Utama Blog Halaman 799

Pos Malaysia Lancar Siri Setem Edisi Terhad Ejen Ali

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bekerjasama dengan Primeworks Studio dan WAU Animation untuk mengeluarkan siri setem Ejen Ali edisi terhad, bersempena dengan filem animasi Ejen Ali The Movie.

Ia merupakan filem animasi Malaysia paling hangat ditayangkan di pawagam sejak 28 November 2019 dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa dua minggu.

Ejen Ali The Movie adalah sebuah filem animasi Malaysia yang bertemakan fiksyen dan aksi. Filem ini berkisar tentang Ejen Ali yang perlu merungkai satu misteri yang telah mengancam kota futuristik Cyberaya, pada masa yang sama mempertaruhkan kesetiaannya kepada agensi rahsia Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Filem ini menerima maklum balas positif daripada penonton, menandakan pencapaian baru bagi Primeworks studio.

Syed Md Najib Syed Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia berkata, “Ejen Ali The Movie adalah filem animasi pertama yang diabadikan pada setem pos edisi istimewa tempatan.

“Kami berazam untuk terus membuka peluang kepada usahawan muda dan bakat tempatan bagi menggalakkan kreativiti dan memberi inspirasi kepada generasi muda.

“Matlamat kami juga adalah untuk menggalakkan peminat dari segenap lapisan masyarakat untuk menjadikan aktiviti mengumpul setem sebagai hobi.”

Setem edisi khas akan menampilkan 10 watak utama dari Ejen Ali The Movie yang terdiri daripada Ejen Ali, Ejen Alicia, Ejen Comot, Ejen Bakar, Ejen Rizwan, Ejen Fit, Ejen Bobby, General Rama & Kawan-Kawan, Niki dan Penganas.

Siri Setem Ku edisi terhad ini akan dijual pada harga RM35 setiap satu set yang terdiri daripada helaian setem mengandungi 10 keping setem, sampul surat, poskad dan folder yang menampilkan kesemua 10 watak utama dari Ejen Ali The Movie.

Para peminat boleh membeli set setem Ejen Ali mulai 18 Disember 2019 di 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara atau di kedai online kami, www.eziemall.com di bawah pautan “Setem & Koleksi.”

SACC Mall, Shah Alam Anjur Pushbike Fun Race Sabtu Ini

Fenomena basikal tolak atau lebih popular dengan gelaran pushbike kini semakin menjadi kegilaan kanak-kanak dari seawal umur 18 bulan dan pihak PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) serta anak syarikatnya Park Here Sdn Bhd (PHSB) mengambil peluang untuk menganjurkan acara SACC Mall Pushbike Fun Race pada Sabtu ini di tapak parking terbuka SACC Mall, Shah Alam.

Kategori yang bakal dipertandingkan adalah untuk terbuka lelaki dan perempuan berumur 4 hingga 7 tahun serta kategori campuran lelaki dan perempuan berumur 2 hingga 5 tahun dengan yuran penyertaan sebanyak RM30 sahaja.

Pemenang bakal membawa pulang trofi dan kesemua pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan akan membawa pulang pingat ‘finisher’ dan yang lebih menarik adalah hadiah cabutan bertuah berupa pushbike Strider Sport, pushbike Bike8, pushbike Hotaru, pushbike XB dan aksesori pushbike.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani berkata penganjuran ini adalah sebagai salah satu dari teras khidmat sosial PREC iaitu sukan dengan memberikan pendedahan kepada kanak-kanak di sekitar Shah Alam khasnya selain dapat menyihatkan badan, aktiviti bersama gajet mereka juga dapat dikurangkan.

“Ibu bapa juga dapat meluangkan masa berfaedah mereka bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti sihat seperti ini seterusnya menggilap bakat terpendam seperti skil mengimbang badan dengan lebih mudah dan berkomunikasi”, katanya.

Pengurus Kanan PHSB, Mohd Ardisham Mohamad Shahir menyatakan bahawa pihaknya akan memberikan pelbagai baucar cuci kereta yang terletak di aras LG tempat letak kenderaan SACC Mall, Shah Alam khas sempena pertandingan ini, antaranya:

1. Water coating bernilai RM30 sahaja (harga asal RM45),

2. Baucar RM10 untuk pembelian servis RM50 dan ke atas,

3. Parking percuma pada hari tersebut untuk 2 perkara di atas dari 10 pagi hingga 7 petang

Pertandingan ini turut mendapat kerjasama daripada Push Bike Pro Malaysia dan Ruumi Bass serta disokong oleh Bike8, Hotaru, Tuning Kids, Customhype, Parents and Children Online (PCO) dan XB Pro.

Bagi pendaftaran dan pertanyaan lanjut mengenai SACC Mall Pushbike Fun Race sila hubungi (Urusetia) 011-2476 5190.

Maklumat lanjut berkenaan PREC, sila layari laman sesawang (www.prec.my) dan laman sosial kami Facebook (PKNS Real Estate Sdn Bhd-PREC) dan Instagram (pknsrealestateofficial).

Honda HR-V Maintains Its No.1* Position In Compact SUV Segment

More than 14,800 units of HR-V facelift sold as of November 2019

Honda Malaysia today announced that its Compact Sport Utility Vehicle (SUV), the HR-V facelift has sold more than 14,800 units between January and November 2019 and continues to maintain its No.1* position in the segment.

The most sought-after Compact SUV model has captured 79%** market share in its segment to become the top selling model in the country.

Honda Malaysia became the game changer in the Malaysian automotive industry by being the pioneer brand to introduce the Compact SUV segment in the Malaysian market with the launch of HR-V in 2015.

The popular Compact SUV model has consistently remained at the No.1 position in its segment for four consecutive years with an average market share of 76%*** and total sales of more than 87,000 units as of November 2019.

With its positive sales performance, the HR-V is the second best-seller in Honda Malaysia, contributing 19% to the total sales for the Company as of November 2019.

In reviewing the sales performance by region, Klang Valley contributed the highest sales at 49% of Honda Malaysia’s total sales as majority of the customers were attracted to the HR-V’s practical and functional features.

The Southern region recorded 18% of total sales followed by the Northern region at 17% of total sales.

Commenting on the HR-V’s success, Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Toichi Ishiyama said, “The latest HR-V was introduced in Malaysia early this year. It was also the first time that Honda Malaysia is introducing the RS variant to excite the market further with our best-selling Compact SUV.

We have also introduced the Hybrid variant which is the first hybrid Compact SUV in its segment. Both Petrol and Hybrid variant sales performance shows that the HR-V continues to be well-received in the Malaysian market and maintains a strong position in its segment.

On behalf of Honda Malaysia, I would like to convey my gratitude to all our customers for the support and for choosing the HR-V as their preferred choice of daily vehicle.”

Apart from introducing a new variant, the Passion Red Pearl was the new colour option offered by Honda Malaysia and the HR-V was the first model to feature the colour. It received positive response from the market and appears to be the favourite colour among Honda customers, acquiring 29% share amongst the colour selection for HR-V.

The fresh and vibrant colour appearance is well-suited for the HR-V which appeals to its owners’ sporty and versatile lifestyles. The HR-V is offered in four variants; the Hybrid, RS, V and E, designed to meet the differing requirements of Honda customers.

The Petrol variant is powered by a 1.8L SOHC i-VTEC engine combined with Honda’s Earth Dreams Technology Continuous Variable Transmission (CVT) that delivers a fun-to-drive experience while offering excellent fuel efficiency in a Compact SUV package.

Meanwhile the HR-V Sport Hybrid i-DCD variant is equipped with 1.5L DOHC i-VTEC engine with Direct Injection combined with 7-Speed Dual-Clutch Transmission and Integrated High Power Motor.

The HR-V Sport Hybrid i-DCD provides dynamic driving experience and excellent fuel consumption. Assisted by the High-Power Lithium-Ion Battery, the combined output of the engine and motor provides Hybrid power that is equal to a 2.0L engine performance.

Matching its sporty and fun outlook, the stylish cabin of the HR-V complements the Joy of Driving with features such as Multi-Angle Rear-view Camera, 8-Way Driver Power Seat (RS & V), Honda LaneWatch camera (RS & V), Cruise Control and Paddle Shift.

Additionally, the HR-V’s practical details are set to win hearts with its class-leading Multi-Utility Cargo Space which offers total comfort, spaciousness, and convenience for passengers. Prioritising safety, the HR-V comes with Honda’s outstanding standard safety features such as Six Airbags, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) and ISO Fix.

The complete package offered by the HR-V has been overwhelmingly received by both urban and sub-urban customers in Malaysia. It is designed to cater to young adults, families, professionals and executives with a desire for space during travels, providing convenience and functionality for everyone in the family.

Buku 40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar – Hasil Ilham Jadi Tetamu Allah Di Tanah Suci

Buku ini hasil gabungan tulisan tokoh akademi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Profesor Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusoff yang bertugas sebagai Profesor di Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Asia Tenggara Seaweed Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, semua sekolah agama, tahfiz dan masjid perlu memiliki buku ini agar dapat mempelajari isu-isu penting yang terdapat dalam hadis berkaitan alam sekitar dan penjagaannya.

Mustapha (tengah) menunjukkan buku 40 hadis bersama penulis buku Prof Dato Dr Zulkifli Azman (dua kiri), Tan Sri Halim Ali (dua dari kanan) dan Tan Sri Othman Hashim Pengerusi Suhakam (kanan sekali)

“Usaha murni oleh dua penulis hebat ini merupakan Tokoh Akademik dan melihat hadis-hadis dari sudut alam sekitar, amat sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan untuk semua pihak.

“Hasil dari jualan buku ini juga akan dimasukkan kepada tabung Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya ( UM) bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin dan tidak bermampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyaksikan pelancaran buku 40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, dalam satu majlis pertemuan dengan Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi Di Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Ibrahim Al Rubaian, Mustapha berkata, Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang bernaung dibawah Kedutaan Arab Saudi perlu menyokong usaha murni kedua-dua penulis buku berkenaan.

“Ahli perniagaan disarankan untuk mendapatkan buku ini dengan menjadikannya sebagai sumbangan kepada sekolah-sekolah agama atau individu tertentu untuk dijadikan rujukan bagi tujuan pengajaran kerana banyak manfaat yang boleh perolehi apabila menghayati hadis dan menjadikan kita seorang yang peka kepada alam sekitar,” katanya.

Sheikh Abdul Rahman pula berkata, kedua-dua Tokoh Akademik ini adalah tokoh yang dipilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun lalu diatas jemputan Raja Salman dan mereka mendapat idea untuk menghasilkan buku itu ketika berada di Tanah Suci.

“Penghasilan buku ini adalah sesuatu yang amat membanggakan dan kedua-dua tokoh akademik ini telah menunjukkan contoh terbaik bagi peningkatan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat Islam,” katanya.

Pos Malaysia Reveals First-Ever Star Wars Stamp Series

A must-have collection for Star Wars afficionados! The stamps will be available for purchase at all 13 General Post Offices nationwide on 2 January 2019.

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) unveiled its inaugural Star Wars-themed limited edition stamp series in collaboration with The Walt Disney Company Malaysia.

The limited edition Star Wars Stamp Set marks the release of Star Wars: The Rise of Skywalker, the third installment of the Star Wars sequel trilogy and final episode of the Skywalker saga.

The series features 10 special stamps depicting iconic Star Wars characters, including Rey, Lando Calrissian, Jannah, Kylo Ren, the red-armoured Sith troopers and not forgetting all-time favourites, Chewbacca and C-3PO.

Popular Star Wars vehicles and droids will also be featured such as Poe Dameron’s X-wing, the Imperial TIE Fighter, and the “fastest hunk of junk in the galaxy” – the Millenium Falcon.

Pos Malaysia’s Group Chief Executive Officer, Syed Md Najib said “The Star Wars: The Rise of Skywalker stamp set is one of the must-have stamp titles particularly for die-hard fans as it takes us on a journey across the Star Wars galaxy.

This stamp set is undeniably a limited edition collectible as it is a tribute to the finale of the Skywalker saga. We are very ecstatic to feature each of these 10 iconic characters in this limited stamp series, commemorated within the stamp frame.”

“After more than four decades and almost a dozen of box office films, the Star Wars franchise is now the second-highest grossing film franchise worldwide and one of the most talked-about movies on social media.

Certainly the introduction of such stamps would encourage and attract general public particularly the younger population to revitalize stamp collecting interest not only as a hobby but as a valuable collectibles in this modern time,” he added.

The limited edition Setem Ku series will only be available for purchase in a complete folder set and not sold separately. Due to its exclusive nature, this limited edition stamp series will be available for sale starting 18 December 2019 by pre-purchasing it via our online store at www.eziemall.com under the “Stamps & Collectibles” link.

The complete folder set, priced at RM120 each, consists of two sheets of perforated stamps namely ‘The Resistance’ sheet and ‘The First Order’ sheet, one sheet featuring the official poster stamp of Star Wars: The Rise of Skywalker with a spot UV printing technique highlighting the lightsaber duel scene between Rey and Kylo Ren, three pieces of souvenir covers with five stamps on each cover and a Star Wars logo cancellation mark, two pieces of post cards and a folder with special die-cut and spot varnish printing.

The set is even more valuable with a bonus paper model of Poe Dameron’s X-wing, which comes with an instruction sheet.

Adding to the excitement, a special pack consisting of a miniature sheet featuring three stamps of popular Star Wars droids such as C-3PO, R2-D2, D-O and BB-8, a presentation pack with tear-off postcards and one Millennium Falcon-designed envelope will be made available for only RM10.

Out in cinemas today, Star Wars: The Rise of Skywalker is the hugely anticipated final chapter in the Skywalker saga.

Proton X70 Terima Lebih 200 Tempahan Melalui Shopee

Selepas setahun dilancarkan di Malaysia, Proton X70 menyambut ulang tahun pertama dengan berita gembira apabila mendapat sambutan hangat di Shopee.

Lebih 200 unit ditempah dalam tempoh beberapa hari selepas Jualan Hari Lahir 12.12 diadakan melalui platform e-dagang itu, membuktikan SUV premium segmen C Proton itu masih mengekalkan popularitinya dan penerimaan pelanggan dalam talian untuk membuat tempahan melalui Internet.

Terdapat insentif khas ditawarkan di mana pelanggan yang menggunakan Shopee boleh membuat tempahan dengan bayaran hanya RM99, berbanding bayaran tempahan seperti biasa iaitu sebanyak RM1,000.

Bagi 50 pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan kereta mereka sebelum 31 Disember 2019, mereka akan menerima baucar Shopee sebanyak RM2,000 dan tambahan promosi yang ditawarkan Proton bagi bulan ini.

Oleh kerana terdapat perubahan pada corak pembelian masa kini, Proton mengambil langkah untuk memastikan syarikat bergerak selari dengan perubahan tersebut untuk kekal relevan.

Sebagai contoh, corak pasaran runcit kini telah bertukar hanya dalam masa beberapa tahun yang singkat kerana pelanggan lebih memilih membeli barang-barang secara dalam talian berbanding berkunjung sendiri ke kedai.

Usaha sama dengan Shopee adalah salah satu langkah yang di ambil Proton dalam mencari jalan atau cara baharu untuk berhubung dengan pelanggan.

“Aktiviti perniagaan pada hari ini telah berubah secara drastik daripada apa yang diguna pakai dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang lalu. Proton perlu bergerak seiring dengan perubahan ini untuk kekal relevan dan dalam pada masa yang sama menyusun strategi untuk menambah tarikan pelanggan melalui peningkatan jumlah pusat 3S/4S.

“Syarikat juga perlu menggunakan teknologi yang ada bagi memacu mobiliti perniagaan. Kempen bersama Shopee ini adalah contoh yang baik kerana ia mudah dan senang untuk pengguna tetapi turut akan menghubungkan pelanggan dengan rangkaian kami untuk mendapatkan perkhidmatan selepas jualan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Ini bukan kali pertama Proton menggunakan platform tempahan dalam talian untuk pelanggan. Sebelum dilancarkan pada 12 Disember 2018, pelanggan boleh melakukan tempahan Proton X70 secara dalam talian bermula September tahun itu yang menjadikan tempahan pra-pelancaran diterima lebih 10,000 unit.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Kami amat berbesar hati menerima tawaran daripada pembuat kereta Malaysia pertama untuk melakukan projek besar ini.

“Ini merupakan pengalaman baharu dan mengujakan apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan sebuah jenama yang mempercayai kelebihan dalam industri e-dagang. Kami amat menantikan untuk bekerjasama dengan Proton bagi mengumpul dan berkongsi idea untuk memperkukuh lagi pengalaman pembelian pelanggan.

“Kami akan bersama-sama meneroka landskap e-dagang masa kini untuk melakukan lebih banyak perkara yang belum pernah dilakukan lagi, di samping turut mencipta gaya hidup baharu di kalangan pengguna automotif ,” katanya.

Highschool Teacher “Win the Icon” Contest

Rizal Sadiman, winner of the Win the Icon Contest and owner of a Volkswagen Beetle

After a two months search, the “Win the Icon” contest comes to an end where Muhamad Rizal Sadiman, a 28-year-old high school teacher from Perak is the winner of a brand-new Volkswagen Beetle 1.2TSI.

The contest which ran from 1 st October till 30 th November saw over 800 posts and submissions of photos and videos of Malaysians test driving their favourite Volkswagen models while documenting their experience.

Rizal Sadiman, winner of the Win the Icon Contest and owner of a Volkswagen Beetle

Participants were to caption their submissions creatively with the hashtag #BetterExperiencedThanExplained.

Rizal submitted a video of him test driving the Polo and Tiguan and says “A Wolkswagen is truly better experienced than explained. Safety is a top priority for me as I was involved in an accident two years ago where the brakes failed.

In my submission video, I showcased how the Tiguan performs during emergency braking and I am very impressed. The Polo is another favourite as we had one in the family and it is a sturdy pocket rocket. I am so thrilled and excited with this win. I can’t wait to drive my new Beetle around town and to school.”

Cult object and design icon, the award-winning Beetle has captured the hearts and minds of the people in its 80 years of production. Sadly, after three generations, Volkswagen has ceased production of the Beetle in July this year.

This makes Rizal of one the lucky few to own a Beetle before they are all gone.

Samsung And MSC Cruises Win Top Prize For Industry-Leading Indoor LED Project

For custom LED display aboard cruise ship MSC Grandiosa, Samsung and MSC Cruises awarded top prize in the Best Overall Customer Experience category

Samsung Electronics Co., Ltd. and MSC Cruises were awarded for Best Overall Customer Experience from Daily DOOH, a leading industry publication, in recognition of their outstanding innovation in digital signage.

Samsung provided interactive touchscreens, digital signage and over 2,400 in-cabin TVs throughout MSC Grandiosa, the latest and largest flagship of MSC Cruises, as part of its longstanding partnership with the company.

MSC Cruises had launched the MSC for Me digital ecosystem in 2017 to bring the latest connected cruise experience to its guests.

The project’s crowning achievement is located at the ship’s indoor promenade, the central social hub of the ship, where the custom 93-meter Samsung curved LED IF040H-D display is installed on the ceiling.

The display has been dynamically designed to create an awe-inspiring atmosphere at all times, and it showcases mesmerizing visual performances three times a day.

“The longest LED sky at sea is one of the unique features of our Meraviglia generation ships, including MSC Grandiosa, topping the Mediterranean promenade and creating a one of a kind experience for our guests,” said Luca Pronzati, Chief Business Innovation Officer at MSC Cruises.

“We worked together with Samsung to create this core element of the multi-use space, using state-of-the-art technology. This helps to create different ambiances and atmospheres throughout the day and night, while also playing a key role in the ship’s entertainment schedule with its range of mesmerising shows.”

“Samsung technology is an integral part of giving passengers a completely unique and memorable experience on board many of MSC Cruises’ ships,” said Seog-gi Kim, Executive Vice President of Visual

Display Business at Samsung Electronics. “From the moment they board and throughout their trip, the passengers will be viewing and interacting with Samsung displays that feature superior picture quality and
intuitive usability.”

L’Oréal Malaysia Bantu Wanita Muda Bina Hidup Berkualiti Menerusi Kecantikan

Selepas menjalani latihan selama 12 bulan, 24 wanita berusia antara 16 dan 20 tahun yang merupakan kumpulan kelas 2019, kini lulus dari program Beauty for a Better Life (BFBL) L’Oréal Foundation.

Mereka kini adalah pendandan rambut dan jururias yang diiktiraf, dan bersedia untuk mengorak langkah dalam industri kecantikan!

Berdasarkan kepada prinsip memperkasa melalui pendidikan, program ini mula dilaksanakan oleh L’Oréal Malaysia sejak 2016 sebagai sumbangan syarikat dalam memainkan peranan untuk memperkasakan wanita muda di negara ini melalui pendidikan.

Ia menyediakan wanita muda dengan latihan berkualiti tinggi dan tanpa bayaran dalam sektor dandanan rambut dan kecantikan profesional. Dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) menerusi Pusat Peluang Latihan Vokasional YWCA (VTOC), program ini bertujuan untuk mendidik wanita muda Malaysia yang tidak berpeluang mendapat akses pendidikan yang baik untuk memperoleh pensijilan yang diiktiraf dalam bidang dandanan rambut dan kecantikan.

Majlis graduasi diserikan dengan kehadiran Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Menurutnya, program Beauty for a Better Life ini melengkapkan usaha kementerian untuk membangunkan wanita yang kurang bernasib baik dengan menyediakan peluang latihan vokasional pada mereka yang tidak berkemampuan.

Beliau juga menekankan bahawa latihan percuma ini mampu mengatasi rintangan bagi wanita muda dari keluarga yang miskin mendapatkan kemahiran profesional, dan yang lebih penting meningkatkan gaya hidup melalui pekerjaan atau memulakan perniagaan perkhidmatan selepas itu.

Hannah Yeoh berkata, kerajaan sendiri tidak boleh atau mampu menyediakan latihan vokasional seperti ini tanpa berkerjasama dengan organisasi yang berjaya dalam industri tersebut seperti L’Oréal untuk memberi panduan dan membimbing wanita muda menempatkan mereka dan kekal relevan dalam pasaran ini.

Pengarah Komunikasi Korporat L’Oréal Malaysia, Zaireen Ibrahim menegaskan bahawa L’Oréal adalah peneraju global dalam kecantikan dengan semangat komuniti untuk memberi bantuan kepada yang memerlukannya.

“Di Malaysia, kami komited untuk memberi balik kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan salah satunya adalah program Beauty for a Better Life.

Dengan program ini, visi kami adalah untuk membantu mengubah hidup wanita muda dengan memberi inspirasi dan pembelajaran kualiti tinggi untuk kerjaya dalam sektor kecantikan dan dandanan rambut, dengan ini membantu mereka untuk menerima pendapatan yang lestari bagi kehidupan yang lebih bagus.

Semasa majlis graduasi di Pusat Peluang Latihan Vokasional YWCA di Kuala Lumpur, kelas siswazah 2019 menunjukkan kemahiran mereka dengan memberi perkhidmatan memotong rambut serta solekan kepada para pelajar daripada Akademi Inovasi SOLS 24/7, pertubuhan bukan untung yang berteraskan pembelajaran dan memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik.

Mereka termasuk termasuk remaja yang akan menghadiri temu duga kerja boleh mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut dan solekan profesional untuk membantu mereka tampil yakin untuk pekerjaan impian mereka!

Para graduan tahun ini termasuk empat wanita muda dari masyarakat asli di Gua Musang, Kelantan. Mereka memiliki prestasi cemerlang sepanjang latihan mereka dan tiga daripadanya telah mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian mereka.

Bagi Amisha A/P Rudin yang berusia 18 tahun dari Gua Musang, Kelantan, menerima Anugerah Prestasi Terbaik merupakan suatu kejutan besar buatnya.

Pemenang Pos ArRahnu Persona Gold Bawa Pulang Hadiah Bernilai RM150,000

Peraduan yang memasuki edisi kedua telah menjana RM66,582,664 juta dalam jumlah pinjaman yang dikeluarkan

POS ArRahnu, penyedia perkhidmatan pajak gadai patuh Syariah oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah menyampaikan hadiah-hadiah bernilai keseluruhan RM150,000 kepada 26 pemenang terpilih peraduan Persona Gold edisi kedua.

Peraduan itu telah berlangsung dari 5 Oktober hingga 5 Disember 2018 dan dibuka kepada semua pelanggan Pos ArRahnu di seluruh negara. Untuk melayakkan diri, pelanggan dikehendaki melakukan transaksi pajak gadai di mana-mana 80 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara, dengan pembiayaan minimum RM1,000 dengan tempoh tidak kurang daripada enam bulan.

Ketua Kumpulan Pengurusan Saluran & Pengalaman Pelanggan Pos Malaysia Berhad, Azmil Othman Merican berkata, peraduan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemasaran tahunan syarikat untuk mewujudkan kesedaran mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos ArRahnu, sebuah penyedia perkhidmatan pembiayaan kredit mikro patuh Syariah yang ditubuhkan oleh Pos Malaysia pada tahun 2012.

Peraduan ini juga bertujuan untuk berhubung dengan para pelanggan, meningkatkan pengekalan pelanggan dan memberikan ganjaran kepada pelanggan atas sokongan yang berterusan terhadap produk dan perkhidmatan Pos ArRahnu.

“Peraduan pada tahun ini mendapat 20,343 penyertaan dari pelanggan Pos ArRahnu. Ini adalah peningkatan sebanyak 8,863 atau 71% berbanding edisi pertama yang diadakan tahun lalu. Untuk edisi kali ini, kami telah menjana RM66,582,664 juta dalam jumlah pinjaman yang dikeluarkan, berbanding RM39,000,000 juta pada tahun sebelumnya,” katanya.

Nur Fadillah Iman Essoharto yang berasal dari Tawau, Sabah telah dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama, sebuah kereta Proton Persona 1.6 CVT.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Saya berasa sangat gembira dan teruja, kerana tidak sangka sama sekali akan memenangi sebuah kereta Proton Persona ini,” katanya.

Izam Sulong dari Kuala Berang, Terengganu dan Muhamad Fazhli Roslan dari Dengkil, Selangor masing-masing pulang dengan hadiah kedua, sebuah motosikal Modenas MR2 110cc.

Para pemenang hadiah ketiga telah menerima jongkong emas 1 Dinar Pos ArRahnu (6 pemenang), manakala pemenang hadiah sampingan masing-masing menerima jongkong emas 1⁄2 Dinar Pos ArRahnu (5 pemenang), jongkong emas 1 gram Pos ArRahnu 1 gram bar (6 pemenang) dan jongkong emas 0.5 gram Pos ArRahnu (6 pemenang).

Pos ArRahnu adalah anak syarikat Pos Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan patuh syariah seperti kotak deposit emas, penilaian emas dan penilaian zakat emas percuma, penjualan jongkong dan dinar emas dan pembelian emas terpakai.

Pos ArRahnu adalah usaha Pos Malaysia untuk membantu perniagaan kecil, keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dan penjawat awam untuk mendapatkan sumber kewangan mudah dan selamat melalui sistem pajak gadai patuh Syariah, menawarkan pinjaman berjangka jangka pendek yang menawarkan sehingga 75 peratus dari nilai marhun, antara yang tertinggi di Malaysia.

Post Menarik