Gadis manis dari negeri dibawah bayu, Sabah ini berasal daripada keluarga yang susah kerana keluarganya bergantung kepada hasil tanaman yang diusahakan oleh ayah dan ibunya untuk membesarkan 10 adik beradiknya.
ANAK ketiga daripada 10 beradik ini yang juga anak petani dengan pendapatan isi rumah RM1,000 sebulan, kini boleh berbangga apabila dia mampu membeli sebidang tanah untuk keluarganya menerusi hasil titik peluh sendiri.
Erelina adalah antara penerima faedah program zero-to-hero yang berpendapatan tinggi dan menyertai program Yayasan Peneraju kerana tekad untuk mengubah taraf hidup
sekeluarga di kampung.
Beliau kini, bekerja di Legacy Spa, Pulau Pinang sebagai spa therapist dengan pendapatan
mencecah RM5,000 sebulan dan telah dinaikkan pangkat menjadi penyelia dalam masa 3 bulan bekerja pada usianya mencecah 24 tahun.
“Hasil bantuan daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, saya sudah mampu membelikan ibu saya sebidang tanah,” katanya yang amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya.
Yayasan Peneraju ditubuhkan bermatlamat memupuk dan membangunkan bakat Bumiputera ke potensi tertinggi melalui tiga teras iaitu program pembiayaan pendidikan dan latihan: Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.
Setakat ini, Yayasan Peneraju telah merealisasi aspirasi lebih 30,000 penerima faedah melalui 261 program pembiayaannya dengan peruntukan sebanyak RM679.8 juta yang diterima sepanjang tempoh lapan tahun penubuhannya.
Yayasan Peneraju menyatakan komitmen untuk terus melahirkan bakat Bumiputera yang kompetitif dan bertaraf dunia khususnya dibidang ekonomi digital, kewangan Islam dan teknologi IR4.0.