Untuk memastikan anda tiba dengan selamat di destinasi anda

Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini kepada anda, lebih-lebih lagi apabila kami bersiap-sedia untuk memulakan perkhidmatan penerbangan tidak lama lagi.

AirAsia bekerjasama rapat dengan pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mematuhi nasihat pakar mereka.

Kami memerlukan kerjasama anda untuk mengikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar:

  • Anda perlu memastikan kelayakan untuk melakukan perjalanan sebelum menempah sebarang penerbangan tidak kira penerbangan domestik atau antarabangsa. Sila rujuk di sini untuk menyemak senarai sekatan perjalanan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi sebelum membuat perjalanan.

  • Semua tetamu AirAsia dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya dengan cara yang betul sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasi. Tetamu tanpa topeng muka tidak dibenarkan menaiki pesawat.

  • Hanya SATU bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap tetamu. Langkah ini untuk memastikan penjarakan sosial terutamanya semasa proses menaiki dan turun dari pesawat dan mengurangkan kontak antara bagasi anda dan tetamu lain. Maklumat lanjut ada di sini.

  • Sila tiba sekurang-kurangnya 3 jam lebih awal sebelum waktu perlepasan untuk memastikan anda mempunyai masa secukupnya untuk menyelesaikan kesemua proses yang diperlukan.

Bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan tertinggi terpelihara pada setiap masa, berikut adalah beberapa langkah yang diambil oleh AirAsia sebelum dan semasa penerbangan:

Pembersihan pesawat

  • Pesawat akan menjalani pembasmian kuman termasuk pembersihan sepenuhnya menggunakan bahan pembersih mengikut Manual Penyelenggaraan Pesawat Airbus (AMM) oleh pasukan pembersihan profesional

  • Untuk setiap hentian semalaman, pesawat menjalani prosedur pembersihan yang teliti selama 2 jam, selaras dengan arahan daripada pihak berkuasa kesihatan

  • Untuk maklumat lanjut mengenai proses pembasmian kuman pesawat, klik di sini.

Sebelum penerbangan:

  • Pemeriksaan suhu akan dilakukan di beberapa lokasi, termasuk di balai berlepas

  • Kru kabin akan menjalani pemeriksaan suhu selepas setiap syif 

  • Penjarakan sosial akan diamalkan dengan lantai ditanda di kawasan beratur, termasuk di kaunter daftar masuk & kiosk

  • Kaunter daftar masuk secara selang-seli akan dibuka untuk memastikan penjarakan sosial

  • Cecair basmi kuman akan disediakan di setiap lokasi pemeriksaan untuk tetamu dan kakitangan

  • Kabin pesawat akan dibasmi kuman melalui penyemburan aerosol sebelum berlepas untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa

  • Taklimat pra-penerbangan mengenai keselamatan dan kebersihan akan dilakukan untuk semua kru kabin bagi memastikan semua dikemas kini dengan nasihat terkini

  • Daftar masuk web dan mudah alih tanpa sentuhan bagi mengurangkan kontak permukaan dan fizikal semasa proses daftar masuk dan menaiki pesawat

Dalam penerbangan:

  • Semua pesawat AirAsia menggunakan penapis HEPA untuk penapisan udara bertaraf hospital, yang menapis 99.999% zarah debu dan bahan pencemar di udara seperti virus dan bakteria

  • Semua kru kabin akan menggunakan alat pelindung termasuk topeng muka dan sarung tangan

  • Keselamatan Makanan

    • Semua hidangan disediakan dan dibungkus dengan bersih mengikut syarat-syarat keselamatan makanan yang ketat

    • Semua kakitangan produksi akan dipantau secara berkala mengikut garis panduan Covid-19

    • Kru kabin yang mengendalikan makanan hendaklah memakai sarung tangan

  • Kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan apa jua situasi perubatan ketika dalam penerbangan termasuk mengenal pasti dan mengasingkan sesiapa yang menunjukkan gejala kurang sihat

  • Pemeriksaan suhu akan dilakukan sebelum tiba di destinasi di mana proses ini adalah wajib

Ketibaan:

  • Borang pengisytiharan kesihatan akan diedarkan dan perlu diisi sebelum atau semasa ketibaan

  • Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan semasa ketibaan

  • Penumpang transit harus berada di lapangan terbang

  • Wajib menjalani kuarantin mengikut peraturan di negara destinasi anda

Bagaimana anda boleh memastikan keselamatan diri?

Anda dinasihatkan untuk mematuhi langkah pencegahan perlindungan yang disyorkan secara universal, seperti mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

Anda diingatkan sekali lagi, bahawa anda dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuk ketika mendaftar masuk dan pengambilan bagasi. Jika tidak, anda tidak dibenarkan menaiki penerbangan tersebut.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan kami tidak sabar untuk terbang bersama anda lagi.

Kapten Ling Liong Tien
Ketua Penguatkuasaan Keselamatan
AirAsia

Nota: Semua maklumat ini sah pada 28 April 2020 dan akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Baca juga: Terbang dengan selamat dalam suasana norma baharu – Soalan-soalan Lazim bersama Kapten Ling Liong Tien