Utama Blog Halaman 797

Pos Malaysia Launches Pos Laju Sendparcel Year-End Sale Campaign

RM5 nett for the first 5kg of parcel deliveries for limited time only

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) carries out year end sale campaign for delivery bookings on their online shipping platform, Pos Laju SendParcel.

In conjunction with the year end sale, current and potential customers with RM1,000 top up value and above are eligible to enjoy RM5 nett for parcels below 5kg for deliveries made before 31 December, 2019 across Peninsular Malaysia.

The online shipping platform for parcel delivery provides convenience to individual and business customers at a touch of a button. Pos Laju SendParcel is part of Pos Malaysia’s continuous efforts to enhance customer experience by offering convenience in managing bulk deliveries while offering the best rates, instant pricing quotes, free pick-up service and auto generated consignment notes including ease of shipment reporting and tracking.

Pos Malaysia’s Group Chief Executive Officer, Syed Md Najib said, “The year end SendParcel promotion is timely with the upcoming Christmas festivities and New Year celebration. This is indeed an opportune time for our customers, especially those in eCommerce, to enjoy good rates in delivering their online orders, while enjoying the benefits of our product offerings.”

“Pos Laju SendParcel will certainly benefit the public at large, particularly small and medium enterprises (SMEs) and micro SMEs as well as eCommerce business players, offering our customers better experience and more product options to meet their growing eCommerce needs,” he said.

To start using SendParcel, customers are only required to create an account and choose from the 8 top up packages which come with attractive rates and benefits at https://sendparcel.poslaju.com.my

SendParcel anytime, anywhere!

Etika Group Receives EPF’s Excellent Employer Award 2019

Etika Group has been awarded the Excellent Employer Award 2019 (Anugerah Majikan Terbaik 2019) by Employees Provident Fund (EPF) or Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) recently at the Concorde Hotel in Shah Alam.

Etika Group was one of the top 28 companies from over thousands of companies in the country to be awarded.

This award was given in recognition of the Group’s exemplary compliance and prompt remittance in contributing to EPF for the year of 2018-2019.

“The recognition received is a testament of our commitment in ensuring that the provision of welfare facilities for our employees is well taken care of. In the push for creating a thriving and nurturing workplace for the people, we must continue to relook the ways of providing work-life benefits to our employees,” said Khalid Alvi, Chief Executive Officer Malaysia, Singapore and Brunei.

“The people are the heartbeat of the organization and everyone has their own special way of contributing. Our role as an employer is to provide what works best for the business and the people,” he added.

Lucky Winners Of RHB’s Deposit Campaign Take Home Gold

RHB Bank Berhad (RHB) recently announced winners of its RHB Deposit Gold Campaign, a 3-month long campaign encouraging a saving habit amongst customers, who walked away with a total 1.5kg in gold bars worth RM304,500.

The grand prize winner Kim T.S. bagged a limited edition 1kg 999.9 gold bar worth RM203,000, while 10 others won 1 unit each of the 50 gram limited edition 999.9 gold bars totaling RM101,500.

The RHB Deposit Gold Campaign held between March 1 and May 31 this year, was very successful and generated huge interest from existing and new clients.

“RHB is pleased to play an active role towards promoting a good savings habit amongst our customers. In addition to their own savings, our lucky winners now have the opportunity to leverage on gold to grow their wealth and to reap benefits from its capital appreciation,” said Soong Tze Chern, Head of Transactors and Savers, RHB Banking Group.

Customers made deposits of a minimum of RM25,000 into their RHB current and savings accounts, to be in the running for the gold bar prizes.

Following the positive response to the last campaign, RHB launched the RHB Deposit Gold 3 Campaign in July, whereby the prize value for winners has been doubled. The six-month long campaign ends Dec 31. For further details, visit www.rhbgroup.com.

UOB Malaysia Beri Sumbangan Kepada Kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home

Sempena musim perayaan ini, United Overseas Bank Malaysia Bhd (UOB Malaysia) telah berkongsi keriangan perayaan dengan memberi sumbangan kepada lebih 100 kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams Home, sebuah yayasan bukan kerajaan yang menyediakan pendidikan dan penjagaan kepada kanak-kanak dari latar belakang yang mencabar.

UOB Malaysia menganjurkan satu acara khas dan memberi hadiah kepada setiap kanak-kanak. Setiap hadiah mempunyai mesej peribadi daripada kakitangan UOB yang telah mendaftar sebagai ‘Secret Santa’ dan yang telah membeli hadiah berdasarkan senarai keinginan Krismas kanak-kanak tersebut.

Wong Kim Choong, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata bahawa inisiatif ‘Secret Santa’ ini merupakan satu cara bagi kakitangan Bank menjalin hubungan yang bermakna dan peribadi dengan kanak-kanak melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Heartbeat UOB.

“Di UOB Malaysia, ia sememangnya tradisi kami untuk memberi balik kepada masyarakat sepanjang tahun sebagai sebahagian daripada program Heartbeat UOB berterusan kami. Sempena musim perayaan ini, kami ingin melakukan sesuatu yang sedikit berbeza dan meminta kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams Home untuk menulis apa yang mereka inginkan untuk Krismas.

“Kami kemudian meminta sukarelawan ‘Secret Santa’ UOB kami untuk membantu merealisasikan hajat setiap kanak-kanak tersebut. Kakitangan kami telah memainkan peranan ‘Secret Santa’ dengan penuh semangat, dan kami berharap melalui usaha yang kecil tetapi peribadi ini, kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home akan mempunyai sambutan Krismas yang penuh bermakna dan menyeronokkan,” katanya.

Para sukarelawan UOB juga membantu menganjurkan permainan dan aktiviti untuk kanak-kanak pada hari tersebut. Kanak-kanak tersebut juga amat teruja dapat bersaing dengan kakitangan UOB Malaysia dalam perlumbaan lari berganti-ganti yang membawa banyak kegembiraan dan keseronokan. Acara menyanyikan karol Krismas juga diadakan sebelum jamuan makan tengah hari dihidangkan.

All Petronas Stations Now Supply Euro 4M Ron95 Primax 95 With Pro-Drive

All Petronas stations nationwide are now supplying Euro 4M RON 95 fuel, ahead of the Government’s gazette date on 1 January 2020.

THE new fuel specifications contain just 50 parts per million (ppm) sulphur, which is 10 times less than the Euro 2M standard for RON 95 petrol.

Additionally, benzene content is reduced by 30% to 3.5% while vapour pressure is reduced by 7% to 65kPa. This means the fuel is now cleaner for both the engine and the environment.

PDB’s Managing Director and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir said, “Our RON 95 fuel has been upgraded to Euro 4M standard at all our stations since early December.

“With this upgrade, our customers will not just enjoy a smoother, more responsive and efficient drive, but also a cleaner fuel which works together with today’s modern vehicles in reducing air pollution to deliver both health and climate benefits.

“Ultimately, PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive is good for the engine, and the environment.”

To find out more about the new enhanced Petronas Primax with Pro-Drive that is Euro 4M-compliant, visit www.mymesra.com.my.

VW Passat Miliki ‘Aura’ Tersendiri – PANDU UJI

Model kenderaan segmen-D selalu dikaitkan dengan barisan kereta untuk golongan eksekutif yang biasanya dikuasai kereta keluaran Jepun yang menawarkan keselesaan daripada segi ruang dan prestasi enjin.

Kehadiran model Volkswagen Passat B8 iaitu generasi kelapan yang dipasang di Pekan, Pahang boleh dikatakan pilihan kepada pengemar kereta dalam segmen ini yang mahu beralih angin kepada kenderaan buatan Jerman yang dianggap lebih berprestij setanding dengan jenamanya.

Passat yang diedarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd (VPCM), jika dilihat pada pandangan mata kasar, reka bentuknya tidak jauh berbeza dengan model Passat B7 yang sudah dijual di Malaysia sejak 2011.

Jika diimbas sejarah kehadiran model Passat ini, ia pernah menawarkan varian Passat CC dan kemudiannya berakhir kepada dua varian iaitu Passat dan CC.

Pembahagian segmen ini menterjemahkan arah tuju sebenar model ini di pasaran tempatan dan kehadiran generasi terbaharu Passat B8 ini membuktikan bahawa syarikat automotif dari Jerman ini begitu serius untuk menembusi pasaran segmen D.

Penulis yang berpeluang memandu uji model ini membabitkan perjalanan lebih 1,000 kilometer dengan laluan berbukit di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini dapat merasai sendiri kehebatan jentera empat roda ini.

Ketika dipandu meredah laluan selekoh tajam dan mendaki, sistem kawalan stereng dan enjinnya bertindak cukup responsif walaupun dalam keadaan kecemasan termasuk melakukan brek mengejut ataupun mahu mengelak sesuatu ketika jentera dipandu laju.

Ketika kereta ini dikerah mendaki laluan berbukit ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai, penulis memilih mod pemanduan Sport dan hasilnya, laluan selekoh tajam mudah ‘diratah’ manakala penukaran gearnya cukup pantas mengikut tahap kelajuan.

Segalanya dibantu oleh beberapa sistem elektronik terkini termasuk XDS electronic differential lock yang bertindak membrek roda sebelah dalam apabila mengambil selekoh dan melawan understeer seperti model GTI.

Selain itu, model ini turut dipadankan dengan sistem Kawalan Kerangka Dinamik (DCC) yang memberikan penyerapan aktif selain mempunyai pilihan mod pemanduan (Eco, Comfort, Normal, Sport, Custom).

Ciri pilihan mod pemanduan ini mengingatkan penulis kepada model Golf R namun bagi Passat, ciri ini hanya terdapat pada varian 2.0 TSI Highline manakala varian 1.8 TSI Trendline dan Comfortline dipadankan dengan dua mod pemanduan iaitu Sport dan Normal.

Berbalik kepada perbezaan antara Passat terdahulu dan Passat B8 ini ialah model baharu ini dibangun menggunakan platform MQB dan memiliki berat yang berkurangan sehingga 90 kilogram hasil daripada penggunaan bahan serba ringan seperti aluminium yang diperkuat pada badan dan enjinnya.

Berdasarkan kepada aspek luarannya, model Passat B7 memiliki kerangka bersaiz 4,769mm (panjang), 1,820mm (lebar) dan 1,470mm (tinggi) serta jarak roda 2,712mm.

Bagaimanapun, model B8 ini berukuran 4,767mm panjang, 1,832 mm lebar dan 1,456mm tinggi. Ini bersamaan dengan 2mm lebih pendek, 12mm lebih lebar dan 14mm lebih rendah jika dibandingkan dengan Passat B7.

Walaupun badan lebih pendek, jarak roda Passat B8 dipanjangkan sebanyak 79mm, menjadi 2,791mm dan ini menghasilkan bahagian dalaman yang lebih luas sekali gus bahagian simpanan barangnya meningkat sebanyak 21 liter kepada 586 liter.

Maka tidak hairanlah dengan penampilan lebih maskulin dan bergaya khususnya reka bentuk hadapan serta belakangnya, model terbaharu ini telah memenangi Anugerah Kereta Terbaik Eropah 2015.

Model Passat dengan warna Reflex Silver ini adalah varian paling tinggi iaitu 2.0 TSI Highline, yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TSI berkuasa 220PS dan 350Nm tork. Transmisi pula menggunakan unit automatik klac berkembar DSG enam kelajuan.

Varian 2.0 TSI Highline pula memiliki pakej paling lengkap dan hadir dengan brek tangan elektrik dengan Auto-Hold, sistem pengesan kecergasan Driver Alert System dan lampu/pengelap cermin automatik. Penyaman udara pula adalah sistem Climatronic tiga zon bersama corong tersendiri di belakang.

Untuk keselesaan pemandu, terdapat pedal penukar gear di stereng, but berkuasa elektrik yang boleh dibuka dengan menghayunkan kaki di bahagian bawah kereta atau hanya menekan butang pada alat kawalan jauh.

Selain itu, model ini dipadankan dengan rim aloi ‘Dartford’ 18 inci, kemasan muncung ekzos trapezoid krom dan lencana ‘380 TSI’.

Ciri paling menarik perhatian penulis ialah paparan meter skrin digital sepenuhnya bagi varian 2.0 TSI Highline, kemasan kayu ‘Carolina’, Lane Assist dan sistem media yang lebih canggih meliputi skrin sesentuh 6.5 inci dengan MirrorLink dan navigasi.

Sistem navigasinya juga boleh dipancarkan terus pada panel skrin digital di hadapan pemandu dan mempunyai pilihan juga untuk dipaparkan ditengah-tengah seperti yang biasa digunakan.

Menjenguk bahagian kabinnya, keluasan ruang yang ditampilkan memberikan kelebihan buat Passat. Cukup selesa, itulah yang sesuai digambarkan tak kiralah sama ada sebagai pemandu mahu pun penumpang. Tempat duduk balutan kulit menjadi pilihan, menambahkan lagi elemen kemewahannya. Bukan itu sahaja, papan pemukanya juga tampil ringkas tetapi nampak eksklusif dan moden.

Untuk memberi lebih kemudahan, varian Highline ditawarkan dengan ciri Park Assist yang membolehkan kenderaan diparkir sendiri di mana-mana ruang parkir selari atau menegak.

Passat serba baharu didatangkan dalam lima warna iaitu putih (Pure White), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), kelabu (Manganese Grey) dan biru (Atlantic Blue).

Kesimpulan

Model Passat varian Highline ini adalah model yang cukup bergaya dan menjimatkan bahan api. Dengan kapasiti penuh 66 liter, model ini mampu bergerak sejauh lebih 700 kilometer bergantung kepada tahap kelajuan dan corak pemanduan.

Meskipun saiznya kelihatan agak lebar namun ciri memiliki ciri kemewahan dan enjinnya cukup berkuasa meredah apa jua bentuk rupa bumi jalan raya kerana enjin 2.0TSI pengecas turbo suntikan terus petrol mampu bertindak responsif setiap kali pedal minyak ditekan.

Ruang dalaman yang dibaluti kerusi saduran kulit Vienna dan kerusi pemandu serta penumpang hadapan yang boleh dilaras menggunakan 12 pelarasan elektronik dengan sokongan Lumbar dan tetapan memori serta fungsi urutan kepada pemandu menjadikan perjalanan jauh cukup selesa.

Ketika dipandu dilaluan lebuh raya, kestabilan kenderaan ini dapat dirasai dan tanpa disedari meter kelajuan kadang kala mencecah 180 kilometer sejam sekali gus membuktikan kenderaan buatan Jerman sememangnya memiliki ‘aura’ tersendiri berbanding kenderaan buatan Jepun lain.

Kemasan dalaman berkualiti tinggi diserlahkan dengan hiasan elemen kayu ‘Brilliant Pine’ pada papan pemuka dan panel pintu dengan gabungan warna hitam piano pada konsol tengah.

Bagi menyerlahkan lagi ciri premium, jam analog diletak pada kedudukan antara bilah corong penyaman udara.

SPESIFIKASI

  • Enjin: 2.0L TSI Highline
  • Kuasa maksimum: 220PS pada 4,500 hingga 6,200rpm
  • Tork maksimum: 350Nm pada 1,500 hingga 4,400rpm
  • Transmisi: DSG 6-kelajuan
  • Kapasiti tangki bahan api: 66 liter
  • Pilihan warna: Pure White, Deep Black, Reflex Silver, Manganese Grey dan Atlantic Blue
  • Ciri Keselamatan: Kawalan Casis Adaptive (DCC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Bantu Brek (BA), Pengatur Anti-Kegelinciran (ASR), Sistem Brek Pasca Perlanggaran Automatik, ISOFIX, 6 beg udara, indikasi penggunaan pelapik brek, Sistem Amaran Pemandu (Bantu Rehat), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kunci Perbezaan Elektronik (XDS), Sistem Respon Pelanggaran Pintar (ICRS) dan Kawalan Tork Seretan Enjin (EDTC).
  • Harga atas jalan: RM195,390 (tanpa insurans)

Celcom Terokai Teknologi 5G Di Pulau Langkawi

Menggunapakai 5G untuk Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar

Perjalanan 5G Celcom Axiata Berhad diteruskan dengan pelaksanaan 5G untuk penyelesaian keamanan dan keselamatan Bandar Pintar di Pulau Langkawi.

Penyelesaian 5G Bandar Pintar Celcom bertujuan meningkatkan operasi harian peniaga dan pihak berkuasa tempatan, serta memperkasa gaya hidup pengguna secara digital di Langkawi.

Kerjasama Celcom, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)telah melaksanakan kes-kes kegunaan Keselamatan 5G Bandar Pintar terkini, yang menampilkan kecanggihan dalam keberkesanan keselamatan dan pemantauan menerusi video panorama 360 ° UHD 4K iaitu kamera pengawasan yang dipasang di Pantai Cenang, yang terkenal dengan keindahannya di Langkawi.

Pada masa sama, penyelesaian Bandar Pintar 5G Celcom ditempatkan di empat lokasi di sepanjang Jalan Pantai Cenang dan dua lokasi di Dataran Cenang, Langkawi. Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom dilengkapi dengan keupayaan kepintaran buatan (AI) dan analisis video yang memanfaatkan keupayaan 5G kependaman rendah serta data berkelajuan tinggi, membolehkan pemantauan masa nyata dan kualiti gambar berdefinisi tinggi.

Selain itu, Celcom akan memperluaskan kes-kes kegunaan 5G yang turut meliputi Pertahanan Digital di sempadan perairan, Pemantauan Kawalan Orang Ramai, Kawalan Digital Kargo Masuk dan Keluar, Sistem Pengurusan Perkapalan, Geo Fencing & Smart Perimeters dan Akses Tetap tanpa wayar 5G.

Teknologi 5G dijangka memberi pengalaman keterhubungan kepada pengguna dan perniagaan dengan pengalaman berbeza, di mana ujian awal 5G Celcom di Langkawi mencatatkan kelajuan penghantaran hampir 1.5Gbps dan kependaman selama 16 milisaat.

Rangkaian 5G Celcom di Langkawi menggunakan teknologi 5G New Radio yang mempunyai spektrum C-band, Massive Multiple-Input dan Multiple Output (MIMO 64T64R) menerusi teknologi Peralatan Premis Pelanggan (CPE) 5G.

Demonstrasi Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar Celcom disaksikan oleh Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, bersama Muniff Kamaruddin, Ketua Pegawai Strategik dan Pejanaan Nilai, Celcom Axiata Berhad, PDRM dan wakil MPLBP di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, di Langkawi.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, Celcom teruja dapat bekerjasama dengan PDRM Langkawi dan pihak berkuasa tempatan seperti MPLBP dalam menerajui pembangunan dan kegunaan 5G untuk Malaysia.

“Kerjasama Celcom dengan PDRM dan MPLBP di Langkawi membolehkan kami mewujudkan bandar raya yang lebih selamat dengan penggunaan teknologi 5G. Penyelesaian Pintar Keselamatan 5G kami membolehkan sistem pengawasan keselamatan ditingkatkan untuk unit penguatkuasa serta menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan lebih selamat,” katanya.

Terdapat banyak kes-kes kegunaan 5G, yang boleh dimanfaatkan oleh perusahaan, pihak berkuasa, sektor swasta dan awam, bahkan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan perkhidmatan 5G yang terbaik. Sejajar dengan revolusi industri keempat (IR4.0).

Baru-baru ini, Celcom telah dilantik oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai Rakan Perhubungan Rasmi untuk Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020, membolehkan syarikat-syarikat Malaysia permulaan digital dan berkaitan IR4.0 mempamerkan teknologi seperti Wi-Fi 5G kepada wakil-wakil negara luar sepanjang 2020.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Capai 4 Juta Penumpang Tahun Ini

Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), ahli Kumpulan MMC meraikan pencapaian terbaharu mengendalikan empat juta penumpang dalam masa satu tahun buat pertama kali sejak pembukaannya pada 1974.

Penumpang ke-empat juta, Lim Seoh Boey yang terbang bersama tiga anaknya, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada jam 10:50 pagi menerusi penerbangan AirAsia AK 6051 dari Kuala Lumpur disambut dengan upacara khas yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Wanita & Pembangunan Negeri Johor, Liow Cai Tung dan Ketua Pegawai Eksekutif SATSSB, Md Derick Basir.

Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh, Pengerusi SATSSB berkata, “Ia merupakan tahun yang menggalakkan bagi LTAS. Pencapaian ini terhasil daripada gabungan peningkatan terhadap permintaan penerbangan dan komitmen oleh rakan kongsi syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah kapasiti penumpang.

Sejak mengambil alih LTAS pada 2003, SATSSB telah berjaya mengendalikan sejumlah lebih daripada 33 juta penumpang dengan pertumbuhan konsisten dua angka sejak 2013.”

“Pencapaian ini tidak akan berhasil tanpa sokongan rakan kongsi syarikat – syarikat penerbangan, agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, para pelanggan dan penduduk di negeri Johor.”

Dalam ucapannya, Muhammad Bakhtiar berkata, “Secara keseluruhannya, kerajaan negeri Johor telah menetapkan sasaran 8.4 juta pengunjung bermalam dan sejumlah RM18.4 juta pelawat pada 2020 bersempena dengan kempen Visit Malaysia 2020 dan Visit Johor 2020 dengan jangkaan limpahan ekonomi sebanyak RM29.4 bilion.”

“Dengan pengumuman sebanyak RM15 juta menerusi Bajet Johor 2020 iaitu yang tertinggi pernah diberikan kepada sektor pelancongan di negeri ini, kami berharap agar dapat mencapai pulangan yang cemerlang pada tahun akan datang.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SATSSB Md Derick Basir berkongsi jumlah penumpang bagi tahun penuh 2019 akan mencapai 4.2 juta, peningkatan ketara sebanyak 20% berbanding 3.5 juta penumpang yang dikendalikan pada tahun 2018.

Pertumbuhan ini disumbangkan oleh peningkatan kapasiti yang dicipta oleh pengenalan laluan baharu dan kekerapan penerbangan tambahan ke laluan sedia ada seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Seoul.

LTAS kini beroperasi pada kapasiti maksimum 4.0 juta penumpang setahun. Mengulas isu kapasiti terminal, Md Derick juga mengumumkan bahawa SATSSB sedang menjalankan projek pembesaran terminalnya untuk menambah ruang kapasiti bagi menampung jumlah penumpang.

Projek bernilai RM20 juta itu bakal menyaksikan penambahan keluasan balai ketibaan dan perlepasan di bahagian selatan bangunan terminal sedia ada. Antara elemen utama projek termasuklah pembinaan empat pintu perlepasan baharu siap dengan tambahan tempat duduk, laluan pejalan kaki yang berhubung dengan ruang parkir pesawat, pemasangan sistem pengendalian bagasi tambahan dan pemasangan eskalator serta lif bagi menghubungkan bangunan terminal sedia ada ke kawasan baharu.

SATSSB mengendalikan purata lebih 11,500 penumpang dan 110 pergerakan penerbangan setiap hari dengan 80% daripada operasi dan penumpangnya disumbangkan oleh AirAsia. Terkini, LTAS dihubungkan ke tujuh destinasi antarabangsa dan 11 destinasi domestik yang dioperasikan oleh lima syarikat penerbangan – AirAsia, Malaysia Airlines, Firefly, Malindo Air dan Jin Air.

Johor Port Inks Strategic Alliance Agreement With Access World

Johor Port Berhad (JPB), a Member of MMC Group entered into a Soft Commodity Strategic Alliance Agreement with Access World earlier at Johor Port in Pasir Gudang, Johor Bahru.

The Agreement was signed by Chief Executive Officer of Johor Port, Shahrull Allam Shah Abdul Halim and Yanto Tan, Regional General Manager, South East Asia, Access World, witnessed by Loke Siew Fook, Minister of Transport Malaysia, Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh, Chairman of Johor Port Berhad and Group Managing Director of MMC Corporation Berhad and Alfred Vermeulen, Director Commercial, Asia Pacific, Access World.

Under the strategic alliance, Johor Port Berhad and Access World will co-operate and combine resources with a view to increase the volume of soft commodities entering and being traded in Johor.

“As a Regional Commodity Hub, everything from Cocoa, Coffee, Palm Oil, Coal, Steel and Aluminium – and most things in between – have been catered for via the Port’s flexible facilities.

This strategic alliance is part of our initiatives to position Johor Port as the Cocoa Commodity /Trading Hub and for Johor Port to be designated as an Approved Delivery Point under the various International Commodity Exchanges.” said Shahrull Allam Shah.

Besides cementing Johor Port’s position as one of the top LME operators, soft commodities are another big pillar, especially for South East Asia; and it speaks volumes about the existing strengths and future potential of Malaysia from a market demand perspective.

Johor Port will tap into rising demand for safe, efficient, and internationally compliant soft commodities warehousing.

Customers can also look forward to the convenience of one-stop value-add services such as repacking, enabling them to maximise and localise their Supply Chain to serve regional markets via the Southern region.

“Johor Port understood our concept and value propositions. The ease of doing business that we as Access World Group have experienced here from an investor’s and customer’s point of view has resulted in a long lasting 15 years working relationship with Johor Port.

Dating back to 2004, when we listed a London Metal Exchange approved warehouse in Johor Port, Access World has further diversified its commodities business in Johor Port where we now also provide specialized warehousing and logistics services for soft commodities products like cocoa-beans to service our global clients. We look forward to more years of working together.” said Yanto Tan, Regional General Manager, South East Asia, Access World.

Access World is a well-respected global company with businesses in the logistics, forwarding and chartering, collateral management, stevedoring, handling and warehousing business of commodities including Cocoa, Soft commodities, Forest products, Oil and Gas, Non-ferrous Metals, Steel, Ferro Alloys and Project Cargo traded on the physical market and/or the London Metal Exchange and/or other exchanges.

Johor Port is an investor-friendly, business-ready multi-purpose port facility and continues to be the Premier Southern Gateway Multi-Purpose Port in Malaysia.

TM Rangkul Anugerah Tertinggi Di Nacra 2019

Syarikat diiktiraf antara yang terbaik di majlis anugerah Laporan Korporat tahunan

Telekom Malaysia Berhad (TM) telah diiktiraf sebagai pemenang bagi Laporan Tahunan Terbaik (Perak) di Majlis Anugerah Laporan Tahunan Korporat Nasional (National Annual Corporate Report Awards – NACRA) 2019.

Syarikat sekali lagi dianugerahkan sebagai sebuah institusi korporat terkemuka di Malaysia apabila laporan tahunannya bagi tahun 2018 telah berjaya merangkul empat (4) anugerah kecemerlangan di dalam kategori-ketegori utama.

Anugerah-anugerah yang dimenangi adalah:

  • Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan Laporan Tahunan Terbaik (Perak)
  • Laporan Tahunan Terbaik dalam Bahasa Malaysia (Emas)
  • Laporan Kelestarian Tahunan Terbaik (Perak)
  • Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Syarikat Papan Utama dalam kategori
    Telekomunikasi dan Media selama 23 tahun berturut-turut

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, berkata, “Kami amat teruja dan berbangga kerana sekali lagi kami berjaya merangkul beberapa anugerah di NACRA 2019.

Pengiktirafan-pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan kepatuhan kami terhadap keperluan senaraian seperti digariskan oleh Bursa Malaysia, namun apa yang lebih penting, pengiktirafan ini menjadi bukti kepada standard tinggi yang kami amalkan dalam komunikasi dengan para pemegang saham.

Ianya juga menunjukkan komitmen kami dalam pengamalan tadbir urus korporat, ketelusan, pendedahan maklumat yang tinggi kepada pihak berkepentingan serta pelaporan korporat bersepadu.

Ini adalah selaras dengan prinsip kami terhadap kepentingan tahap tadbir urus korporat tertinggi untuk membina kepercayaan dan kredibiliti dengan pihak berkepentingan utama kami.”

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh Warga TM di atas kerja keras dan usaha berterusan mereka dalam menerbitkan Laporan Tahunan 2018 ini. Saya secara peribadi berbangga dengan pencapaian ini dan berharap ini akan memberi dorongan untuk mereka terus memberikan yang terbaik.

“Kemenangan di NACRA sememangnya mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju institusi korporat di Malaysia,” katanya.

NACRA dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia Berhad, Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Objektif utama NACRA adalah untuk mempromosikan kecemerlangan dalam laporan korporat, ketelusan dan kebertanggungjawaban terbaik oleh setiap pihak dalam laporan kewangan mereka dan anugerah-anugerah tersebut adalah untuk memberi penghargaan dan mengiktiraf laporan yang berkualiti tinggi.

Post Menarik