AirAsia telah menaik taraf aplikasi mudah alihnya bagi Android dan iOS, dengan ciri-ciri baharu dan inovatif untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Dengan menggunakan pendekatan mengutamakan tetamu dan senibina teknikal untuk menyokong visi syarikat dalam memberikan perkhidmatan selain penerbangan, aplikasi mudah alih ini telah direka semula untuk prestasi yang lebih pantas dan lebih mesra pengguna bagi menawarkan pengalaman yang lebih lancar dan peribadi.
Di samping mengoptimumkan ciri-ciri sedia ada, beberapa ciri baharu telah diperkenalkan, termasuk:
Proses tempahan baharu dan peta carian interaktif
Pengguna kini boleh menikmati peningkatan prestasi, kebolehgunaan dan masa transaksi yang lebih pantas, hasil daripada proses tempahan baharu dan peta carian interaktif.
Ruang sembang penerbangan
ChatGroup
Berinteraksi sebelum anda berlepas. Dengan fungsi sembang masa nyata baharu, para tetamu boleh berhubung dengan penumpang lain yang bakal menaiki penerbangan yang sama sebaik sahaja mereka mendaftar masuk yang boleh dilakukan 14 hari sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan.
Inspirasi perjalanan di hujung jari anda
Ciri baharu ini menepati tema dan carian tetamu ke destinasi AirAsia dengan tawaran dan tambang eksklusif.
Akses kepada pas masuk melalui e-dompet Apple
EBPWalletGroup
Penambahan fleksibiliti untuk menyimpan pas masuk mudah alih anda ke e-dompet Apple, yang membolehkan tetamu yang tidak mempunyai bagasi daftar masuk untuk terus menuju ke pintu masuk sebaik sahaja selesai pemeriksaan imigresen.
Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia Karen Chan berkata, “AirAsia telah giat melabur dalam teknologi canggih dan bakat perkhidmatan pelanggan untuk meningkatkan keupayaan digital kami.
Penambahbaikan ke atas aplikasi mudah alih kami juga sejajar dengan inisiatif-inisiatif digital lain yang sedang dilakukan, seperti transformasi airasia.com untuk menjadi sebuah platform perjalanan dan gaya hidup terkemuka Asean dan pengenalan sistem pengecaman wajah, Fast Airport Clearance Experience System (FACES).
“Kami percaya ciri-ciri baharu ini akan menjadikan perancangan dan tempahan perjalanan lebih mudah dan menyeronokkan untuk tetamu kami. Kami akan terus melabur dalam inisiatif yang memberi sentuhan lebih peribadi kepada mereka dan kami teruja untuk melihat bagaimana tetamu kami berinteraksi dengan kami dan para tetamu yang lain.”
Aplikasi mudah alih yang diperbaharui ini boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play hari ini.
Flex’s PwD Program in Johor was launched on October 23, 2019 in conjunction with its recent hiring of 30 PwD employees for its operations in Flex Skudai and Flex Port of Tanjung Pelepas, Johor.
IN total, Flex Malaysia has hired 150 PwD employees, making the company one of the largest employers of PwDs in Malaysia.
Reasons for hiring PwDs: Flex promotes and encourages diverse and inclusive work environment globally and wants to provide PwDs with equal career opportunities. Many PwDs are not given equal career opportunities, and Flex wants to make a positive difference in their lives. Flex found PwDs’ performance to be at par with other non-PwD staff.
The hiring of PwDs in Johor was made possible through Flex’s partnership with the Johor Deaf Association and JobsMalaysia (the recruitment arm of the Ministry of Human Resources). All of Flex’s PwD employees are hearing impaired.
The interview with PwD talent was conducted by Flex supervisors at JobsMalaysia Centre on September 21, 2019. The first batch of 10 PwD employees joined Flex Johor (PTP) on October 1, 2019 and the second batch of 20 PwD employees joined Flex Johor (Skudai) on October 14, 2019.
Zaini Yaacob, Johor Department of Labour Director gave his speech
Flex provides classroom and on-the-job training for PwD employees so that they are well-equipped to do interesting and meaningful work. Flex also provides employees with job rotation opportunities so that they can learn new skills.
We assign a buddy to help each PwD employee. Flex’s PwD staff work alongside other employees at the production floor; they are not segregated at the workplace.
We treat all employees as equals (including PwDs) and do not accord “special” treatment/ status on PwDs. In preparation to receive our new PwD employees, relevant staff are required to undergo a sign language training program conducted by the Johor Deaf Association.
PwD-friendly Facilities
We have installed strobe light alarm system to alert hearing-impaired PwD employees in case of emergencies. The buddy system also helps provide a ready friend who can guide them or help evacuate them in case of emergencies.
As a results, Flex was recognized as a “PwD Friendly Employer” by the Ministry of Human Resources in April 2019 for embracing diversity and inclusion in the workplace.
Noteworthy Stats:
• Malaysia has 487,000 PwDs.
• Only 3,782 PwDs out of the 487,000 in Malaysia, are registered employees. This means that only about 0.8% of PwDs are employed in Malaysia
• Flex alone accounts for almost 4% of the registered PwD employees. Flex will continue hiring more PwD employees – at least doubling the current figure.
Moving Forward
Flex is committed to the ongoing advancement of equality, respect and dignity in our workplace and the communities we serve, through programs that improve equal engagement and inclusion (including that of PwDs).
In short, Flex believes that “no one should be left behind”. Flex has plans to double its PwD workforce in the near future.
Viswanathan Paramasivam, Flex’s Vice President of Operations said, “We noticed that hearing-impaired employees were not given equal career opportunities in the industry, and we wanted to make a difference in their lives.
Viswanathan Paramasivam, Flex’s Vice President of Operations
“We want to hire, develop and empower hearing-impaired employees so that they can achieve their full potential. We also believe in creating an inclusive and diverse ‘Flex Family’. Just like a real family, we want to meet our people’s social, emotional, developmental and communication needs, including that of hearing-impaired employees.” he said.
Jacob Philip Kanianthara, Flex’s Vice President of Operations, “We encourage a sense of collective pride and belonging in a workplace where every individual is empowered to do their best work. We believe that diverse, inclusive and collaborative teams enable us to transcend conventional creativity, as we help companies transform ideas into smart solutions that shape a better world.”
PwD Employee (Hearing Impaired):
“Ever since I joined Flex, I have made so many new friends – hearing impaired and hearing employees.
“What is really touching is seeing the dedication from our supervisors and other line operators to learn, practice and try to master sign language daily so that they can communicate with us. I feel so welcomed and happy to be included as part of the Flex family. They truly hear us.”
Muhammad Anwar Abd Rahman
Production Operator, Flex Johor
About Flex
Flex is the Sketch-to-Scale® solutions provider that designs and builds intelligent products globally. With approximately 200,000 employees across 30 countries, Flex provides innovative design, engineering, manufacturing, real-time supply chain insight and logistics services to companies across industries and markets.
For more information, visit flex.com or follow us on Twitter @flexintl.
Established in Malaysia since 1988, Flex has 12 facilities spread across Penang, Selangor and Johor with total footprint of 4 million sq. ft. (about the size of 91 soccer fields). We are one of the largest employers in Malaysia’s technology sector with over 20,000 employees.
MATRADE takes part in well-known Industrial Transformation Asia Pacific 2019 held in Singapore
In an effort to enhance Malaysia’s branding as a technological hub, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) led the participation of 10 Malaysian companies to Industrial Transformation Asia Pacific (ITAP) 2019 where Malaysian companies showcased their capabilities in Industry 4.0.
The participation this year will see MATRADE introducing a Malaysia Pavilion for the first time to facilitate engagement of Malaysian companies with international businesses from all over Asia Pacific. The Malaysia Pavilion was officiated by the Malaysian High Commissioner to Singapore, Dato’ Zainol Rahim Zainuddin.
According to Jamaliah Jamaluddin, Director of Electrical, Electronics, ICT, Machinery & Equipment Section at MATRADE, the event can be a catalyst to business transactions, learning, networking and establishing collaboration for Malaysian local Small and Medium Enterprises at the event.
“We have identified the growing strength of ITAP and given its comprehensive programme lineups which include exhibition, conference and fora, Malaysian companies will be able to enhance their knowledge in innovation and finding like minded partners for their business,” Jamaliah said.
The exhibitors at the Malaysia Pavilion comprise of those providing Industry 4.0 consultancy and solutions, unmanned aerial system (UAS) solutions, industrial automation solutions, electrical distribution solutions, IoT cloud and factory navigation systems.
Others offerings include integrated power and controls systems, digital transformation solutions as well as IT solutions based on block chain technology, just to name a few.
“We hope our participation in ITAP will expose Malaysian companies to the leading edge technologies and future trends around the world for them to leverage or emulate,” Jamaliah said.
Pembangunan pertama konkrit pratuang MGB di LBS Alam Perdana siap lebih awal daripada dijadualkan
MGB Berhad, sebuah anak syarikat LBS Bina Group Berhad, menyiapkan pembangunan sulung menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) konkrit pratuang di LBS Alam Perdana dalam tempoh 12 bulan berbanding 18 bulan; enam bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.
Projek ini merangkumi 673 unit rumah teres dua tingkat yang dibina menggunakan komponen konkrit pratuang IBS. MGB membina sebuah kilang mudah alih khas yang telah beroperasi semenjak Mei 2018 bagi membekalkan komponen tersebut.
Kilang mudah alih IBS MGB berkeluasan 10 ekar dan mampu menghasilkan 2,000 unit hartanah setiap tahun.
Pengarah Urusan MGB Berhad, Tan Sri Lim Hock San, berkata, “LBS Alam Perdana adalah sebuah pembangunan konkrit pratuang IBS yang pertama oleh MGB. Kilang mudah alih IBS yang terletak di LBS Alam Perdana ini amat signifikan dari segi sumbangannya terhadap kecekapan, produktiviti dan kualitinya yang tinggi.
Keadaan ini membolehkan kami untuk menyesuaikan unit blok mengikut keperluan projek, di samping menjimatkan masa dan kualitinya yang dijamin. Ini sekaligus membawa kepada ketersediaan rumah lebih awal daripada jangkaan.”
Melalui IBS, MGB boleh mempercepatkan pembinaan rumah dan menjimatkan sehingga 33% masa pembinaan. Tambahan pula, kebergantungan terhadap kos buruh manual dikurangkan sebanyak 31% dan mencapai 49% pengurangan dalam kos buruh di tapak pembinaan.
MGB yakin bahawa IBS akan menjadi pemangkin kepada pembinaan yang mampan di Malaysia, selaras dengan mempromosikan pembangunan hijau seperti yang di senaraikan pada Pelan Transformasi Industri Pembinaan (2016-2020). Berbanding dengan kaedah pembinaan sebelum ini, pembinaan menggunakan IBS lebih kos efektif, pengunaan tenaga buruh yang kurang, jangka masa pembinaan yang lebih pendek dan paling penting adalah mesra alam.
‘‘IBS memainkan peranan penting dalam membantu pemaju dan pembina seperti LBS dalam mencapai matlamat mampan dan membina komuniti yang berkembang maju. Walaupun faedah kualiti dan kos IBS yang ketara, masih banyak pemaju belum menerokai sepenuhnya kebaikan terhadap alam sekitar, termasuk pengurangkan sisa, mempromosikan pengunaan bahan hijau yang cekap, pengurangan bunyi di tapak pembinaan serta meningkatkan keselamatan di tapak pembinaan,” katanya.
Lim memberi contoh, IBS dibuat dalam kawasan yang terkawal, dapat mengurangkan pencemaran bunyi daripada tapak pembinaan dan perangkap haba, pengunaan bahan yang optimum, mengurangkan penggunaan bahan toksik, serta mengurangkan impak cuaca terhadap proses pembinaan.
MGB telah menggunakan IBS lebih daripada 10 tahun. Sebelum ini tumpuan hanyalah kepada kerja-kerja yang membabitkan acuan keluli dan aluminium (steel aluminum formworks), dan baru-baru ini telah menambah konkrit pratuang dalam portfolio mereka.
Sejajar dengan seruan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti melalui implementasi IBS, MGB terus meningkatkan penggunaan IBS tersebut menerusi usahasamanya dengan SANY Group pada tahun 2017.
Usahasama ini dilihat dapat membantu dalam memanfaatkan kepakaran reka bentuk, pembuatan, serta jentera konkrit pratuang yang dimiliki oleh SANY. Kerjasama ini dapat mengukuhkan kedudukan syarikat dalam usaha untuk memberikan yang terbaik melalui inovasi.
Pada bulan Mac tahun ini, MGB melabur sebanyak RM40 juta untuk membuka kilang konkrit pratuang IBS kekal dengan keluasan 119,017 kaki persegi di Nilai. Kilang baru tersebut diharapkan dapat membantu MGB untuk meningkatkan keupayaan syarikatnya dalam mengusahakan komponen IBS yang berkualiti tinggi dan mengukuhkan kedudukan yang kompetitif dalam pasaran IBS tempatan.
Kilang kekal ini adalah usaha sama di antara MGB dan Sany Construction Industry Development (M) Sdn Bhd dan mampu menghasilkan sehingga 2,000 unit hartanah untuk pembangunan di Kita @ Cybersouth. Sany Construction Industry Development adalah anak syarikat Sany Group, yang merupakan pengeluar peralatan berat keenam terbesar di dunia.
Nasim Sdn Bhd, the official distributor for the Peugeot brand in Malaysia together with Naza Euro Motors Sdn Bhd, the official distributor for Citroën in Malaysia, extends its network reach to the northern region with the launch of a new bi-marque Peugeot and Citroën 3S dealership in Alor Setar, Kedah.
This new outlet will provide customers up north with Peugeot and Citroën sales, service and spare parts facilities.
“The launch of this new bi-marque Peugeot and Citroën Alor Setar outlet is the continuation of our expansion plan to increase our network and reach in Malaysia. This also ensures that we are able to cater to the needs and demands of our customers at an accessible location,” said Dato’ Nik Hamdan, Deputy Group CEO of Automotive Group, Naza Corporation Holdings.
The new Peugeot and Citroën Alor Setar outlet is furnished with a showroom that can display up to 8 cars. A total sum of RM2 million was invested into this Peugeot Citroën outlet which features a family lounge and customer lounge with Smart TVs, private lounge and a cafe corner.
This 3S outlet measuring 15,000 square feet has the capacity to service an average of 200 to 250 cars per month with its five hoist bays.
Unique to the bi-marque outlet is the full implementation of the new Peugeot and Citroën showroom concept – Peugeot Bluebox and Citroën La Maison.
The Peugeot Bluebox concept aims to introduce customers to an immersive Peugeot experience that is modern and upmarket while the Citroën La Maison offers customers an interactive and fluid experience inspired by its warm and contemporary living space.
“We are confident of meeting the expectations of the Alor Setar and overall Kedah market, as the team have been extremely committed on the implementation of the two holistic concepts from Peugeot and Citroën which is sure to add to the brand ownership experience,” added Dato’ Nik Hamdan.
Located at 97 M&N, Batu 1 1/4 Mergong, Seberang Jalan Putera 05150 Alor Setar, Kedah, customers are encouraged to view the impressive Peugeot and Citroën line up, the Peugeot 3008 SUV PLUS and Citroën C3 Aircross SUV.
The showroom is open daily from 9:00am to 6:00pm on Mondays to Saturdays and closed on Sundays and public holidays.
Exco Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman yang mewakili Menteri Besar Selangor hari ini melancarkan Perlumbaan Tour de Selangor 2019 (TDS 2019), yang bakal disertai 120 pelumba handalan dari 20 pasukan terkemuka di rantau Asia, tempatan, kebangsaan dan negeri.
Selangor menyasarkan Tour de Selangor untuk disenaraikan dalam Kalendar Jelajah Asia UCI bersama-sama Le Tour de Langkawi dan Jelajah Malaysia.
Mohd Khairuddin Othman (kiri) dan Adi Faizal Ahmad Tarmizi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor
Tour de Selangor juga akan menjadi platform untuk menarik pelaburan dari sektor swasta di Selangor yang akan digunakan bagi membangunkan sukan pelancongan dan kemudahan di negeri ini.
Objektif perlumbaan itu juga ialah untuk mengundang lebih banyak pasukan profesional kompetatif dan terkemuka UCI untuk berentap dengan pasukan kebangsaan, negeri dan kelab.
Perlumbaan berkenaan akan berlangsung mulai 18 Disember hingga 22 Disember 2019, saingan 5 hari yang bakal membabitkan sembilan daerah di Selangor, termasuk Pulau Indah, Cyberjaya, Subang, Selayang dan Shah Alam, di mana pelumba akan melalui sebahagian tempat menarik dan ikonik di Selangor, membabitkan jarak keseluruhan sejauh 716km.
Dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor, acara ini mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.
Perlumbaan basikal profesional itu diiktiraf oleh Union Cyclist Internationale (UCI) yang berpusat di Perancis.
Acara itu dijangka memikat kira-kira 100,000 penonton sepanjang lima hari. Ia juga menyasarkan matlamat untuk mencungkil bakat baru dan pelumba basikal amatur untuk Selangor serta negara.
Perlumbaan terbabit dijangka mendapat liputan media meluas dari seluruh negara Asia menerusi media cetak, elektronik, web dan media sosial.
Penyokong dan peminat lumba basikal berpeluang untuk menonton perlumbaan penuh harian menerusi live streaming di Facebook dan Youtube.
Ketika perlumbaan, penganjur juga turut mengadakan program bersama orang awam di lokasi acara di sepanjang laluan dengan pengisian program terkini dan relevan untuk komuniti lumba basikal dan juga masyarakat umum.
Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook: tourdeselangor dan Instagram: tourdeselangor_official, atau layari https://tourdeselangor.my/.
Shirba Auto World Sdn Bhd (Shirba Auto) telah secara rasmi membuka pusat 3S Proton baharu di Kota Kinabalu.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Yusri Yusuf, Pengarah Kanan, Strategi Korporat, Proton.
Shirba Auto merupakan pengedar cawangan Proton ketiga dibuka di Kota Kinabalu. Cawangan 3S ini berkeluasan sebesar 2,259 meter persegi, yang terdiri daripada 12 ruang servis, 6 pengangkat, ruangan menunggu yang selesa lengkap dengan kemudahan Wi-Fi percuma serta ruang tempat letak kereta yang banyak.
Usaha berterusan Proton untuk menggalakkan lebih banyak cawangannya dinaik taraf serta menarik lebih banyak pengedar-pengedar baharu telah membuahkan hasil. Setakat ini, Syarikat mempunyai sebanyak 104 buah cawangan 3S & 4S di seluruh negara, sekaligus menjadikannya syarikat kereta yang menawarkan perkhidmatan jualan dan servis di bawah satu bumbung terbanyak di Malaysia.
Sebagai pelabur baharu Proton, Ridzuan Lassim, Pengarah Shirba Auto World Sdn Bhd, melihat pelbagai peluang dalam Proton.
Menurut beliau, “Prospek perniagaan Proton mempunyai harapan yang cerah di masa hadapan, terutama dengan adanya rangkaian model-model baharu. Syarikat juga telah menyakinkan para pelanggan bahawa Proton kini diuruskan pekerja-pekerja yang mempunyai pengalaman bertaraf antarabangsa.
“Ia adalah sebuah syarikat yang mengujakan, bertaraf antarabangsa, maju kehadapan serta bersedia untuk menguasai pasaran.
“Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan telah membuatkan para pelabur dan pasaran kini yakin terhadap jenama ini. Ramai pihak membuat keputusan untuk melabur sebagai pengedar kerana mereka telah melihat perkembangan positif di dalam Proton.
“Mereka melihat Proton sebagai jenama yang kukuh dan sanggup menjadi sebahagian daripada kami. Persepsi terhadap jenama juga telah berubah dan ini dapat dibuktikan melalui peningkatan jualan kereta syarikat,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
Setakat pada tahun ini, jualan di Malaysia Timur meningkat sebanyak 31%, manakala bagi Sabah, terdapat kenaikan sebanyak 39%, berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Saga tetap menjadi model paling popular di negeri ini.
NZ Wheels Sdn Bhd, an authorised dealer for Mercedes-Benz in Malaysia, hosted loyal customers and their families and friends to a live viewing session of the highly-anticipated English Premier League match between Manchester United and Liverpool held last Sunday at the Bukit Kiara Equestrian Club.
Held in a futuristic dome, close to 200 NZ Wheels customers and football fans were welcomed by the Mercedes-Benz A 200 Sedan and its sibling the Mercedes-Benz A 250 Hatch Back as they were taken inside to marvel at the spectacular play of lights and gargantuan screens projected onto the ceiling of the dome.
The dome erupted into a frenzy with indoor fireworks when Manchester United scored the first goal. This marvelous choreographic display of indoor pyrotechnics, interspersed with laser light shows made the event a night to remember.
The EPL live viewing party is only one many customer engagement efforts by NZ Wheels throughout the year to enhance ownership experience and relationship with existing and prospective customers.
Santan berasaskan sawit, inovasi penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Zaida Zainal berjaya menjuarai Kategori Industri untuk Kluster Makanan dan Minuman dalam pertandingan penyelidikan dan pembangunan di Selangor Research, Development and Innovation Expo 2019, baru-baru ini.
Santan berasaskan sawit hasil formulasi Dr Zaida setanding santan kelapa daripada segi rasa dan rupa, malah mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemak tepu yang rendah dan lebih tahan lama.
Santan sawit mampu mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia yang gemar menggunakan santan kelapa dalam masakan, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan.
Dr Zaida membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000, sebuah trofi dan sijil penyertaan.
Pertandingan itu menampilkan lima kluster utama iaitu Sains Hayat, Makanan dan Minuman, Pemesinan dan Peralatan, Elektrik dan Elektronik, dan Pengangkutan.
Setiap kluster utama terbahagi kepada tiga kategori iaitu Universiti/ Kolej, Industri dan Awam.
Dr Zaida juga memenangi tempat kedua bagi Kategori Industri, Kluster Sains Hayat dan menerima wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan sijil penyertaan.
Sementara itu, tiga lagi penyelidik MPOB turut memenangi pertandingan R&D Selangor iaitu Mohd Rizal Ahmad memenangi tempat kedua bagi Kategori Industri, Kluster Pemesinan & Peralatan dan menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penyertaan manakala Dr Mohd Azwan Mohd Bakri yang meraih tempat kelima bagi kategori dan kluster yang sama membawa pulang hadiah saguhati berupa RM1,000 dan sijil penyertaan.
Seterusnya, Dr Benjamin Lau Yii Chung pula memenangi tempat kesembilan bagi Kategori Industri, Kluster Sains Hayat dan turut menerima hadiah saguhati RM1,000 dan siji penyertaan.
Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pengarah MPOB berkata, kemenangan penyelidik MPOB dalam pertandingan penyelidikan dan pembangunan ini amat membanggakan.
“Kemenangan mereka membuktikan usaha MPOB dalam penyelidikan termasuk sektor hiliran berupaya menambah nilai produk sawit dan mekanisasi ladang pula dapat meningkatkan kecekapan operasi ladang sawit selain mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja,” katanya.
Penganjur pertandingan, Kerajaan Negeri Selangor menerima 184 penyertaan untuk keseluruhan pertandingan itu yang berlangsung dari 10 hingga 13 Oktober lepas, di MITEC, Kuala Lumpur.
Pertandingan yang julung kali diadakan itu, bertujuan menghimpunkan para penyelidik dalam bidang penyelidikan dan pembangunan di Selangor dan bertindak sebagai landasan untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka.
Volkswagen bukan satu jenama asing di negara ini dan kehadiran jenama dari Jerman ini menerusi barisan model kenderaannya sudah cukup memberi ‘ancaman’ kepada pesaingnya.
Dalam usaha memastikan setiap varian ditawarkan terus mendapat kepercayaan dan meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggannya, Volkswagen Tiguan menerima penambahbaikan daripada segi Paparan Info Aktif (AID) 2019 dan lampu belakang LED.
Ia melibatkan semua Tiguan bermula Mac 2019. Paparan Info Aktif baharu itu terdiri daripada paparan warna transistor filem nipis (TFT) beresolusi tinggi yang sama seperti telefon pintar.
Ia menawarkan fungsi dan ciri dalam bentuk paparan grafik 2D dan 3D bagi tujuan nagivasi serta media. Kini terdapat tiga skrin pandangan yang boleh diubah suai menerusi sistem infohibur bersama lebih 30 kombinasi pilihan.
Tetapan atau (settings) pada sistem paparan meter juga boleh ditetapkan terlebih dahulu untuk menunjukkan pelbagai maklumat, selain pandangan peta 3D bagi tujuan navigasi yang lebih baik.
Pada bahagian luaran, lampu belakang LED telah dinaik taraf dengan unit baharu bersama grafik lampu yang tersendiri. Bukan sekadar untuk gaya, lampu belakang itu juga mempunyai animasi brek yang meningkatkan lagi tahap pandangan dan keselamatan.
Gaya lampu belakang yang menggunakan sistem LED sepenuhnya memberikan paparan yang lebih jelas setiap kali lampu brek ditekan. Untuk memberi ketenangan minda, penambahbaikan itu tidak melibatkan sebarang kenaikan harga.
Berita baik untuk anda, Tiguan kekal pada harga jualan RM165,990 untuk varian Highline dan dengan enjin berkuasa 1.4 liter (1,395cc), cukai jalan setahun Tiguan hanya RM70 je!
Tiguan menggabungkan penggunaan enjin turbo 1.4 TSI suntikan terus bersama kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan dengan mode sport untuk memberikan kuasa 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm.
Model Tiguan yang dipandu uji Prebiu.com ini adalah generasi kedua yang diperkenalkan selepas generasi pertama muncul buat pertama kali pada 2008. Ini boleh dianggap sebuah kenderaan untuk mereka yang aktif atau memiliki keluarga kecil dan sesuai dipandu sebagai kenderaan harian.
Ini diakui sendiri rakan penulis yang pertama kali dipelawa menaiki kereta ini cukup teruja melihat rekabentuk dalaman model ini yang memiliki ciri yang diidamkan dan perkara pertama yang menjadi tumpuan ialah meja lipat dibelakang kerusi penumpang hadapan.
Penggunaan meja lipat cukup praktikal bagi mereka yang memiliki anak kecil kerana ia boleh digunakan untuk meletak makanan atau komputer riba bersaiz kecil atau tablet untuk keselesaan.
Selain ciri itu, sambungan kepada USB untuk tujuan mengecas telefon atau gajet lain yang memang menjadi satu keperluan masa kini turut menarik perhatiannya. Ada dua sambungan terus USB dibahagian hadapan dan satu untuk penumpang belakang.
Justeru, perjalanan anda sekeluarga balik kampung tidak membosankan kerana gajet anda akan sentiasa memiliki tahap bateri yang penuh tanpa perlu berebut menggunakan power bank.
Maka tidak hairanlah rekabentuk Tiguan ini menerima Anugerah Reka Bentuk Jerman 2017 dan ciri-ciri yang ditawarkan pula seolah-olah satu pelengkap kepada sebuah SUV buatan Jerman ini.
Jika anda mampu daripada segi kewangan apa salahnya memilih SUV ini yang turut mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan dipasang sepenuhnya di Pekan, Pahang.
Satu lagi ciri yang boleh diberikan pujian ialah sistem suspensinya cukup mantap apabila Tiguan ini dipandu dijalan raya yang tidak rata dan berbukit. Apabila berada di lebuh raya, kenderaan ini mampu memecut lebih 200 kilometer sejam tanpa masalah.
Ia menawarkan pecutan mengagumkan dari 0-100km/j dalam masa 8.9 saat sahaja.
Tiguan didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), brek Multi-pelanggaran, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) dan Hill-Hold Control.
Untuk pasaran Malaysia, dua varian ditawarkan iaitu Highline dan Sound & Style. Ciri luaran dan dalamannya sama namun model Sound & Style dipadankan dengan sistem bunyi audio lebih hebat iaitu HELIX 300W Soundbar manakala kekemasan krom pada bonet belakang, paip ekzos, spoiler belakang hitam dan emblem ‘Sound & Style’.
Pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) turut menyumbang kepada penjimatan bahan api dengan catatan pengeluar mengikut spesifikasi diberikan ialah 6.7 liter setiap 100km.
Dengan kapasiti tangki penuh yang mencatatkan jarak 620km, Tiguan boleh dipandu dengan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh atau Port Dickson dan berpatah balik tanpa perlu mengisi minyak.
Semua kenderaan Volkswagen hadir bersama penyelenggaraan percuma tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Rekaan sporty roda stereng tiga jejari dengan pedal penukar gear enam kelajuan bukan saja mudah dicapai malah butang kawalan radio dan pelbagai fungsi lain pada stereng membolehkan tumpuan penuh dijalan raya tidak terganggu.
Selain itu, penyaman udara tiga zon pula memberikan kenyamanan sepanjang perjalanan yang boleh dilaras mengikut keselesaan pemandu dan penumpang belakang serta dilengkapi sistem bunyi terbaik lapan pembesar suara bagi alunan muzik.
Untuk membawa muatan, Tiguan adalah model yang praktikal dan fleksibel dengan ruang 40/20/40 memberikan kapasiti penyimpanan yang luas sehingga 615 liter tanpa perlu melipatkan kerusi.
Tidak ketinggalan aspek keselamatan yang dilengkapi dengan enam beg udara termasuk beg udara tirai dan sisi, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Respons Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB), ISOFIX dan Kawalan Hill-Hold.
Ciri lain ialah cagak ISOFIX untuk kerusi bayi sedia terpasang, kemasukan tanpa kunci, kamera undur, sensor hadapan, sisi dan belakang serta kerusi kawalan elektronik untuk pemandu.
Selain mencatat kejayaan di seluruh dunia, Volkswagen Tiguan juga diterima baik di Malaysia dan dipasang secara tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.
Kesimpulan
Menerusi pelbagai ciri terkini penambahbaikan dan keselamatan terbaik ditawarkan, Tiguan adalah sebuah SUV yang lengkap!
Bukan bermaksud untuk memuji berlebih-lebihan tetapi ini adalah harga yang anda bayar apabila memiliki SUV ini yang memiliki pelbagai ciri yang mampu memenuhi citarasa penggemar SUV di negara ini.
Maka tidak hairanlah model Tiguan adalah SUV paling laris jualannya untuk jenama Volkswagen yang terjual sebanyak 2.8 juta unit di pasaran lebih 170 negara.
Lima warna ditawarkan iaitu putih, hitam, biru, perak dan kelabu pada harga atas jalan tidak termasuk insurans selepas SST ialah RM166,560 (Highline) manakala varian 1.4TSI Sound & Style ialah RM174,990 dengan waranti dan bantuan kerosakan di jalanan selama lima tahun.
Spesifikasi Tiguan 1.4TSI Highline
Kuasa Maksimum: 110 kW (150 PS) pada 5,000-6,000 rpm
Tork Maksimum: 250Nm pada 1,500-3,500 rpm
Transmisi: 6-speed DSG
Pecutan: 0-100 km/j: 9.2 saat
Kelajuan maksimum: 198 km/j
Kecekapan bahan api: 6.7 liter/100km
Harga: RM165,990 (atas jalan tidak termasuk insurans)