Perodua telah memusatkan pengeluaran alat ganti untuk model terdahulunya dengan pelancaran sebuah mesin press stamping baharu di premis pembekalnya IQM Sdn Bhd di sini.
Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Perodua bersama dengan para pembekalnya untuk mengembangkan perniagaan dan keupayaan mereka ke arah menjadi pembekal automotif bertaraf dunia.
Perodua melabur RM7 juta bagi mesin tersebut, termasuk pengangkutan dan pemasangannya di IQM. Mesin stamping hidraulik 1,600-tan metrik itu akan menghasilkan komponen badan kenderaan seperti penutup enjin, panel luar sisi, panel suku belakang, fender, pintu dan bumbung untuk model Perodua terdahulu seperti Myvi generasi pertama, Viva, Kelisa dan juga Kancil.
Perodua juga telah memindahkan semua acuan stamping (dies) yang diperlukan untuk menghasilkan alat ganti model terdahulu ke IQM. Ini membebaskan ruang di dalam kilang Perodua, meringkaskan proses keseluruhan, menjimatkan kos dan masa, serta memudahkan pemantauan dan pengurusan di bawah satu bumbung.
Perodua juga berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan IQM berkenaan pengeluaran alat ganti model terdahulu.
“Perodua membuat keputusan untuk memusatkan pengeluaran alat ganti model terdahulu di IQM berdasarkan empat teras. Satu, kami ingin terus menyokong para pemilik model-model terdahulu kami dengan alat ganti yang berkualiti, pantas dan berpatutan menerusi perniagaan Badan & Cat kami.
Kerana selagi anda memiliki kenderaan Perodua – biar lama mahupun baharu – sentiasa di sisi anda akan kami berada.
“Dua, kami komited untuk membangunkan semua 135 pembekal kami di Malaysia, bukan sahaja melalui perniagaan kami dengan mereka tetapi menerusi perkongsian kemahiran dan teknologi. Tiga, langkah ini mewakili komitmen kami kepada negara dan ekonominya dengan peningkatan daya saing ekosistem automotif Malaysia.
“Akhirnya, ia mewakili komitmen Perodua untuk terus meningkatkan kualiti dan kecekapannya ke arah menjadi sebuah syarikat yang lebih baik, maju dan mampan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Sejak 1994, Perodua telah menjual lebih 3.7 juta kenderaan di Malaysia. Kini, lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan permintaan untuk alat ganti Perodua adalah untuk model-model terdahulu.
Dengan kandungan tempatan melebihi 90% bagi seluruh barisan modelnya, Perodua merupakan pembeli komponen automotif terbesar di Malaysia, membelanjakan RM4.5 bilion setakat tahun ini daripada RM5.4 bilion yang diperuntukkan untuk keseluruhan 2019.
IQM menjadi pembekal Perodua sejak 2002. Ia kini membekalkan komponen stamping logam, pemasangan badan dan tiub brek kepada Perodua. IQM mula menghasilkan alat ganti Viva apabila pengeluaran model tersebut berakhir pada 2014, dan pada tahun lepas ia mula menghasilkan alat ganti Myvi generasi kedua di barisan pengeluaran khas yang baharu.
DATA8 Sdn Bhd, sebuah teknologi start-up berpengkalan di Kuala Lumpur, telah melancarkan cHEART (sebutan ‘sihat’), satu aplikasi yang dibina dengan teknologi blockchain bagi membolehkan data kesihatan disimpan dengan selamat dan memudahkan perkongsian data di antara doktor dan pesakit.
Poliklinik AmalMedik, satu rangkaian perkhidmatan kesihatan, menjadi klinik pertama di Malaysia menawarkan aplikasi ini kepada lebih 8,000 pesakit berdaftar di klinik tersebut.
Dibina menggunakan Hyperledger Fabric, satu sumber terbuka teknologi blockchain, cHEART membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya data kesihatan mereka yang boleh diintegrasikan dengan peranti boleh pakai, rekod kesihatan elektronik (EMR) yang terdapat di hospital dan klinik, dan peranti berhubung kesihatan.
Projek perintis di AmalMedik yang bermula pada bulan Oktober 2019, akan membantu DATA8 mendapatkan maklumbalas daripada pengamal-pengamal kesihatan dan pengguna-pengguna aplikasi untuk tujuan penambahbaikkan platform cHEART sebelum ianya dilancarkan secara komersil.
“AmalMedik memang sentiasa mencari inisiatif baru untuk kami mengingkatkan tahap perkhidmatan, dan dengan adanya cHEART, kami berharap ianya dapat membantu pesakit mengurangkan masa menunggu kerana mereka boleh membuat temujanji terlebih dahulu.
“Dengan keizinan yang diberikan oleh pesakit untuk kami melihat data-data kesihatan mereka yang terdahulu, ianya dapat membantu kami memberikan diagnosis dengan lebih tepat dan cepat”, menurut Dr. Shafiz Mohd Zaini, rakan kongsi dan doktor perubatan di AmalMedik.
Di samping aplikasi pengguna dan EMR untuk pengamal perubatan, DATA8 juga akan membina versi khusus untuk syarikat-syarikat yang mahu mengoptimakan kos dan insuran perubatan. cHEART boleh mengenal pasti tahap kesihatan pekerja-pekerja syarikat dimana ianya boleh dijadikan panduan untuk pihak pengurusan menawarkan pakej kesihatan dan perubatan yang lebih bertepatan dengan tahap kesihatan pekerja mereka.
“Kami bangunkan cHEART supaya kita semua boleh mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik. Dengan menggunakan blockchain, cHEART turut menyelesaikan isu-isu berkaitan pengendalian data kesihatan seperti aspek keselamatan dan privasi.
“Kami berharap, dengan data-data kesihatan yang disimpan sendiri oleh pengguna-pengguna aplikasi cHEART, mereka boleh mendapat tahap perkhidmatan lebih baik tanpa membayar lebih daripada sepatutnya”, kata Rajifah Ramli, Pengasas & Ketua Eksekutif DATA8.
#iwantcheart kempen turut dilancarkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki dan menyimpan rekod kesihatan mereka sendiri. Mereka hanya perlu tag #iwantcheart di laman sosial dan namakan klinik dan hospital yang mereka harap akan menggunakan cHEART untuk memberi perkhidmatan lebih mesra pengguna.
cHEART boleh dimuat turun dari Google Play, dan akan datang Apple Store.
Pemaju Hartanah, LBS Bina Group Berhad akan mempamerkan variasi kediaman yang berkualiti di StarProperty Fair 2019 yang akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 3 November 2019 di Central I-City, Shah Alam.
LBS akan mempamerkan empat projek kediaman berasaskan gaya hidup sepanjang ekspo berlangsung – Kita @ Cybersouth, ‘kemudahan gaya hidup’ bagi memenuhi keperluan keluarga moden dan komuniti yang menetap di bandar Cybersouth yang berkembang pesat di Dengkil.
Turut ditawarkan projek kediaman di LBS Alam Perdana yang terletak di Bandar Puncak Alam; LBS SkyLake Residence, pembangunan kediaman tepi tasik dengan harga mampu milik di Puchong; dan BSP21, ‘kediaman gaya hidup sejahtera’ dengan lebih dari 100 kemudahan yang diilhamkan oleh gaya hidup serba moden.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda! Dengan peraduan StarPropery Beli & Menang untuk para pembeli hartanah, anda berpeluang untuk pandu pulang sebuah Proton X70! Selain itu, anda juga akan mendapat mendapat sebuah TV dengan pembelian hartanah terpilih daripada LBS.
Di samping berpeluang memenangi hadiah, anda turut dijemput untuk menghadiri sesi perkongsian bersama pakar hartanah, hiasan dalaman dan pakar kecantikan pada 2 & 3 November.
Ingin tahu skor kredit anda? Pembeli rumah yang berpotensi adalah dialu-alukan untuk mengunjungi pameran ini untuk mengetahui status kredit skor anda yang terkini. Laporan kredit ini akan membantu anda membuat perancangan bagi urusan pinjaman dari institusi kewangan.
Bukan itu sahaja! Terdapat berbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anda seisi keluarga!
Maklumat Acara: StarProperty Fair 2019
Tarikh : 31 Oktober – 3 November 2019 (Khamis hingga Ahad)
Masa : 10.00 am – 10.00 pm
Tempat : Central i-City Shah Alam, Tingkat G
Pada pandangan mata kasar, model sedan Volvo S90 T5 Momentum yang diperkenalkan pada tahun lalu ini kelihatan agak besar dan lebar.
REKAAN serba baharu yang lebih aerodinamik tanpa garisan berkotak yang pernah dihasilkan Volvo pada model terdahulu sekali gus menjadikan model itu lebih ‘remaja’ dan segar untuk bersaing dengan model yang sebaris dengannya.
Sebagai jenama kenderaan yang cukup sinonim dengan ciri keselamatan, rekaan itu sebenarnya mempunyai peranannya dan bukannya semata-mata nampak cantik dipandang kerana elemen keselamatan penumpang masih menjadi keutamaan kepada pereka Volvo.
Mengimbau kembali pengenalan model S90, pada 2017, varian lebih tinggi iaitu S90 T8 ‘Twin Engine Inscription’ dan ‘Inscription Plus’ sudah dipasarkan dengan ciri Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV).
Melihat kepada rekaan luaran, tidak banyak yang membezakan ketiga-tiga varian ini yang mana ia dibina di atas platform yang sama melalui ‘Volvo Scalable Product Architecture’ (SPA).
Cuma pada model S90 T5 ini tidak dilengkapi ciri kenderaan elektrik namun dengan enjin 2.0 liter Drive-E pengecas turbo sudah cukup untuk membawa saiz badannya yang besar ini melunjur laju di jalan raya.
Rekaan luaran
Rekabentuk hadapannya kelihatan gagah dan tegap khususnya gril yang lebih lebar serta logo Volvo tertera ditengah-tengah.
Ciri lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) seakan bentuk tukul ‘Thor’ yang menjadi identiti barisan model Volvo masa kini masih dikekalkan pada S90.
Menjengah kepada rekaan belakang pula, lampu belakang LED kelihatan lebih kemas manakala ekzos berkembar adalah ciri standard bagi semua varian ditawarkan.
Lencana pada hujung but belakang pula membezakan kepada varian yang ditawarkan.
Gaya rim sports ‘Triple Spoke Matt Tech’ lima jejari potongan berlian hitam 19 inci pada S90 T5 menaikkan imej kereta ini lebih sporty dan dibaluti tayar bersaiz 244/40 Michelin Sport 4.
Rekaan dalaman
Volvo sentiasa mengetengahkan ciri Scandinavia dalam rekaan keretanya dan gaya itu dapat dilihat pada ruang dalamannya yang menampilkan kemasan papan pemuka dan pintu yang menampilkan ciri ‘Metal Iron One’ berbanding kayu pada T8.
Kerusi mewahnya dibaluti lapisan kulit selesa serta didatangkan fungsi larasan elektrik serta ciri memori untuk pemandu mengikut keselesaan posisi individu.
Bagi keselesaan penumpang belakang, selain boleh memuatkan tiga dewasa dengan selesa, ia juga dilengkapi penyaman udara melalui saluran pada tiang-B dengan kawalan suhu secara elektronik dua zon (ECC) dengan sistem udara bersih pada bahagian hadapan.
Kerusi belakang juga direka dengan ciri kerusi kanak-kanak booster dengan hanya perlu menaikkan tahap tempat duduk untuk membolehkan mereka melihat pemandangan luar dengan lebih selesa selain ciri ISOFIX.
Untuk sistem infotainmen, ia menyediakan paparan skrin sesentuh berwarna ‘Sensus Connect’ bersaiz sembilan inci menegak yang memaparkan pelbagai fungsi termasuk fungsi kawalan suhu penyaman udara.
Sistem audio pula yang boleh dikawal butangnya distereng cukup hebat dengan 10 pembesar suara 330W memberikan ‘halwa’ telinga yang menyeronokkan sepanjang perjalanan dengan ketersambungan kepada Bluetooth dan aplikasi Apple Carplay serta Android Auto.
Jangan risau jika gajet anda kehabisan bateri kerana untuk mengecas telefon, terdapat dua lubang sambungan USB pada lorong konsol tengah yang terlindung di bawah perehat tangan.
Sebagaimana model Volvo XC90 dan XC40 yang pernah penulis pandu uji, kedudukan butang penghidup enjin, brek parkir serta tuil gear balutan kulit masih dikekalkan. Begitu juga dengan ruang meletak kunci dan bekas minuman yang ditutup pintu gelongsor untuk tampil lebih kemas.
Ruang besar
Kapasiti but Volvo S90 T5 ini mampu memuatkan barangan sehingga 500 liter namun masih menyediakan ruang cukup baik bagi kegunaan seharian atau hujung minggu dengan tayar simpanan Tempa bersaiz 18 inci di bawahnya.
But juga dilengkapi pintu kuasa elektrik yang boleh dibuka serta ditutup sama ada melalui butang pada pintu atau pergerakan pada kaki seterusnya memudahkan urusan memasukkan barangan.
Enjin
Dilengkapi enjin 1,969 liter Drive-E pengecas turbo pacuan roda hadapan, ia mampu menjana kuasa 254 hp pada 5,500 rpm dan tork maksimum dengan 350 Nm pada 1,500 hingga 4,800 rpm.
Penulis akui, ketika dipandu dilebuh raya dan pedal minyak ditekan tanpa disedari transmisi lapan kelajuan automatik dengan Geartronic, mampu mencapai kelajuan maksimum 230 kilometer/sejam (km/j).
Malah ketika meredah laluan berselekoh, kereta ini tetap stabil dengan olengan badan yang minimum dapat dirasakan manakala tahap geseran angin luaran juga minima.
Ini banyak dibantu oleh sistem gantungan hadapan ‘double wishbone’ dan belakang ‘multi-link independent’ sesuai untuk keselesaan selain menyerap hentakan dengan baik serta stabil pada pelbagai kelajuan.
Bagaimanapun, berbanding varian S90 yang lain, S90 T5 Momentum hanya menyediakan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Eco (berbanding lima mod untuk varian T8).
Dengan kapasiti bahan api sebanyak 55 liter, kereta ini mencatatkan jarak perbatuan 480km bergantung kepada jenis pemanduan, muatan dan permukaan jalan raya.
Sistem keselamatan
Jika hendak disenaraikan memang terlalu banyak ciri keselamatan yang ditawarkan melalui ‘Intellisafe’ kerana Volvo cukup sinonim dengan ciri keselamatan terkehadapan dalam kelasnya sebagaimana ‘tagline’ satu ketika dahulu – Volvo For Life.
Antaranya tujuh beg udara, Kawalan Amaran Pemandu, Bantuan Kekal Laluan, Amaran Pelepasan Laluan, Sistem Maklumat Titik Buta dengan Bantuan Pengendalian, Cross Traffic Alert, Seat-belt Detection, Side-Impact Protection System, Whiplash Protection System dan sistem ISOFIX siap bina untuk memasang kerusi kanak-kanak.
Ia juga dilengkapi Brek Anti-Kunci (ABS), Bantu Brek Kecemasan (EBA) dan pengesan pemakaian tali pinggang keledar pada setiap tempat duduk, Kawalan Pelayaran Adaptif, Keselamatan Bandar dengan pengesan binatang, pejalan kaki serta pengayuh basikal
Ciri lain ialah sistem pemanduan separa-autonomi (Bantuan pilot) yang mengawal jarak antara kenderaan serta stereng dikawal secara elektronik pada pelbagai kelajuan.
Kesimpulannya
Secara ringkas, S90 T5 Momentum bukan sekadar sebuah kereta sedan yang premium dan menjadi pilihan golongan profesional tetapi ia adalah sebuah sedan dilengkapi sistem keselamatan terbaik dalam kelasnya.
Meskipun secara dasarnya, Volvo kini bernaung di bawah Zhejiang Geely Holding (Geely Holding) dari China, namun ciri sebuah kereta buatan Eropah masih dikekalkan dan masih popular dikalangan pengguna yang sudah ‘tegar’ dengan jenama yang sudah berusia lebih 90 tahun ini.
Walapun berbeza varian, namun ciri keselamatan dan perlindungan penumpang adalah ciri standard dipadankan pada model-model Volvo lain termasuk S90 T5 ini.
Lima pilihan warna ditawarkan iaitu putih, biru, kelabu, hitam dan perak serta S90 untuk pasaran di negara ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) melalui kilang di Shah Alam, Selangor.
Untuk pasaran Malaysia, Volvo S90 T5 Momentum dijual pada harga RM338,888 (atas jalan tanpa insurans), ia RM30,000 lebih murah daripada varian di atasnya dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 120,000km yang mana lebih dahulu.
SPESIFIKASI
Volvo S90 T5
Enjin: 1,969cc Drive-E, 4-silinder petrol, turbo
Kuasa maksimum: 254 hp pada 5,500 rpm
Tork maksimum : 350 Nm pada 1,500-4,800 rpm
Transmisi: Automatik 8-kelajuan dengan Geartronic
Tangki : 55 liter
Saiz tayar : 255/40R19
Sistem keselamatan: 7 beg udara, Driver Alert Control, Lane Keeping Aid, Run-off Road Mitigation, Blind Spot Information System, Cross Traffic Alert, Seat-belt Detection, Side-Impact Protection System, Whiplash Protection System, ISOFIX
Harga: RM338,888 (atas jalan, tanpa insurans)
Masjid baharu yang dibina oleh NGO Antarabangsa di Kampung Thamer, Kemboja dijangka beroperasi awal tahun depan.
Ketua Kampung Thamer, Scten Meen berkata demikian ketika lawatan tapak projek oleh Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican.
Menurutnya, masjid itu hampir 80 peratus siap cuma keperluan menyiapkan lantai masjid, cat keseluruhan masjid dan pendawaian elektrik yang teratur serta kemas dengan menggunakan kuasa tenaga solar.
“Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 7 bulan dengan keluasan 8.093.71 meter persegi yang boleh menampung sehingga 800 jemaah pada satu masa dan mempunyai kemudahan seperti tandas, tempat wuduk dan lain-lain kemudahan termasuk padang permainan kanak-kanak.
“Pada masa depan, kita rancang membina sekolah tadika Islam namun ini bergantung kepada sumbangan yang kita terima kelak,” katanya.
Sementara itu, Mustapha berkata, pihaknya kagum dengan semangat dan kerjasama penduduk kampung dalam pembinaan masjid itu.
“Semangat ini haruslah dipupuk dan diterap kepada generasi muda agar ianya dapat memperkukuhkan semangat setiakawan serta perpaduan kepada semua kaum di Kemboja.
“Masjid dijangka siap pada awal tahun depan kerana memandangkan musim sekarang hujan di sebelah petang dan kebanyakan penduduk perlu bekerja pada waktu pagi iaitu mengambil upah menoreh getah dan menanam padi….jadi masa terluang pada sebelah petang, mereka bergotong royong membantu membina masjid,” katanya.
Wakil UN di Cambodia turut memberi pengiktirafan antarabangsa dalam kerja-kerja NGO
Masjid yang dibina oleh NGO Antarabangsa itu adalah masjid ke-6 terletak Kg Thmer tidak jauh dari sempadan Kemboja-Vietnam.
Kaspersky has launched a new solution designed to help organizations and property owners defend themselves from unauthorized trespassing by civilian drones.
Through an exceptional combination of several sensors – including a new approach to drone detection founded by the company using laser scanning – and machine learning technologies, Kaspersky Antidrone can automatically spot, identify and prohibit unmanned aircraft from entering restricted areas.
This is all done without damaging the devices. In 2018, the global drone market was estimated to be worth $14 billion and is expected to reach $43 billion by 2024. This growth is driven by the potential opportunities and positive changes that the use of unmanned aerial vehicles can bring – from delivering goods and inspecting proposed mining sites or building constructions, through to fulfilling entertainment interests.
However, the mass adoption of this revolutionary technology could be affected by the negative connotations often associated with drones. In fact a recent study in UK found that only 31% of respondents admitted having a positive attitude towards them.
This perception is largely driven by cases of improper or illegal use of unmanned aircrafts. They can be leveraged for spying purposes, injure people through crashing, cause damage to critical infrastructure including nuclear power stations, or disrupt normal operations of an airport, as was the case when the runway of UK airport London Gatwick was closed because of flying drones.
For these reasons it is important to build and maintain trust in the technology and safeguard its role as a key innovation for businesses and individuals, by ensuring that it does not pose a risk to privacy and safety. To help make the use of unmanned aircraft systems safer, reduce the associated risks and increase operator responsibility, Kaspersky has developed its own antidrone solution.
Kaspersky Antidrone software coordinates the work of several hardware modules provided by partners and distinguishes drones from other objects. The primary detection module searches for drones using video cameras combined with radar, LIDAR, and audio sensors – depending on the customers’ needs and environment.
Using a laser scanner to determine the position of the drone is unique to Kaspersky’s solution, and has not been applied to this field before.
When a moving object is detected in the sky, its coordinates are transmitted to a dedicated server, which then sends them on to a special unit. In accordance with data from the primary detection module, this unit rotates towards the object, tracks it and then the camera zooms in on it.
At the same time, a neural network, trained to identify drones among other moving items, analyzes the object on the video. If it is distinguished as a drone, the server sends the command to the dedicated module to jam the communication between the device and its controller.
As a result, the drone either flies back to the place it took off from or lands in the location where it lost signal with the controller. This means that the device will not be damaged, as there is no physical contact or attack towards the drone.
“Many members of Kaspersky Antidrone team, myself included, have long been drone pilots. Unmanned aircraft can sometimes pose real danger. For instance, I’ve witnessed some risky situations during public events. It clearly causes some doubt around the use of the technology.
Unfortunately, as a drone pilot, you often don’t know which locations are prohibited, so when your drone is unexpectedly crushed or physically attacked with hostile protection measures, it is very frustrating. That’s why, during the development of our product, we took the interests of drone enthusiasts as well as safety requirements
and concerns into account.
This helped us develop a way to ensure drones do not enter prohibited areas, without damaging them,” comments Vladimir Turov, Project Owner of Kaspersky Antidrone. The software can be delivered as a stand-alone solution within third-party hardware, as a mobile version (for example, to be used on the top of off-road cars), or integrated with other monitoring systems, including smart home infrastructure.
To find out more about Kaspersky Antidrone and its availability, please visit the official website.
Transformasi digital AirAsia kini diiktiraf di peringkat global setelah dinobatkan sebagai Pemangkin Digital Tahunan Asia Pasifik di Anugerah IDC Digital Transformation (DXa) 2019.
Menewaskan lebih daripada 11,000 syarikat yang tercalon, AirAsia meraih anugerah tertinggi IDC DXa setelah diiktiraf untuk pencapaian di DXa edisi Malaysia baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes menerima anugerah Pemangkin Digital Tahunan Asia Pasifik daripada Pengarah Urusan IDC Asia/Pasifik Managing Eva Au
Anugerah tersebut mengiktiraf kecemerlangan syarikat yang dapat dilihat dan diukur melalui penggunaan pelbagai teknologi inovatif untuk menyediakan produk dan perkhidmatan lebih peribadi, mengoptimumkan pendapatan sampingan, dan meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan.
Antara teknologi baharu tersebut termasuklah pengkomputeran awan, pengoptimuman tambang melalui pembelajaran mesin, bot sembang yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan, ruang sembang menerusi aplikasi mudah alih, teknologi pengecaman wajah, dan banyak lagi.
IDC DXa juga turut mengiktiraf kepimpinan, bakat dan infrastruktur AirAsia yang luar biasa yang telah membantu dalam menyokong strategi digital baharu syarikat itu.
Anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes di Pusat Konvensyen Raffles, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Dinobatkan sebagai Pemangkin Digital Tahunan bagi Malaysia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.
Jadi, apabila kami diiktiraf sebagai yang terbaik di Asia Pasifik membuktikan bahawa usaha digital kami mempunyai impak yang besar terhadap tetamu kami di Malaysia dan dalam industri ini. Saya amat berbangga untuk menerima anugerah ini bagi pihak Allstars pada hari ini.”
Kini merupakan edisi ketiga, Anugerah IDC DXa mengiktiraf syarikat yang berjaya merancang dan melaksanakan transformasi digital di dalam satu atau beberapa bidang perniagaan mereka melalui aplikasi digital dan inovasi disruptif.
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati variasi terbaharu Magnum!
Variasi Magnum terbaharu, Macadamia Salted Caramel kini tiba di Malaysia! Kenikmatan Magnum sebenar ini sememangnya berbaloi untuk dinikmati, bagi mereka yang mencari kenikmatan kini boleh #TakePleasureSeriously dan nikmati aiskrim enak keluaran Magnum.
Direka teliti oleh ahli pakar coklat menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, Magnum Macadamia Salted Caramel menawarkan kenikmatan unggul dengan rasa aiskrim salted caramel yang mengiurkan dicelup coklat susu Belgian dan Macadamia panggang rangup dari Australia.
Setiap gigitan menjanjikan rasa hebat koko, kekacang halus, dan rasa masin salted caramel yang seimbang.
“Magnum merupakan peneraju bahan-bahan berkualiti tinggi dan aiskrim premium. Di Magnum kami mensasarkan untuk memberikan pengalaman terbaik menggunakan bahan yang bukan sahaja berkualiti tetapi didapatkan secara beretika.
Aiskrim Magnum terbaharu yang disahkan oleh Rainforest Alliance, direka khusus menggunakan bahan-bahan seperti coklat Belgian dan kekacang Australia, menjanjikan pengalaman unggul kepada pengguna.
Pelancaran terbaharu Magnum Macadamia Salted Caramel ingin memberi inspirasi kepada mereka yang sentiasa mencari kenikmatan untuk #TakePleasureSeriously dan nikmati semua pengalaman dalam kehidupan mereka,” kata Shiv Sahgal, Direktor Pemasaran, Foods & Refreshments, Unilever Malaysia
Nikmati Magnum baharu hari ini dengan mendapatkan Magnum Macadamia Salted Caramel di pasaraya utama, hypermarket, kedai serbaneka, dan di laman e-commerce seperti Lazada, Shoppee dan PrestoMall.
Magnum Macadamia Salted Caramel kini boleh didapati dalam stik saiz biasa pada harga RM4.90 atau dalam pek aneka dengan 6 aiskrim mini (4 Magnum Mini Macadamia Salted Caramel dan 2 Magnum Mini Classic) pada harga RM14.10 satu pek.
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, layari laman web Magnum (https://www.magnumicecream.com/my/en/home.html) atau ikuti Magnum Malaysia
di Facebook (https://www.facebook.com/MagnumMalaysia/).
Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) yakin bahawa sebuah bandar yang lestari harus meliputi segenap aspek di dalam meningkatkan kehidupan komuniti.
LBS melancarkan ‘Melodi Perdana’, pembangunan pangsapuri pertama di perbandaran Alam Perdana yang sedang berkembang pesat, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM562 juta.
Berasaskan tunjang utama LBS iaitu mampu milik, hubungan rangkaian dan komuniti, ‘Melodi Perdana’ direka dengan begitu teliti bagi memenuhi kehidupan yang selesa di pinggir bandar.
“Apa yang lebih penting, pembinaan unit-unit pangsapuri baru ini seiring dengan hasrat dan komitmen LBS untuk memajukan industri hartanah negara di samping memenuhi permintaan hartanah pada harga yang berpatutan.” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San pada majlis pelancaran Melodi Perdana.
Lim berkata, perbandaran LBS Alam Perdana telah dan kekal menjadi tumpuan utama sejak kejayaan pelancaran sulungnya pada November 2017 di mana hampir kesemua unit fasa pertama, Simfoni Perdana, dan fasa kedua, Irama Perdana telah habis dijual dalam tempoh 24 bulan selepas dilancarkan.
“Berikutan dengan sambutan hangat yang diterima bagi dua fasa pertama, kami telah melancarkan fasa ketiga, ‘Rentak Perdana’, yang terdiri daripada 856 unit rumah teres dua tingkat bagi tempoh 12 bulan yang akan datang.
“Pelancaran fasa ketiga ini turut mendapat sambutan hangat di mana lebih dari 80% unit telah laris terjual. Kami percaya bahawa ‘Melodi Perdana’ akan mendapat sambutan dan akan menjadi salah satu daya tarikan di perbandaran ini,” katanya.
‘Melodi Perdana’ terdiri daripada empat blok pangsapuri dengan 1,520 unit yang ditawarkan pada harga bermula dari RM359,900 bagi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi berkeluasan 901 kaki persegi. Dengan harga yang menarik, unit-unit baru ini mensasarkan golongan pemilik rumah pertama, golongan professional dan mereka yang mengimpikan kediaman di persekitaran yang serba lengkap.
Bagi menggalakkan suasana mesra komuniti yang berlandaskan gaya hidup cergas, ‘Melodi Perdana’ turut menawarkan pelbagai prasarana yang serba lengkap seperti gimnasium, kolam renang, gelanggang badminton, futsal dan bola keranjang serta dek yoga dan balkoni yang dikelilingi suasana kehijauan.
Di samping itu, ‘Melodi Perdana’ turut menitikberatkan aspek keselamatan dengan konsep kediaman berpagar dan berpengawal bagi mewujudkan suasana harmoni dan persekitaran yang tenteram di kalangan penduduk.
Terletak di lokasi pinggir bandar yang sedang pesat membangun seperti Puncak Alam dan Sungai Buloh, ‘Melodi Perdana’ mempunyai rangkaian jalan raya yang sangat baik dengan akses ke Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya LATAR, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam. (dijadualkan siap pada tahun 2020).
Seramai 77 kanak-kanak mengambil bahagian dalam inisiatif pertanian bandar Maybank di majlis sambutan Deepavali
SERAMAI 29 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai Selangor dan 48 dari Pusat Penjagaan Anak Yatim Sai Pandian mendapat pengalaman Deepavali unik apabila diberi peluang untuk mempelajari asas-asas pertanian bandar dengan menanam sayuran mereka sendiri pada majlis khas Deepavali Maybank yang diadakan di Menara Maybank.
Mereka juga berpeluang menyaksikan pelbagai program menyeronokkan berwarna-warni, muzikal dan tarian, diikuti dengan persembahan kebudayaan tradisional India oleh pekerja Maybank, dendangan muzik oleh K.J Production Kuala Lumpur, serta juadah makan tengah hari yang lazat.
Sambutan Deepavali Maybank juga menyaksikan ahli Lembaga Pengarah Maybank, Datuk R Karunakaran, menandakan permulaan acara dengan menyalakan ‘Kuthu Vilakku’, sebuah lampu tradisional India yang diletakkan di sebelah Kolam berwarna-warni di pintu utama Menara Maybank.
Senyuman kanak-kanak telah memeriahkan lagi sambutan apabila mereka mendapat sumbangan dan wang Deepavali yang disampaikan oleh Datuk Mohaiyani Shamsudin, Pengerusi Maybank; Datuk Abdul Farid Alias, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank dan Nora Abd Manaf, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank.
“Sambutan Deepavali Maybank adalah sebahagian daripada komitmen tahunan kami untuk membawa kegembiraan kepada masyarakat segmen khas pada setiap musim perayaan.
“Kami bukan sahaja meraikan tetamu khas, tetapi juga mengingatkan diri kita dan orang lain bahawa kami boleh terus membawa perubahan lebih baik kepada masyarakat,” katanya.
“Pada setiap majlis perayaan, kami juga menanamkan semangat kekitaan bukan sahaja untuk kakitangan tetapi juga bersama tetamu yang dijemput khas. Tahun ini, kami mengambil langkah berbeza dengan mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak tentang kepentingan kemampanan.
“Oleh itu, kami mengadakan sesi mengajar cara menanam sayur-sayuran mereka sendiri melalui inisiatif pertanian bandar kami yang dikenali sebagai ‘Plant A Seed Today for a Better Tomorrow’,” katanya.
Inisiatif pertanian bandar bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam kepada orang ramai tentang cara-cara mewujudkan masa depan lebih mampan, dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang dapat praktikkan dengan kapasiti mereka sendiri.
Salah seorang tetamu di majlis sambutan, Tevayani, 20, dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sai Pandian berkata, “Saya teruja kerana dapat meraikan Deepavali dengan Maybank dan saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menyertai aktiviti pertanian bandar yang memberi banyak makna kepada saya kerana saya juga suka menanam bunga dalam masa lapang saya.”
Sementara itu Thesigan, 14, dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai Selangor berkata, “Saya tidak dapat tidur malam tadi kerana memikirkan acara di Maybank. Saya berasa teruja apabila mendengar tentang aktiviti pertanian bandar, kerana saya juga berjaya menanam pokok mangga dan bunga raya saya sendiri. Ini merupakan pengalaman yang luar biasa bagi diri saya.”
Bersempena musim perayaan, sebuah bazar juga diadakan di ruang legar Menara Maybank dari 21 – 25 Oktober di mana organisasi-organisasi terpilih dijemput untuk berniaga pelbagai jenis makanan dan minuman, produk mesra alam dan lain-lain barangan kepada pekerja Maybank dan orang awam.
Sepuluh peratus daripada hasil jualan barang-barang akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai Selangor dan Pusat Penjagaan Anak Yatim Sai Pandian.
Kemeriahan sambutan Deepavali juga jelas kelihatan di kalangan kakitangan Maybank – kebanyakan mereka berpakaian tradisional dan turut disajikan dengan makanan ringan yang disampaikan oleh ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan Bank.