Utama Blog Halaman 813

Prebiu Eksklusif Renault Koleos Baharu Di PACE, Kini Dibuka Untuk Tempahan

SUV mewah premium segmen D Renault – Renault Koleos kini telah menerima penambahbaikan dari segi gayaan luaran dan peningkatan pada ruang dalamannya bagi menjadikannya SUV paling luas serta selesa dalam kelasnya.

TC Euro Cars, selaku pemegang francais Renault Koleos baharu akan terus ditawarkan dalam dua varian: Renault Koleos dan Koleos Signature.

Koleos baharu akan dipamerkan untuk tatapan orang ramai buat pertama kalinya dalam acara Premium Auto Car Expo (PACE) yang bakal berlangsung pada 2-3 November 2019 di Setia City Convention Centre.

Walaupun dimensinya masih sama seperti sebelumnya, (tapak roda 2,705mm dengan panjang keseluruhan 4,672mm), rekaan luaran kini kelihatan lebih agresif dan maskular.

Kedua-dua varian itu juga dipasang dengan lampu utama LED Pure Vision.

Antara ciri baharu Renault Koleos termasuk:

  • Bampar hadapan baharu dengan kemasan krom yang panjang sehingga ke bahagian lampu kabus pada kedua-dua sisi bersama kemasan dua tona
  • Bampar belakang baharu yang menyerlah dengan krom tambahan dan kemasan dua tona
  • Pilihan warna-warna baharu seperti hitam (Amethyst Black), merah (Millesime Red) dan perak (Ultra Silver), di samping warna sedia ada iaitu putih (Universal White) dan hitam metalik (Black Metallic)
  • Rim aloi baharu bersaiz 19 inci untuk Koleos Signature dan rim 18 inci bagi varian Koleos
  • Kedua-dua varian itu kini dilengkapi pintu belakang bebas tangan yang memudahkan pemandu. Ketinggiannya juga boleh dilaras berdasarkan kepada keperluan individu
  • Dilengkapi ciri replikasi telefon pintar yang dipaparkan menerusi sistem multimedia R-LINK2 bersaiz 8.7 inci, ia sesuai untuk Apple CarPlay™ and Android Auto™
  • Tempat duduk penumpang belakang didatangkan dengan ciri dua konfigurasi boleh laras untuk memberi lebih keselesaan
  • Bumbung suria panoramik elektrik memberikan sentuhan premium, sekali gus meningkatkan ambien dalaman kabin (varian Koleos Signature sahaja)
  • Tempat duduk kuasa untuk pemandu dan penumpang hadapan

Penanda aras dalam segmen SUV premium

Direka dan difikirkan secara terperinci untuk memenuhi keperluan pembeli SUV di seluruh dunia, Koleos baharu sememangnya layak berada dalam rangkaian model mewah Renault.

Ruang kabin luas, rangkaian peralatan yang ekstensif dan susun atur bahagian dalaman yang direka dengan cermat menjadi rujukan oleh pesaing dalam kelasnya dari segi keselesaan serta kehalusan buatannya.

Renault Koleos masih menggunakan enjin petrol 2.5 liter yang dipadankan bersama transmisi automatik X-Tronic CVT untuk prestasi lebih baik dan pemanduan yang menyeronokkan, pada masa sama mengoptimumkan penggunaan bahan api.

Enjin yang efisien itu mampu menjanjikan kuasa maksimum 171PS dan tork puncak 226Nm, selain menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan iaitu 8.1L/100km.

Mengekalkan reputasinya sebagai sebuah SUV keluarga yang mewah dan selesa, Renault Koleos baharu terus menawarkan ruang kabin luas yang mendahului kelasnya bersama kemasan yang memberikan rasa premium.

Dengan tempat duduk hadapan yang menjadi antara paling selesa dalam segmennya dan ruang bahagian lutut seluas 289mm, Renault Koleos bukan sahaja mengalahkan kebanyakan pesaingnya. Malah ia menawarkan ruang kepala, bahu dan siku yang luas kepada penumpang belakang.

Tempat duduk belakang kini boleh dibaringkan untuk memberi posisi duduk yang lebih selesa.

Harga kompetitif dengan sokongan selepas jualan yang tiada tandingan Renault Koleos baharu ditawarkan pada harga bermula RM179,888 bagi varian Koleos dan RM189,888 untuk Koleos Signature (harga di atas jalan termasuk SST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).

Sama seperti model-model Renault yang lain, Koleos hadir bersama jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Ia turut merangkumi satu pakej servis berkala selama lima tahun dengan perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Bukan itu sahaja, mereka yang membuat tempahan pada November akan menikmati kadar tukaran (trade-in) sehingga RM15,000 selain jumlah penilaian kenderaan yang dijalankan.

Pelanggan boleh menikmati kebebasan dan fleksibiliti dengan Koleos baharu menerusi Renault Subscription tanpa perlu terikat dengan tempoh pinjaman yang lama serta tidak perlu bimbang terhadap kos penyusutan nilai.

Selain Renault Captur, Renault Koleos boleh dilanggan menerusi Renault Subscription dengan pelan berikut:

Fixed Plan

 

Varian Koleos Koleos Signature
Tempoh  2 tahun 1 tahun 2 tahun 1 tahun
Monthly Fee RM2,299 RM2,499 RM2,699 RM2,899
Had perbatuan tahunan 20,000km / tahun
(pilihan naik taraf)
20,000km / tahun
(pilihan naik taraf)
Termasuk 
  • Cukai jalan
  • Insurans
  • Servis berkala
  • Cukai jalan
  • Insurans
  • Servis berkala
Penambahan pilihan – Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200 

– Pakej wear & tear RM100 sebulan

– Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200 – Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200

– Pakej wear & tear RM100 sebulan

– Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200

Switch Plan

 

Jenis Base

Captur dengan akses RENAULT FAMILY selama 2 bulan

(menggunakan Koleos)

Prime

Captur dengan akses RENAULT FAMILY selama 4 bulan

 (menggunakan Koleos)

Tempoh 1 tahun
(fleksibiliti untuk batalkan langganan pada bila-bila masa)
1 tahun
(fleksibiliti untuk batalkan langganan pada bila-bila masa)
Bayaran bulanan RM1,999 RM2,199
Had perbatuan tahunan Perbatuan tanpa had Perbatuan tanpa had
Termasuk
  • Cukai jalan
  • Insurans
  • Servis berkala
  • Wear & tear
  • Cukai jalan
  • Insurans
  • Servis berkala
  • Wear & tear

 

Pelangan boleh membuat langganan terus di PACE atau melalui www.renault.com.my.

Kunjungi ruang pameran Renault di PACE 2019. Dianjurkan pada 2-3 November 2019 di Setia City Convention Centre, ruang pameran Renault di PACE akan mempamerkan Megane R.S. 280 CUP supercharged yang dilancarkan baru-baru ini.

Pengunjung juga boleh memandu uji rangkaian terkini Renault di Malaysia. Ini termasuklah crossover paling laris dalam segmennya di Eropah, Renault Captur, Koleos, Megane R.S. 280 CUP MT dan Megane R.S. 280 CUP EDC.

AirAsia Akhiri 2019 Dengan Jualan Hebat – 6 Juta Tempat Duduk Promosi

AirAsia akan melabuhkan tirai pada tahun ini dengan jualan hebat yang menawarkan sebanyak 6 juta tempat duduk promosi.

Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG bermula daripada RM20* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang, Kuching, Miri dan Sandakan, daripada RM44* untuk penerbangan ke Belitung, Surabaya, Surat Thani, Krabi, Can Tho, Nha Trang dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X daripada RM199* dari Kuala Lumpur ke Xi’an, Jeju, Jaipur, Taipei, Melbourne, Fukuoka dan destinasi-destinasi jarak jauh lain yang menarik.

Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed kami yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Lanzhou, Osaka, Gold Coast and Seoul daripada RM699*. Nikmati yuran pemprosesan sifar untuk semua penerbangan pergi balik dari Malaysia.

Jualan hebat ini bukan hanya untuk tiket penerbangan, tetapi juga untuk hotel, tawaran aktiviti, pakej percutian dan segala yang anda perlukan, semuanya di airasia.com.

Nikmati lebih keselesaan dan diskaun sehingga 20% dengan Pek Nilai, termasuklah pilihan hidangan dan tempat duduk, insurans dan bagasi 20kg.

Anda juga kini boleh menaik taraf bagasi kepada 25kg atau lebih dengan harga istimewa. Pek Nilai dan promosi bagasi hanya boleh didapati semasa tempahan penerbangan sahaja. Para tetamu juga boleh menikmati diskaun 10% untuk sebarang aktiviti dengan kod promo FREE10.

Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 4 November 2019 (0001h GMT +8) hingga 10 November 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 27 April 2020 dan 1 Mac 2021.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Karen Chan berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan jualan hebat yang terakhir bagi tahun 2019 kepada para tetamu untuk menempah perjalanan bagi tahun hadapan sehingga awal tahun 2021.

Sebagai sebuah syarikat perjalanan dan gaya hidup, kami telah memperluaskan tawaran kami termasuklah hotel terpilih, aktiviti dan pakej percutian menarik. Kami yakin para tetamu kami akan menemui semua yang mereka perlukan di airasia.com.”

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses jualan terlebih dahulu selama 24 jam mulai 3 November 2019 (0001h GMT +8).

Log masuk sebagai Ahli BIG di airasia.com untuk menikmati akses kepada tempat duduk, hotel dan aktiviti pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula daripada 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Tetamu yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pra-tempahan hidangan Santan boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih dan Bayar!

Samsung Electronics Commemorates Its 50th Anniversary Today

Samsung Electronics today marked the 50th anniversary of its founding, with an event at Samsung Digital City, the Company’s headquarters in Suwon.

More than 400 employees were present to commemorate the milestone, together with the Company’s executive team including Kinam Kim, Vice Chairman & CEO of Device Solutions (DS) Division, Hyunsuk Kim, President & CEO of Consumer Electronics (CE) Division, Dongjin Koh, President & CEO of IT & Mobile Communications (IM) Division.

Vice Chairman Jay Y. Lee, through a video message, extended his gratitude to all Samsung employees for their dedication over the past 50 years and emphasized the Company’s commitment to build upon its legacy and become a Centennial company.

“The past 50 years were only possible thanks to the dedication and hard work of each and every one of you,” said Vice Chairman Lee. “Looking to the next 50 years, let’s free our imaginations and dream of an extraordinary future.”

Underscoring Samsung’s pledge to contribute to the global society through innovative technologies,

Vice Chairman Lee said, “Applying our new technologies, let’s build a healthier and happier future. By sharing and growing together we will become the very best in the world”

Samsung executives and workers around the world have been engaging in volunteer work in recent weeks to give back to their communities, in a more meaningful way to mark the Company’s anniversary and show appreciation. The activities include donation campaigns and education projects for young students.

Ferrari 488 Challenge Evo – Better Performance

The new 488 Challenge Evo has made its debut during the Ferrari Finali Mondiali underway at the Mugello Circuit.

Three years after the presentation of the 488 Challenge during the Finali at Daytona, the Prancing Horse has developed a kit that increases the car’s overall performance and its consistency in race conditions, and also improves the handling for even better feedback and driving pleasure.

The aim of the Evo package is to maximise the synergy between aerodynamics and vehicle dynamics – that is, the interaction between tyres, balance of downforce and electronic controls.

Better performance is guaranteed by higher downforce and new Pirelli tyres, while driving feedback was addressed from the early stages of development using Ferrari’s GT driving simulator, revising the aero balance between the axles. To improve turn in and reduce understeer out of corners, in fact, the downforce over the front has been increased.

The aerodynamic balance ‘dialogues’ with the E-Diff3 and F1-TCS control systems based on the Side Slip Control (SSC), which offers new dedicated settings. The SSC concept, which is based on the estimation of the yaw angle, has been modified in view of the new levels of performance.

This has made it possible to provide the control systems with a common language designed to maximise agility in cornering and traction on exit.

The proven collaboration between the technical department and the Ferrari Styling Centre resulted in a comprehensive redesign of the front of the car to ensure an increase of 30% in aerodynamic efficiency compared to the 488 Challenge.

The length of the front overhang has been altered to boost overall downforce and optimise the balance. The profiles of the radiator grille intakes have been lengthened and, at the centre of the bumper, a U-shaped intake feeds the front brakes and underlines the 488 Challenge Evo’s sporty character.

In the lower part of the bumper, a large splitter with turning vanes at the ends improves the control and direction of the airflow from the side vents. The sides of the bumper have been re-proportioned by reducing the surface volume to allow the adoption of a second side flick, improving the quality of the airflow. The car thus has 50% more overall downforce than the current 488 Challenge.

On the flank, below the rear-view mirror, there’s a new small wing with endplate designed to divert air flow towards the intercooler. The rear, on the other hand, includes clear references to the FXX-K.

The sides of the bumper feature an extremely aerodynamic surface with two vents to extract the flows generated inside the wheelarches. Below the rear spoiler, a new air vent set in the engine air outlet grille increases downforce. There is also a new nolder on the rear wing that produces an increase in the coefficient of downforce.

The 488 Challenge Evo introduces a first for the Prancing Horse’s one-make series: the option to modify the front downforce independently of the rear, so that the driver can set up the balance without having to change the ride height.

The driver can select different configurations ranging from high downforce to low downforce before each race, depending on the circuit’s characteristics and the weather conditions. These developments ensure an increase of more than 20 percentage points in the downforce over the front axle compared to the 488 Challenge.

The braking system includes a number of innovations that maintain its performance over a race. In particular, there is a significant reduction in brake wear thanks to the adoption of a new front disc design and larger rear discs.

New Pirelli tyres – 275/675-19 (front) and 315/705-19 (rear) – have also been introduced. During nigh-on seven months of development, the new tyre was tested not only in the laboratory but also on the new car at various European circuits, including Vallelunga, Mugello, Le Castellet and Silverstone.

As well as seeking to boost overall performance, these tyres also ensure greater consistency in lap times during a long run session.

The interior, with its decidedly racing character, features a conceptually different kind of steering wheel, developed from the experience gained with the FXX-K Evo and the 488 GTE, which triumphed at the 24 Hours of Le Mans this year.

The steering wheel, with integrated paddle shift, significantly improves ergonomics so the driver can always keep their hands in an ideal position, bringing advantages in terms of visibility and control of the car’s systems. There is a new ABS management strategy incorporated in the manettino. The driver can select four different modes, two dry and two wet, which implement a strategy focused on performance or stability.

A new rear camera derived from the 488 GTE has been introduced in response to feedback from the participants in the championship’s various series (Europe, North America, Asia Pacific, along with last year’s addition of a new UK national series). This considerably improves rear visibility.

The new components and improvements introduced with the 488 Challenge Evo are also available as upgrade kits for existing cars.

Hong Leong Assurance Lancar HLA FiT 2 Protect – Pelan Perlindungan Ketidakupayaan

Hong Leong Assurance (HLA) berbesar hati mengumumkan pelancaran HLA Fit 2 Protect, pelan perlindungan ketidakupayaan yang membolehkan pemegang polisinya membuat sedikit bayaran untuk lebih manfaat perlindungan.

Sebagai salah satu penginsurans terkemuka Malaysia, kami sentiasa komited untuk menyediakan solusi perlindungan kewangan bernilai hebat yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang sering berubah.

Kami mahu memastikan bahawa pemegang polisi kami mendapat perlindungan terbaik tetapi hanya perlu membayar sedikit sahaja, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa hari ini.

Dengan HLA FiT 2 Protect anda kini boleh menikmati perlindungan ketidakupayaan yang lebih meluas dengan kadar premium yang dimampu untuk meneruskan kehidupan anda dengan sebaiknya selepas berlaku ketidakupayaan.

Sebagai contoh, individu berumur 24 tahun hanya perlu membayar premium tetap RM100 setiap bulan tanpa kenaikan selama 10 tahun untuk menikmati perlindungan ketidakupayaan bernilai RM1.5 juta dan manfaat kematian bernilai RM500,000. Bagaimanapun, kumpulan umur berlainan akan menikmati perlindungan berbeza.

Pelan ini mensasarkan kumpulan pasaran yang luas berumur dari 20-60 tahun. HLA FiT 2 Protect adalah pelan ideal yang meringankan beban kewangan pemegang polisi dan membolehkan hayat yang diinsuranskan memberi tumpuan sepenuhnya untuk memulihkan kembali kehidupan mereka kerana ia menawarkan perlindungan ketidakupayaan sehingga RM1.5 juta dalam bentuk Bayaran Sekaligus dan Pendapatan Ketidakupayaan selama 10 tahun.

Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh 10 tahun pembayaran pendapatan ketidakupayaan tersebut, baki pendapatan ketidakupayaan akan dibayar kepada waris terdekat. Selain daripada manfaat ketidakupayaan, pelan juga turut membayar jumlah yang diinsuranskan apabila berlaku kematian sebelum terdapatnya tuntutan ketidakupayaan yang dilindungi.

Pelan ini dicipta khas untuk melindungi mana-mana 1 daripada 11 ketidakupayaan yang dilindungi. 11 ketidakupayaan yang dilindungi adalah hilang penggunaan kedua-dua anggota badan, hilang penglihatan pada kedua-dua mata, hilang penggunaan satu anggota badan dan satu mata, Sindrom Apalik, Kegagalan Ginjal, Koma, Penyakit Parkinson, Distrofi Otot, Kecederaan Spina (Tulang Belakang), Kelumpuhan Anggota Badan dan Penyakit Terminal (Membawa Maut).

Untuk mendapatkan pelan ini sangat mudah kerana tiada pemeriksaan perubatan yang diperlukan. Semua pemohon hanya perlu menjawab soalan kesihatan yang ringkas dan mereka boleh dilindungi.

Selepas pendaftaran, pemegang polisi akan menerima penjejak kecergasan percuma. Apa yang perlu dilakukan adalah memuat turun dan mengaktifkan aplikasi HLA FiT, pautkannya kepada penjejak kecergasan dan mula menjejak aktiviti kecergasan harian mereka. Lebih rendah umur FiT mereka, lebih banyak poin yang boleh mereka kumpulkan untuk mendapat lebih banyak ganjaran setiap minggu termasuk baucar diskaun premium!

Petronas Signs Time Charter Party With MISC And Avenir

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) through its subsidiary PETRONAS LNG Sdn Bhd (PLSB) achieved another milestone with the signing of the Time Charter Party (TCP) with MISC Berhad and Avenir LNG Limited to charter a 7,500 cubic meters of liquefied natural gas (LNG) bunker vessel.

The collaboration positions PETRONAS among the first LNG bunkering service providers in the South East Asia region, moving Malaysia closer towards becoming a LNG bunkering hub.

The LNG bunker vessel is capable of providing bunkering services to LNG fueled vessels across Malaysia, and also transporting smaller scale LNG cargoes across the region.

PETRONAS Vice President of LNG Marketing & Trading and Chief Executive Officer of PLSB, Ahmad Adly Alias said: “PETRONAS is always on the lookout to adopt new technologies through smart partnerships and promote LNG as a cleaner fuel and the fuel of choice for the marine industry”.

“We are also collaborating with various ministries, authorities and fellow industry players to co-develop the policies, guidelines and procedures for safe and effective bunkering operations in embracing the IMO 2020 regulations,” he added.

PETRONAS has set up the necessary infrastructure for LNG bunkering services at Pengerang, Johor and Sungai Udang, Melaka. The Company is also actively working towards the establishment of LNG Bunkering Global Network through partnerships with port operators and international industry players.

Wahed Invest Dilancarkan Di Malaysia – Pelaburan Serendah RM100

Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia.

WAHED menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh Syariah yang pelbagai.

Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.

Pertama kali dilancarkan pada 2017, Wahed Invest berpangkalan di AS, berkembang ke pasaran UK pada 2018 dan merancang untuk melancarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digitalnya merentas rantau Asia Tenggara dari pangkalan serantaunya di Malaysia.

Beroperasi di lebih daripada 130 buah negara, Wahed ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pelabur yang bijak kewangan serta mereka yang mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai kewangan, menerusi pelbagai pelaburan yang dapat diakses.

Di tambah pula dengan pelaburan awal rendah sebanyak RM100, bersama yuran yang rendah, dan tiada tempoh terkunci, Wahed berharap untuk mengatasi halangan yang terpadat pada pengurusan pelaburan dan portfolio kewangan yang lazimnya dikhaskan untuk pelabur bernilai tinggi.

“Kewangan Islam adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang di dunia, dan Wahed telah membolehkan masyarakat Muslim global untuk mengambil bahagian dalam pasaran kewangan global dengan membuat pelaburan yang mudah diakses dan juga patuh etika.

“Sebagai salah satu pasaran modal Islam yang paling maju, Malaysia berada pada kedudukan yang unik bagi memenuhi keperluan pelabur Asia Tenggara yang semakin canggih dan mempunyai keperluan yang mendesak, dan membantu mewujudkan peluang dalam kewangan Islam.

“Dengan menyediakan cara pelaburan yang baru dan bijak yang patuh syariah, pelabur kami mempunyai akses kepada pengurus pelaburan digital yang mempunyai yuran yang rendah, serta jumlah minima akaun yang lebih rendah,” kata Junaid Wahedna, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wahed Inc.

Walaupun Laporan Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai salah satu tahap tertinggi dalam kemasukan kewangan di kalangan negara-negara Asia Tenggara, rakyat Malaysia masih tertinggal dalam hal celik kewangan dan pengetahuan kewangan.

Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini oleh Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak selesa dengan pengetahuan kewangan mereka, manakala separuh daripada penduduk (52%) mengatakan mereka menghadapi kesukaran menyimpan sehingga RM1,000 untuk waktu kecemasan.

Lebih separuh rakyat Malaysia (53%) percaya bahawa pengurusan kekayaan adalah kunci untuk mencapai mobiliti sosial. Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia merasa pengetahuan kewangan mereka yang tidak mencukupi telah menghalang mereka dari pengurusan kekayaan yang cekap.

Ketika demostrasi platform Wahed pada majlis pelancaran, Syakir Hashim, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Wahed Inc berkata, di tengah-tengah hala tuju Malaysia ke arah kemakmuran bersama melalui ekonomi yang lebih inklusif yang berakar umbikan teknologi dan inovasi, kami di Wahed terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan akses yang lebih baik untuk masa depan kewangan yang selamat.

“Kami mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu pasaran utama kami dan negara yang berada di landasan untuk menjadi pemimpin dalam Ekonomi Digital Islam yang disokong oleh ekosistem yang berkembang pesat.

“Malaysia akan memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan kami di Asia Pasifik sebagai Hab Serantau untuk operasi kami. Setiap orang mempunyai matlamat dan aspirasi kewangan yang berbeza, tetapi untuk pelabur yang tidak berpengalaman atau pelabur kali pertama, kekurangan pendidikan serta peluang kewangan yang sesuai, ditambah pula dengan ketakutan dan kadang-kadang kesukaran untuk memahami istilah kewangan sudah cukup untuk menghalang dan menegah mereka bagi melabur dan mengambil alih kesejahteraan kewangan mereka.”

“Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa satu daripada setiap lima rakyat Malaysia tidak berjaya menyimpan wang dalam tempoh enam bulan. Melalui Wahed, kami menggalakkan pelabur-pelabur kami untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka dengan menyediakan alat pelaburan yang lebih bijak selaras dengan kepercayaan mereka.

“Kami berhasrat untuk memastikan semua umat Islam mempunyai akses kepada portfolio pelaburan patuh Syariah yang cekap, tanpa mengira status ekonomi atau lokasi geografi mereka,” kata Syakir Hashim.

Pilihan peruntukan portfolio semasa Wahed terdiri daripada pelaburan saham ke AS, saham Malaysia, sukuk (bon Islam) dan emas. Untuk memastikan semua pulangan adalah halal, Wahed mempunyai Lembaga Penasihat Syariah sepenuh masa, yang menjalankan proses saringan yang ketat dan menghasilkan laporan penyucian tahunan (Zakat).

Hasilnya, pelabur Islam dan bukan Islam kini mampu melabur tanpa rasa bimbang ke dalam portfolio secara beretika.

Anak-anak syarikat Wahed Inc dikawal selia oleh beberapa badan yang paling dihormati di dunia termasuk Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) di Amerika Syarikat, Pihak Berkuasa Pelakuan Kewangan (FCA) di UK, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA) dan Bank Negara Bahrain (CBB).

Setelah mendaftar, pengguna boleh membuka akaun pelaburan dengan selamat dalam masa beberapa minit. Wahed secara automatik akan mencadangkan portfolio untuk setiap pengguna berdasarkan bagaimana mereka menjawab soalan-soalan mengenai diri mereka sendiri; dengan mengambil kira keadaan kewangan individu, sikap terhadap risiko, matlamat pelaburan dan kriteria lain.

Model portfolio dikawal selia oleh pengurusan dana profesional Wahed. Pengguna boleh mula melabur dengan serendah RM100 dan hanya membayar sebahagian kecil daripada yuran pengurusan tradisional.

Wahed memastikan bahawa pelabur sentiasa mempunyai portfolio pelbagai, tanpa mengira saiz akaun mereka, justeru itu membolehkan pelaburan yang efisien untuk pelabur dari semua lapisan masyarakat.

Wahed Invest Menerima Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam

Wahed Invest telah berjaya mendapatkan lesen kawal selia daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital pertama di Malaysia.

Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam yang diberikan oleh SC akan membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur tanpa rasa bimbang dalam portfolio patuh syariah dan beretika.

Mengenai Wahed Invest

Wahed Invest (Wahed) menawarkan perkhidmatan pelaburan automatik yang direka untuk pelaburan Syariah dan beretika. Di Malaysia, anak syarikat Wahed Inc; Wahed Technologies Sdn Bhd adalah entiti berlesen yang beroperasi sebagai Pengurus Pelaburan Islam Digital.

Platform ini akan membolehkan pelabur dari semua peringkat pendapatan untuk melabur simpanan mereka secara beretika dan cekap.

Untuk makulmat lanjut berkenaan Wahed Invest, layari www.wahedinvest.com

Naza Kia Malaysia Rewards 62 Loyal Customers With Petrol Cards

Naza Kia Malaysia, the official distributor of Kia vehicles in Malaysia, welcomed 62 winners of the ‘Fuel Your Freedom, Discover Malaysia with Kia’ Contest who received their prize of RM620 worth of petrol cards at a prize-giving ceremony held at Hilton Kuala Lumpur last Saturday.

R. Devaraju, Deputy Group Chief Executive Officer, Automotive Group, Naza Corporation Holdings said, “In true Malaysian spirit, Naza Kia Malaysia held a Merdeka and Malaysia Day themed nationwide campaign called ‘Fuel Your Freedom, Discover Malaysia with Kia’ to celebrate our customers’ new ownership experience with KIA and concurrently encourage Malaysians to take a road trip and explore the diversity that makes Malaysia beautiful and unique.”

“Representing one of the leading Korean car brands in the country, we have sold best-selling KIA models over the years, with each being more advanced in technology, design and safety features with every new model launch.

“We endeavour to continue providing high quality products and services to our loyal customers and make great strides to further elevate the KIA brand,” added Devaraju.

Customers who purchased a KIA car from Naza Kia Malaysia’s dealerships nationwide from the period of 15 th August to 30 th September 2019 were automatically eligible to enter the contest. The 62 winners were then selected randomly by a judging panel.

Two Of The World’s First LNG Dual-Fuel Dynamic Positioning Shuttle Tankers Unveiled In South Korea

AET, leading petroleum tanker owner and operator, named its newest vessels, two of the world’s first LNG Dual-Fuel Dynamic Positioning Shuttle Tankers (DPSTs).

The vessels, the cleanest DPSTs ever built, will emit 40-48% less carbon than equivalent vessels built in 2008, meeting the International Maritime Organization’s (IMO) target of reducing carbon (CO2) emissions by 40% against 2008 baselines by 2030, and halving CO2 emissions by 2050.

These LNG Dual-Fuel DPSTs also emit 85% less SOx, 98% less NOx, 98% less particulate matter and 93% less black carbon particulates than DPSTs burning conventional fuel.

The sister twin-skeg 123,100dwt shuttle tankers, Eagle Blane and Eagle Balder, were unveiled at a naming ceremony held at the Samsung Heavy Industries (SHI) Geoje Shipyard, South Korea.

The vessels will serve Norwegian energy company Equinor on long-term charter for operations both in oilfields on the Norwegian Continental Shelf of the North Sea, Norwegian Sea and the southern Barents Sea, as well as on the UK Continental Shelf.

Powered using liquified natural gas (LNG) as primary fuel, the LNG Dual-Fuel Dynamic Positioning Shuttle Tankers (DPSTs) will also be able to capture 100% of the harmful Volatile Organic Compounds (VOC) which escape into the air from crude oil cargoes during loading and voyage for reuse as a supplementary fuel.

Utilising a more efficient system for dynamic positioning (the activity of ensuring the vessel remains stationary above a specified area of seabed while loading oil at sea), combined with the LNG Dual-Fuelling and VOC Recovery Systems, these vessels will save up to an estimated 3,000 tonnes fuel per year compared with conventional DPSTs of the same size.

The vessels have been constructed by Samsung Heavy Industries (SHI), for AET Sea Shuttle AS (AETSS), a joint venture between Norwegian shipping company ADS Shipping and AET Tankers headquartered in Singapore, as the owner and commercial operator of the vessels.

Project management for the newbuilds was provided by MISC Group’s marine services arm Eaglestar and Norwegian third-party ship management company, OSM Maritime.

Capt. Rajalingam Subramaniam, AET President & CEO and Chairman of AETSS said: “These vessels are proof that environmental sustainability and commercial viability can coexist, and are also testament to the fact that operational performance does not have to be sacrificed in the pursuit of reducing emissions.

The goal was always to leverage our combined experience of AET, ADS and SHI to develop vessels that really push the boundaries in what is possible in North Sea dynamic positioning operations, and to prove the value of LNG Dual-Fuel solutions in the energy shipping segment.”

Commenting at the naming ceremony, Lady Sponsor, Ann-Elisabeth Serck-Hanssen, Senior Vice President for Asset Management in Marketing, Midstream and Processing, Equinor, said: “Taking these vessels on a long-term contract will further enhance our ability to provide safe, efficient and cost competitive energy for our customers, and we are proud to play our part in what is an important step forward in the development of more sustainable energy shipping solutions.”

The twin DPSTs will be propelled by two low pressure dual-fuel two-stroke engines, which fulfil the International Maritime Organisation’s (IMO) Tier III emissions requirements in gas mode without any exhaust gas after-treatment required. Designed for operations in the Norwegian, North and Barents Seas, these DPSTs are equipped with the latest generation of bow loading system and shaft generator with DC switchboard.

Peminat Teruja Bergambar Dengan Pelumba MotoGP 2019

Lebih 200 peminat motosikal di negara ini berpeluang bertemu dan mendapatkan tandatangan dengan beberapa pelumba motosikal dalam sesi Meet & Greet membabitkan tiga pasukan terkemuka di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) Jalan Ampang, hari ini.

TIGA pasukan itu ialah PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha SRT) terdiri daripada Franco Morbidelli (MotoGP), Adam Noorodin (Moto2), John McPhee (Moto3) dan Ayumu Sasaki (Moto3).

Pasukan dari Red Bull KTM Ajo Rider pula ialah Brad Binder (Moto2), Jorge Martin (Moto2) dan Can Oncu (Moto3) manakala dua pelumba dari Pasukan Onexox TKKRSAG diwakili Remy Gardner (Moto2) dan Tetsuta Nagashima (Moto2).

Kesemua pelumba itu hadir sempena Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix (MotoGP) 2019 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, perlumbaan MotoGP pada hujung minggu ini adalah acara perlumbaan antarabangsa paling lama dianjurkan di Malaysia dan bakal menyambut ulang tahun ke-29.

Beliau berkata, kehadiran penonton ke acara itu sejak 1999 hingga 2018 sudah mencecah lebih 1.81 juta orang malah perlumbaan MotoGP turut disaksikan lebih 290 juta rumah membabitkan 59 negara dengan ratusan juta menyaksikannya didalam talian dan berjuta pengikut di media sosial.

Katanya, sejumlah 13 pempamer membabitkan SIC, Onexox TKRR SAG Team, Royal Enfield, Satin Alpha Biker Club, WSF Motor Touring Malaysia, MATA Eyewear, DSL Setia, The Rift, Hype Hotel Port Dickson, Sbkcrew.com, HJC Helmets, Ole-Ole dan Redbull menyertai acara Meet & Greet pada hari ini.

Jom saksikan gambar-gambar menarik sekitar acara Meet & Greet yang dirakan lensa Prebiu.com bersama pelumba-pelumba MotoGP yang berlangsung di MaTic, Jalan Ampang, hari ini.

Post Menarik