Utama Blog Halaman 800

Matrade To Boost Trade With South Korea In High-Value Sectors

MATRADE’s recent participation in a trade mission to Republic of Korea (ROK) highlighted strong prospects for Malaysia to increase trade with the ROK in high-value sectors

MALAYSIA External Trade Development Corporation (MATRADE) has identified a huge potential to boost Malaysia-Republic of Korea (ROK) trade collaborations in high-value and high technology-driven industries following its participation in 2019 ASEAN-ROK Commemorative Summit in Busan recently.

The high-value sectors include transportation, electrical vehicle, high-speed rail and train, Halal, Chemicals and financing.

Malaysia’s participation at the Summit was led by Malaysian Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad and was also supported by Malaysian Government bodies such as Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Halal Development Industry Corporation (HDC), Invest Selangor and Tourism Malaysia.

In conjunction with the Summit, two Malaysian exhibitors who are also MATRADE members namely Usaha Strategik Sdn Bhd and We Build Easy Sdn Bhd have taken part in a showcase. At the showcase, the companies received many enquiries from other countries keen to source for their services.

Usaha Strategik Sdn Bhd is a fully-owned Bumiputera company that is involved in sustainable and quality biomass fuel pallet research, which demand can be found in the ROK, Japan and China.

Meanwhile, We Build East Sdn Bhd specialises in re-shaping the future of property ownership by providing end-to-end services, using immersive and emerging technologies to showcase properties across South-East Asia.

“This engagement was a stepping stone for us to introduce our biomass products which derived from palm oil waste, and expand our business globally. A big thank you to MATRADE and MIDA for trusting and giving us this opportunity. We hope our presence there was able to promote Malaysia in the area of sustainability too,” said Za’im Hadi Meskam, Executive Director of Usaha Strategik.

“The event was an eye opener for us and an important exposure for our company to the international business community. We are very grateful to MATRADE and MIDA for the opportunity and from this participation we are able to better strategise our operations moving into 2020 and beyond,” Tan Yong Meng, Co-Founder and CEO of We Build Easy said.

According to MATRADE Trade Commissioner in ROK, Norharliza Yunos, the feedback received by the companies was overwhelming as many Koreans are aware of Malaysia’s pro-business environment and Malaysian companies capabilities to supply to the world.

“Seeing the positive response given to Malaysia, MATRADE Seoul will strengthen our engagements with the ROK’s businesses and match them with capable Malaysian companies in our database,”

Norharliza said adding that in 2018, ROK was Malaysia 8th largest trading partner and is currently one of Malaysia’s key markets. Moving forward, MATRADE will be inviting businesses in the ROK to take part in MATRADE’s iconic trade fair, Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2020 which will take place from 1 – 4 April 2020 at MITEC, Kuala Lumpur.

The event, also the largest Halal trade fair in the world will be an ideal platform for South Korean businesses to be introduced to Malaysian companies in the said high-value sectors.

The ASEAN-ROK Commemorative Summit was organised from 25 to 26 November by the ROK Government to celebrate the 30th Anniversary of the Establishment of ASEAN-ROK Dialogue Relations.

The event has successfully gathered all ASEAN leaders and symbolises ROK’s New Southern Policy and was the largest international meeting hosted by the ROK Government.

Antara Sedih, Kecewa Dan Seronok – Model Ikonik Beetle Ucap Selamat Tinggal -PANDU UJI

Tiga perkara ini tentu sekali bermain difikiran mereka yang pernah membesar dengan model ikonik, Volkswagen Beetle yang terkenal dengan pelbagai gelaran diberikan seperti ‘Bug’ atau kumbang, kereta ‘kodok’ dan sebagainya.

Semua ini sudah berakhir apabila unit pengeluaran terakhir bagi Beetle generasi ketiga di kilang pemasangannya di Puebla, Mexico telah disempurnakan pada Julai lalu.

Unit terakhir sebuah coupe dalam warna Stonewashed Blue itu dipamerkan di muzium Volkswagen di bandar berkenaan.

Mengapa penulis mengaitkan perasaan sedih kerana unit Beetle sudah tidak lagi dihasilkan selepas pertama kali model itu dipasang di Shah Alam pada tahun 1968. Sudah tentu banyak kenangan manis dan pahit kepada mereka yang pernah memandu, memiliki atau menaiki kereta dua pintu ini suatu ketika dahulu.

Perasaan kecewa pula ialah tidak semua orang mampu memiliki model ikonik ini kerana difahamkan Beetle adalah model paling laris keluaran Volkswagen di Malaysia kerana setiap kali model itu dikeluarkan ia pasti sudah habis ditempah dan menjadi koleksi ‘garaj’ bagi mereka yang mampu memilikinya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadi salah satu pemiliknya, tentu sekali perkataan ‘seronok’ jelas tergambar dalam fikiran kerana tentu bangga menyimpannya. Manalah tahu satu hari nanti harga kereta ini tiba-tiba ‘melonjak’ disebabkan permintaan daripada mereka yang memang mahu membelinya.

Jadi, nasihat penulis simpan dan jaga baik-baik Beetle anda ini yang sudah menjadi salah satu koleksi ‘penting’ dalam sejarah automotif dunia.

Prebiu.com yang diberi peluang memandu sebuah Beetle berwarna merah Tornado ini cukup teruja apabila dipelawa dan merakam gambar kereta ini yang menjadi kenangan manis kepada penulis.

Memetik kata-kata Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Erik Winter berkata, “Semua benda yang baik akan berakhir, dan sama juga dengan model global yang laris ini.

“Beetle mempunyai sejarah yang panjang di Malaysia, ia merujuk kembali pada waktu ia dipasang di Shah Alam pada tahun 1968. Malah, kebanyakan warga Malaysia membesar dengan cerita tersendiri bersama kereta ini,” katanya.

Mengikut sejarah pengeluaran Beetle, model generasi kedua dan ketiga Beetle dikeluarkan dari kilang Puebla, Mexico. Bagi versi generasi kedua pula, ia mula dipasang dan dikeluarkan pada 1998 dan mencatatkan angka jualan 1.2 juta unit sehingga diakhir tempoh pengeluarannya pada 2010.

Generasi ketiga pula mula diperkenalkan pada 2011 dengan lebih 500,000 unit dikeluarkan sejak itu.

Model asal Beetle atau lebih dikenali dengan Type 1 di Amerika Syarikat terjual sebanyak 21.5 juta unit sepanjang hayatnya, dengan pengeluaran terakhir turut dijalankan di Puebla pada 2003.

Keseluruhannya, dua generasi terakhir Beetle yang dikeluarkan itu terdiri daripada 23 warna luaran, 32 kemasan dalaman, 13 padanan sistem jana kuasa yang berbeza serta 19 edisi istimewa termasuk Dune, Denim, Coast dan #PinkBeetle terjual di 91 pasaran seluruh dunia.

Seperti anda sedia maklum, Volkswagen telah memutuskan tahun ini adalah tahun terakhir untuk pengeluaran model ikonik, Beetle.

Memetik kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Group Amerika, Scott Keogh berkata, penamatan pengeluaran Beetle ini akan memberi ruang kepada pengeluaran SUV kompak terbaru syarikat itu untuk dikeluarkan dari kilang Puebla berkenaan.

SUV kecil di bawah Tiguan itu akan turut disertai oleh Atlas, sebuah SUV untuk pasaran Amerika Utara.

Bagi pasaran Malaysia, VCPM turut memperkenalkan model keluaran istimewa ini Beetle Collector’s Edition yang hanya dikeluarkan sebanyak 75 unit dan ditawarkan dalam warna Blue Silk, Pure White, Hanabero Orange dan Tornado Red.

Dijual pada harga RM164,390, setiap pembelian akan menerima sijil pemilikan khas, jaminan lima tahun tanpa had batuan, bantuan tepi jalan lima tahun dan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

Keistimewaan kereta ini adalah ia didatangkan dengan aksesori yang bernilai RM12,000, yang termasuk spoiler belakang, pelekat hiasan, muncung ekzos krom, pedal sports aluminium, scuff plate, penapis haba cermin Volkswagen serta lencana tanda nombor pengeluaran.

Tiada perubahan mekanikal yang dilakukan pada Beetle Collector’s Edition ini, dan ia masih lagi dikuasakan oleh enjin empat silinder petrol 1.2 liter TSI yang mampu menghasilkan 103 hp pada 5,000 rpm dan 175 Nm tork pada 1,550 rpm serta transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Untuk pembaca Prebiu.com, penulis sertakan gambar-gambar menarik varian VW Beetle Sport untuk tatapan anda semua.

Apa yang menarik ialah warna merah ini seakan disimbah dari luar hingga ke dalam kereta ini cuma bernasib baik kerusi saduran kulitnya tidak merah.

Warna ini cukup menarik perhatian sesiapa sahaja yang melintasi kereta ini kerana kita sedia maklum model ini adalah satu simbol ikonik kebanggaan Volkswagen di seluruh dunia.

Beetle Sport 

Spesifikasi Beetle 1.2 TSI
  • Enjin: 1,197 cc, empat silinder petrol, turbo cas
  • Kuasa maksimum: 77 kW (105 PS) | 5,000-5,500 rpm
  • Tork maksimum: 175 Nm | 1,400-4,000 rpm
  • Transmisi: DSG 7-kelajuan direct shift gearbox (DSG)
  • Ciri keselamatan: 4 beg udara, ABS, EDS, MSR, ESC dan ASR
  • Tayar : 215/55 R17
  • Tangki minyak : 55 Liter
  • Harga: RM152,390 (tidak termasuk insurans)

Maxis Tawar Apple Watch Series 5 Melalui Zerolution

Apple Watch Series 5, iPad dan Apple TV 4K kini boleh didapati melalui Maxis Zerolution dari 13 Disember

MAXIS mengumumkan bahawa ia akan menawarkan Apple Watch Series 5 yang baru, memaparkan paparan Always-On, komunikasi terobosan, keupayaan kecergasan dan kesihatan bersama selular terbina dalaman.

Pelanggan boleh mendapati Apple Watch Series 5, iPad dan Apple TV 4K bermula 13 Disember melalui Maxis Zerolution – dengan bayaran bulanan yang menarik, tanpa kadar faedar, pembayaran pendahuluan dan kad kredit.

Maxis juga menawarkan dua rancangan baru untuk membolehkan sambungan bagi Apple Watch Series 5 dan peranti iPad.

Dengan pelan Maxis Postpaid Watch, pengguna boleh berkongsi kuota mudah alih, suara, SMS dan kuota data mereka dengan Apple Watch, walaupun iPhone tidak berdekatan atau dikuasakan dengan hanya RM 18/sebulan.

Setiap langgangan juga termasuk percubaan selular pengenalan tiga bulan percuma. Juga pada RM 18/sebulan adalah pelan Maxis Postpaid Tablet yang menawarkan pengalaman iPad terbaik dengan menggabungkan peranti iPad dengan data berkelajuan tinggi 5GB.

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menaik taraf kepada data 10GB dan berkongsi akses Data Pool.

“Kami amat teruja untuk menawarkan Apple Watch Series 5 dengan sambungan selular, menawarkan pengalaman yang bebas dari kembimbangan menerusi program Zerolution kami.

“Dengan permintaan tinggi untuk peranti mudah alih, kami telah menambah satu barisan produk dan perancangan baru untuk pelanggan kami mendapat pengalaman terbaik daripada produk Apple mereka. Pelan baru ini akan membolehkan para pelanggan menikmati pemilikan mudah dan sentiasa bersambung untuk gaya hidup yang semakin berkait,” kata Arjun Varma, Ketua Pemasaran Produk, Maxis.

Sebagai tambahan kepada dua rancangan baru, pengguna Fiber juga boleh meningkatkan pengalaman serat rumah mereka dengan Apple TV 4K. Dengan perkhidmatan WiFI yang lebih baik dari Maxis, dipasangkan dengan Apple TV 4K, pengguna akan menikmai pengalaman hiburan dalam 4K HDR yang menakjubkan dengan bunyi Dolby Atmos.

Untuk masa yang terhad, sebahagian daripada Maxis Biggest Sale, pelanggan sedia ada pelan Maxis Fibre juga boleh menambah Apple TV 4K ke koleksi mereka dengan hanya RM 1/sebulan, termasuk langganan satu tahun Apple TV +.

Apple Watch Series 5 melancarkan paparan Always-On Retina, bagi pengguna mudah untuk melihat masa dan maklumat penting lain, tanpa menaikkan atau mengetuk paparan. Ciri lokasi baharu, dari kompas terbina juga membantu pengguna menavigasi hari mereka dengan lebih baik.

Apple Watch Series 5 dengan selular membolehkan pelanggan terus berhubung, membuat panggilan dan menerima teks, manakala panggilan kecemasan antarabangsa membolehkan pelanggan menghubungi perkhidmatan kecemasan terus dari Apple Watch, tanpa iPhone berdekatan.

Dengan watchOS 6, pengguna Apple Watch diberi kuasa untuk menjaga kesihatan dan kecergasan mereka dengan ciri-ciri baru seperti Cycle Tracking, the Noise app dan Activity Trends.

iPad baru membawa lebih banyak kawasan skrin dan sokongan untuk Smart Keyboard bersaiz penuh, serta pengalaman iPad baru dengan iPad OS. Pek naik taraf juga menjadikan iPad ini paling popular dan berpatutan, memaparkan paparan Retina 10.2 inci yang menakjubkan dan inovasi terbaharu termasuk sokongan Apple Pencil, cip A10 Fusion yang pantas, kamera dan senor canggih, mudah alih yang tidak dapat ditandingi, sambungan, kemudahan penggunaan dan hayat bateri sepanjang hari.

TM Hargai Rakan Kongsi Dan Vendor Terbaik

Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui bahagian Perolehan Kumpulannya, baru-baru ini menzahirkan penghargaannya terhadap rakan-rakan kongsi perniagaan dan vendor-vendornya yang cemerlang dalam satu majlis anugerah iaitu “TM Supplier Recognition 2019” yang berlangsung di Pusat Konvensyen TM (TMCC), Kuala Lumpur.

PADA majlis sama, TM turut mengiktiraf vendor-vendornya yang telah dianugerahkan dengan gelaran Jaguh Nasional dan Jaguh Serantau atas kejayaan mereka yang membanggakan.

Bertemakan ‘Pembekal Lestari, Pemangkin Prestasi’, acara tersebut turut menjadi motivasi untuk memacu prestasi cemerlang dalam kalangan vendor-vendor dalam aspek penyampaian perkhidmatan, kualiti, responsif, pematuhan dan inovasi serta melahirkan teladan terbaik untuk menjadi pemangkin dalam kalangan mereka.

Majlis TM Supplier Recognition 2019 ini telah disempurnakan oleh Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan. Turut hadir pada Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Operasi, TM; Bassaharil Mohd Yusop, Ketua Pegawai Perolehan, TM; barisan pengurusan kanan TM serta wakil-wakil daripada Persatuan Kontraktor Telekomunikasi Malaysia (PKTM) dan Pertubuhan Keusahawanan Telekomunikasi Bumiputera Malaysia (PKTBM).

Dalam ucapan aluannya, Imri melahirkan penghargaan syarikat atas sokongan dan komitmen penuh yang telah diterima daripada rakan-rakan kongsi dan pembekal dalam mengekalkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan-pelanggan Syarikat.

“Menjadi keutamaan bagi TM untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan kami dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Bagi pihak TM, saya ingin mengucapkan terima kasih atas komitmen dan sumbangan anda yang tidak berbelah bahagi dalam menyampaikan perkhidmatan digital kami yang komprehensif kepada para pelanggan kami.

“Selain itu, dalam memastikan perniagaan anda kekal berdaya saing dan mampan, kami menggesa rakan kongsi dan pembekal kami untuk melabur dan melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan serta pengkomersilan bagi menghasilkan penawaran perkhidmatan yang inovatif untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Wan Suraya turut berkongsi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur.

“Pembangunan dan kekayaan yang diperoleh daripada kemajuan ekonomi harus diagihkan dengan lebih adil dan saksama dan idea ini telah digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri kita.

“Ini adalah antara usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang mampan dengan pembahagian ekonomi yang adil dan lebih inklusif. Diharapkan aspirasi ini akan merapatkan jurang ekonomi serta meningkatkan keuntungan dan penyertaan organisasi dalam rantaian bekalan,” katanya.

Majlis turut menghargai vendor-vendor dan pembekal terbaik TM berdasarkan prestasi dan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Sebanyak 37 vendor TM telah dicalonkan bagi 19 anugerah dalam lima (5) kategori utama iaitu Rakan Mega, Mid-Tier, Operasi Bahan, Transaksi dan Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP).

Selepas proses pengadilan secara menyeluruh, pada tahun ini, Huawei Technologies (M) Sdn Bhd dan Wuhan Fiberhome International (M) Sdn Bhd telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Rakan Mega Terbaik. Sementara itu, Isolectra (M) Sdn Bhd, Commverge Solutions (M) Sdn Bhd dan Leadcom (M) Sdn Bhd merupakan pemenang bagi kategori Mid-Tier terbaik.

Selain itu, TM turut mengiktiraf enam (6) vendor yang telah dianugerahkan dengan gelaran Jaguh Nasional di bawah BVDP untuk 2017 dan 2018 iaitu Lite Kabel Sdn. Bhd., Binaan Desjaya Sdn. Bhd., Exact Engineering Sdn. Bhd., Kazakon Sdn. Bhd., Aneka Bena Sdn. Bhd. dan Pembinaan Mohammed Nazir Meraslam Sdn. Bhd.

Selain itu, salah satu daripada vendor utama TM, Dura Mine Sdn. Bhd., pengeluar kabel gentian optik dan produk berasaskan plastik, turut mendapat penghormatan dengan gelaran Jaguh Serantau untuk tahun 2018.

ASEAN NCAP – Safer Cars For Asean Region

ASEAN NCAP, A Recipient of The Prestigious Prince Michael International Road Safety Awards

THE 2019 Prince Michael International Road Safety Awards were announced this afternoon at its Annual Awards Luncheon Ceremony held at The Savoy, London.

HRH Prince Michael of Kent (centre) presenting the award to ASEAN NCAP’s representatives, Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim (second from right) and Mr. Yahaya Ahmad (second from left)

During the ceremony, the New Car Assessment Program for Southeast Asian Countries or ASEAN NCAP was one of the recipients of the prestigious awards, which was presented by the Prince himself, His Royal Highness Prince Michael of Kent.

The ceremony was attended by about three hundred of the world’s leading road safety professionals and many former award winners.

The awards recognise achievement and innovation which will improve road safety. They are given to businesses or organisations which have developed initiatives or products that have made an outstanding contribution to the safety of the world’s roads.

MIROS Director-General and ASEAN NCAP Chairperson, Dr. Siti Zaharah Ishak said: “We are pleased and honoured to be recognised as one of the winners for this distinguished award.

As an independent body assessing the safety performance of new vehicles in an emerging market like the South East Asian countries, ASEAN NCAP has made notable achievements in the vehicle safety area.

One significant impact is that we are able to increase vehicle safety information to the consumers through the assessments that we conducted for new vehicles that are sold in the region.

Furthermore, through these assessments, we have successfully amplified the safety level of vehicles sold in the region such as having minimum double airbags as standard, seatbelt reminder systems and also electronic stability control as a standard fitment. This award marks a significant step in our journey towards reducing the high number fatalities due to road crashes in this region.”

MIROS Director of Vehicle Safety and Biomechanics Research Centre and ASEAN NCAP Secretary-General, Adjunct Prof. Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim said: “We would like to thank various organisations that have been committed to support ASEAN NCAP work since it was formed in 2011.

“Other than performing assessments on new vehicles, ASEAN NCAP is also committed to work in areas that enhance the vehicle safety assessment such as positive engagement with relevant stakeholders.

“One of such engagement has resulted in the Malaysian Government to mandate all vehicles displayed in showrooms or any premises that are targeted for sale to place ASEAN NCAP labels beginning 1st March 2020.

“I am confident this award will be a driving force for us to continue culminating in the reduction of vehicles with unsatisfactory safety levels in the South East Asia region.”

About the Prince Michael International Road Safety Awards

Since 1987, the Prince’s Awards have given public recognition to those who have improved road safety throughout Britain.

Now the Prince Michael International Road Safety Awards recognise outstanding achievement and innovation world-wide.

Each year the most outstanding examples of international road safety initiatives are given public recognition through the scheme. All road users, including pedestrians, drivers, cyclists, bikers and horse riders are asked to identify those whose initiatives make our roads safer and nominate them for an award.

RHB Langkawi Ride 2020 Opens For Registration

RHB Banking Group has opened registration for the RHB Langkawi Ride 2020, to local and international cyclists. Continuing on the success of its maiden ride in Langkawi in April this year, this coming event will take place on 11 April 2020.

The ride will offer amateur and professional cycling enthusiasts an exciting and scenic riding experience around the beautiful island of Langkawi. Carefully selected routes will provide cyclists a challenging yet fun-filled ride across undulating and scenic terrain.

The island presents cyclists with various road gradients and wind resistance, as well as the gravitational pull down some steep slopes for a wholesome and enjoyable ride.

RHB Langkawi Ride 2020 is expected to see the participation of more than 1,200 local and international cyclists. Cyclists will get to choose to take part in the 100km Eagle Ride, 75km Heritage Ride, or the 25km Adventure Ride designed for beginners.

This year as part of RHB’s Health and Wellness Ecosystem, RHB has also partnered with more than 20 merchants to offer participants and customers alike with promotional deals at cycling and healthy living-related stores. Those holding RHB credit and debit cards will now be able to enjoy discounts of up to 20% at selected outlets nationwide.

Participants can log on to www.rhblangkawiride2020.com and register online. Registration closes on 29 February 2020 or upon reaching the participation limit of 1200 cyclists (whichever comes first).

Early bird registration closes on 28 December 2019, with Special Early Bird rates applicable to all ride categories – at RM140 for the Eagle Ride, RM120 for the Heritage Ride and RM30 for the Adventure ride.

Participation is also encouraged for corporates at a nominal fee of RM1,000 per team of five.

Kumpulan AirAsia, Universal Music Group Lancar RedRecords

Syarikat rakaman baharu ini memberi tumpuan kepada muzik A-Pop untuk audiens global. Artis naungan pertama ialah Jannine Weigel – Penyanyi, penulis lagu, berpengaruh, model dan pelakon dari Thailand

Kumpulan AirAsia, syarikat perjalanan dan gaya hidup terkemuka Asia Pasifik dan Universal Music Group (UMG), peneraju dunia dalam hiburan berasaskan muzik melancarkan RedRecords, sebuah usaha sama yang inovatif untuk menandatangani, membangunkan artis baharu Asia dan mengangkat muzik pop Asia (A-pop) kepada audiens baharu di peringkat global.

(Third from left) Hassan Choudhury, Head of Music for AirAsia Group and CEO of RedRecords; Calvin Wong, CEO South East Asia and Senior Vice President, Asia – Universal Music Group; Tony Fernandes, CEO of AirAsia Group; Jannine Weigel, Red Records first signing artist; Datuk Kamarudin Meranun, Executive Chairman of AirAsia Group; Kenny Ong, Managing Director of Universal Music Malaysia; and Nadda Buranasiri CEO of AirAsia X Group at the launch of RedRecords

RedRecords akan memberi tumpuan kepada pencarian dan pembangunan bakat dari Asia Tenggara dan seluruh benua dengan kriteria pemilihan yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Asia.

RedRecords akan berpangkalan di Kuala Lumpur dan Los Angeles serta akan menggabungkan kepakaran industri UMG dalam pembangunan artis dengan kekuatan pemasaran serantau dan global AirAsia untuk mengembangkan muzik A-Pop untuk audiens di seluruh dunia. Selain pembangunan artis dan A&R, syarikat rakaman tersebut juga akan menyediakan perkhidmatan pengedaran, pemasaran, pengurusan dan agensi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Pengumuman ini amat penting untuk saya. Ini tidak mungkin terjadi kalau tidak kerana rakan seperjuangan saya, Kamarudin dan Nadda, yang saya temui melalui industri muzik.

“Kami telah merevolusikan perjalanan udara supaya semua orang boleh terbang dan sempena meraikan operasi AirAsia yang ke-18 – kami akan memfokuskan kepada transformasi sebagai peneraju gaya hidup dan syarikat perjalanan digital di peringkat global. Bagai sirih pulang ke gagang, kami kini kembali kepada industri muzik untuk merevolusikan budaya pop Asia pada masa hadapan dan meletakkannya di pentas global bersama Universal Music sempena pelancaran RedRecords.”

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Group Sir Lucian Grainge berkata, “Saya teruja untuk mengumumkan pelancaran RedRecords bersama Tony dan pasukannya di AirAsia. Kejayaan di seluruh dunia muzik Latin dan K-Pop telah membuktikan bahawa tiada halangan kepada muzik tanpa mengira bahasa dalam era penstriman ini.

Melalui gabungan pemasaran strategik dan sumber sedia ada oleh AirAsia dan UMG, kami boleh menawarkan artis-artis Asia peluang keemasan yang untuk menempa nama secara global.”

Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan Pasaran, Universal Music Adam Granite berkata, “Kami teruja untuk secara rasmi melancarkan RedRecords hari ini bersama AirAsia.

Bersama-sama kami berkongsi komitmen untuk pembangunan jangka panjang dan transformasi ekosistem muzik di rantau ini. Sebuah rantau dengan banyak bakat baharu yang mempunyai potensi untuk mencapai hampir 700 juta penduduk di seluruh Asia Tenggara sahaja dan di mana muzik didorong oleh audiens muda, sosial dan mudah alih.

“Kami yakin pasukan di RedRecords akan sama-sama membantu memperkenalkan A-pop kepada audiens global baharu dan sedia untuk menerima bakat baharu dari seluruh Asia.”

Ketua Bahagian Muzik Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif RedRecords Hassan Choudhury berkata, “Ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan potensi AirAsia dan UMG dalam perjalanan muzik. Setelah mempunyai pengalaman bekerja bersama kedua-dua syarikat terkemuka ini, menyaksikan kekuatan mereka dalam industri masing-masing, saya berhasrat untuk menggabungkan kreativiti kedua-dua pasukan ini untuk membantu membangunkan dan mengembangkan bakat muzik yang terdapat di Asia.”

RedRecords umum Jannine Weigel dari Thailand sebagai artis naungan pertama

Di sidang media tersebut, RedRecords mengumumkan artis naungan pertamanya, Jannine Weigel, seorang penyanyi, penulis lirik, pempengaruh dan pelakon. Weigel telah mengeluarkan beberapa single dan EP dan mempunyai lebih 600 juta tontonan dan 3.3 juta pengikut di YouTube, selain 3.2 juta pengikut di Facebook, 1.5 juta di Instagram dan lebih daripada 500,000 di TikTok.

Jannine Weigel berkata, “Saya amat berbangga menjadi artis pertama di bawah RedRecords dan mempunyai sokongan daripada pasukan yang sangat hebat untuk membawa kerjaya saya ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya para peminat akan menyukai pengalaman luar biasa yang kami bakal tawarkan dan saya tidak sabar untuk anda semua mendengar muzik baharu saya.”

Awal tahun ini, UMG mengumumkan perkembangan operasi di rantau ini dengan pelancaran ibu pejabat serantau baharu di Singapura.

UMG komited untuk mempercepatkan tumpuannya dalam mengembangkan keseluruhan ekosistem muzik di seluruh Asia Tenggara termasuk muzik yang telah direkodkan, penerbitan muzik, pengeluaran, acara langsung, perkongsian jenama dan barangan. Perkembangan A&R, komersial dan pemasaran UMG ini akan memberikan akses unik kepada para artis di bawah naungannya dari segi infrastruktur dan rangkaian global UMG di seluruh dunia.

Di samping itu, UMG SEA telah mengumumkan rancangan untuk melanjutkan fokus dan komitmennya dalam bahasa tempatan untuk menyediakan peminat muzik pengalaman terbaik di seluruh rantau ini.

Proton X70 Mula Dikeluarkan Di Tanjung Malim

Kilang baharu akan menghasilkan kereta-kereta bagi pasaran tempatan dan eksport

SELEPAS setahun dan sehari dilancarkan di Malaysia, Proton X70 pertama akan dibangunkan di kilang baharu Proton di Tanjung Malim.

Hadir di majlis perasmian ialah Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton, An Conghui, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group serta barisan pengurusan kanan Proton.

Sejak Proton X70 dilancarkan pada 12 Disember 2018, Proton komited untuk memulakan pengeluaran di Tanjung Malim menjelang akhir 2019. Dengan mengeluarkan kereta-kereta tersebut secara rasminya pada 13 Disember 2019, syarikat berjaya menunaikan janjinya.

SUV premium segmen C yang terlaris di Malaysia akan dihasilkan di kilang binaan baharu di Tanjung Malim yang dibina dengan kos sebanyak RM1.2 billion. Ini merupakan satu pencapaian dalam masa yang tersingkat.

Pada masa yang sama, Proton juga telah bekerjasama dengan pembekal-pembekal tempatan dan luar negara dalam memastikan segala bahagian atau komponen yang diperlukan mencukupi apabila aktiviti pengeluaran SUV pertama tersebut bermula.

“Hari ini Proton sekali lagi mencatatkan sejarah dengan mengambil satu langkah kehadapan untuk menjadi jenama automotif bertaraf global. Melalui pengeluaran Proton X70 di Tanjung Malim, kami telah mengambil langkah besar untuk menonjolkan kebolehan kami kerana itu adalah impian yang kami ingin kecapi buat masa ini.

“Kilang baharu ini bukan sahaja akan menghasilkan produk-produk baharu yang akan dibangunkan bersama Geely tetapi ia juga akan berfungsi menjadi pusat pengeluaran bagi model pemanduan sebelah kanan kerana kami akan mula mengeksport ke negara-negara di seluruh dunia,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar.

Plaque signing by Datuk Darell Leiking, Minister of International Trade and Industry

Bercakap di majlis tersebut, An Conghui mengulas mengenai kedudukan Proton yang menjadi sebahagian daripada Geely Auto Group sebagai rakan kongsi yang kukuh untuk meningkatkan jualan di pasaran ASEAN.

“Proton telah melakukan pelbagai transformasi yang ketara sejak dua tahun lalu. Pengalaman perkongsian antara kami telah menghasilkan persefahaman yang mendalam dan kami berbesar hati untuk membantu Proton merealisasikan aspirasi globalnya.

“Kami akan terus menyokong Proton berkembang di pasaran Malaysia dan di rantau Asean secara meluas dan pasaran luar lingkaran Asean,” katanya.

Dengan memulakan pengeluaran Proton X70 di Tanjung Malim, Proton juga secara tidak rasmi telah membangunkan ekosistem baharu pembekal automotif Malaysia. Sebagai persediaan untuk memulakan aktiviti pembuatan, Proton bekerjasama rapat dengan pembekal-pembekal tempatan untuk memadankan mereka dengan syarikat-syarikat lain yang sudahpun membekalkan komponen untuk SUV tersebut.

Usaha-usaha ini telah membentuk tujuh kerjasama baharu di mana kedua-dua syarikat tempatan dan luar negara telah memulakan usaha sama mereka yang berpusat di Malaysia untuk berkongsi kecekapan dan sumber pengeluaran.

Antara tawaran lain yang turut dicapai melalui usaha tersebut termasuklah perjanjian teknikal dan pelaburan langsung asing, yang mana telah menghasilkan jumlah pelaburan sebanyak RM263 juta dan peluang pekerjaan sebanyak 1,084 pekerjaan di mana komuniti pembekal telah bersiap sedia mewujudkan satu barisan komponen teknologi tinggi untuk Proton X70 dan model-model yang akan dihasilkan pada masa hadapan.

“Dengan adanya pembuatan Proton X70 dan model-model lain di masa hadapan di kilang Tanjung Malim ini, Proton telah membantu membangunkan komuniti pembekal. Ini adalah penting kerana mereka merupakan tunjang di dalam industri automotif Malaysia dan penyumbang utama kepada ekonomi.

“Melalui pengenalan pelbagai teknologi baharu yang sekaligus membantu mengembangkan kecekapan industri dan di masa hadapan, kerajaan berharap ini akan membuka peluang Malaysia menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi peneraju dalam pembekalan komponen automotif,” kata Datuk Darell Leiking.

Bagi Proton, dengan adanya pembekal tempatan akan membantu syarikat menghasilkan model-model kereta di masa depan yang lebih sesuai seiring dengan kehendak dan keperluan pembeli kereta di Malaysia.

Melalui pelbagai pelan pengembangan perniagaan dan komitmen mereka untuk membangunkan pembekal tempatan, banyak syarikat dan pengguna di Malaysia juga akan mendapat faedah secara keseluruhan,” katanya.

Michelle Obama And Julia Roberts In Conversation With Deborah Henry

Malaysian humanitarian and activist honoured to be able to highlight work with refugee community at inaugural Leaders: Asia-Pacific event by Obama Foundation

Michelle Obama, Julia Roberts and Deborah Henry. On the face of things, these three women have not much in common. The first is a former First Lady of the United States, the second is an award-winning internationally-recognised actor and the last is a former beauty queen turned socialpreneur/activist.

All three are strong, intelligent individuals with big hearts. And, more importantly, all fight for the empowerment of young leaders, among other causes, using their standings as tools to further the issue.

So, there were no surprises when Deborah was asked to moderate a plenary session at the Obama Foundation’s inaugural Leaders: Asia-Pacific event here in Kuala Lumpur on Thursday (12 December), featuring Michelle Obama and Julia Roberts.

Henry devotes a substantial amount of time to a host of humanitarian issues and co-founded Fugee School, dedicated to educating young refugees here in Malaysia. She also launched Fugeelah, a lifestyle accessories brand dedicated to keeping education at Fugee School free for the refugee children.

The overarching organisation, Fugee, is a holistic umbrella giving young refugees and asylum seekers a full degree of agency and autonomy to thrive, not just survive.

“The fact that the Obama Foundation chose Malaysia for its inaugural Leaders: Asia-Pacific event is an honour and a recognition of the things we have done, the progress we have made. It really shows what we as a country have done has made us look good in the eyes of global humanitarian causes.

“And, to be asked to moderate a session with the likes of Michelle Obama and Julia Roberts is a recognition of the work Fugee does with a community that is basically shunned and in need of a voice. It was a great opportunity to talk about issues that really matter,” said Henry.

At the plenary session, Henry moderated with questions sourced from the 200 young leaders from 33 countries and territories in the Asia-Pacific who attended the session.

Henry had asked Obama and Roberts to reflect on their recent trip to Vietnam with the Girls Opportunity Alliance—and share stories from their own journeys in leadership.

Prior to the event, Obama and Roberts travelled to Vietnam on behalf of the Obama Foundation’s Girls Opportunity Alliance to meet with local girls education organisations and beneficiaries of the programmes that help adolescent girls reach their full potential through education.

“Their trip to Vietnam and in particular the Obama Foundation’s work in its Girls Opportunity Alliance is especially something I was interested in as, to me, education is of paramount importance and something I truly believe in.”

“As far as educational value is concerned, the Leaders: Asia-Pacific Program will help showcase the amazing things happening here in Malaysia. Young people are standing up and doing what’s right in terms of helping marginalised communities and the Obama Foundation wants to give them a global network to do so,” said Henry.

Apart from Fugee School, which has to date helped some 500 refugees children, Henry is also a child rights advocate for World Vision, a relief, development and advocacy organisation. For World Vision, she has traveled to Lebanon and worked at a Syrian refugee settlement.

In 2013, Henry was included in Forbes’s list of top Asian philanthropists for her contribution in helping many refugees who had found their way to Malaysia.

Perodua Tweckbot Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Di Kota Kinabalu

Perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma yang telah lama dilaksanakan Perodua, Tweckbot, akan melakukan jelajah keselamatan jalan raya terakhirnya bagi tahun ini di Kota Kinabalu pada hujung minggu hadapan.

Salah satu inisiatif di bawah Program Keselamatan Jalan Raya Perodua, Tweckbot akan bertempat di ITCC Mall, Penampang dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada 21hb dan 22hb Disember, bagi menawarkan pemeriksaan percuma ke atas kenderaan Perodua.

Pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20% yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah*.

“Menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang bakal tiba, ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk bercuti serta melawat keluarga dan sahabat handai.

Oleh itu, keadaan kenderaan anda amatlah penting pada masa ini, lebih-lebih lagi di Malaysia Timur di mana jarak perjalanan adalah jauh.

“Pasukan Perodua Tweckbot akan memeriksa kenderaan anda dan memberikan laporan keadaan secara percuma. Semasa menunggu, kakitangan kami akan mempelawa anda untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Pemeriksaan kenderaan melebihi 50 poin tersebut merangkumi enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik.

“Perodua Tweckbot bertujuan untuk menekankan kepentingan memeriksa kenderaan secara berkala, melakukan servis di pusat servis Perodua yang sah serta hanya menggunakan produk dan alat ganti Perodua yang tulen, semuanya demi keselamatan.

“Program ini mewakili komitmen kami kepada para pelanggan yang dihargai untuk sentiasa menawarkan perkhidmatan dan mutu kerja yang terbaik bagi ketenangan minda mereka,” katanya.

Perodua Tweckbot telah memeriksa lebih 8,000 kenderaan sejak pengenalannya pada 2011.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Post Menarik