Sidang kemuncak telah menarik lebih daripada 500 perwakilan dari sektor Korporat, Kerajaan dan PKS

Lebih dari 500 pemimpin perniagaan tempatan dan antarabangsa dari sektor Korporat, Kerajaan dan PKS tempatan menyertai Maxis Business SPARK Summit 2019 pertama di EQ Hotel Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Menyala Inovasi’, persidangan telah membentangkan pemerhatian yang mendalam tentang kemajuan pesat dalam teknologi dan gangguan inovasi bagi perniagaan dan gaya hidup digital kini.

Menyampaikan ucapan utama di majlis ialah Gobind Sing Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Turut hadir Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis.

Gobind Singh berkata, kerajaan Malaysia mengiktiraf impak IR 4.0 terhadap ekonomi dan masyarakat.

“Peranan kami adalah dalam menyediakan persekitaran yang kondusif bagi teknologi baru untuk dimanfaatkan. Perniagaan harus mengadaptasi dan melengkapkan diri dengan pengetahuan digital dalam masa yang terdekat agar dapat mengelak risiko ditinggalkan dalam daya saing global.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis kerana menganjurkan persidangan ini dan bertindak sebagai pemangkin untuk membawa pemahaman teknologi global yang selari dengan cita-cita kerajaan dalam memacu ekonomi digital demi kemajuan semua perniagaan di Malaysia”.

Sementara itu, Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis berkata, pihaknya amat teruja kerana persidangan ini telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan perusahaan.

“Malaysia mempunyai potensi dan peluang yang besar untuk menjadi pemimpin teknologi di arena dunia. Maxis Business SPARK Summit 2019 ini menggariskan cita-cita kami untuk menjadi syarikat penyelesaian terkemuka di Malaysia, dan kami komited untuk membantu perniagaan sentiasa maju kehadapan.

“Kami berharap persidangan ini dapat dijadikan platform untuk peluang perkongsian dan perciptaan penemuan masa hadapan”.

Paul McManus, Ketua Pegawai Perusahaan Perniagaan, Maxis berkata, Maxis sentiasa menyediakan penyelesaian lengkap bagi perusahaan tetap dan mudah alih.

Pemimpin ‘Futurist’ dan Ketua Pegawai Eksekutif Tomorrow, Mike Walsh turut menyampaikan pembentangan utamanya bertajuk ‘Transformasi 2030 dan seterusnya’.

Penulis buku terlaris, The Alogrithmic Leader telah berkongsi pandangan tentang eksploitasi platform digital bagi memandu pertumbuhan pesat, pengalaman pelanggan dan memupuk generasi akan datang dan pemimpin algoritma seterusnya.

Sesi panel yang diadakan telah memberi perspektif dan pandangan baru kepada para delegasi bagi memperkasa perniagaan melalui teknologi baru. Topik terdiri daripada Internet Perkara (IoT) & Industri 4.0, Perkomputeran Awan, 5G, Data Raya dan A.I, Mobiliti, Rangkaian dan Keselamatan.

Panelis juga turut membincangkan penyediaan perniagaan untuk 5G, membuka peluang produktif dengan IoT dan keutamaan keselamatan siber bagi setiap perniagaan.

Persidangan turut menampilkan pameran Penyelesaian Pintar yang merangkumi lima sektor termasuk Smart Office, Smart City, Smart Retail, Smart Factory dan Smart Farming.

Sepanjang tahun lalu, Maxis telah banyak membantu organisasi dalam membentuk dan mengadaptasi teknologi dalam perniagaan selaras dengan inisiatif transformasi digital dan agenda ekonomi digital kerajaan.

Initiatif utama selari dengan komitmen ini termasuk perkongsian dengan MDEC bagi pembangunan ekosistem IoT, Cisco bagi rangkaian perisian tetap dan Huawei bagi percepatan 5G negara.

Maxis Business SPARK Summit 2019 juga telah membawa bersama rakan industri seperti AWS, Cisco, Huawei, IBM, Microsoft, Samsung dan Vodafone.