Penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan pakej-pakej terpilih, termasuk
penjimatan upah kerja sebanyak 10 peratus untuk minyak pelincir, brek dan pakej tali
sawat pemasaan serta pemeriksaan kenderaan 27 – poin secara percuma.
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan ‘Promosi Bantuan Servis’ dengan penjimatan sehingga 20 peratus untuk servis dan alat ganti kenderaan bermula 10 Jun sehingga 30 Julai untuk memberikan para pelanggan lebih penjimatan dan kelegaan di waktu yang mencabar ini.
“Kami sentiasa mensasarkan untuk memberi faedah dan khidmat tambahan kepada para
pelanggan kami. Orang ramai masih perlu menjalani aktiviti harian di waktu yang tidak
menentu ini dan kami berharap agar penjimatan ini boleh meringankan beban mereka,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.
Servis dengan Penjimatan Sehingga 20%
Para pelanggan berpeluang mendapat faedah dengan penjimatan yang ditawarkan untuk
alat ganti dan servis apabila mereka membuat janji temu servis kenderaan di mana-mana
pusat servis Ford yang berdaftar bermula dari 1 Jun sehingga 30 Julai 2020.
Untuk kelegaan yang lebih, semua pemilik kenderaan Ford boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma oleh juruteknik-juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang cukup baik.
SDAC turut menawarkan lebih penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih. Hanya alat ganti pengeluar peralatan asli (OEM) digunakan, memberikan lebih jaminan
kualiti dan keyakinan.
Para pelanggan juga boleh menikmati potongan 20 peratus untuk pakej-pakej brek dan tali
sawat pemasaan, potongan sehingga 20 peratus untuk pakej minyak pelincir, di samping
potongan 10 peratus upah kerja untuk pakej-pakej yang dinyatakan.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Jualan Runcit dan Edaran Malaysia, Sime Darby Motors, berkata “Kami mengalu-alukan para pelanggan yang ingin melawat bilik-bilik pameran kami di lokasi yang ada di seluruh negara, termasuk bilik pameran yang merupakan mercu tanda kami yang terbaharu di Sime Darby Motors City, Ara Damansara.
Ia merupakan mercu tanda kami yang terbesar di Malaysia dan dibina di atas kompleks automotif Sime Darby Motors City seluas 10.1 ekar yang turut mempamerkan rekaan terkini jenama Ford yang paling terkenal.
“Kami ingin meyakinkan para pelanggan kami bahawa kami telah mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan dan para pengunjung.
Ini termasuk mengamalkan penjarakan sosial. Di beberapa bilik pameran, para pelanggan
harus menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis selain menyediakan
cecair pensanitasi tangan,di sekitar bilik pameran,” katanya.
Menjaga Waranti Anda
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, para pelanggan mungkin tidak dapat membuat janji
temu servis kenderaan sebelum waranti mereka tamat tempoh atau melepasi had batuan.
Oleh itu kami memberi peluang kepada para pelanggan yang berada dalam situasi ini untuk membuat janji temu servis dengan kami sebelum 30 Jun 2020.
Membuat Janji Temu Dengan Kami
Memandangkan kami mematuhi arahan kawalan kumpulan ramai dan penjarakan sosial di
premis – premis kami, maka servis kenderaan hanya berdasarkan janji temu sahaja.
Terdapat beberapa cara untuk berbuat demikian:
- Menempah janji temu secara dalam talian melalui laman web kami www.sdacford.com.my/book-a-service-form
- Menghubungi Pusat Servis Ford berdaftar. Senarai pusat servis yang beroperasi boleh
diperolehi di sini : www.sdacford.com.my/owner/service-maintenance/operation-hours
Melalui talian Hotline Khidmat Pelangggan kami di 1300 38 3181