Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi, mengumumkan pelantikan Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd Anuar Rethwan sebagai Pensyarah di ASWARA berkuatkuasa 15 Julai 2019.

PERLANTIKAN beliau bagi mengangkat bidang kesenian dan warisan melalui pelbagai platform akademik.

Penyerahan Cenderamata Buku Terbitan Sasterawan Negara kepada Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd Anuar Rethwan juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengajian ASWARA yang akan berperanan sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah ASWARA dalam hal ehwal berkaitan perjalanan dan pengurusan akademik di ASWARA.

Perlantikan beliau merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) untuk menzahirkan sanjungan dan meraikan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh beliau untuk dicurahkan kepada generasi muda dalam usaha melahirkan lebih ramai cendekiawan seni yang berilmu khususnya daripada ASWARA.

MoTAC berharap agar pelantikan ini memberi manfaat yang besar kepada ASWARA dan seterusnya menyokong ke arah menjayakan misi dan visi ASWARA.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini