Pelan Renault Subscription Trial Plan dikembangkan ke semua bilik pameran dan pelangan kini boleh mendaftar sebanyak mungkin untuk mendapatkan lebih fleksibiliti dan mampu milik.
Renault menerusi pemegang francais tunggalnya di Malaysia, Malaysia TC Euro Cars (TCEC) mengumumkan kemas kini baharu ke atas tawaran Renault Subscription dan E-Store sekali gus mengukuhkan lagi posisinya selaku peneraju digital dalam industri automotif tempatan.
Melalui satu acara kemas kini media secara maya, pertama dalam negara buat industri ini,
TCEC mengumumkan lanjutan Renault Subscription Trial Plan, perubahan ke atas Pelan
Subscription Fixed dan Switch, selain tawaran menarik untuk kenderaan Renault yang
dibeli melalui E-Store.
“Dunia sudah banyak berubah dalam zaman digital ini, ia mengubah cara kita bekerja, bermain, tingkah-laku dan ekspektasi pelanggan. Transformasi digital kini penting buat
perniagaan dan jenama untuk kekal relevan dalam persekitaran yang semakin kompetitif,”
kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Wong Hoe Mun.
“Untuk kekal berada di hadapan, kami di TCEC telah memulakan transformasi sejak tahun
lalu. Dengan penularan wabak COVID-19 dan PKP sekarang, penggunaan digital semakin
berkembang. Kami percaya kami berada di landasan tepat ke arah peniagaan yang lebih
mapan pada masa depan.
“Kami berbangga kerana tiada tawaran lain dalam industri yang lebih canggih daripada
Renault Subscription dan Renault E-Store. Norma baharu memerlukan penjarakan sosial.
Pelanggan akan lebih memerlukan kenderaan sendiri berbanding sebelum ini. Kami
percaya pelan langganan yang telah diubah suai ini akan dapat menarik minat mereka,”
tambahnya.
TCEC fokus dalam menawarkan pelbagai pilihan yang lebih mampu milik, bebas dan fleksibel kepada setiap rakyat Malaysia. Sama ada untuk penggunaan jangka masa pendek, sederhana atau panjang, terdapat satu pelan dan produk yang dicari oleh pengguna.
Pelan Renault Subscription Trial
TCEC kini mengembangkan Renault Subscription Trial Plan ke semua bilik pameran Renault di seluruh negara. Dimulakan pada tahun ini di bilik pameran Renault PJ, Renault Subscription Trial Plan merupakan satu pelan mampu milik yang menawarkan Captur
pada harga RM399 seminggu.
Lebih penting lagi, pelanggan kini boleh mendaftar sebanyak mungkin berbanding hanya sekali sahaja sebelum ini. Syarikat berharap langkah ini dapat membantu pelanggan yang
bajet mereka terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak mahu melakukan komitmen jangka pangjang dalam masa yang tidak menentu ini.
Pelan Renault Subscription Fixed dan Switch
Pelan Renault Subscription Fixed dan Switch Plans juga telah diubah untuk memenuhi
keperluan serta kehendak pelanggan.
Bagi menyeimbangi aspek kemampuan dan keyakinan pelanggan, Pelan Fixed kini menawarkan pelan tiga tahun untuk model Captur dan Koleos. Sebelum ini, pelan langganan selama tiga tahun ditawarkan untuk Megane R.S. 280 Cup sahaja.
Ketika semua kadar bulanan di bawah Pelan Fixed masih merangkumi cukai jalan, insurans, kos servis biasa dan had perbatuan tahunan sehingga 20,000km, kemas kini
baharu ini membolehkan pelanggan menambah jarak sejauh 40,000km berbanding
30,000km sebelum ini.
Pelan Renault Subscription Switch juga telah dinaik taraf. Pelan Switch Base kini menawarkan Captur Trophy pada kadar RM1,999 sebulan dan Switch Prime menyediakan
Koleos pada harga RM3,199 sebulan.
Di bawah Pelan Prime baharu ini, pelanggan akan diberi akses kepada keluarga kenderaan Renault selama dua bulan. Kedua-dua Pelan Switch terus menawarkan kos penuh dan fleksibiliti tanpa had perbatuan, perlindungan wear and tear serta pilihan untuk membuat pembatalan tanpa sebarang penalti.
Satu senarai aksesori tambahan serta akses termasuklah filem tinted keselamatan dan solar, tempat duduk keselamatan kanak-kanak, perakam video digital dan akses ke Singapura.
Bagi menjadikannya lebih mampu milik, kos boleh dimasukkan ke dalam yuran bulanan sepanjang tempoh langgan dan tidak perlu membayar sekali gus.
Tawaran Renault Subscription kini merangkumi Pelan Subscription Trial, Fixed dan Switch, selain Pre-Owned Captur Subscription yang dilancarkan baru-baru ini. Pelan Pre-Owned Captur Subscription telah dilancarkan di Renault E-Store dan Shopee pada 22 April 2020.
Ia berjaya memperoleh 100 bayaran tempahan dalam tempoh tiga hari.
Pelancaran Renault E-Store pada awal tahun ini membolehkan pasukan jualan yang telah
disepadukan memberi pengalaman yang konsisten dan menawarkan segala penjimatan
kepada pelanggan.
Justeru, pelanggan yang membeli apa jua kenderaan baharu Renault secara dalam talian
menerusi E-Store bermula 20 April hingga 31 Mei 2020 boleh berjimat lebih banyak dengan rebat yang bersamaan dengan bayaran bulanan selama enam bulan.
Tawaran eksklusif lain yang ditawarkan kepada para pelanggan baharu termasuklah servis
percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km dan ganjaran trade-in
bernilai sehingga RM8,000.
Sebagai tambahan, pelanggan yang memilih untuk melanggan sebuah kenderaan Renault
sama ada melalui pelan Fixed atau Switch akan menikmati langganan percuma selama sebulan.
Pelanggan yang memilih rancangan Pre-Owned Captur Subscription akan terus menikmati potongan 50 peratus dari enam bulan pertama dari yuran langganan mereka.
Memandangkan ramai pelanggan mungkin mahu menyimpan kenderaan dalam tempoh yang lebih lama, TCEC faham bahawa mereka mahukan sokongan dalam menyelenggara
kereta berkenaan.
Jadi, syarikat fokus dalam menawarkan Easy Life – satu tunjang utama dalam janji jenama Renault menerusi:
- Proses pembelian atau langganan menyeluruh yang mudah secara dalam talian di E-
Store, daripada menyusun sesi pandu uji sehinggalah mengambil kenderaan - Perkhidmatan pintu-ke-pintu di mana pelanggan boleh memohon penghantaran
kenderaan yang dibeli atau dilanggan. - Selain perkhidmatan ambil dan pulang kenderaan yang diservis, melalui tempahan di Renault E-Store (di Lembah Klang)
- Promosi diskaun sebanyak 25 peratus ke atas setiap tayar, termasuklah penjajaran
percuma dan potongan lebih 10 peratus untuk bateri - Lanjutan jaminan ke atas pelanggan yang memerlukan masa tembahan bagi
memenuhi keperluan servis. - Tempoh operasi pusat servis dilanjutkan sebaik sahaja PKP tamat
TCEC juga berkongsi apakah yang akan ditawarkan kepada pelanggan Renault Subscription.
Syarikat akan melancarkan satu aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan
menguruskan kenderaan Subscription mereka. Fungsi-fungsi utama merangkumi:
- Papan Pemuka Kenderaan
- Pengesanan Lokasi
- Kunci dan Buka
- Sejarah Perjalanan
- Perkongsian Kereta
- Peringatan
- Panggilan Kecemasan
- Ketersambungan Bluetooth
Pelancaran aplikasi mudah alih ini kepada pelanggan Renault Subscription dijadual bermula pada Jun depan dan fungsi penuhnya akan dikongsi dengan semua apabila tarikh pelancarannya semakin hampir.
Ketika terus menjadi peneraju dalam pendekatan digital, TCEC kekal komited untuk mengutamakan sentuhan yang dimahukan oleh pelanggan. Untuk itu, syarikat telah
menubuhkan Digital Engagement Team, khas dalam meningkatkan aspek hubungan
pelanggan menerusi panggilan telefon bagi memastikan koordinasi dan langkah susulan
yang mantap.
Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web
www.renault.com.my.