara, dan tirai gulung elektrik untuk tingkap sisi. Bukan itu sahaja, sistem ‘Rear Entertainment Professional’ bakal menaik taraf pengalaman penumpang jentera ini, dua skrin yang terletak di ruang belakang kini boleh dioperasikan menggunakan sentuhan jari – ia membekalkan elemen hiburan yang sama kualitinya untuk penumpang di hadapan dan di belakang.
Ciri mewah
Keluasan BMW X7 yang pertama ini juga diserlahkan dengan bumbung kaca Panoramik – ‘Sky Lounge’ yang turut membawakan senario pencahayaan LED. SAV mewah ini hadir dengan tujuh tempat duduk yang boleh dilaras secara elektrik sebagai standard.
Tempat duduk barisan kedua juga boleh dilaras dari tempat duduk pemandu. Jika dipesan dalam versi enam tempat duduk, kenderaan ini didatangkan dengan dua tempat duduk berasingan yang selesa di barisan kedua, lantas memudahkan lagi akses bagi penumpang di barisan ketiga.
BMW X7 yang pertama juga menampilkan fungsi ‘soft-close’ pada pintunya yang tidak memerlukan tekanan yang kuat untuk menutup kesemua pintu jentera ini. Di belakang, SAV mewah ini memiliki kompartmen muatan bersaiz 325 liter yang versatil dan ia boleh mencecah 2,120 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat.
Tempat duduk di barisan kedua kini mempunyai pembahagian 40/20/40 untuk memuatkan barangan besar, serta ia juga boleh dibahagikan 60/40 untuk mewujudkan ruang masuk dan keluar yang lebih selesa buat para penumpang.
Semua fungsi yang dibawakan oleh Driving Assistant Professional boleh dirangkapkan dengan satu perkataan, iaitu ‘komprehensif’. Ia merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning) dan amaran perlanggaran hadapan dengan intervensi brek.
Bantuan pengekalan laluan (lane keeping assistant) dengan perlindungan perlanggaran sisi aktif (active side collision protection) juga disediakan, berserta dengan bantuan stering dan kawalan laluan (steering and lane control assistant), amaran perentasan trafik di hadapan dan belakang serta pencegahan perlanggaran belakang.
Ciri-ciri keselamatan dimaksimumkan dengan Bantuan Hentian Kecemasan (Emergency Stop Assistant), Bantuan Mengelak (Evasion Aid), Amaran Perentasan (Crossroads warning) dengan fungsi pembrekan bandar (city braking function).
BMW X7 ditawarkan dalam tujuh warna menawan. Ia meliputi warna putih (Mineral White), hitam (Black Sapphire), versi kelabu ‘Artic Grey’ atau ‘Sophisto Grey’, biru (Phytonic Blue), perang (Terra Brown) dan gangsa (Vermont Bronze).
Upholsteri di ruang dalam ditawarkan dalam kemasan ‘Black Leather Vernasca’, ‘Coffee Leather Vernasca’ (tidak ditawarkan untuk versi kenderaan enam tempat duduk) dan ‘Cognac Leather Vernasca’ dipadankan dengan papan pemuka (dashboard) berwarna hitam, atau ‘Canberra Beige Leather Vernasca’ dipadankan dengan papan pemuka ‘Mokka’.
Anggaran harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan bersama penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW)
The film will be premiered at Goodwood’s Festival of Speed and shown online at rolls-roycemotorcars.com from 4 th July, 2019
ROLLS-Royce Phantom sits at the apex of the luxury world. It has graced some of the most formative moments of the 20 th and 21 st centuries with an assuring, silent and sophisticated presence.
It is the motor car that proudly counts many of the world’s most influential and revered individuals among its wealthy collectors.
In this vein, when British photographer Rankin made Phantom his subject, Rolls-Royce Motor Cars was compelled to oblige. Counted among the great photographers and filmmakers of our time, Rankin’s strong sensorial style has led him to move beyond fashion and beauty into a world of atmospheric storytelling.
Rankin shines a light on Phantom’s younger driver focused appeal in a short film that speaks directly to a new generation of Phantom customer. This generation are hyper-successful, self-made, individuality seekers; this generation are in the driving seat.
Torsten Müller-Ötvös, Chief Executive Officer, Rolls-Royce Motor Cars, commented, “Phantom Limousine, the extended wheelbase and Phantom, reflect two distinct groups of patron.
The former are drawn to the formality of the ultimate chauffeur driven limousine, while the latter are lured by Phantom’s exceptional driving experience. Rankin’s playful and witty short film captures the younger and daring charisma of Phantom and displays a refreshing irreverence toward the expected codes of automotive luxury.”
Rankin cast Gwendoline Christie, the English star of stage and screen, most recently known as Lady Brienne of Tarth in ‘Game of Thrones’ and Titania in London’s Bridge Theatre’s ‘A Midsummer Night’s Dream’, as the heroine who takes to the wheel and puts Phantom through its paces.
Rankin, commented, “Rolls-Royce is the ultimate British brand. Number one of one. Eight
years ago I got the chance to drive Phantom when working on “The Spirit of Ecstasy”
centenary.
It was the best driving experience of my life. Not only was it exhilarating, I actually felt like a rebel and a part of that iconic history. I realised that Rolls-Royce is the ultimate brand for a reason.
He continued, “In my film with Gwen I wanted to express this one-of-a kind sensation, I wanted everyone to know exactly why Rolls-Royce are the best of the best and why Phantom is the icon. Everyone should try it.”
Gwendoline Christie commented, “The Rolls-Royce Phantom is a car of rare timelessness. It epitomises excellence in craftsmanship and authentic luxury in modern terms. Working with the legendary photographer Rankin and his team was a blast!
They inherently respected the iconic status of this motor car and have vividly translated it with playful subversion, strength and humour. It is a true delight to be part of Rolls-Royce Iconography.”
Rankin’s short film will be premiered on screens at this year’s Festival of Speed at Goodwood and can be viewed online at rolls-roycemotorcars.com from 4 July, 2019.
The collection from Shell’sfifth consecutive annual Raya Charity Campaign brings festive cheer to the National Cancer Society Malaysia, Food Aid Foundation and Malaysian Nature Society.
SHELL Malaysia raise total of RM1.92 million in its recent ‘Anda Beli, Kami Derma’ Raya Charity Campaign.
In its fifth year, the campaign ran for 10 days between 30 May 2019 to 8 June 2019 in an effort to spread the spirit of caring and sharing during the ‘balik kampung’ season.
During the campaign period, Shell donated 1 sen (RM0.01) for every litre of Shell fuel pumped and 1 sen (RM0.01) for every RM1.00 spent at Shell SELECT stores; to the National Cancer Society Malaysia, Food Aid Foundation, and Malaysian Nature Society.
Mastercard joined this effort as a valued partner for the second consecutive year and contributed 1 sen (RM0.01) to the Food Aid Foundation for every litre of Shell fuel pumped and every RM1.00 spent at Shell SELECT stores paid for with any Mastercard credit or debit cards.
This year, motorists were given the option to donate to the organisation of their choice.
Additionally, Shell’s agencies and partners came together to support this initiative through contributions in the form of media advertising and resources.
Shairan Huzani Husain, Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Shell Timur Sdn Bhd applauded the collection this year and shared, “We are once again humbled by the generosity and support of our Malaysian motorists, in helping us raise a total of RM1.92mil for the organisations in just 10 days.
We wish to thank all our customers and partners for contributing to this cause. In line with our mission to make life’s journeys better for all Malaysians, we hope this initiative will continue to inspire others to extend a helping hand for those who are in need.”
Perry Ong, Country Manager of Malaysia and Brunei, Mastercard said, “This partnership has been instrumental in encouraging Malaysians to use cashless payments for their everyday purchases, while at the same time, giving back to the community and impacting the lives of the less privileged.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi, mengumumkan pelantikan Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd Anuar Rethwan sebagai Pensyarah di ASWARA berkuatkuasa 15 Julai 2019.
PERLANTIKAN beliau bagi mengangkat bidang kesenian dan warisan melalui pelbagai platform akademik.
Penyerahan Cenderamata Buku Terbitan Sasterawan Negara kepada Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd Anuar Rethwan juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengajian ASWARA yang akan berperanan sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah ASWARA dalam hal ehwal berkaitan perjalanan dan pengurusan akademik di ASWARA.
Perlantikan beliau merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) untuk menzahirkan sanjungan dan meraikan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh beliau untuk dicurahkan kepada generasi muda dalam usaha melahirkan lebih ramai cendekiawan seni yang berilmu khususnya daripada ASWARA.
MoTAC berharap agar pelantikan ini memberi manfaat yang besar kepada ASWARA dan seterusnya menyokong ke arah menjayakan misi dan visi ASWARA.
Bintang aksi Cina, Zhang Jin yang “bertempur” masuk ke Hollywood kini bekerjasama dengan legenda aksi, Sylvester Stallone dalam filem terbarunya “Escape Plan: The Extractors”.
FILEM ketiga dan terakhir dalam siri ini juga membawa kembali watak Dave Bautista yang muncul dalam sekuel kedua “Pelan Escape”.
Sama seperti dua filem terdahulu, sekuel ketiga juga mengisahkan tentang operasi melarikan diri dari penjara.
Stallone beraksi sebagai artis pelarian penjara atau “pakar keselamatan” yang menghabiskan sepanjang hidupnya memasuki penjara untuk mempelajari reka bentuk dan mengeksploitasi kelemahan penjara.
Dalam filem asal, watak Stallone ditipu dan terperangkap di dalam penjara yang direka berdasarkan bukunya. Bersama dengan banduan penjara yang dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger, mereka berjaya menggunakan kemahiran dan kepintaran mereka untuk melepaskan diri dari penjara yang paling sukar ditembusi.
Sekuel berikut “Escape Plan 2: Hade” menampilkan bekas ahli gusti profesional, Dave Bautista, yang turut memainkan watak “Drax” dalam “Guardians of the Galaxy”. Dalam sekuel ini, Stallone dan Bautista menyelinap masuk penjara Hades berteknologi tinggi yang paling rumit untuk menyelamatkan pembantunya yang telah diculik.
Bautista muncul kembali dalam sekual ketiga “Pelan Escape: The Extractors” sebagai sebahagian daripada pasukan penyelamat Stallone. Filem ini mengisahkan aksi mereka dalam menyelamatkan anak perempuan mogul teknologi Hong Kong yang diculik.
Kali ini bukan sahaja Stallone akan menghadapi musuh sadis, yang merupakan anak kepada bekas musuhnya, malah teman wanitanya juga ditahan di penjara Latvia yang amat menggerunkan.
Prestasi seni mempertahankan diri Zhang Jin yang mengagumkan telah menarik perhatian Stallone, lalu menjemputnya untuk menyertai filem ini. Stallone menyimpan watak Zhang Jin sebagai rahsia, dan hanya mendedahkan bahawa dia adalah salah satu “watak utama”.
Ini adalah kali kedua Zhang Jin bekerjasama dengan Bautista, selepas filem “Master Z: The Ip Man Legacy”.
Penonton boleh mengharapkan banyak adegan aksi gempar dari mereka. Filem arahan John Herzfeld, dengan skrip dari Miles Chapman. Sekuel ini menbawa kembali Stallone, Dave Bautista, Jaime King dan Tyler Jon Olson, sambil menampilkan watak baru seperti Zhang Jin, Devon Sawa dan Jow Malese.
Filem ini dijadualkan akan ditayang di Malaysia mulai 11 Julai ini.
Up to 50% off on all-time favorites on the official HONOR store from 8-17 July!
THE second wave of the biggest party ever by HONOR Malaysia is here! With the overwhelming response and support received from fans and customers, HONOR Malaysia continues the fun by offering a second wave of amazing deals and free gifts at HiHonor Online Official Store.
One of the deals fans can look forward to is purchasing the HONOR 10 at only RM859, with a free HONOR travel bag.
That’s a whopping RM540 off! Originally retailing at RM1,399, the HONOR 10 is popular for its 24MP AI camera, KIRIN 970 AI chipset, aurora glass design and 5.84” FullView Display.
Customers who purchase any of the HONOR smartphones listed below from HiHonor Online Official Store will not only enjoy slashed prices, but also take home free gifts! The first 200 smartphone purchases of the below smartphones will receive an HONOR Vacuum Mug, on top of currently-offered gifts.
Need a cool accessory to pair with your HONOR smartphone? We got you covered! HONOR is also offering a slew of discounts on HONOR accessories, including the new HONOR SoundStone Portable Bluetooth Speaker and HONOR FlyPods Lite.
The deals don’t’ stop there; with purchases exceeding a certain value, you’ll be eligible to use vouchers giving you up to RM 50 off your new smartphone!
Answer & Win
In addition to these great deals, you’ll also have the chance to bring home a Moschino bag or a pair of HONOR FlyPods Lite just by answering a few simple questions on HiHonor Online Official Store! Here’s how:
Participants are required to log into their hihonor account and answer two (2) questions in order to stand a chance to win prizes
Four (4) winners will be selected by lucky draw at the end of the campaign period, 17th July 2019 11.59PM.
The following prizes are available to be won through this event
Moschino bag worth RM300 – 1 winner
HONOR FlyPods Lite – 3 winners
Winners will be notified via email registered on HiHonor Online Official Store by 23rd July
2019. Don’t miss out on the great deals and fun during HONOR’s 5 th Anniversary celebration!
Click and Grab
Stay tuned for more information on the upcoming 5th Anniversary announcements and events on HONOR’s official Facebook page at https://www.facebook.com/HonorMY/.
For more information on HONOR, head over to HONOR’s official e-commerce website and information portal at https://hihonor.com/my.
The Securities Commission Malaysia (SC) announced that it will facilitate closer collaboration between the Malaysian and Chinese capital markets which will mutually benefit both economies, following a visit to the Shenzhen Stock Exchange (SZSE) on 4 July 2019.
DURING the discussions, SZSE Chairman Wu Lijun emphasised the strong success of SZSE in financing innovative Chinese companies and SMEs, including those in the technology and advanced manufacturing sectors, which are closely aligned to Malaysia’s economic priorities.
At the same time, there are already a number of SZSE-listed companies operating in Malaysia under the Belt and Road Initiative (BRI), creating natural synergies and opportunities for collaboration between both countries’ capital markets.
SC Chairman Datuk Syed Zaid Albar said, “The SC, along with Bursa Malaysia have had numerous engagements with the SZSE in recent months to discuss initiatives for greater cross-border connectivity, exchange of technical expertise and human capital development.
We look forward to deepening the ties between Malaysia and China through this collaboration.”
Following this working visit, SZSE, the SC and Bursa Malaysia will hold further in-depth discussions to define and sharpen the value proposition of the collaboration, and work towards implementing these initiatives.
The SC was a member of Malaysia’s Ministry of Finance delegation to China, led by Finance Minister Lim Guan Eng. The delegation’s visit to SZSE was received by the stock exchange’s senior officials, led by its Chairman Wu Lijun. SZSE was established on 1 December 1990 as a self-regulated legal entity under the supervision of the China Securities Regulatory Commission (CSRC).
It is one of two main stock exchanges in mainland China, with a market capitalisation of USD3 trillion as at May 2019.