Utama Blog Halaman 796

Stesen Janaelektrik Sultan Ismail Tamat Operasi Selepas 33 Tahun

Stesen janaelektrik kitar padu yang pertama di Asia Tenggara, Stesen Janaelektrik Sultan Ismail (SJSI) di Paka, Terengganu, telah menamatkan operasinya secara rasmi pada 31 Disember 2019 selepas 33 tahun menyalur bekalan ke Grid Nasional.

Penamatan operasi itu tidak dapat dielakkan lagi memandangkan Malaysia dalam proses untuk menggantikan stesen janaelektrik lama yang tidak efisien dengan yang lebih canggih dan mesra alam, sejajar dengan amalan industri bekalan elektrik global masa kini.

Stesen janaelektrik berkapasiti 1,400 megawatt (MW) itu siap dibina pada 1987 dan dibuka secara rasmi pada 1988 oleh Sultan Terengganu ketika itu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Ketika itu, SJSI menjadi stesen janaelektrik kitar padu yang terbesar di dunia. Kos pembinaannya adalah RM1.5 bilion (RM2.4 bilion pada kadar semasa).

“Stesen Janaelektrik Sultan Ismail meninggalkan legasi yang besar dalam sejarah TNB. Ia menjadi stesen janaelektrik kitar padu yang pertama di Asia Tenggara, dan yang terbesar dibina TNB,” kata Ketua Pegawai Penjanaan TNB, Ir. Roslan Abdul Rahman.

SJSI menjana tenaga elektrik menggunakan gas asli dan minyak, dengan gas asli sebagai bahan api utama. Sebagai pengguna awal gas asli Petronas dari loji pemprosesan di Kertih, SJSI turut membantu industri minyak dan gas di negeri itu. Bekalan gas diterima menerusi saluran paip terus dari Kertih, lantas mengurangkan kos logistik terhadap SJSI.

Sepanjang 33 perkhidmatannya, SJSI telah memberi impak kepada kehidupan ramai penduduk Paka dan sekitarnya. Ia telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu ketika pembinaannya dan seterusnya ketika beroperasi melalui aktiviti berkaitan penyelenggaraan.

SJSI turut memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui program tanggungjawab korporat. Meskipun telah menamatkan operasinya, TNB kekal komited untuk berkongsi kemakmuran menerusi pelbagai program tanggunjawab korporat seperti pemuliharaan habitat kelip-kelip di Yak Yah, Kg Ibok, Kijal; pembinaan kediaman bagi golongan kurang bernasib baik melalui projek Baiti Jannati; dan program dermasiswa My Brighter Future (MyBF) untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah B40.

SJSI telah diabadikan dalam bentuk setem pos yang dilancarkan Pos Malaysia pada 4 April 1988.

“Ketika perkhidmatannya, SJSI telah menghasilkan banyak tenaga kerja mahir yang mendapat manfaat daripada teknologi baru yang terdapat di stesen itu. Pengetahuan yang diperolehi di SJSI turut dimanfaatkan apabila mereka berkhidmat di stesen janaelektrik lain, termasuk di stesen janaelektrik milik penjana elektrik bebas (IPP),” tambah Roslan.

Sejumlah 250 orang warga kerja SJSI telah dihantar secara berperingkat ke stesen-stesen baharu TNB seperti Jimah East Power Sdn Bhd di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Southern Power Generation di Pasir Gudang, Johor.

Menjelang hujung perkhidmatannya, hanya unit 4 yang masih beroperasi. Unit 1, 2 dan 3 telah ditamatkan operasi sejak 2017.

Stesen janaelektrik milik TNB yang turut menggunakan teknologi kitar padu ialah Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson dengan dua blok berkapasiti 750MW dan Stesen Janaelektrik Prai di Seberang Perai, berkapasiti 1,071MW.

Selepas 33 tahun perkhidmatan, kini tiba masanya untuk SJSI memadamkan lampu.

Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Operasi Hari Ini

Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride kembali beroperasi hari ini setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkhidmatan itu dijangka mampu menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia yang memiliki motosikal, khususnya kalangan berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 hingga RM3,500.

“Walaupun ini bukan pekerjaan jangka masa panjang, segelintir mungkin, tetapi setidak-tidaknya ia dapat dijadikan sebagai batu loncatan (untuk mencari rezeki) jika hendak dibandingkan sebelum ini kerana kita nak pastikan nasib anak muda sentiasa terbela,” katanya selepas merasmikan pejabat urusan Dego Ride di sini, hari ini.

Dego Ride yang buat masa kini terhad perkhidmatannya di Lembah Klang, boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan dokumen.

Pekhidmatan teksi motosikal itu memulakan perkhidmatan pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50 dan terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun pada Januari 2017, perkhidmatan itu mendapat bantahan daripada kerajaan terdahulu dan diharamkan atas alasan keselamatan selain dilaporkan bersalahan dengan lesen kenderaan persendirian, serta melanggar Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride Nabil Feisal Bamadhaj berkata sehingga kini terdapat hampir 4,000 orang yang telah berdaftar sebagai ‘rider’ dan sebagai permulaan hanya 700 permohonan yang diluluskan.

“Syarat-syarat untuk menjadi rider adalah berumur 18 tahun ke atas, mempunyai lesen penuh B2, perlindungan insurans dan sekiranya berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian,” katanya yang berhasrat untuk perluaskan perkhidmatan itu ke negeri lain dalam masa terdekat.

Tambang Dego Ride

Tambang terkini bagi perkhidmatan Dego Ride adalah pada kadar RM3 untuk perjalanan sejauh 3km dan tambahan RM1 bagi 1km seterusnya. Orang ramai boleh memuat turun aplikasi Dego Ride di Android dan iOS.

Menurutnya, semua jenis motosikal berkapasiti 150cc dibenarkan kecuali motosikal yang telah diubah suai bagi memastikan keselamatan penumpang. – Bernama

Pos Malaysia Tawar Perkhidmatan Bagasi Umrah Bagi Rakyat Malaysia Mulai 1 Januari 2020

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan memperkenalkan Perkhidmatan Bagasi Umrah kepada rakyat Malaysia yang mengerjakan Umrah di Madinah, Arab Saudi mulai 1 Januari 2020.

Perkhidmatan ini akan memudahkan urusan penghantaran pulang bagasi dan barangan milik para jemaah Malaysia ke tanahair.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib berkata, melalui perluasan perkhidmatan bagasi kami ke Madinah, para jemaah Malaysia dapat memanfaatkan servis ini untuk memudahkan penghantaran barangan mereka ke tanahair.

“Ia dapat membantu para jemaah mengurangkan beban dan mengelakkan daripada dikenakan caj lebihan bagasi yang mahal. Matlamat kami adalah menyediakan pilihan perkhidmatan bagasi yang mudah dan tanpa sebarang keraguan bagi kegunaan para jemaah apabila selesai mengerjakan Umrah.”

Pos Malaysia mengenakan caj SR/RM20.00 bagi setiap kilogram untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan SR/RM25.00 bagi setiap kilogram ke Sabah dan Sarawak.

“Dua opsyen pembayaran disediakan; secara tunai dalam matawang Riyal Saudi bagi penghantaran dari Makkah dan Madinah atau melalui kaedah bayar waktu terima (COD) sebaik sahaja barangan diterima di Malaysia.

“Para pelanggan yang memerlukan pembungkusan barangan dalam kotak, perkhidmatan pembungkusan juga disediakan untuk memenuhi keperluan jemaah pada harga yang berpatutan, bermula dari SR8.00 untuk kotak saiz kecil, SR10.00 untuk kotak saiz sederhana dan SR12.00 untuk kotak saiz besar tanpa sebarang yuran pengendalian tambahan dikenakan.

Buat sementara waktu, Pos Malaysia akan menyediakan perkhidmatan pengambilan secara temujanji melalui panggilan sehingga kaunter tetap disiapkan. Pasukan operasi Perkhidmatan Bagasi Umrah Pos Malaysia di Madinah boleh dihubungi melalui 0555 705765 / 0558 826255 / 0556 288220.

Semua barangan akan dihantar dalam masa 7-14 hari bekerja. Bagi perlindungan bagasi, pelanggan boleh memilih untuk membeli perlindungan insurans yang menawarkan pampasan sehingga 30kg bagi setiap item (bersamaan dengan RM900.00 atau yang mana lebih rendah) sebagai gantian nilai bagasi, item / bungkusan yang hilang, dicuri atau rosak*.

Bagi mematuhi peraturan antarabangsa, pelanggan tidak dibenarkan untuk menghantar barangan berharga seperti wang tunai, barang kemas atau barang-barang yang dilarang oleh kerajaan Arab Saudi atau barangan terlarang yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pos Malaysia, sila hubungi Penjagaan Pelanggan kami melalui PosLine di 1-300-300-300 atau e-mel ke [email protected].

*Tertakluk kepada terma dan syarat

SKMM Lawat Rangkaian 5G TM Di Langkawi

Syarikat turut melaksanakan rangkaian 5G Kendiri (SA) pertama di rantau ini

Telekom Malaysia Berhad (TM) berbesar hati menerima kunjungan rasmi Al-Ishsal Ishak, Pengerusi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ke kes-kes gunaan 5G TM di Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

Transmisi perkhidmatan 5G di Pulau Langkawi ini menggunakan rangkaian 5G Kendiri (Standalone – SA) pertama di rantau ini, yang dilaksanakan oleh TM.

Al-Ishsal dan delegasinya telah disambut oleh Rosli Man, Pengerusi TM; Ir. Ts. Azizi A. Hadi, Ketua Pegawai Rangkaian, TM; Ahmad Taufek Omar, Naib Presiden Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif, TM ONE; dan Dr. Sharlene Thiagarajah, Ketua Pegawai Eksekutif, TM Research and Development Sdn Bhd (TM R&D).

Mengulas mengenai lawatan tersebut, Rosli berkata: “Kami berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Pengerusi MCMC bagi merasai sendiri kes-kes gunaan 5G kami termasuklah UNESCO 8K Realiti Maya (VR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) serta menyaksikan sendiri pusat operasi penyelesaian rangkaian 5G TM yang pintar dan inovatif di 5G Command Centre (5GCC) kami.

Sebagai penyedia infrastruktur telekomunikasi negara bagi aspirasi Negara Digital Malaysia, kami sangat teruja menjadi sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G oleh MCMC ini dan mempamerkan kes-kes gunaan 5G kami.

Ini menggambarkan sokongan dan keupayaan kami dalam merealisasikan aspirasi MCMC untuk menjayakan harapan insan ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan Rakyat. TM, menerusi produk dan rumusan inovatif dan komprehensif akan terus bekerjasama erat dengan pihak Kerajaan dan MCMC bagi menyediakan asas untuk Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan melaksanakan 5G di seluruh negara – memberi khidmat kepada masyarakat dan gaya hidup yang lebih digital, perniagaan dan vertikal industri digital, serta Kerajaan digital.”

Semasa sesi lawatan itu, Al-Ishsal telah mendengar taklimat berkenaan keupayaan dan kesediaan TM untuk melaksanakan penyelesaian rangkaian 5G serta bagaimana syarikat mampu mendukung aspirasi Digital Malaysia menerusi produk dan penyelesaiannya yang inovatif.

TM juga berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan, khususnya di Langkawi untuk menjadikannya sebuah destinasi pelancongan yang selamat menerusi penyelesaian-penyelesaian TM.

Di bawah Projek Demonstrasi 5G ini, TM menerusi cabang penyelesaian perniagaan bagi perusahaan dan sektor awamnya, TM ONE serta anak syarikat kajian dan pembangunannya, TM R&D melaksanakan 11 kes gunaan di Langkawi.

Dengan kesemua kes gunaan ini dan kebanyakannya telahpun beroperasi, TM memiliki bilangan kes gunaan 5G tertinggi dalam kalangan syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyertai Projek Demonstrasi 5G ini.

Transmisi perkhidmatan 5G di Pulau Langkawi telah bermula sejak awal Disember, di mana TM telah melaksanakan rangkaian 5G SA pertama di Malaysia serta di rantau ini. Syarikat kini sedang menguji pelaksanaan rangkaian teras 5G bersepadu yang membolehkan ketersediaan bersama rangkaian SA dan rangkaian Bukan Kendiri (Non-Stand Alone – NSA).

Realme X2 Pro, Nominated As Best Of Android Phone In 2019

realme that known for youth-focused smartphone brand always positive in encouraging youth to dream and grow with technology while exploring possibilities.

WITH ‘Dare to Leap’ tagline, realme Malaysia is proud to be recognised with few titles before the year-end. It is our gratitude to share that realme brand is being crowned as the winner for the Best Android Phone in 2019, with its no need for introductions – realme X2 Pro by Android Authority, top independent online publication that is a voice for the world of Android and technology.

Smartphone peak performance rankings

Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia commented, “We are truly blessed for the appreciation by them and at the same time quite shocked for the news as there are lots of competitors for the best Android phone each year.

“I would say that this is our year and we were informed that the selection of winners is based on full research and technical comparison, Editor’s Choice as well as reader’s choice. To win this, realme X2 Pro is scientifically speaking and best all-rounder for its range.”

Best of Android: realme X2 Pro the 2019’s winner

Best of Android – Top 3 Overall Scores

With 46.76 overall scores weighed up, the realme X2 Pro has preceded another two Android models, Samsung Galaxy S10 Plus and Xiaomi Mi 9. Our realme X2 Pro places consistently well in most tests and leading as a top-quality display, bleeding-edge performance, high-quality audio, the best possible battery life, or perhaps the very best camera.

Best of Android: Battery

Smartphone Battery Test Results – WiFi Browsing time score

For this category, realme X2 Pro outrage its capability for being not only the smartphone with long battery life but at the same time the fastest recharge time, surely with 50W SuperVOOC Flash Charge.

Its huge 4000 mAh battery is more than enough for a full day of heavy use of applications, internet browsing, and video streaming.

Best of Android: Performance

Smartphone Battery Test Results – Video Playback score

Unbelievable 100% score, realme X2 Pro is one of the three most powerful handsets on the market this year along with the first runner up, Asus ROG Phone 2 (99.34%) and OnePlus 7T (99.2%). The Qualcomm Snapdragon 855 Plus processor has powered all of these three devices, so it probably not a big surprise if there is only a very little gap between these phones in terms of peak performance.

Best of Android: Audio

Smartphone Battery Test Results – Recharge Time

Another achievement for realme X2 Pro with top score 99% is becoming the Top 20 Smartphone with Excellent Audio. Other models that make up for the same score are Redmi Note 7S and LG G8X. Its brother realme XT also in the list of top 95 percentile. All of the top Android smartphones were scaled based on their offer that Android Authority consider ‘perceptually perfect’ audio for headphones.

To find out more about realme Malaysia, do follow us on our Facebook https://www.facebook.com/realmeMalaysia as well as Instagram at @realmemalaysia.

Kementerian Kewangan Terima SUV Proton X70

SUV digunakan sebagai kenderaan rasmi pegawai gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA)

Peranan Proton X70 sebagai kenderaan kerajaan rasmi telah dikukuhkan lagi dengan sebuah unit SUV yang baru-baru ini diserahkan kepada Kementerian Kewangan (MoF) kepada Setiausaha Bahagian Badan Berkanun untuk Bahagian Pengurusan Strategik, Dato’ Shahrol Anuwar Sarman.

Walaupun peristiwa tersebut adalah untuk penghantaran satu unit Proton X70, namun ia meninggalkan kesan yang jauh lebih luas. Dengan lebih daripada 500 tempahan dan lebih daripada 400 unit telah diserahkan, Proton X70 dijangka menjadi salah satu kenderaan rasmi untuk pegawai-pegawai JUSA.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Operasi SPANCO, Shaheeran Jalalludin, Pengarah Kumpulan Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail Haroon dan Pengarah Jualan Korporat, Proton Fazli Hisham Shukor.

“Proton X70 telah menjadi penyumbang yang tidak ternilai kepada kejayaan Proton pada tahun 2019, jadi kami berbangga kerana ia sekarang memainkan peranan rasmi untuk sektor perkhidmatan awam.

Ini membuktikan kesesuaiannya untuk beberapa tugas termasuk mewakili pelbagai kementerian di peringkat peringkat tempatan dan antarabangsa. Kami juga menjangka menerima lebih banyak tempahan untuk Proton X70 dari pelbagai jabatan kerajaan pada 2020, “kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Keputusan oleh kerajaan Malaysia dan SPANCO untuk menempah Proton X70 untuk flit adalah pengumuman utama kedua yang melibatkan SUV ini dengan kerajaan Malaysia.

Terdahulu pada bulan Disember, telah diumumkan Proton X70 akan digunakan untuk menyokong Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 sepanjang tahun.

“Proton akan terus bekerjasama rapat dengan pembekal perkhidmatan seperti SPANCO untuk memastikan kami dapat menyokong keperluan kenderaan rasmi oleh agensi sektor awam dan jabatan kerajaan.

“Sebagai jenama automotif Malaysia, kami mahu terus menunjukkan sokongan kami kepada negara dan memainkan peranan dalam pembinaan negara,” katanya.

Petronas Completes Acquisition For 50 Percent Equity In Tartaruga Verde And Espadarte Module III, Brazil

PETRONAS’ subsidiary, Petronas Petróleo Brasil Ltda (PPBL) announced the completion of the transaction for the acquisition of 50 per cent equity in the Tartaruga Verde producing field (BM-C-36 Concession) and Module III of the Espadarte field (Espadarte Concession), both located in deep waters of the Campos Basin, offshore Brazil.

PPBL signed a Sales and Purchase Agreement (SPA) with Petróleo Brasileiro S.A. (Petrobras), Brazil’s petroleum multinational corporation on 25 April 2019. Petrobras, who is the Operator, holds the remaining 50 per cent equity.

The signing of the closing agreement to mark the completion of the acquisition was held in Rio De Janeiro, Brazil, on 27 December 2019.

Petronas Executive Vice President & Chief Executive Officer of Upstream, Adif Zulkifli said, “The completion of the acquisition of Tartaruga Verde and Module III of Espadarte, as well as the three exploration blocks won in the recent bid rounds in Brazil is testament to Petronas’ steady progress in expanding our oil business in South America.”

“We also look forward to this new partnership with Petrobras to meet Brazil’s energy aspirations,” he added.

Aside from expanding our portfolio in South America, Petronas also signed six new Production Sharing Contracts (PSC), of which four PSCs in Malaysia and two in Gabon, in addition to the acquisitions of two offshore blocks in Egypt.

This is in line with Petronas’ Three-pronged Growth strategy to secure opportunities in prolific basins in expanding our core business for future cash generation.

Established in 1974, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) is Malaysia’s fully integrated oil and gas multinational ranked among the largest corporations on FORTUNE Global 500®. As the custodian of Malaysia’s national oil and gas resources, we explore, produce and deliver energy to meet society’s growing needs.

The growing demand for energy inspires and strengthens our purpose to steadily drive for new solutions and push boundaries towards a sustainable energy future.

Samsung Raises Awareness On STEM Education Through Its B40 Children’s Outreach Programme

As the next generation holds upon their shoulders our hopes and visions for the future, it is vital that we play our part in creating environments that motivate, empower, and inspire the next generation to beat the impossible and do what they can’t.

This year, educating the future generation has been the focus of Samsung’s corporate responsibility and hence, Samsung launched its B40 Children’s Outreach Programme. The initiative’s objective was to expose children from the household income group of under RM3,000 (B40) to the wonders of the fields of Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM).

Held from the 17 th till 20 th December 2019, Samsung’s B40 Children’s Outreach Programme was a major project carried out in partnership with Me Books Asia, with the support from Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Persatuan Taska Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), CoBlix, and Atom & The Dot.

The four-day workshop, which took place through twenty-two sessions, introduced over 200 children from six schools and the public to fun and interactive STEM learning activities; such as interactive storytelling workshops, coding & cool virtual reality experiences, and more hands-on science experiments.

“As we head further into the 21 st century, the importance of tech and IT literacy just gets more and more important. While we recognise our responsibility to the development of the nation, we are also equally committed to the communities around us.

“We hope that through these workshops, the children who participated have been inspired to explore the wonderful world of technology, and the abundant opportunities that it provides in life,” said Yoonsoo Kim, President of Samsung Malaysia Electronics.

Held at Raja Tun Uda Library in Shah Alam, the B40 children utilised several Samsung Galaxy gadgets to explore their curious, creative, and architectural sides. For one, Samsung Galaxy tablets were utilised to facilitate STEM coding workshops, which gave the children a lot of fun in creating their own zoos through the magic of coding.

Not only that, they also had the opportunity to nurture their adventurous spaceman side! Thanks to the power of the Galaxy Note10 and a virtual reality cardboard, the students had the special opportunity to visit Mars through a 3D robotic virtual environment simulation. This ultimately gave them an otherworldly experience, literally!

“Believing in equal and quality education for all, we hope to create and curate experiences that enriches children’s understanding in STEM education and what the world has to offer. By bringing together innovation and partners with the same values and passion for education, we can make world-class content accessible, affordable, and enjoyable for these children”, said Hao Jin, CEO of Me Books Asia.

Showing its commitment to its cause, Samsung also sent its employees to facilitate the STEM workshops, as part of its recurring Love & Care programme. With enthusiasm and national pride, large human-sized objects in the form of an elephant, giraffe, unicorn, rabbit, deer and tree were decorated with Décopatch papers that incorporated Batik and Hibiscus prints on them.

These were then gifted to each of the schools to brighten up their classrooms. In addition to that, Samsung also donated several of its devices, such as Galaxy Tablets and TVs, to each of the six schools to encourage continuous STEM learning through technology.

Moreover, basic necessities such as whiteboards, markers, stationery sets, and more items from partners such as Me Books Theatre and Me Books Plus app accounts were also provided to ensure that the schools are in tip-top shape for seamless education sessions.

“We are honoured to host this initiative by Samsung and Me Books Asia at the Raja Tun Uda Library. We trust that by creating more opportunities and exposing these children to STEM, it will ignite their interest at a young age, thus preparing them for STEM careers in the future,” added Puan Mastura Haji Muhamad, Director of Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

‘Appy New Year’ with Huawei AppGallery Festival

HUAWEI Mobile Services (HMS) celebrates this holiday season by sharing various gifts and rewards via its AppGallery Festival.

From 1st to 31st January 2020, HUAWEI users can receive a wide range of perks such as vouchers from selected app partners, HUAWEI Points and HUAWEI smartphones.

AppGallery is the official app market on HUAWEI smartphones that comes preloaded since April 2018. From AppGallery, users can search and download mobile apps from 18 different categories including Games, Education, Lifestyle, Daily Essentials, and Shopping.

Under the theme called “New Year, New Start”, AppGallery Festival provides deals from leading apps such as Agoda, Lazada, SHAREit and VIU, as well as popular local apps like CARiNG, dahmakan, Fave, Tonton, and 988.

This festival includes three main promotions – ‘Download Apps & Get HUAWEI Points’, ‘Receive New Year Gifts at the Gift Center’ and ‘Play & Win HUAWEI Smartphones’; users can join the events through the AppGallery app.

During the campaign period, when downloading selected apps in the AppGallery, users will be rewarded with 5 HUAWEI Points worth RM5 from each participating app.

In Malaysia, there are 16 apps participating in this event, where users can redeem up to 80 HUAWEI Points in total. The HUAWEI Points received can be used for in-app purchase (IAP) on HMS products including on the AppGallery, Themes, Mobile Cloud, and more.

Besides free HUAWEI Points, users can also claim app vouchers and gift packs from the ‘Gift Center’ on the AppGallery. The gift package includes RM20 Lazada shopping vouchers, one month free VIU Premium subscriptions, two months iFlix VIP subscriptions, seven days camScanner subscriptions, and more.

Players of Guns of Glory, Jellipop Match, Mobile Royale, Rise of Kingdoms and Saint Seiya will stand a chance to win HUAWEI smartphones by buying in-game items and paying through HUAWEI In-App Purchases (IAP).

This event is divided into three phases and open to gamers in Malaysia, Philippines, Singapore and Thailand. The top 30 spenders across the four participating countries will win a HUAWEI smartphone.

The first phase will run from 1 st -7 th January 2020 with the HUAWEI Nova 5T as the prize. The smartphone prizes for Phase 2 (8 th -14 th Jan) and Phase 3 (15 th -31 st Jan) will be revealed on the starting date of each phase.

How to win?
1. Download the participating game(s) from AppGallery
2. Play and purchase in-game items
3. Pay via Huawei IAP with bank card (credit/debit) payment method
4. Participants can spend on more than one game to accumulate the spending amount
5. The top 30 in-game spenders across the participating countries will win a HUAWEI smartphone

Mark your calendars and participate in the AppGallery Festival to start 2020 on a high note
with various gift packs and rewards.

Hype Motorsports Hotel Port Dickson Unik-Butik Resort Pertama Di Asia Bertemakan Permotoran

Anda seorang yang suka melancong dan mahukan kelainan setiap kali berkunjung ke destinasi ditujui.

TENTU sekali perkara pertama yang menjadi senarai teratas ialah pemilihan tempat penginapan sama ada hotel, rumah inap atau apartmen.

Apa kata anda cuba menginap di hotel terbaharu yang berkonsepkan permotoran ini yang cukup unik kerana setiap penjuru hiasan dalamannya dipenuhi tema permotoran. Jika anda seorang yang minat dengan dunia permotoran, hotel ini adalah pilihan paling tepat.

Hype Motorsports Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan adalah hotel butik resort pertama di Asia berkonsepkan dunia permotoran terletak dilokasi cukup strategik dan popular iaitu di Batu 7, Pantai Teluk Kemang atau lebih mudah ‘waze’ sahaja Dataran Teluk Kemang dan anda dapat melihatnya di sebelah kanan (jika datang dari arah Kuala Lumpur).

Hype Motorsports Hotel ini diuruskan oleh Hotel Pro Sdn Bhd dan dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad menawarkan 64 bilik yang direka unik berkonsepkan permotoran menerusi susun atur kerusi, katil, paparan grafik serta dekorasi menarik yang cukup teliti.

Jenis bilik disediakan iaitu bilik Standard Twin atau Standard Queen, Superior Twin atau Superior King, Deluxe Twin atau Deluxe King dan Premier Triple yang ditawarkan pada harga dari RM180 ke atas termasuk sarapan pagi.

Apa yang menarik ialah di setiap bilik deluxe, premier dan family premier dilengkapi kerusi urut yang mana anda boleh menggunakan kerusi itu tanpa had. Jangan bimbang untuk melayari internet, kemudahan WiFi turut disediakan. Seronok bukan!

Untuk berkunjung ke hotel ini, ia dihubungkan hanya sejauh 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta kira-kira satu jam 30 minit perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur.

Apa yang menarik ialah Pantai Teluk Kemang terletak hanya dibelakang hotel ini di mana pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air bersama keluarga seperti menaiki banana bot, jet ski atau mandi-manda dilaut.

Selain lokasi yang bersebelahan Dataran Teluk Kemang yang meriah pada waktu malam khususnya dihujung minggu, anda juga boleh pergi ke beberapa lokasi menarik sekitar Teluk Kemang.

Kemudahan menarik

Selain dua kolam renang disediakan iaitu kolam dewasa dan kanak-kanak yang lengkap dengan gelungsur, permainan simulator kereta lumba, mini sirkit bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, snuker dan foosball table turut ditawarkan.

Gambar diambil menggunakan telefon pintar Samsung A80

Bagi mana-mana syarikat korporat, persatuan atau individu yang ingin menganjurkan sebarang bengkel atau mesyuarat, kemudahan bilik mesyuarat yang lengkap dengan kemudahan disediakan ditingkat atas.

Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Pro Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof berkata, kerja pengubahsuaian hotel ini membabitkan kos lebih RM10 juta dan baru dibuka kepada pengunjung pada 15 Disember lalu.

Beliau berkata, setiap bilik yang ditawarkan menghadap kolam renang dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pendingin udara, kunci pintu dengan kad sentuh, pengesan asap, akses internet WiFi percuma serta televisyen yang lengkap dengan saluran siaran tempatan.

“Hype Motorsports Hotel Port Dickson adalah butik resort pertama di Asia berkonsepkan dunia permotoran sepenuhnya kerana menampilkan imej, gaya dan reka bentuk ruang dalaman serta luarannya yang menepati tema permotoran tempatan dan antarabangsa.

“Kita menawarkan bilik bertemakan legenda permotoran dunia seperti pelumba pasukan Ferrari Formula Satu (F1) terkenal, Michael Schumacher selain pelumba motosikal terkemuka, Marc Marquez, Valentino Rossi, pelumba motocross Tony Cairoli, pemandu rali, Sebastian Loeb dan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin.

“Semua bilik deluxe dan premier dilengkapi dengan kerusi urut untuk keselesaan pelanggan hotel,” katanya.

Hotel Pilihan Untuk Pelbagai Acara

Johari yang juga bekas pelumba motosikal berkata, pihaknya mengambil masa beberapa bulan untuk melakukan pengubahsuaian kesemua bilik termasuk membina kolam kanak-kanak yang menjadi tarikan utama.

Katanya, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad mengambil alih hotel ini yang asalnya ialah resort milik Telekom Malaysia (TM) dan melabur lebih RM10 juta untuk melengkapkan Hype Motorsports Hotel PD dengan pengurusan diletakkan dibawah Hotel Pro Sdn Bhd.

“Belum ada lagi mana-mana hotel resort di Malaysia malah di negara Asia yang menampilkan konsep dunia permotoran dan ini peluang terbaik kepada kami untuk memperkenalkan konsep ini julung-julung kalinya kepada rakyat Malaysia dan Asia.

“Orang ramai tidak kira peminat kereta atau motosikal boleh menjadikan hotel ini sebagai lokasi pilihan sama ada untuk mengadakan hari keluarga, mesyuarat, seminar atau majlis perkahwinan dan sambutan majlis perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya.

“Bagi geng-geng bikers atau kelab-kelab kereta boleh menjadikan hotel ini sebagai lokasi pertemuan kerana kawasan hotel ini cukup luas untuk menganjurkan pelbagai acara yang dirancang,” katanya.

Bilik bankuet yang terletak ditingkat mezzanine pula mampu memuatkan lebih 200 orang dan sesuai digunakan untuk tujuan pelancaran produk, majlis sambutan hari jadi, majlis makan malam korporat atau majlis perkahwinan.

Paddock Club

Melangkah kepada ruang kafe di Paddock Club pula, ia menawarkan pelbagai pilihan hidangan makanan halal, menu popular dalam dan luar negara yang disediakan oleh chef berpengalaman meliputi hidangan sarapan pagi hingga makan malam.

Ruang kafe itu juga boleh diubah suai sebagai ruang untuk apa jua jenis majlis seperti pelancaran produk baru, persembahan, aktiviti berkumpulan membabitkan syarikat korporat mahupun acara untuk seisi keluarga.

Bagi mereka yang ingin mengadakan barbeku pada waktu malam, pelbagai pakej menarik ditawarkan mengikut kesesuaian pengunjung dengan ruang cafe yang mampu memuatkan lebih 100 orang.

Anda juga boleh menyaksikan suasana matahari terbenam dengan melepak bersama rakan di Sunset Cafe yang terletak berhampiran kolam renang sambil menikmati minuman kegemaran.

Kemudahan Pit Stop yang terletak di bahagian lobi pula menawarkan pelbagai pilihan barangan cenderahati seperti kemeja-T, topi, rantai kunci, cawan dan aksesori asas untuk menunggang atau memandu.

Pengunjung yang menginap di hotel ini juga boleh mendapatkan perkhidmatan menyewa motosikal atau kereta manakala perkhidmatan mencuci motosikal atau kenderaan secara PERCUMA ditawarkan kepada penginap di hotel ini (tertakluk kepada terma dan syarat).

Segala-galanya ada di sini, jika ada gemar mencari kelainan boleh berkunjung ke Hype Motosports Hotel Port Dickson, sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.

Lokasi menarik berhampiran

1. Kompleks Baitul Hilal

Kompleks Baitul hilal merupakan balai cerap yang pada mulanya ia didirikan sebagai tempat penyelidikan astronomi dan kemudian dibuka kepada orang awam dengan tujuan mempromosi edu tourism di Port Dickson.

2. Muzium Tentera Port Dickson

Ini merupakan antara muzium tentera yang terbesar di negara kita dan ia terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia.

3. PD Ostrich Farm

Pusat penternakan Burung Unta atau lebih dikenali sebagai PD Ostrich Farm ini terletak 9 kilometer dari Jalan Pantai Port Dickson.

4. Rumah Terbalik Port Dickson

Rumah Terbalik Port Dickson merupakan sebuah rumah kedai yang diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan satu pengalaman bergambar yang berbeza.

Untuk tempahan:

Hype Motorsports Hotel Port Dickson
Jalan Pantai, Batu 7, Teluk Kemang,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: 06-6466555/+60123796056 / +60194782015 / +60192020580 / +60124843515
Laman web: www.hypehotelpd.com

Post Menarik