Kedua-dua pihak meneroka mekanisme sesuai merangkumi spektrum, kes perniagaan, ekosistem dan teknologi utama ke arah memperkasa Malaysia Digital
Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Huawei Technologies (M) Sdn Bhd (Huawei) baru-baru ini telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi berkolaborasi untuk memacu pengkomersialan 5G di Malaysia apabila negara ini beralih menjadi sebuah Negara Digital.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak sempena TM-Huawei Tech Summit yang diadakan baru-baru ini. Ir. Ts Azizi A. Hadi, Ketua Pegawai Rangkaian, TM telan menandatangani MoU berkenaan bagi pihak TM sementara Zac Chow, Naib Presiden Huawei Malaysia, mewakili Huawei pada majlis itu.
Mengulas mengenai usahasama tersebut, Dato’ Noor Kamarul Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM berkata, ini merupakan perkembangan menarik yang menyaksikan kami bekerjasama dengan sebuah syarikat global seperti Huawei bagi memacu penawaran perkhidmatan 5G kepada rakyat Malaysia.
Sebagai pembekal infrastruktur telekomunikasi nasional bagi aspirasi Negara Digital Malaysia, teknologi 5G akan melengkapkan penawaran-penawaran berwayar, sambungan bertaraf dunia serta infrastruktur digital sedia ada kami.
Ini akan membolehkan kami membawakan lebih banyak rumusan digital inovatif kepada semua pelanggan merentasi pelbagai segmen. TM menerusi produk dan rumusan inovatif dan komprehensif akan terus menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian 4.0 dan pelaksanaan 5G seluruh negara – memberi khidmat kepada masyarakat dan gaya hidup yang lebih digital, perniagaan digital dan vertikal industri serta Kerajaan digital.
Usahasama ini bakal membuka ruang kepada pelaksanaan rangkaian, aplikasi dan rumusan 5G masa depan yang lebih pantas buat kediaman dan perniagaan di Malaysia, serta lebih lagi, selari dengan aspirasi kami untuk memacu Malaysia Digital.”
Sementara itu, Michael Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei berkata: “TM dan Huawei telah berganding bahu untuk selama 15 tahun. Kami telah bersama-sama menghubungkan lebih ramai insan sejak sekian lama dan kini kita berada di persimpangan transformasi digital.
Huawei akan menyokong sepenuhnya aspirasi TM untuk memacu Malaysia Digital, dan akan bekerjasama dengan TM untuk membina Malaysia yang lebih terhubung dan pintar menerusi 5G.”
Di bawah MoU ini, kedua-dua pihak berhasrat meneroka untuk berkolaborasi dengan memanfaatkan kepakaran dan keupayaan teras masing-masing bagi meneroka mekanisme bersesuaian merangkumi spektrum, kes perniagaan, ekosistem dan teknologi utama.
Ini akan termasuk berkolaborasi untuk kajian bersama bagi spektrum 5G dan evolusinya; pembangunan bersama bersesuaian untuk konsep perniagaan baharu dan kes perniagaan bagi kes penggunaan 5G terpilih termasuk tetapi tidak terhad kepada Akses Wayarles Tetap (FWA), Bandar Pintar dan Vehicle-to-Vehicle atau Vehicle-to-Infrastructure (V2X); kajian bersama dalam bidang Inovasi Ekosistem 5G; dan meneroka kerjasama masa depan berkenaan sistem 5G menyeluruh.
Menerusi kolaborasi ini, kumpulan petugas bersama (joint working group) akan ditubuhkan untuk mengenalpasti aspek-aspek perkhidmatan talian tembaga dengan tujuan meningkatkan pengalaman pelanggan menerusi teknologi dan/atau perkhidmatan FWA.
“Dengan kolaborasi ini, kami mengukuhkan lagi peranan sebagai pembekal infrastruktur telekomunikasi nasional bagi aspirasi Negara Digital Malaysia, di mana TM telah mewujudkan tunjang komunikasi di Malaysia dengan sambungan terluas dan rangkaian konvergens,” katanya.
The MOU will allow the benefits of Labuan IBFC to be shared with CCB’s extensive client network through its 15000 branches in China and globally.
LABUAN International Business and Financial Centre Incorporated (Labuan IBFC Inc), the market development agency for Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC), and China Construction Bank Corporation Labuan Branch (CCBL), a branch of China Construction Bank Corporation, have inked a Memorandum of Understanding (MoU) to allow CCBL to promote the benefits of Labuan IBFC to Chinese and Chinese related companies, in addition to supporting the advancement of FinTech development in the jurisdiction.
“We are extremely pleased to be partnering with CCBL, part of the second largest bank in the world, providing a key enabler towards further strengthening our footprint in China and in countries which form the Belt and Road Initiative,” said Farah Jaafar-Crossby, CEO of Labuan IBFC Inc. during the official launch of CCBL in Labuan.
The event was graced by the Director General of Labuan Financial Services Authority Danial Mah Abdullah and Mr Ji Zhihong, Executive Vice President of China Construction Bank.
“Over its 29 years as a midshore jurisdiction, Labuan International Business and Financial Center (LIBFC) has become well recognised by investors for its business-friendly environment that is conducive for business growth,” said Mr Ji Zhihong.
CCBL is one of the 55 banks in Labuan IBFC, playing a vital role in Labuan IBFC’s business ecosystem. The bank also recently obtained approval from Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to conduct digital banking activities, the first bank in Malaysia to be accorded this allowance.
“Labuan IBFC’s readily available structures and solutions and progressive regulatory stance makes the midshore jurisdiction an Asian domicile of choice for digital and fintech players. In fact, more than 25 digital and fintech related licensing approvals were given in 2019 including a new digital asset exchange,” said Jaafar-Crossby.
“With CCBL as our partner, we look forward to making more inroads into China on the fintech/digital front as well.”
This MOU is seen as a key deliverable, from an earlier Regulatory linked MOU between Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) and China Banking and Insurance Regulatory Commission (CBIRC) aimed to foster greater cooperation between Regulators, as well as intermediaries.
This Regulatory MOU also provides for supervisory oversight of cross border branches and subsidiaries of China and Labuan-based banks and insurance entities.
Labuan FSA is one handful jurisdictions with which CBRIC has signed such an agreement with, an accolade and recognition for Labuan FSA and Labuan IBFC, providing for a more seamless and facilitative cross recognition for licensed entities in both jurisdictions.
As Malaysia’s foreign wholesale financial intermediation centre, Labuan IBFC is a known jurisdiction to Chinese entities that have grown to appreciate as a special zone that facilitates international cross-border trades, investments, risk management and financing as well as asset and wealth management. Currently Labuan IBFC is home to close to 300 companies (out of which 35 are licensed entities) directly originating from China.
In order to facilitate more efficient transactions, cost-effective real-time settlement of renminbi-denominated transactions with financial institutions and entities in Labuan IBFC is possible, as is the incorporation of Labuan international business companies with Chinese based name and articles of associations in Mandarin.
Pengeluar kenderaan premium kompak meraikan ulang tahun ke-60 dengan tawaran pemilikan yang menarik
MINI, jenama automotif premium kompak di Malaysia menawarkan warga MINIacs sebuah keistimewaan yang berupa tiga manfaat pemilikan serba baharu mulai hari ini sehingga 31 Disember.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, tahun 2019 menandakan satu lagi pencapaian bagi kami di MINI dalam meraikan ulang tahun yang ke-60, dan kami ingin berkongsi semangat perayaan ini bersama warga MINIacs di seluruh Malaysia yang telah menyumbang kepada pertumbuhan jenama kami selama ini.
“Untuk membawa pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan ke aras baharu, kami
memperkenalkan tawaran masa terhad buat pemilik-pemilik baharu kenderaan daripada
portfolio MINI.”
‘The Great British Deal’ menawarkan ansuran bulanan yang jauh lebih rendah bermula daripada RM2,388 dengan MINI Balloon Financing, pada kadar faedah yang diturunkan bermula daripada 0.77% bagi kenderaan MINI yang dibeli mulai hari ini sehingga 31 Disember 2019.
Pemilik-pemilik baharu juga dapat menikmati rebat insurans bernilai RM2,000 bagi pembelian jentera MINI menerusi pelan pembiayaan MINI tersebut.
Dengan setiap pembelian mana-mana model jentera MINI yang dibuat sepanjang tempoh kempen berkenaan, pembeli tersebut akan menerima satu penyertaan automatik bagi sebuah peraduan di mana seorang pemilik MINI yang bertuah akan dapat dua tiket pelancongan yang ditanggung sepenuhnya ke Great Britain.
Kesemua jentera MINI didatangkan dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 4 Tahun bersama Servis Berjadual Percuma; Bantuan Tepi Jalan 24 Jam serta keahlian MINI Black Card.
Maklumat lanjut mengenai tawaran masa terhad ini boleh didapati di www.mini.my.
Global EV sales are projected to hit 3 million by the year 2021, and even in Malaysia, Plug-in hybrid electric vehicles (PHEVs) have become rather popular in the premium space.
Since 2017, we’ve had PHEVs from Volvo, BMW, MINI and Mercedes-Benz. And now the 100% electric Nissan LEAF and Mercedes-Benz EQC are on the horizon.
While these carmakers are happy to supply their own branded WallBoxes for charging, the aftermarket for such charging stations is pretty sparse in Malaysia. That’s where Circontrol comes in.
Circontrol is bringing a range of EV chargers that can be tailored to any application. They have Wallboxes, Charging Posts, Quick Chargers, as well as Dynamic Load Management software for those operating fleets of EVs.
This Spanish company has been around since 1997 and has deployed over 55,000 charging points across 60 countries since they’ve started. They’ve even worked with brands like Nissan, Audi and Volkswagen on providing OE charging solutions, so you know they make high-quality equipment.
Who would consider using Circontrol’s products?
Say you’re managing a car park of an upmarket condominium, shopping mall or resort. You know more and more of your customers like showing up in their electrified vehicles. Installing charging facilities could be a big draw, especially if they’re brand-neutral.
If you bought your PHEV used and you didn’t get a free Wallbox from the manufacturer, you could consider having one from Circontrol installed. Those living in condos could also petition their management to have at least a few bays installed for shared use.
Private highway operators and petrol station owners that are not getting enough support from Greentech Malaysia for ChargEV stations too could consider installing these.
Private car park facilities looking to find an additional source of revenue could reserve EV bays with these charging stations too.
Say Grab (through their association with Edaran Tan Chong) incentivises Nissan LEAF ownership for ride sharing, Circontrol has the hardware and software to set up fleet charging solutions too.
Whatever the circumstance, Circontrol has a solution. Circontrol products are fully manufactured in Spain.
Product Examples
Circontrol’s range of EV charging solutions is really quite diverse and advanced. On the simpler side of things, they’ve got the Wallbox eHome and Wallbox eNext which is great for private homes.
These have enough features for the average user and have an ABS plastic housing that’s UV resistant for longetivity and are IP54 protected, meaning they are partially protected from contact with harmful dust and sprays/splashes of water from any direction.
Some of their charging stations like the eVolve Smart and eNext Elite can be connected via ethernet port or 3G/GPRS to make management much easier.
The Wallbox eHome Specifications:
Comes ready with a Type 2 cable
7.4kw power
Priced at RM5,300 including installation (additional charges applies outside Klang Valley)
For those who need quick charging solutions, their DC Chargers like the Raption 50, are able to return hundreds of kilometres of electric range in just half an hour. These Fast Charging stations feature modular power technology and power scalability to keep them cost effective and relevant to future advances in EV battery tech.
Circontrol’s products and services are now available through Malaysian distributor, Industrial Automation (M) Sdn Bhd. Industrial Automation has 45 years of experience with electrical and electronic solutions.
Their CEO, Adam Tee, says that his company has the necessary expertise to tackle the market requirements during the shift to electric vehicles. They are working closely with Circontrol to ensure the latest products and the most complete after sales solutions are available here.
Kehadiran model hibrid oleh Honda dalam pasaran Malaysia bukannya sesuatu yang baru kerana pengeluar kenderaan terkemuka dari Jepun ini adalah perintis kepada kenderaan hibrid di negara ini.
HONDA Civic dan Insight adalah antara model awal yang pernah diperkenalkan Honda kira-kira 10 tahun lalu dan penulis masih ingat lagi pengalaman memandu Honda Civic hibrid yang mampu mencapai jarak perjalanan sejauh kira-kira 500 kilometer dengan isian tangki penuh satu ketika dahulu.
Kini, Honda boleh dianggap juara dalam membariskan kenderaasn Hibrid di negara ini kerana tidak ada pesaing lain yang memiliki barisan model Hibrid terbanyak setakat ini.
Justeru, Prebiu.com tidak melepaskan peluang apabila ditawarkan untuk menguji ‘baby’ terbaharu dalam keluarga hibrid Honda ini menerusi model kompak SUV, HR-V Hybrid 1.5L DOHC i-VTEC.
Model HR-V sebelum ini didatangkan dengan enjin berkuasa 1.8 liter SOHC i-VTEC dengan hamburan kuasa 142 PS dan 172 NM serta kotak gear CVT dengan pedal penukar gear.
Bagaimanapun, bagi model hibrid ini ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang turut digunakan pada model City dan Jazz tetapi hamburan kuasanya berbeza kerana enjinnya mampu menghasilkan kuasa sebanyak 132 PS pada 6,600 rpm serta tork sebanyak 156 Nm pada 4,600 rpm.
Padanan sistem hibrid menjadikan kuasa enjinnya dibantu oleh motor elektrik sekali gus menyediakan kuasa tambahan 29.5 PS dari 1,313 rpm hingga 2,000 rpm serta 160 Nm tork dari sifar hingga 1,313 rpm.
Hebatnya apabila memandu enjin berkuasa 1.5 liter ini seakan menyamai kuasa yang biasanya dihasilkan oleh enjin 2.0 liter apabila kuasa keseluruhan yang dimiliki ialah sebanyak 152 PS dan 190 Nm tork.
Daya kuasa pecutan SUV ini memang cukup dirasai apabila dipandu membelah lebuh raya meskipun pada awalnya penulis berasakan enjin hibrid ini dianggap tidak mampu membawa berat badan sebuah SUV ini.
Padanan transmisi klac berkembar (DCT) 7-kelajuan adalah satu kelebihan berbanding menggunakan kotak gear jenis CVT kerana pertukaran gear lebih responsif dan sangat lancar.
Sebagai sebuah SUV hibrid yang pertama dipasarkan di negara ini, HR-V memiliki pelbagai kelebihan bukan sahaja prestasi, praktikaliti dan penjimatan kepada bahan api yang kita sudah sedia maklum bergantung kepada risiko turun naik harga minyak.
Satu lagi kelebihan SUV ini ialah sistem enjinnya cukup senyap ketika penulis menghidupkan enjinnya malah ketika ia bergerak dalam kelajuan biasa kerana kuasa enjinnya ketika itu dijana oleh motor elektrik sepenuhnya sekali gus memberikan tahap penjimatan minyak yang maksimum.
Bagaimanapun, jika ada mahukan kuasa pecutan, tekan sahaja butang Sport ditengah konsol itu dan karektor kereta ini terus berubah menjadi lebih pantas dan enjinnya juga cukup responsif mengikut kelajuan namun akan menyebabkan penggunaan minyak lebih banyak.
Warna lampu pada gelung LED konsol panel meter turut bertukar merah yang menunjukkan transmisi sport sudah diaktifkan.
Model HR-V hibrid ini dilengkapi bateri lithium-ion berkuasa tinggi yang menggunakan bahagian ruang barangan dibelakang menyebabkan tiada tayar gantian disediakan manakala kapasiti ruang hanya 404 liter iaitu berkurangan 33 liter berbanding HR-V biasa (437 liter) namun jika memerlukan ruang tambahan kerusi belakangnya boleh direbahkan.
Sebagaimana sebuah kenderaan hibrid, panel meter SUV ini juga berbeza berbanding biasa dengan menampilkan meter tiga dimensi (3D) yang memaparkan pelbagai informasi mengenai fungsi hibrid, tahap penggunaan dan kecekapan bahan api.
Pengenalan tombol gear yang sama digunakan pada model City dan Jazz hibrid, terus mengekalkan identiti keluarga hibrid yang dikeluarkan oleh Honda.
Penulis cukup seronok menggunakan tombol gear ini kerana ia mudah dikendalikan dengan hanya menolak ke atas (untuk gear undur) manakala ke bawah (gear D) dan untuk memarkir hanya tekan butang P. Cukup mudah bukan?
Kesimpulannya
Meskipun watak HR-V ini sebagai sebuah SUV kompak, namun ia masih dianggap sebagai sebuah kereta keluarga dengan kelebihan saiz badannya yang tegap dan tinggi amat sesuai dipandu meredah banjir kilat yang sering melanda setiap kali hujan lebat di Kuala Lumpur.
Meskipun enjinnya berkuasa 1.5 liter, cukai jalan hanya RM90 berbanding RM279.60 bagi model 1.8 liter dan memiliki prestasi kuasa mengagumkan serta pada masa menjimatkan bahan api menerusi kecekapan sistem enjin Sport Hybrid i-DCD.
Menurut Honda Malaysia Sdn Bhd, sistem bateri hibridnya mendapat jaminan pengeluaran selama lapan tahun tanpa had perbatuan dan gaya penampilan HR-V facelift kali ini lebih menarik dengan rekaan gril hadapan yang baharu manakala lampu belakang yang lebih sporty.
Ciri menarik lain termasuk kerusi penumpang belakang yang boleh dilipat dan direbahkan untuk mendapatkan lebih ruang dilihat cukup praktikal dan ciri itu jarang ada pada sebuah SUV kompak seperti HR-V ini.
Bagi anda seorang peminat SUV yang mahukan kelainan, HR-V Hybrid ini mungkin boleh menjadi pilihan sama ada untuk kegunaan harian ke tempat kerja atau bersantai dihujung minggu.
Dengan tangki isian penuh sebanyak 50 liter, SUV ini mampu mencapai jarak perjalanan sejauh lebih 600 kilometer bergantung kepada tahap kelajuan sama ada pemanduan secara santai ataupun laju.
SPESIFIKASI
Honda HR-V Hybrid 1.5L
Enjin: 4 silinder, 16 injap, Suntikan Terus DOHC i-VTEC
Kuasa maksimum: 132 PS/97kWpada 6,600 rpm (enjin)
: 29.5 PS/22kW pada 1,313 – 2,000 rpm (motor)
Gabungan kuasa : 152 PS (112kW)
Tork maksimum : 156 Nm pada 4,600 rpm (enjin)
: 160 Nm pada 0 – 1,313rpm (motor)
Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2019 (KLFFH 2019), kali ini membawa tema ‘Back To Kampung’ adalah satu acara yang dinanti-nantikan anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Acara ini dilancarkan oleh Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar, Pengarah, Pejabat MOTAC Kuala Lumpur/Putrajaya, Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia bersama-sama dengan Mohd Nazam Harun, Pengarah, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Mohd Akbal Setia, Pengarah, Tourism Malaysia Wilayah Tengah yang juga turut merasmikan Tahun Melawat Malaysia 2020 peringkat Bandaraya Kuala Lumpur.
KLFFH 2019 kali ini telah mempertandingkan beberapa kategori iaitu kategori terbuka, tertutup & wanita. Kategori terbuka telah dimenangi oleh Juara – Kumpulan Budget, tempat ke-2 Kumpulan Kaki Makang & tempat ke-3 Kumpulan Dah Takdir yang masing-masing membawa hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. RM3,000 & RM1,500.
Bagi kategori Wanita dimenangi oleh Juara – One TD, Ke-2 Gigih & Ke-3 Kelisa Rangers. Manakala kategori Tertutup dimenangi oleh Juara – Panda Comel, Ke-2 Gempak! & Ke-3 TMGBC. Yang mana setiap kategori ini masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM500, RM400 & RM300 setiap kumpulan.
Seiring dengan tema ‘Back to Kampung’ maka kali ini warga kota iaitu para peserta telah memburu ‘Jaguh Kampung’ mereka sendiri yang mana ‘Jaguh’ yang dimaksudkan adalah sajian-sajian tradisional rakyat yang terdapat di restoran-restoran makanan tradisi di sekitar Kuala Lumpur.
Yang lebih menarik lagi menu makanan yang selalunya amat ‘biasa’ bagi peserta tempatan & unik bagi peserta luar, perlu dihabiskan dengan masa terpantas dan makanan ini terkenal dengan kepedasan, rempah ratus, keaslian dan keunikan yang tersendiri.
Pastinya cabaran ini telah menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ serta mencabar dan amat menarik untuk disaksikan pada setiap checkpoint restoran yang terlibat.
KLFFH 2019 telah menjadi salah satu acara penting dalam memperkukuhkan pelancongan makanan Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur dan pada tahun ini juga menerima penyertaan dari luar negara.
Acara menarik ini telah dianjurkan selama lebih dari 8 tahun untuk mempromosikan dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan pelancong mengenai keunikan pelbagai jenis makanan istimewa Malaysia dan kali ini makanan tradisional pula diketengahkan.
Jumlah penyertaan untuk KLFFH 2019 adalah seramai 1,000 orang, yang dibahagikan kepada 250 pasukan yang telah berlumba di sekitar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel, dan MRT.
Mereka mesti menyiapkan tugasan di semua 10 lokasi untuk mendapatkan cop ‘Completed’ sebelum menamatkan perlumbaan.
Setiap checkpoint mempunyai cabaran yang tersendiri antaranya termasuk memakan hidangan tradisional seperti masak lemak cili api, patin tempoyak, ayam kampung, gulai daging salai dan banyak lagi, mereka juga perlu bermain permainan tradisional, menjawab soalan yang berkaitan dengan pelancongan di Malaysia dan Kuala Lumpur serta mencari lokasi restoran tradisi terpilih dalam masa terpantas.
Mereka juga perlu mempromosikan hashtags acara seperti #VM2020, #VisitKL, #KLFFH, dan #MalaysiaTrulyAsia dalam posting media sosial sebagai salah satu peraturan dan salah satu usaha untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi melalui media sosial.
Tahun ini KLFFH 2019 mempersembahkan Kuala Lumpur sebagai ‘Hot Spot’ untuk destinasi makanan dari restoran makanan tradisional yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Semasa menikmati pelbagai makanan ini, para peserta khususnya pelancong asing yang menyertainya akan berpeluang untuk meneroka Kuala Lumpur dan mengenali pasti restoran-restoran makanan tradisional istimewa ini.
Hadiah menarik dan hadiah cabutan bertuah telah ditawarkan kepada semua kategori: terbuka, wanita, tertutup dan pasukan antarabangsa. 45 pasukan pertama dari mana-mana kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM23,300.
Terdapat juga banyak barangan lain yang ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah seperti boucer tiket peserbangan Firefly, barangan elektrik, peralatan sukan lasak, baucer makanan dan banyak lagi. Semua hadiah telah ditaja oleh rakan rasmi KLFFH.
MOTAC juga berharap hubungan strategik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), IPTA / IPTS, sektor swasta, NGO, penaja, pemilik restoran dan rakan media akan terus berkembang pada masa akan datang terutamanya dalam menyasarkan 30 juta pengunjung pada tahun 2020.
Pengeluar motosikal premium mempertaruhkan jentera-jentera ikon baharu dalam segmen ‘superbike’ dan ‘roadster’ di MotoGP Malaysia, iaitu acara persukanan terbesar di Malaysia.
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan barisan motosikal baharu terdiri daripada BMW S 1000 RR, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS buat peminat BMW Motorrad di seluruh negara.
BMW S 1000 RR
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, sebagai peneraju industri automotif premium, pihaknya terus berikhtiar untuk menyuntik inovasi ke dalam produk kereta serta motosikal untuk mempersembahkan hanya kualiti terbaik kepada pelanggan.
“Portfolio kami yang terdiri daripada motosikal premium terus melakar pencapaian demi pencapaian yang menjadi tanda aras dalam industri permotoran sejak lebih dari satu abad. Hari ini, motosikal premium kami yang terbaharu untuk segmen Sport dan Roadster sedia untuk ditunggang oleh pelanggan-pelanggan kami di Malaysia!”
“Sehingga ke hari ini, kami telah merekodkan lebih daripada 800 unit motosikal BMW Motorrad yang berjaya diserahkan di seluruh negara. Ia bukan sahaja mencerminkan permintaan kukuh ke atas motosikal kami di Malaysia, malah minat warga Malaysia yang semakin berkembang dalam arena permotoran, dan kami berasa teruja untuk menyaksikan lebih ramai warga Malaysia Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan,” katanya.
Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley berkata, kelajuan, ketangkasan dan prestasi membentuk asas setiap motosikal BMW Motorrad.
“Dalam segmen Roadster, barisan motosikal kami dirumus dengan daya tahan yang tinggi; sama seperti motosikal Superbike kami dalam segmen Sport yang memfokuskan kelajuan serta kelincahan, sepertimana ia telah menjurus kepada kemenangan pelumba-pelumba BMW sejak lebih dari sedasawarsa yang lalu, termasuk kemenangan yang dilakar di Alpe Adria International Motorcycle Championship pada September tahun ini.
“Tiga model baharu yang kami persembahkan pada hari ini pastinya akan terus memberi nafas kepada legasi ini sementara ia merekodkan pencapaiannya yang tersendiri.”
BMW S 1000 RR
Pembangunan baharu dimulakan dari sifar, BMW S 1000 RR terbaharu kini lahir sebagai generasi ketiga. Komponen enjin dan suspensi telah melalui proses pembangunan yang komprehensif untuk kekal menjadi penanda aras dalam sektor superbike, lengkap dengan reka bentuk serba sporty yang mengagumkan.
BMW S 1000 RR didatangkan dengan susun atur baharu pada rangka utamanya – “Flex Frame”, ia membentuk tangki bahan api yang tampak lebih langsing serta seksyen trim ruang tempat duduk untuk membekalkan keselesaan dan sokongan yang lebih baik, termasuk cengkaman untuk bahagian lutut penunggang.
Kesemua elemennya direka secara konsisten untuk memastikan prestasi optimum dapat dikecapi dalam apa jua situasi. Sudut hadapan Superbike baharu ini memperlihatkan siluet yang langsing dan diperkemas. Dengan kombinasi seksyen hadapan yang berparas rendah, ia menzahirkan sebuah penampilan yang tampak lebih ringan, dan serba atletik.
Lengkap dengan rungkup yang pendek, tubuh jentera ini berkedudukan di antara roda dengan sepenuhnya, lantas membuahkan siluet Superbike yang paling ‘sporty’ pernah disaksikan. Lampu hadapan yang terintegrasi menampilkan teknologi LED tanpa reflektor, ia menggabungkan cahaya rendah dan tinggi dalam satu elemen yang kompak.
Pakej M Sport pula melengkapi BMW S 1000 RR baharu dengan Tempat Duduk M Sport yang eksklusif, serta lampu brek yang mempunyai spesifikasi negara, dan set roda gentian karbon “M” – menyerlahkan lagi penampilan sporty jentera ini.
Hadir dengan tahap prestasi yang baharu, BMW S 1000 RR dikuasakan oleh enjin sebaris 4 silinder yang terkini. Enjin canggih tersebut mempunyai kapasiti berjumlah 999 cc serta output maksimum yang lebih tinggi, berjumlah 152 kW / 207 kk pada paras 13,500 rpm, dengan kelajuan tertinggi melebihi 200 km/j.
Jentera baharu ini juga hadir dengan tork yang lebih tinggi, berjumlah 113 Nm pada paras 11,000 rpm, ia mengguna pakai 6.4 liter bahan api bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km.
BMW S 1000 RR turut dilengkapi dengan bateri ringan “M” yang bebas penyenggaraan dengan saiz kuasa berjumlah 12 V / 8 Ah. Bukan itu sahaja, BMW S 1000 RR didatangkan dengan BMW ShiftCam Technology yang membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk.
Menerusi ruang salur masuk yang dikemas kini, sistem enjin dan ekzos yang lebih ringan menyumbang kepada jumlah berat jentera ini yang dikurangkan daripada 208 kg kepada 193.5 kg, lantas meningkatkan prestasi keseluruhannya.
Generasi baharu komponen suspensi elektronik Dynamic Damping Control (DDC) juga merupakan sebahagian daripada motosikal ini. Dibangunkan secara khusus buat BMW S 1000 RR, DDC berkenaan tidak memerlukan sebarang kompromi dari segi penetapan sistem suspensi.
BMW S 1000 RR terbaharu juga didatangkan dengan empat mod tunggangan sebagai standard – “Rain”, “Road”, “Dynamic” dan “Race”. Tambahan lagi, Superbike ini bakal menampilkan “Pro Modes” yang menawarkan tiga lagi mod tunggangan – “Pro 1”, “Pro 2” dan “Pro 3”.
Kesemuanya membolehkan adaptasi tersendiri ke atas fungsi-fungsi kawalan dapat dibuat seperti DTC, ABS Pro dan pengesanan “DTC Wheelie”, termasuk keluk pendikit (pelarasan tork) dan Brek Enjin. Kawalan Pelancar (Launch Control) juga disediakan untuk memastikan kenderaan ini dapat dilancarkan dengan sempurna di litar lumba, berserta dengan “Pit Lane Limiter” yang dapat dikonfigurasikan untuk membolehkan kelajuan yang tepat dikecapi di laluan henti.
Penukaran gear tinggi dan rendah yang boleh dibuat dengan pantas tanpa klac disumbangkan oleh HP Shift Assistant Pro, yang juga ditawarkan sebagai standard.
Panel instrumen BMW S 1000 RR baharu turut disuai semula, ia menampilkan skrin TFT 6.5 inci yang menawarkan tahap kebolehbacaan yang tinggi – walaupun dalam situasi pencahayaan yang kurang sesuai. Ia dihubungkan dengan “Multi Controller” pada panel bar hendal di sebelah kiri dan ia boleh dioperasikan dengan segera, selamat dan mudah.
Skrin paparan yang disuaikan secara peribadi juga menawarkan pelbagai kegunaan kepada penunggang. Skrin “Pure Ride” memaparkan semua informasi yang diperlukan untuk kegunaan lazim di atas jalan raya, manakala tiga skrin “Core” ditujukan untuk digunakan di litar lumba.
Ia dibelakangi oleh rekaan dinamik yang menampilkan warna-warna BMW M. Pelet warna BMW Motorsport merangkumi “Racing Blue”, “Lightwhite” dan “Racing Red” yang menonjolkan DNA perlumbaan BMW M.
BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS
Jentera BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS terbaharu dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ yang dibangunkan semula secara signifikan untuk membuahkan kuasa dan tork lebih tinggi – iaitu sebuah kemajuan yang diterajui oleh BMW Motorrad, ia bakal menunjangi industri permotoran pada tahun-tahun yang akan datang.
BMW R 1250 R
Hadir dengan reka bentuk Style HP yang rapi, BMW R 1250 R memperlihatkan kualiti jentera Roadster yang lasak bersama kombinasi warna Lightwhite, Racing Blue dan Racing Red. Lightwhite mewarnai rangka utama, pelitup roda hadapan serta ia disinambungkan dengan grafik pada elemen trim di bahagian sisi tangki bahan api, serta di seksyen belakang.
Kontras yang tulen diberikan oleh rangka utama dalam warna matte hitam serta set roda tuangan yang disadur dalam warna hitam “Night Black”.
Keterampilan serba sporty diserlahkan lagi melalui tiub gelangsar fork (fork slider) bersadur material perak, angkup brek emas, dan spoiler enjin digubah menggunakan keluli tahan karat.
BMW R 1250 RS terbaharu pula hadir dengan “Style Exclusive” yang menampilkan kemasan yang elegan pada bahagian tubuhnya dalam warna biru “Imperial Blue”.
Kepala silinder melitupi rangka utama dalam warna kelabu matte “Agate Grey” yang membuahkan kontras yang lebih tajam. Dengan tempat duduk yang menampilkan corak rekaan timbul berwarna hitam pada seksyen belakang, rangka utama yang disadur dalam warna matte hitam memberikan motosikal ini sebuah penampilan yang tampak kemas.
Pelitup roda hadapan, elemen trim radiator, trim bahagian atas, pelitup tangki bahan api dan seksyen sisi belakang berwarna Imperial Blue. Sementara itu, angkup brek emas dan tiub gelangsar hadir dalam warna perak. LED lampu tunggangan waktu siang kini ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua jentera ini.
BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ dengan kapasiti berjumlah 1,254 cc yang mampu menjana output mencecah 100 kW / 136 kk pada paras 7,750 rpm, serta puncak tork berjumlah 143 Nm pada paras 6,250 rpm.
BMW R 1250 RS
Enjin baharu tersebut menawarkan kadar emisi yang ditambah baik, ia merekodkan 110 g/km, serta tahap penggunaan bahan api berjumlah 4.75 liter bagi setiap 100 km, disinambungkan dengan profil bunyi yang benar-benar memuaskan.
Untuk tujuan ini, BMW ShiftCam Technology digunakan buat pertama kali, ia membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk.
Di samping itu, aci sesondol salur masuk kedua-dua model juga direka semula untuk menzahirkan proses pembakaran yang lebih efektif, dan perubahan teknikal seperti pembekalan minyak yang dioptimumkan, injap injeksi dwijet serta sistem ekzos baharu membezakan jentera-jentera ini daripada iterasi model yang terdahulu.
Kedua-dua motosikal berkenaan hadir dengan dua mod tunggangan sebagai standard agar motosikal tersebut dapat disesuaikan mengikut kemahuan penunggang. Kawalan Stabiliti Automatik (Automatic Stability Control) yang standard membekalkan tahap keselamatan tunggangan yang tinggi menerusi fungsi cengkaman yang cemerlang.
Bantuan Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) juga merupakan ciri standard, ia membolehkan pengguna jentera ini berhenti dan memulakan perjalanan di bahagian jalan yang curam.
BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS turut dilengkapi dengan “Riding Modes Pro”, ia menampilkan mod tunggangan tambahan, “Dynamic” dan “Dynamic Pro”, serta Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control atau “DTC”) yang membekalkan kadar pecutan yang lebih efisien dan selamat, khususnya Kawalan Brek Dinamik (Dynamic Brake Control) yang menawarkan ciri-ciri keselamatan tambahan ketika membrek dengan mengelakkan pecutan secara tidak sengaja daripada diaktifkan.
Kedua-dua jentera tersebut kini membawakan “Connectivity” sebagai kelengkapan standard, sebuah kluster instrumen multifungsi dengan skrin TFT 6.5” berwarna penuh.
Menerusi BMW Motorrad Multi-Controller, ia bermakna penunggang boleh mengakses fungsi kenderaan dan keterhubungan dengan segera dan mudah. BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS turut dilengkapi dengan fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride) agar para pengguna dapat mengamati sebuah pengalaman yang serba baharu dan menyenangkan.
Dengan pelancaran kedua-dua model ini, BMW Motorrad telah melengkapkan perungkaian enjin 1,250 cc yang baharu dengan BMW ShiftCam Technology ke dalam pasaran.
Perkhidmatan Pembiayaan
Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW S 1000 R terbaharu bermula daripada RM1,690.00 setiap bulan, BMW R 1250 R terbaharu bermula daripada RM1,250.00 setiap bulan, dan BMW R 1250 RS terbaharu bermula daripada RM1,300 setiap bulan.
Angka yang dinyatakan ini adalah berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh 4 tahun.
Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) motosikal-motosikal BMW Motorrad yang terbaharu ialah:
BMW S 1000 RR Terbaharu : RM138,500 BMW R 1250 R Terbaharu : RM102,500 BMW R 1250 RS Terbaharu : RM106,500
Regional level competition co-organised by the Selangor Youth Community draws in participation of 350 young gymnasts; D.Y.T.M. Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah attended as Guest of Honour
The Malaysian Gymnastics Federation (MGF), Malaysia’s national sports association for the development of the sport of gymnastics nationwide, successfully held the MGF Princess Rhythmic Gymnastics Championship on 26-27 October 2019 at the Dato’ Teo Hang Sam Auditorium, UOW Malaysia KDU University College, Glenmarie Campus.
The regional level competition – the second event of the series following a similar competition held last month in Raja Melewar, Negeri Sembilan – took place in Selangor in cooperation with the Selangor Youth Community (SAY), the royal foundation of Selangor which seeks to create a community of youth, for youth and run by youths themselves.
The event, whose Guest of Honour was D.Y.T.M. Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, the Raja Muda of Selangor, saw the participation of 350 youths aged between 3 to 9 years old.
The focus of the competition was to continue the MGF’s efforts to unearth the talent of young rhythmic gymnasts in Malaysia at the grassroots level and cultivate their development to create a new generation of athletes that can compete at the regional, international and Olympic levels of the sport.
“We are proud to have successfully hosted this year’s Princess Rhythmic Gymnastics Championship, especially considering the strong turnout of young athletes which bodes well for the future of gymnastics in Malaysia,” said Rachel Lau, President of the MGF.
“The development of gymnastics, as a sport in Malaysia, requires more focus as it promotes core motor skills and develops great sportsmanship as well as important values such as perseverance, discipline, teamwork and resilience.
“We are therefore honoured to have had the backing of the D.Y.T.M. Tengku Amir Shah and the SAY foundation to identify the young talents and help them grow to be able to compete under the Malaysian flag on the international stage.”
Penerbangan 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke “Hawaii of Japan” menerusi Taipei
AirAsia mengumumkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha, mengukuhkan posisi syarikat penerbangan Malaysia dengan jaringan hubungan dan kapasiti tertinggi di Jepun.
Perkhidmatan dengan kekerapan empat kali seminggu menerusi Taipei ini akan mula beroperasi pada 22 Januari 2020 (tertakluk kepada kelulusan kawal selia), dan akan menjadi destinasi antarabangsa AirAsia yang keenam di Jepun selepas Tokyo (Haneda dan Narita), Osaka, Sapporo, Fukuoka dan Nagoya (menerusi Bangkok).
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, “Perkembangan pesat kami ke Jepun diteruskan selepas melancarkan Fukuoka dan Tokyo Narita awal tahun ini.
“Okinawa adalah kepulauan indah yang menawarkan pengalaman budaya negara Jepun yang berbeza bagi para pelancong, dengan pesisiran pantai bersih dengan air jenih, pusat menyelam yang terkenal dan hidangan istimewa Ryukyu.
“Seperti Fukuoka, kami sedang membuka laluan supaya lebih banyak penerbangan dari syarikat penerbangan di kalangan Kumpulan AirAsia juga dapat menawarkan perkhidmatan ke Okinawa dalam masa terdekat ini bagi terus mengukuhkan jaringan hubungan serantau dan membolehkan lebih ramai pelancong berkunjung dan meneroka budaya dan warisan destinasi hebat ini.”
Tambang bagi ahli dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha bermula dari RM239* sehala bagi tempat duduk biasa dan RM899* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah, tersedia di airasia.com dari sekarang hingga 2 November 2019 bagi tempoh perjalanan antara 22 Januari 2020 dan 27 Mac 2020.
Para tetamu dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha tidak perlu mendapatkan visa bagi hentian selama satu jam lima belas minit di Taipei dan boleh kembali ke tempat duduk mereka setelah selesai pemeriksaan keselamatan bagi bagasi dan barangan peribadi dalam kabin mereka.
Okinawa adalah satu dari 47 Daerah yang terdiri dari 160 pulau yang terletak di timur Laut China. Dengan keunikan budaya dan hidangan tempatan, Okinawa telah menjadi destinasi percutian utama bagi masyarakat Jepun, sementara iklim subtropika, keindahan dasar laut dan cara hidup yang lebih relaks menarik perhatian pelancong antarabangsa yang mahukan pengalaman berbeza jika dibandingkan dengan kesibukan destinasi kota raya Jepun yang lain.
* Tambang termasuk semua yang disebut adalah penerbangan sehala bagi Ahli AirAsia sahaja. Tambang termasuk semua bermual dari RM244 sehala termasuk cukai. Rujuk terma dan syarat, sila rujukdi sini.
Sidang kemuncak telah menarik lebih daripada 500 perwakilan dari sektor Korporat, Kerajaan dan PKS
Lebih dari 500 pemimpin perniagaan tempatan dan antarabangsa dari sektor Korporat, Kerajaan dan PKS tempatan menyertai Maxis Business SPARK Summit 2019 pertama di EQ Hotel Kuala Lumpur.
Bertemakan ‘Menyala Inovasi’, persidangan telah membentangkan pemerhatian yang mendalam tentang kemajuan pesat dalam teknologi dan gangguan inovasi bagi perniagaan dan gaya hidup digital kini.
Menyampaikan ucapan utama di majlis ialah Gobind Sing Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Turut hadir Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis.
Gobind Singh berkata, kerajaan Malaysia mengiktiraf impak IR 4.0 terhadap ekonomi dan masyarakat.
“Peranan kami adalah dalam menyediakan persekitaran yang kondusif bagi teknologi baru untuk dimanfaatkan. Perniagaan harus mengadaptasi dan melengkapkan diri dengan pengetahuan digital dalam masa yang terdekat agar dapat mengelak risiko ditinggalkan dalam daya saing global.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis kerana menganjurkan persidangan ini dan bertindak sebagai pemangkin untuk membawa pemahaman teknologi global yang selari dengan cita-cita kerajaan dalam memacu ekonomi digital demi kemajuan semua perniagaan di Malaysia”.
Sementara itu, Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis berkata, pihaknya amat teruja kerana persidangan ini telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan perusahaan.
“Malaysia mempunyai potensi dan peluang yang besar untuk menjadi pemimpin teknologi di arena dunia. Maxis Business SPARK Summit 2019 ini menggariskan cita-cita kami untuk menjadi syarikat penyelesaian terkemuka di Malaysia, dan kami komited untuk membantu perniagaan sentiasa maju kehadapan.
“Kami berharap persidangan ini dapat dijadikan platform untuk peluang perkongsian dan perciptaan penemuan masa hadapan”.
Paul McManus, Ketua Pegawai Perusahaan Perniagaan, Maxis berkata, Maxis sentiasa menyediakan penyelesaian lengkap bagi perusahaan tetap dan mudah alih.
Pemimpin ‘Futurist’ dan Ketua Pegawai Eksekutif Tomorrow, Mike Walsh turut menyampaikan pembentangan utamanya bertajuk ‘Transformasi 2030 dan seterusnya’.
Penulis buku terlaris, The Alogrithmic Leader telah berkongsi pandangan tentang eksploitasi platform digital bagi memandu pertumbuhan pesat, pengalaman pelanggan dan memupuk generasi akan datang dan pemimpin algoritma seterusnya.
Sesi panel yang diadakan telah memberi perspektif dan pandangan baru kepada para delegasi bagi memperkasa perniagaan melalui teknologi baru. Topik terdiri daripada Internet Perkara (IoT) & Industri 4.0, Perkomputeran Awan, 5G, Data Raya dan A.I, Mobiliti, Rangkaian dan Keselamatan.
Panelis juga turut membincangkan penyediaan perniagaan untuk 5G, membuka peluang produktif dengan IoT dan keutamaan keselamatan siber bagi setiap perniagaan.
Persidangan turut menampilkan pameran Penyelesaian Pintar yang merangkumi lima sektor termasuk Smart Office, Smart City, Smart Retail, Smart Factory dan Smart Farming.
Sepanjang tahun lalu, Maxis telah banyak membantu organisasi dalam membentuk dan mengadaptasi teknologi dalam perniagaan selaras dengan inisiatif transformasi digital dan agenda ekonomi digital kerajaan.
Initiatif utama selari dengan komitmen ini termasuk perkongsian dengan MDEC bagi pembangunan ekosistem IoT, Cisco bagi rangkaian perisian tetap dan Huawei bagi percepatan 5G negara.
Maxis Business SPARK Summit 2019 juga telah membawa bersama rakan industri seperti AWS, Cisco, Huawei, IBM, Microsoft, Samsung dan Vodafone.