Utama Blog Halaman 754

Proses Pendigitalan Mampu Tingkatkan Produktiviti IKS Di Selangor

From left, Dato’ Hasan Azhari, Chief Executive Officer of Invest Selangor Berhad; Dato’ Teng Chang Khim, Selangor State Executive Councillor (EXCO) for Investment, Industry and Commerce and SMEs'; Yong Kai Ping Chief Executive of SITEC and Goh Boon Peng Director of SITEC Academy

Pandemik wabak COVID-19 memberikan kesan kepada ekonomi dan memaksa industri kecil dan sederhana untuk beroperasi secara dalam talian.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu untuk mengurangkan penyebaran wabak itu, kebanyakan IKS beralih menggunakan kaedah digital.

Ahli Majlis Eksekutif, Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim berkata ini berikutan PKP menyebabkan pergerakan terbatas, pejabat ditutup dan menjejaskan proses penyampaian bekalan.

Bagaimanapun, untuk terus beroperasi dalam krisis semasa ini, IKS melaksanakan beberapa langkah termasuk menggunakan pendekatan perdagangan elektronik, konsep O2O, penghantaran makanan dan dompet tunai (E-Wallet) dalam perniagaan masing-masing.

Pengumuman terbaharu kerajaan yang melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 27 Oktober ini memberikan pelajaran berguna kepada semua IKS agar sentiasa bersedia menggunakan teknologi digital dalam operasi harian.

“Walaupun ia mungkin agak sukar kepada peniaga tradisional dan peniaga kecil untuk mencari kaedah singkat beralih kepada digital, IKS terbabit boleh mengguna pakai tiga strategi utama misalnya berfikir besar, bermula kecil dan berskala pantas dengan hasilnya memuaskan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor ke-5 secara maya di sini, hari ini.

From left, Dato’ Hasan Azhari, Chief Executive Officer of Invest Selangor Berhad; Dato’ Teng Chang Khim, Selangor State Executive Councillor (EXCO) for Investment, Industry and Commerce and SMEs’; Yong Kai Ping Chief Executive of SITEC and Goh Boon Peng Director of SITEC Academy

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Dato’ Hasan Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping dan Pengarah SITEC Academy, Goh Boon Peng.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan, Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) berkata, perniagaan digital bukan projek yang dilaksanakan ‘sekali sahaja’ tetapi adalah satu perjalanan yang komprehensif.

Justeru, pemilik perniagaan perlu mempunyai pemikiran yang tepat untuk menggunakan pendekatan terbaik dalam usaha menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Katanya, salah faham mengenai proses pendigitalan yang mahal tetapi sebenarnya ia memberikan manfaat seperti meningkatkan produktiviti, pengekalan pelanggan yang lebih baik dan mewujudkan sumber baharu dalam perolehan atau pertumbuhan.

Teng berkata, adalah tepat pada masanya apabila Majlis E-Dagang dan Teknologi Maklumat Selangor (SITEC) menganjurkan persidangan ini dengan fokus tema ‘Bagaimana IKS Mampu Berjaya Dalam Berdepan Transformasi Digital?”.

Ini adalah persidangan digital kedua IKS dianjurkan SITEC sejak bekerjasama dengan MDEC pada sidang Kemuncak Digital IKS pada Ogos lalu.

Sebanyak lebih 1,000 peserta mendaftar secara dalam talian untuk persidangan hari ini, menunjukkan minat mereka kepada transformasi digital.

Teng berkata, kerajaan Selangor juga menjadi perintis melaksanakan inisiatif bagi menyokong IKS seperti melancarkan PRODUTK-program digital tenaga kerja tiga bulan percuma yang membolehkan syarikat melaksanakan operasi perniagaan secara selamat.

“Ia dibina dengan ciri merekod kehadiran, pemantauan dengan GPS menerusi web dan aplikasi, jadual kerja, laporan suhu, penjejakan kontak dan analitik,” katanya.

Untuk mengiktiraf sumbangan IKS dan menggalakkan dialog antara industri serta kerajaan negeri, persidangan ini juga menjadi hos kepada beberapa siri dialog industri dengan menemubual 10 kapten industri di Selangor.

“Kita akan menerbitkan temubual video meliputi pelbagai industri seperti e-dagang, runcit, pelancongan, industri hotel, makanan dan minuman, pertanian dan perikanan, pengiklanan, filem serta logistik.

“Fokus temubual ialah kisah kejayaan IKS Selangor, pelan pasca pemulihan COVID-19 dan bagaimana inisiatif mesra IKS kerajaan Selangor yang menyokong mereka. Ia juga menyediakan platform komunikasi kepada industri untuk berkongsi cabaran,” katanya.

Beliau berharap, temubual ini akan membawa semua industri dan pemegang saham bekerja rapat khususnya IKS, Dewan Perniagaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan Kerajaan Negeri Selangor.

Episod pertama dalam temubual bertajuk “Kesan COVID-19 ke atas Sains dan Teknologi di Malaysia” yang akan disiarkan pada 20 Oktober (Selasa).

Teng turut melancarkan pertandingan 5th Malaysia Top E-Commerce Merchant Award yang dianjurkan oleh SITEC dan disokong oleh MATRADE, MDEC, MAGIC, SME Corp, IA Alliance dan Pikom.

Anugerah tahunan ini akan mengiktiraf peniaga elektronik yang dinilai berdasarkan kepada kreativiti dan inovatif mereka menjalankan kempen jualan dalam talian daripada hasil keseluruhan jualan.

Hadiah wang tunai telah digandakan kepada RM40,500 iaitu hadiah tunai keseluruhan dan hadiah lain berbanding sebelumnya. Terdapat dua kategori anugerah iaitu Top E-Commerce Merchant Award dan Selangor E-Bazar Merchant Awards.

Setakat ini, sebanyak 141 syarikat mengambil bahagian dalam pertandingan Top E-Commerce Merchant Awards. Peserta akan dinilai oleh barisan pakar industri dalam 5 kategori iaitu produk, platform, promosi dan penglihatan, potensi perniagaan, jualan dan tempahan ketika peraduan jualan dalam talian diadakan.

Pemenang terdahulu Top E-Commerce Merchant Awards termasuk Sally Fashion, Printcious, Sea Gamer Mall dan Hermo.

Pemilikan Rumah Kini Lebih Mudah Dengan Houzkey Dan Myra

Myra Saujana adalah pembangunan perbandaran Myra yang pertama menjalinkan perkongsian dengan Maybank Islamic HouzKEY.

Pemilikan rumah adalah matlamat ramai rakyat Malaysia, tetapi pembelian rumah tidaklah
semudah yang disangkakan.

Bagi mengatasi cabaran yang dihadapi dalam pasaran, peneraju pemaju Myra telah bekerjasama dengan Maybank Islamic bagi menawarkan penyelesaian alternatif pemilikan rumah yang dapat dimanfaatkan oleh pembeli rumah pertama.

HouzKEY, penyelesaian pembiayaan rumah yang diperkenalkan oleh Maybank Islamic
menawarkan pembeli rumah pertama kelebihan seperti pembiayaan 100%, tiada bayaran
sepanjang pembinaan dan bayaran bulanan paling rendah.

“Salah satu isu utama sebelum bergelar pemilik rumah adalah kos permulaan yang tinggi dan kemampuan pinjaman yang diperlukan oleh pemilik rumah.

“Dengan HouzKEY, keluarga dapat memiliki rumah sendiri tanpa perlu membayar 10% pendahuluan daripada harga rumah, sekali gus menjadikan pemilikan rumah lebih mudah untuk rakyat Malaysia,” kata Wendy, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra.

Terletak di Sungai Merab, Kajang, Selangor, Myra Saujana adalah pembangunan perbandaran Myra pertama yang akan menjalinkan perkongsian dengan HouzKEY.

Pemilik rumah HouzKEY boleh membeli rumah Superlink dua tingkat (2,338 – 2,370 kaki persegi) pada harga RM698,000 atau anggaran bayaran bulanan sebanyak RM1,500 sebulan berbanding dengan harga RM2,489 sebulan.

Tambahan lagi, pemilik rumah HouzKEY yang berminat untuk mencari rumah bertanah yang lebih besar untuk keluarga mereka boleh memilih rumah berkembar dua tingkat sebagai rumah idaman pada harga RM1.03 juta atau anggaran bayaran bulanan sebanyak
RM2,230 sebulan berbanding dengan harga RM4,489 sebulan.

Pengarah Urusan Maybank Real Estate Venture, Sally Lye Saw Im berkata, HouzKEY
menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman impian mereka dengan menawarkan pembiayaan 100% dan tiada pembayaran sepanjang tempoh pembinaan.

“Kami memahami cabaran dan halangan yang pernah dihadapi oleh pembeli rumah pada masa lalu.

“Sebagai organisasi yang menjadi nadi kepada masyarakat, kami berharap pengenalan HouzKEY mampu menjadi penyelesaian bagi rakyat Malaysia dalam perjalanan mereka untuk memiliki sebuah kediaman,” katanya dalam kenyataan.

Myra Saujana memberi penekanan kepada keselamatan, ruang, kemudahan, privasi, dan
fleksibiliti. Di tingkat pertama bagi kedua-dua jenis kediaman ini, setiap bilik tidur dilengkapi dengan bilik mandi sendiri sekali gus memberikan ruang privasi buat setiap penghuni.

Penduduk di Myra Saujana juga akan suka dengan ruang yang disediakan di kawasan dapur memandangkan ia telah diperluaskan sepenuhnya sehingga ke ruang belakang untuk rumah Superlink.

Ini membolehkan penghuni berjimat dan tidak perlu pening kepala memikirkan kos pengubahsuaian dan menjadikannya ideal untuk pemilik rumah HouzKEY kerana dapat
menggunakan keseluruhan rumah mereka tanpa perlu membuat perubahan yang diperlukan untuk gaya hidup mereka.

Myra Saujana turut menampilkan lanskap botani dalam komuniti berpengawal untuk penghuninya. Ciri-ciri lain yang bakal menanti pemilik rumah HouzKEY adalah pemasangan
kabel bawah tanah dan saliran tersembunyi untuk seluruh perbandaran.

Kemudahan lokasinya adalah antara salah satu ciri ditawarkan kepada pemilik kediaman
HouzKEY yang tinggal di Myra Saujana. Jaraknya yang dekat untuk ke Putrajaya menjadikannya amat sesuai untuk dimiliki oleh kakitangan kerajaan yang bekerja di sana.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain yang berdekatan kerana perbandaran ini terletak di pusat Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang dan Dengkil.

Volkswagen Passat R-Line Kini Dilancarkan Pada Harga RM203,411

Erik Winter, Managing Director of VPCM

Sedan paling laris di dunia ini menetapkan standard baharu dari segi teknologi dan kualiti.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran Passat R-Line baharu ke pasaran Malaysia menerusi satu siaran langsung di saluran media sosialnya.

Model yang lebih sporty daripada Passat Elegance itu ditawarkan pada hargaRM203,411.18 (tidak termasuk cukai jualan) dan dipasang tempatan di kilang Volkswagen di Pekan.

Mengambil inspirasi daripada model-model Volkswagen R, rangkaian R-Line direka untuk pemandu yang ingin menyerlahkan individualiti dan mahukan sebuah jentera lebih sporty, serta mempunyai nilai hebat.

Passat R-Line melengkapkan lagi model rangkaian Volkswagen R-Line di Malaysia. Sedan dinamik itu didatangkan dengan kemasan luaran dan dalaman yang meningkatkan lagi penampilan secara keseluruhannya.

Ia merangkumi bampar R-Line di hadapan dan belakang, lencana R-Line pada bahagian sisi, kemasan krom dan rim aloi Verona bersaiz 19”.

Untuk ruang kabin pula, kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas pada tempat duduk dan stereng yang balut kulit Nappa gayaan karbon berwarna hitam, pedal sports aluminium serta kemasan bumbung hitam.

Pengalaman pemanduan ditingkatkan dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) dan Driving Mode Selection yang membolehkan pemandu menukar serta memilih 15 gaya pemanduan mengikut kecenderungan mereka.

Sama seperti semua model Volkswagen, aspek kemudahan dan keselesaan tidak diabaikan. Jadi, ciri-ciri seperti Digital Cockpit boleh ubah dan App-Connect Apple Car Play tanpa wayar menawarkan ketersambungan pantas buat pemandu.

Tempat duduk hadapan ialah kerusi ErgoComfort dengan 14 tetapan yang dibalut oleh kulit Nappa gayaan karbon. Tempat duduk pemandu juga hadir dengan fungsi urutan dan memori.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Passat sentiasa mencerminkan perkembangan teknologi Volkswagen. Ia terus menetapkan standard dari segi teknologi dan kualiti dalam segmen sedan hingga ke hari ini.

“Menggabungkan Passat dengan warisan R-Line merupakan kombinasi terbaik buat kami. Passat R-Line akan menarik perhatian mereka yang mahukan kepuasan memandu dan satu tahap estetika tertentu.

“Jika anda menghargai sesuatu yang lebih baik dalam hidup dan ingin menyerlahkan individualiti, anda pasti mahukan sebuah kereta yang lebih menonjol berbanding kenderaan lain di atas jalan raya. Inilah kereta anda.”

Pada hujung minggu ini, bermula 17 hingga 18 Oktober, para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan satu acara secara maya. Acara tersebut melibatkan penerangan lanjut tentang Passat R-Line baharu di mana pelanggan dijemput untuk menghantar soalan dan berinteraksi dengan perunding jualan menerusi Facebook Live dari
rumah masing-masing.

Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang hujung minggu ini akan menikmati rebat tambahan sebanyak RM2,000.

Di samping penjimatan ekslusif berjumlah RM3,500 ke atas semua rangkaian model Passat melalui Volkswagen eShowroom. Rebat tambahan sebanyak RM1,000 juga ada ditawarkan ke atas model-model Volkswagen yang lain, kecuali Polo.

Luaran

Passat R-Line hadir dengan penampilan lebih mantap. Terima kasih kepada bampar hadapan baharu yang agresif, lengkap dengan lencana R-Line pada grilnya. Satu lagi kemasan tersendiri R-Line boleh dilihat dengan jelas pada bampar belakang, lencana R-Line dan kemasan krom pada bahagian sisi sedan ini.

Profil rugged jentera ini ditingkatkan lagi menerusi rim aloi Verona baharu bersaiz 19 inci.
Signatur model Volkswagen diserlahkan menerusi sistem lampu utama LED sepenuhnya, lampu isyarat membelok berturutan dan rekaan tiga sayap untuk lampu belakang.

Semua itu jelas melengkapkan penampilan keseluruhannya.

Dalaman

Bahagian dalaman Passat R-Line lebih menonjol berbanding pesaingnya dengan kemasan dan material baharu. Ini termasuklah kemasan dekoratif Dark Diamond Flag baharu dan bumbung hitam agar kelihatan lebih premium.

Identiti R-Line dapat dilihat dengan jelas pada tempat duduk, kemasan kulit stereng multi-fungsi yang lengkap dengan paddle shift dan butang yang ergonomik.

Di samping pedal sports serta plat pelindung hadapan dan belakang aluminium. Passat R-Line dipasang dengan kerusi elektrik ErgoComfort yang dibalut kulit Nappa gayaan karbon untuk keselesaan optimum.

Tempat duduk pemandu juga hadir dengan fungsi memori dan urutan. Nilai estetika ruang kabin disempurnakan dengan fungsi lampu ambien yang membolehkan pemandu memilih daripada 30 warna.

Lampu ambien itu juga dinyalakan pada sistem infohibur dan Digital Cockpit.

Enjin dan Prestasi

Di bawah hud, Passat R-Line menggunakan enjin turbo 2.0TSI baharu. Dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) klac basah tujuh kelajuan baharu serta telah ditambah baik, ia mampu menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm untuk pengalaman pemanduan yang benar-benar dinamik.

Penjimatan bahan api Passat R-Line cukup mengagumkan dengan anggaran sekitar 6.5l/100 km, berdasarkan kepada data pemanduan dalam dunia sebenar yang digariskan oleh pihak WLTP (Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Seluruh Dunia).

Untuk pemanduan mengujakan, Passat R-Line baharu didatangkan dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) yang menawarkan pilihan sehingga 15 peningkatan. Pemandu juga boleh memilih salah satu daripada tiga mode pemanduan yang disediakan iaitu sport dengan peredam lebih keras, comfort atau normal.

Dengan ciri Driving Mode Selection (DMS), pemandu boleh memilih corak pemanduan yang
disukai sama ada Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual yang boleh diubah suai.

Ketersambungan Digital Cockpit bersaiz 11.7” menawarkan tahap kejelasan terbaik menerusi paparan warna beresolusi tinggi seperti sebuah telefon pintar premium.

Skrin itu menawarkan enam pandangan skrin boleh ubah yang diakses secara pintar di hujung jari bersama pilihan 30 kombinasi, termasuklah navigasi 2D dan 3D.

Sistem infohibur boleh diakses menerusi skrin sentuh Discover Pro bersaiz 9.2”. Navigasi sistem tersebut boleh dilakukan dengan mudah menerusi arahan suara, kawalan gestur dan skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

App-Connect boleh digunakan dengan Android Auto, Mirrorlink pula menggunakan Type C USB, selain ketersambungan Apple Car Play tanpa wayar.

Keselamatan

Volkswagen tidak pernah berkompromi dari segi keselamatan. Jadi, Passat R-Line baharu padat dengan ciri keselamatan premium. Ini termasuklah ciri Rear Cross Traffic Alert dengan julat pengesanan 180 darjah sehingga 50 meter.

Ciri Side Assist pula membantu mengesan objek di kawasan titik buta sehingga 70-meter dengan jarak pengesanan 110 darjah apabila kenderaan ini bergerak. Satu lagi ciri keselamatan penting ialah sistem Electronic Differential Lock (XDS) yang berfungsi
menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer.

Passat R-Line dilengkapi ciri Tyre Pressure Monitoring System baharu yang memantau tekanan setiap tayar. Manakala brek pergerakan pula akan menekan brek secara automatik untuk menghalang pelanggaran apabila ia mengesan objek pada kelajuan sehingga 10km/j.

Ciri keselamatan lain yang didatangkan sebagai standard ialah Electronic Stability Control (ESC), brek anti kunci (ABS), Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS), Hill-hold Control, Automatic Post-Collision Braking System dan Proactive Passenger Protection System.

Ruang dan Kemudahan

Ruang but Passat R-Line cukup mengagumkan iaitu seluas 586 liter. Manakala fungsi Easy Open tanpa sentuhan menggunakan sensor pada bahagian belakang untuk membuka but secara elektronik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu di bawah bampar belakang.

Sistem Bunyi

Passat R-Line baharu hadir denggan sistem bunyi Helix 300W Soundbar bernilai RM2,400. Aksesori yang perakui oleh Volkswagen ini dihasilkan oleh pakar audio hi-fi, HELIX dan dipasang di ruang penyimpanan barang kenderaan.

Soundbar itu merupakan sebuah amplifier 5 saluran dengan pemproses bunyi dan subwoofer bersepadu. Ia dilihat akan meningkatkan lagi kualiti dan kejelasan sistem bunyi Passat yang sudah sedia bagus menerusi keliberasi profail bunyi yang tepat.

Warna

Passat R-Line didatangkan dalam enam warna: warna metalik ialah biru (Aquamarine Blue), coklat (Tamarind Brown), kelabu (Manganese Grey) dan perak (Reflex Silver). Dua warna mutiara iaitu hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) juga ada ditawarkan tanpa caj tambahan.

Harga

Passat R-Line baharu ditawarkan pada harga cadangan RM208,888 dan ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan untuk 5 tahun.

Dengan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan sekarang, Passat R-Line baharu kini berharga RM203,411.18 sehingga 31 Disember 2020.

Galaxy S20 FE – Six Colours And Their Captivating Persona Types. Check Them Out!

Taken a shine to the newly launched vibrant Galaxy S20 FE? If you have, you’ve probably already given some thought to what colour you’d like, and maybe even why you’d like that colour.

Your favourite colour is said to define a big part of who you are, and can offer an inside look into your own personality and behavioural traits.

The Galaxy S20 FE comes in a selection of six vibrant colours to suit every attitude, look and personality.

We’ve dug deep into the psychology of colours to share how colour choices give an insight into an individual’s personality!

Galaxy S20 FE in Cloud Mint

Galaxy S20 FE in Cloud Mint

You are known for your zen, trustworthiness and thoughtfulness. You will always be there for your loved ones when they need you. You lend an ear, do favours, and never disappoint them.

Galaxy S20 FE in Cloud Lavender

Galaxy S20 FE in Cloud Lavender

As a Lavender lover, you are a sophisticated, caring, and calm person. Conventional norms
do not influence you. You are a problem solver, open to options.

Galaxy S20 FE in Cloud Orange

Orange is typically seen as a happy colour, often associated with sunshine.
If your favourite colour is orange, you are a social person with a vibrant personality, as the color represents optimism, enthusiasm, and creativity.

Galaxy S20 FE in Cloud Orange

Galaxy S20 FE in Cloud Red

Red is an active colour and a show-stopper. It shows that you’re energetic, strong-willed, and passionate; and that you don’t mind standing out from the crowd.

Galaxy S20 FE in Cloud Red

Galaxy S20 FE in Cloud Navy

Go-getter, confident, and peaceful – that’s how most people would describe you. You’ve got it all. You are open-minded and not afraid to ask for and pursue what you want.

Galaxy S20 FE in Cloud Blue

Galaxy S20 FE in Cloud White

There is no doubt that white gives off a genuine, pure, and reliable vibe. You are a kind soul and would go out of your way to help even absolute strangers by the street. In addition, you have a refined taste in life and prefer a classy lifestyle.

Galaxy S20 FE in Cloud White

The Galaxy S20 FE Cloud Red variant will be available in the Malaysian market in October 2020.

Express your best self and pre-order from now to 8 October 2020 at RRP RM3,399 (256GB)! Customers who pre-order a Galaxy S20 FE 5G will be eligible for exclusive gifts worth a total of RM586, which include a UV sterilizer with wireless charging, a one-time screen crack protection plan 3, and clear standing cover.

Yes, pre-order yours NOW at the Samsung Malaysia E-store or Samsung Experience Stores at https://galaxy-s20fe.mysamsungcampaign.com/register.aspx.

Portal Telekesihatan Khusus COVID-19 DoctorOnCall, Kini Kembali Beroperasi

Pesakit di Sabah kini boleh mendapatkan maklumat, konsultasi doktor dan penghantaran ubat secara PERCUMA

Bagi menangani peningkatan jumlah kes COVID-19 serta kebimbangan berkaitan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah, DoctorOnCall telah mengemas kini perkhidmatan di platformnya.

Demi pesakit di Sabah, portal telekesihatan khusus COVID-19 DoctorOnCall, kini kembali beroperasi. Inisiatif ini, pertama kali dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Februari 2020 dan merupakan kerjasama pertama seumpamanya dijalankan bersama pihak kerajaan.

Masyarakat di Sabah yang sedang menghadapi peningkatan kes COVID-19 dapat mengakses Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual ini secara percuma dari mana sahaja, tujuh hari seminggu melalui www.doctoroncall.com.my/coronavirus.

Melalui laman ini, pesakit boleh dapat membaca artikel sahih dan tepat mengenai penyakit tersebut; mengambil ujian penilaian kendiri bagi mengetahui risiko jangkitan COVID-19 dan berhubung dengan doktor melalui mesej peribadi, panggilan telefon atau video.

Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual secara percuma ini membolehkan doktor memahami kebimbangan orang awam mengenai jangkitan COVID-19 serta penyakit-penyakit lain, memberi penjelasan lanjut berkenaan sebarang gejala, dan memberikan nasihat yang sewajarnya.

Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual ini berpotensi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan, meredakan ketakutan dan kebimbangan orang ramai dengan menyampaikan maklumat tepat dan sahih.

Selain itu, sekiranya pesakit membuat pesanan ubat secara atas talian melalui DoctorOnCall, ubat-ubatan tersebut akan dihantar secara percuma ke lokasi mereka di negeri Sabah.

DoctorOnCall telah mengaktifkan Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual yang dikemas kini dengan segera pada saat kritikal dan genting ini, dengan harapan dapat menjaga keselamatan orang ramai dalam mendapatkan rawatan kesihatan.

Maran Virumandi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, DoctorOnCall berkata, “Kami juga telah memperkenalkan perkhidmatan Konsultasi Telekesihatan dengan pakar dan juga pakej saringan kesihatan, dari beberapa hospital swasta seperti Hospital Thomson Kota Damansara, Pusat Kesuburan TMC dan Hospital Columbia Asia. ”

“Buat pertama kalinya, pesakit boleh berbual melalui telefon atau panggilan video dari mana sahaja di seluruh Malaysia dengan menggunakan peranti mudah alih atau komputer mereka dan bercakap dengan doktor pakar dari swasta.

“Ini merupakan servis tambahan kepada perkhidmatan sedia ada di mana, pesakit yang menggunakan platform dapat menghubungi Doktor Perubatan Am (GP) dengan bayaran.” katanya.

DoctorOnCall yang ditubuhkan pada tahun 2017, merupakan platform kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia. Ia menawarkan perundingan telekesihatan, farmasi dalam talian, penghantaran ubat, artikel berkaitan kesihatan yang sahih, serta kemudahan mengatur temujanji dengan doktor dan pakar.

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor Dilancar Buat Pertama Kali Secara Maya

Acara tahunan yang paling dinanti-nantikan, Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS), terus menjadi tuan rumah kepada pemain industri global dengan mematuhi norma-norma baru.

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020, dilancarkan hari ini oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, yang berlangsung bermula pada 14 hingga 17 Oktober.

Majlis pelancaran secara maya oleh Menteri Besar Selangor

Pelancaran ini seterusnya menjadikannya platform maya pertama yang dipimpin oleh sesebuah negeri untuk memberi inspirasi kepada pemain-pemain industri dalam usaha untuk menjalankan perniagaan dengan mematuhi norma-norma baru.

Menawarkan peluang tanpa sepadan, SIBS Virtual mengumpulkan pemain industri dari seluruh dunia untuk membantu ahli-ahli perniagaan memperkukuh dan merangsangkan semula perniagaan mereka dengan menyediakan platform perkongsian pengetahuan, pemadanan perniagaan untuk semua pengunjung perdagangan.

“Norma-norma baru ini telah membuatkan kita merangka kembali strategi dan rancangan dalam menjadikan SIBS sebagai sidang kemuncak yang harus dihadiri di rantau ini.

“Sebagai contoh, walaupun kita tidak dapat bertemu secara langsung, penggunaan teknologi telah membolehkan kita meneruskan hubungan dan komunikasi dengan komuniti perniagaan yang lebih besar serta bakal-bakal rakan strategik dan pihak yang berkepentingan,” kata Dato’ Teng Chang Khim, Ahli Majlis Eksekutif, Kerajaan Negeri Selangor.

SIBS Virtual 2020 akan mempunyai tiga komponen utama dalam sidang kemuncak tersebut; Ekspo Antarabangsa Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor ASEAN dan Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor.

Program empat hari dalam talian ini bakal menawarkan antaranya pameran maya, webinar, persidangan, jalinan rangkaian dalam talian dan peluang-peluang pemadanan perniagaan.

Selangor terus mengambil peranan sebagai kuasa ekonomi serantau di sebalik cabaran-cabaran semasa dan prospek pertumbuhan ekonomi yang kurang memberansangkan, dengan sumbangan lebih dari 24 peratus kepada KDNK Malaysia setiap tahun.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari

Amirudin berkata selama bertahun-tahun, pentadbiran ini telah menempuh pelbagai dugaan, dan menghadapi cabaran bagi menjadikan Selangor sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan dan perniagaan di rantau ini.

“Oleh itu, pandemik COVID-19 adalah satu lagi cabaran yang harus kita lalui dan, inshaAllah, kita akan dapat melakukannya, dengan sokongan kuat daripada semua pihak.

“Saya sangat berharap anda semua akan mendapat manfaat dari SIBS 2020, yang bakal menawarkan akses yang lebih besar dan tempoh yang lebih lama hingga Oktober 2021, Virtual SIBS akan membolehkan anda memanfaatkan pelbagai peluang dengan cara yang lebih mudah, di mana semua orang boleh mengakses dari keselesaan kediaman mereka sendiri” katanya.

Sementara itu dalam sidang media secara maya dengan wartawan, Teng berkata, menuju ke hadapan, kerajaan Selangor turut memberi fokus kepada sektor teknologi dan perkhidmatan khususnya ketika ini ramai yang bergantung kepada telefon pintar untuk mendapatkan sebarang maklumat.

Dato’ Teng Chang Khim

Ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau menjelaskan dalam pelan 5 tahun, Selangor sudah menggalakkan banyak sektor menceburi bidang perdagangan elektronik (e-dagang) khususnya dalam mendepani revolusi perindustrian 4.0.

“Antaranya mendigitalkan sektor pengurusan sumber manusia dan melatih 600 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (IKS) membangunkan bidang peruncitan elektronik (e-merchant) masing-masing,” katanya.

Justeru katanya, apabila bidang ini berkembang, sektor lain seperti logistik dan pengangkutan juga akan mendapat limpahan sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi di Selangor.

Dalam pada itu, Teng dalam ucapannya berkata, SIBS2020 akan terus mempunyai tiga komponen utama iaitu Selangor International Expo (SIE), membabitkan ekspo perdagangan makanan dan minuman (F&B).

Ekspo itu membabitkan 300 pempamer daripada sejumlah 12 negara termasuk Indonesia, Filipina, India, Taiwan, Jepun, Thailand, Vietnam, Spain, Singapura, New Zealand, Itali dan Malaysia.

Belau berkata, peserta pameran ini akan menunjukkan pamplet dan video produk masing-masing dalam gerai pameran yang direka secara digital.

“SIE 2020 akan terus menyediakan platform hubungan rangkaian kepada peserta pameran ini dari Oktober 2020 hingga Oktober 2021,” katanya.

Komponen kedua ialah Selangor ASEAN Business Conference (SABC) yang membawa bersama penceramah, pemimpin perniagaan, persatuan berkaitan perdagangan dan pembangun polisi perdagangan daripada pelbagai bidang dan sektor ekonomi dari ASEAN dan negara rakan lain.

Sementara itu, Teng berkata, Smart City and Digital Economy Convention (SDEC) akan diadakan dengan tema “How SME can Thrive in the Battle of Digital Transformation?”.

SDEC juga akan melancarkan anugerah Top E-Commerce Merchant Awards 2020, yang memberi pengiktirafan kepada peruncit elektronik tempatan yang berjaya, kreatif dan inovatif.

Beliau berkata, meskipun unjuran ekonomi kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk COVID-19, Selangor menyaksikan pelaburan terus asing dan domestik memainkan peranan penting kepada kejayaan negeri ini.

“Sejak lima tahun lalu, Selangor berjaya menarik lebih daripada RM57.42 bilion or (USD 13.8 billion) nilai jumlah keseluruhan pelaburan menerusi lebih daripada 1,222 projek pembuatan.

“Menerusi pelaburan ini juga, kira-kira 80,157 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan dan ketika pandemik ini dikesan, bagi tempoh enam bulan pertama 2020, sbeanyak 122 projek pembuatan diluluskan dengan jumlah pelaburan sehingga RM3.4 bilion.

“Beberapa lagi projek pelaburan kini sedang diperingkat akhir dan kita berharap menjelang akhir tahun ini, kita akan mengumumkannya,” katanya lagi.

Virtual SIBS 2020 akan berterusan sehingga 2021, seterusnya membolehkan para usahawan untuk terus menggunakan platform ini setelah empat hari secara fizikal tersebut.

SIBS 2021 dijadualkan kembali pada 7 – 10 Oktober 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Virtual SIBS 2020, lawati www.selangorbusinesshub.my

Honda City RS Generasi Ke-5 Baharu Kini Dilengkapi Honda Sensing

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang melancarkan City RS e:HEV Serba Baharu

Honda Malaysia, mengujakan rakyat Malaysia dengan pelancaran City Serba Baharu Generasi ke-5.

Model baharu ini dijangka meningkatkan penanda aras dalam segmennya apabila merintis teknologi termaju, prestasi yang mengagumkan dan reka bentuk yang menarik –menawarkan satu pakej lengkap yang melangkaui segmen B.

Diperkenalkan dalam empat varian, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang melancarkan varian RS e:HEV.

Ketua Pegawai Operasi Serantau  (Asia & Oceania), Honda Motor Co., Ltd., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co., Ltd., Masayuki Igarashi berkata, “Visi 2030 kami adalah untuk merintis kemajuan mobiliti dan membolehkan semua orang di seluruh dunia menambah baik kualiti kehidupan seharian mereka.

Justeru, kami telah memperkenalkan Honda e:TECHNOLOGY bagi mencapai visi 2030. Malaysia merupakan pasaran yang penting di rantau ini. Sejak lima tahun lalu, hampir 40% model hibrid yang dijual di rantau Asia & Oceania adalah dari Malaysia.

Bagi menawarkan produk-produk elektrifikasi termaju, kami berbesar hati untuk memperkenalkan buat pertama kalinya di rantau Asia & Ocenia, e:HEV – sistem hibrid 2 motor dijana oleh intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang sangat cekap.

“Saya percaya bahawa City RS e:HEV Serba Baharu akan terus mengujakan pasaran Malaysia dan membawa keseronokan kepada setiap pelanggan dengan teknologi termaju dan ciri-ciri yang mendahului kelasnya.” 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “City mempunyai sejarah yang panjang di Malaysia. Kami memperkenalkan City Generasi ke-2 dan ke-3 pada tahun 2002  dan 2008 di mana kedua-duanya mendapat sambutan baik di pasaran.

Populariti City diteruskan oleh City Generasi ke-4 yang dilancarkan pada tahun 2014 apabila model ini membuktikan kejayaannya dan diminati ramai dengan ciri-ciri yang mendahului kelasnya. Ia menjadi model paling laris bagi Honda Malaysia dan menerajui segmen B selama 5 tahun berturut-turut dengan jualan lebih 209,000 unit.”

“Selepas mengecapi kejayaan selama hampir 20 tahun, kami kini memperkenalkan City Serba Baharu Generasi ke-5 yang kami percaya akan menjadi ‘Game Changer’ yang melangkaui segmennya dengan teknologi termaju dan prestasi yang tiada tandingan.

Sebelum kemunculan rasmi yang pertama di dunia pada hari ini, kami telah membuka tempahan dan melancarkan siri jelajah City Serba Baharu ke seluruh negara. Sehingga ke hari ini, saya dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa kami telah menerima sebanyak 5,000 unit tempahan. Kami sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia,” katanya.  

Direka dengan penampilan yang lebih yakin, City Serba Baharu Generasi ke-5 kini 111mm lebih panjang, 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding City Generasi ke-4. Malah, gayaan luarannya kini dilihat lebih menarik.

City Serba Baharu didatangkan dalam empat varian. Varian RS e:HEV akan menerima Gril Hadapan Baharu berwarna Hitam Berkilat, Lip Hadapan Baharu dengan Corak Karbon dan Bampar Belakang Baharu bersama Peresap Udara untuk memberikan gayaan sporty.

Selain itu, Spoiler Belakang Baharu dan Perumah Cermin Sisi Baharu berwarna Hitam Berkilat memberikan ekspresi badan dua tona yang lebih menarik. Varian V dan RS e:HEV City Serba Baharu juga dipasang dengan Lampu Utama LED Baharu bersama Lampu Nyalaan Siang LED, Lampu Kabus Hadapan LED Baharu dan Lampu Belakang LED Baharu.

Kedua-dua varian itu juga menggunakan Rim Aloi bersaiz 16-inci yang melengkapkan lagi penampilan bergaya sedan tersebut. Secara keseluruhannya, City Serba Baharu menampilkan reka bentuk moden yang memberikan rasa seperti kenderaan yang lebih besar. 

Buat pertama kali dalam barisan model Honda Malaysia, varian RS e:HEV akan dijana oleh rangkaian kuasa intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD). Rangkaian kuasa i-MMD adalah revolusionari kerana ia mampu menjanakan kuasa sebanyak 108PS dan tork paling tinggi dalam kelasnya iaitu 253Nm.

Ia kemudian dipadankan dengan transmisi Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT) yang memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan lancar setara dengan tork enjin Aspirasi Natural segmen D.

Rangkaian kuasa i-MMD dan sistem Intelligent Power Unit (IPU) boleh bertukar di antara tiga mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin dengan penuh kecekapan. Varian RS e:HEV juga didatangkan dengan ciri Pedal Pilihan Nyah Pecutan (Deceleration Selector Paddles) yang membolehkan pemandu menggunakan pedal untuk janaan semula kuasa dan memperlahankan kenderaan tanpa perlu menekan pedal brek. 

Honda Malaysia menawarkan varian S, E dan V dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu. Menjadi enjin paling baru dalam segmennya, ia menjanjikan keseimbangan yang ideal di antara prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api.

Dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT), enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 121PS, paling tinggi dalam kelasnya dan tork maksimum 145Nm. 

Gayaan dalaman City Serba Baharu memberi penekanan terhadap tekstur berkualiti tinggi dan pendekatan penuh fungsi untuk memberi keselesaan serta sofistikasi kepada pemandu dan penumpang.

Ruang kaki penumpang belakang telah dipanjangkan dan Corong Pendingin Hawa Belakang kini hadir sebagai ciri standard pada semua varian untuk memberi lebih keselesaan.

Varian RS e:HEV didatangkan dengan Paparan Kluster Meter Interaktif berukuran 7-inci yang menyerlahkan lagi rekaan dalaman yang berkualiti tinggi. Sebagai tambahan, varian ini juga hadir dengan Sport Pedal Pads yang memberikan rasa lebih sporty. Varian RS e:HEV juga dilengkapi tempat duduk dibalut dengan material Ultrasuede®¹ bersama Jahitan Benang Merah pada bahagian dalamannya.

Sementara itu, varian V hadir dengan Tempat Duduk Kulit¹ bersama Kemasan Putih¹ pada bahagian dalamannya. Varian E, V dan RS e:HEV dilengkapi Paparan Audio berukuran 8-inci yang boleh dipadankan bersama Apple CarPlay™ dan Android Auto™.

City Serba Baharu juga menampilkan pelbagai ciri yang pertama dalam kelasnya menerusi ciri-ciri yang biasanya ada pada kenderaan segmen C, D dan SUV sekali gus menetapkan satu penanda aras dalam segmen B.

Honda LaneWatch yang terdapat pada varian V dan RS e:HEV adalah kamera yang berasaskan teknologi keselamatan termaju untuk membantu memantau titik buta menerusi sistem infohibur.

Brek Parkir Elektrik yang pertama dalam segmennya pada varian RS e:HEV memudahkan pemandu semasa memarkir kenderaan dengan hanya perlu menarik satu butang dan ia tampil lebih bergaya.

Satu lagi ciri yang canggih, Penghidup Enjin Kawalan Jauh juga pertama dalam kelasnya akan ditawarkan pada City Serba Baharu bagi varian E, V dan RS e:HEV. Teknologi ini membolehkan pemandu menghidupkan enjin kereta ketika pintu masih dikunci dan mengaktifkan pendingin hawa bagi menyejukkan kabin dengan hanya perlu menekan butang pada kunci. 

Untuk meningkatkan pakej City RS e:HEV Serba Baharu, ia bakal hadir dengan ciri keselamatan termaju paling lengkap dalam segmen B iaitu Honda SENSING yang dibangunkan untuk merealisasikan visi mobiliti masyarakat bebas pelanggaran.

Sistem yang canggih ini menggunakan kamera hadapan sudut luas untuk mengenal pasti halangan di atas jalan raya sepanjang pemanduan pada waktu siang dan malam. Senarai sistem bantuan keselamatan pemandu yang ada dalam Honda SENSING adalah seperti berikut: 

  1. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control) 
  2. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  3. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  4. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  5. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  6. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  7. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam) 

Dari segi keselamatan, varian V dan RS e:HEV akan dilengkapi dengan Enam Beg Udara. Ciri-ciri keselamatan standard yang lain termasuk Bantuan Kestabilan Kenderaan, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Amaran Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, ISOFIX di tempat duduk belakang dan Amaran Tali Pinggang Keledar Belakang Baharu.

Sensor Parkir Belakang bersama Kamera Belakang Pelbagai Sudut akan ditawarkan pada varian E, V dan RS e:HEV.  Sementara itu, varian RS e:HEV juga dilengkapi ciri Brek Pegun Automatik di mana kedudukan pegun kenderaan dikekalkan dengan hanya perlu menekan satu butang. Dengan itu, pemandu tidak perlu menekan brek sepanjang masa. 

City Serba Baharu ditawarkan pada harga seperti berikut;

Varian Harga Selepas Pengecualian Cukai Jualan (RM)² Harga Tanpa Pengecualian Cukai Jualan (RM)²*
V 86,561.45 89,800.00
E 81,664.82 84,800.00
S 74,191.27 76,800.00

 

Bagi varian RS e:HEV pula ia hanya akan tersedia pada Januari 2021 dan harganya akan diumumkan kelak.

City Serba Baharu didatangkan dalam lima warna yang menarik iaitu Merah Mutiara³ (Passion Red Pearl), Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Kelabu³ (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, Putih Mutiara³ (Platinum White Pearl).

Dengan tawaran yang tiada tandingan ini, Honda Malaysia yakin dapat mensasarkan jualan sebanyak 3,000 unit City Serba Baharu sebulan. 

Untuk maklumat lanjut atau pandu uji City Serba Baharu, pelanggan dijemput untuk mengunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda⁴ di seluruh negara, hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

MARii Dan Sengenics Lancar Biocip ImmuSAFE COVID+, Ujian Serologi COVID-19

From Left: Dato' Madani Sahari, Chief Executive Officer, Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Nasrul Hazim, Co-founder, Developers Hub Sdn. Bhd., Hasrimy M. Hasan, Co-founder, Developers Hub Sdn Bhd

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Sengenics Sdn Bhd telah melancarkan biocip ImmuSAFE COVID+, di ibu pejabat MARii, Cyberjaya.

ImmuSAFE merupakan ujian serologi COVID-19 berasaskan makmal, multi-antigen dan multi-domain pertama di dunia (pemeriksaan serum darah).

From Left: Dato’ Madani Sahari, Chief Executive Officer, Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Nasrul Hazim, Co-founder, Developers Hub Sdn. Bhd., Hasrimy M. Hasan, Co-founder, Developers Hub Sdn Bhd

Ia mengandungi 9 domain protein N dan S daripada SARS-CoV-2, disahkan secara fungsi yang dinyatakan menggunakan teknologi lipatan protein KREX™ milik Sengenics.

Ujian tersebut adalah kuantitatif, yang membolehkan daya pemprosesan penyaringan yang tinggi terhadap sampel COVID-19 untuk diagnosis jangkitan semasa atau sebelumnya.

Ini juga termasuk pengiraan dan penyetempatan pengikatan antibodi yang memberikan cara untuk mengenal pasti antibodi berkaitan dengan perlindungan berterusan serta pengukuhan tahap imuniti terhadap jangkitan masa depan.

Fungsi-fungsi tersebut menjadikan kit ujian ImmuSAFE unggul untuk aplikasi dalam pembangunan vaksin.

Turut hadir dalam acara itu ialah Dato’ Madani Sahari, CEO MARii dan Dr. Arif Anwar, CEO Sengenics.

ImmuSAFE mempunyai kepekaan dan kespesifikan 100% serta disahkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan (MOH).

Ujian yang dilakukan ke atas 5,000 sampel sepanjang fasa pembangunan menunjukkan bahawa keputusan boleh diperoleh dalam beberapa jam.

Pusat ujian COVID-19 boleh dibangunkan dengan kemudahan sedia ada yang menawarkan penyelesaian untuk organisasi yang bergantung pada pengetahuan tentang jangkitan dalam masa sebenar – seperti sektor penerbangan, logistik, pelancongan dan pembuatan.

MARii juga telah membangunkan ImmuSAFE Tracker, satu aplikasi dengan keupayaan pengesanan kontak (contact tracing) pintar untuk mengesan pergerakan dan maklumat pengesanan kontak, termasuk log pekerja, maklumat rantaian bekalan dan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) perniagaan dalam masa sebenar.

Analisis data raya akan membolehkan pemodelan ramalan dan simulasi corak penularan wabak COVID-19.

Madani menjelaskan bahawa aplikasi tersebut dihasilkan daripada pengalaman luas MARii dalam pembangunan platform digital, termasuk pembangunan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS), sistem yang digunakan untuk mengesan dan mendaftarkan syarikat yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pelancaran Kit Ujian ImmuSAFE dan ImmuSAFE Tracker memberikan satu penyelesaian lengkap untuk mengetahui dengan cepat, meramal dan memahami corak jangkitan dengan lebih baik,” katanya.

Discover The Ultimate Convenience With The All-New Kia Seltos

The official distributor of Kia vehicles in Malaysia, Naza Kia Malaysia will be introducing the refined compact SUV, the All-New Kia Seltos.

It offers value with the wide range of features that is set to maximize comfort and provide total ease for an ultimate driving experience.

From the very onset, the key design feature of the All New Kia Seltos has been its unique
lighting system. This lighting system includes the lighting in the interior cabin.

Referred to as the Sound Mood Lighting System, the Seltos showcases this daring design and it prides itself to be the first to be introduced in a Kia SUV segment.

The Sound Mood Lighting System emits soft light from a unique 3D-patterned surface panels located on the doors.

The novelty of the Sound Mood Lighting system is that it pulses to the beat of the music playing through the audio system, with eight customizable colours and six themes illuminating the cabin.

This creates an upbeat and a feel-good ambience while driving. The All-New Kia Seltos is fitted to convey unique sense of style through a design oriented GT Line option which houses power adjustable driver’s seat.

The ergonomically designed ventilated front seats adds comfort and convenience to the owner’s driving experience.

To further enhance driving experience, the vehicle features the Head Up Display (HUD) to
assist safe driving by minimizing movement of the driver’s line of sight.

The head-up screen displays the vehicle’s speed, as well as the Auto Cruise Control and radio stations or song list so drivers can otherwise focus their attention on driving.

To ensure practicality on any adventure and maximize convenience, the vehicle is equipped
with a wide range of features which includes the 8-inch touchscreen LCD display with Bluetooth, an Android Auto and Apple Carplay connectivity.

Naza Kia Malaysia is now taking orders for the highly-anticipated All-New Kia Seltos at selected Kia showrooms. Call your nearest authorised Kia showroom or visit Kia Malaysia’s website https://www.kia.com/my/main.html for more details!

Volkswagen And Tarik Jeans Continue Tapir Conservation Efforts With Modern Nostalgia

Volkswagen Malaysia and Tarik Jeans began the collaboration earlier in 2020 and 50 percent of all proceeds will be donated to the Kenaboi Forest Reserve in Negeri Sembilan on World Tapir Day on 27th April 2021.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia and local denim streetwear brand Tarik Jeans has launched the second instalment of its exclusively-designed capsule collection, “Modern Nostalgia pt.2”.

The collaboration kicked-off earlier this year in February, with the objective of raising funds and awareness for the endangered Malayan Tapir.

Similarly to the first instalment, “Modern Nostalgia pt.2” is a limited-run capsule collection. While “Modern Nostalgia” featured Volkswagen models combined with Tarik’s local vintage design elements, the more premium “Modern Nostalgia pt.2” draws its inspiration from the raw, rugged and hands-on workshop life.

The new designs shift gears to capture Volkswagen’s racing heritage and spirit whilst incorporating performance-themed colours that motorheads and car enthusiasts will
approve.

“Modern Nostalgia pt. 2” comprises of a variety of high-quality apparels such as denim jackets that retail at RM259, work shirts at RM159 and t-shirts at RM79.

Erik Winter, Managing Director of VPCM said that sustainability and conservation is a key pillar for Volkswagen, with the brand already investing heavily in reforestation projects around the world.

“VPCM is proud to be able to play a part in Malaysia to make a difference, and while the COVID-19 outbreak had unfortunately affected the timeline of the campaign, we remain committed to the project.

Together with our friends at Tarik Jeans, I firmly believe in the success of this campaign,
and I would like to urge fans of the Volkswagen and Tarik brands to make that purchase for a good cause.”

According to Afiq Iskandar, Founder and CEO of Tarik Jeans, “Cross-industry collaborations such as this one shows the synergy and symbiotic relationship when both nature and technology come together and take the forefront.

We express our gratitude again to Volkswagen Malaysia for joining us and for creating awareness, raising funds and paying homage to the Malayan Tapir that has been a core graphic since the inception of the Tarik Jeans brand”.

Merchandise from the complete “Modern Nostalgia” collection can be purchased on Tarik Jeans’ website, Shopee and Zalora. A total of 50 percent of all proceeds generated from the sales of this campaign will be donated to the Kenaboi Forest Reserve in Negeri Sembilan on World Tapir Day on 27 th April 2021.

The Malayan tapir is the only Asian species native to the island of Sumatra, Peninsular Malaysia and Southern Thailand with a distinctive coat pattern.

The tapir has a lifespan of up to 30 years, but agricultural developments and deforestation, being hunted for food and sport and illegal animal trafficking have resulted in an alarming decrease in their numbers.

It is estimated that there are only less than 3,000 of them left.

Post Menarik