Penerbangan 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke “Hawaii of Japan” menerusi Taipei

AirAsia mengumumkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha, mengukuhkan posisi syarikat penerbangan Malaysia dengan jaringan hubungan dan kapasiti tertinggi di Jepun.

Perkhidmatan dengan kekerapan empat kali seminggu menerusi Taipei ini akan mula beroperasi pada 22 Januari 2020 (tertakluk kepada kelulusan kawal selia), dan akan menjadi destinasi antarabangsa AirAsia yang keenam di Jepun selepas Tokyo (Haneda dan Narita), Osaka, Sapporo, Fukuoka dan Nagoya (menerusi Bangkok).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, “Perkembangan pesat kami ke Jepun diteruskan selepas melancarkan Fukuoka dan Tokyo Narita awal tahun ini.

“Okinawa adalah kepulauan indah yang menawarkan pengalaman budaya negara Jepun yang berbeza bagi para pelancong, dengan pesisiran pantai bersih dengan air jenih, pusat menyelam yang terkenal dan hidangan istimewa Ryukyu.

“Seperti Fukuoka, kami sedang membuka laluan supaya lebih banyak penerbangan dari syarikat penerbangan di kalangan Kumpulan AirAsia juga dapat menawarkan perkhidmatan ke Okinawa dalam masa terdekat ini bagi terus mengukuhkan jaringan hubungan serantau dan membolehkan lebih ramai pelancong berkunjung dan meneroka budaya dan warisan destinasi hebat ini.”

Tambang bagi ahli dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha bermula dari RM239* sehala bagi tempat duduk biasa dan RM899* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah, tersedia di airasia.com dari sekarang hingga 2 November 2019 bagi tempoh perjalanan antara 22 Januari 2020 dan 27 Mac 2020.

Para tetamu dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha tidak perlu mendapatkan visa bagi hentian selama satu jam lima belas minit di Taipei dan boleh kembali ke tempat duduk mereka setelah selesai pemeriksaan keselamatan bagi bagasi dan barangan peribadi dalam kabin mereka.

Okinawa adalah satu dari 47 Daerah yang terdiri dari 160 pulau yang terletak di timur Laut China. Dengan keunikan budaya dan hidangan tempatan, Okinawa telah menjadi destinasi percutian utama bagi masyarakat Jepun, sementara iklim subtropika, keindahan dasar laut dan cara hidup yang lebih relaks menarik perhatian pelancong antarabangsa yang mahukan pengalaman berbeza jika dibandingkan dengan kesibukan destinasi kota raya Jepun yang lain.

* Tambang termasuk semua yang disebut adalah penerbangan sehala bagi Ahli AirAsia sahaja. Tambang termasuk semua bermual dari RM244 sehala termasuk cukai. Rujuk terma dan syarat, sila rujuk di sini.

bm oka.PNG