Misi Ziarah Asnaf Seluruh Malaysia (Kelantan) anjuran Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur diteruskan dengan membantu golongan asnaf di sekitar daerah Pasir Mas, semalam.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, misi bantuan ini akan diteruskan lagi pada hari ke-3 di Tanah Merah selepas menyantuni asnaf di daerah Bachok, Pantai Cahaya Bulan ,Tawang, Lundang dan Kota Bharu.

Beliau berkata, pihaknya menziarahi seramai 100 keluarga asnaf fakir miskin (keluarga miskin, ibu tunggal, bapa tunggal, anak yatim dan OKU)  terus dari rumah ke rumah dengan menyampaikan bantuan makanan, wang zakat dan duit raya.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) kini sedang mengadakan Misi Ziarah Asnaf (Fakir Miskin ) seluruh Malaysia di Kelantan Darul Naim bermula 14 hingga 18 Jun 2020.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu khususnya para dermawan yang budiman. Semoga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat,” katanya kepada Prebiu.com.

Katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur ) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).