Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang melancarkan City RS e:HEV Serba Baharu

Honda Malaysia, mengujakan rakyat Malaysia dengan pelancaran City Serba Baharu Generasi ke-5.

Model baharu ini dijangka meningkatkan penanda aras dalam segmennya apabila merintis teknologi termaju, prestasi yang mengagumkan dan reka bentuk yang menarik –menawarkan satu pakej lengkap yang melangkaui segmen B.

Diperkenalkan dalam empat varian, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang melancarkan varian RS e:HEV.

Ketua Pegawai Operasi Serantau  (Asia & Oceania), Honda Motor Co., Ltd., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co., Ltd., Masayuki Igarashi berkata, “Visi 2030 kami adalah untuk merintis kemajuan mobiliti dan membolehkan semua orang di seluruh dunia menambah baik kualiti kehidupan seharian mereka.

Justeru, kami telah memperkenalkan Honda e:TECHNOLOGY bagi mencapai visi 2030. Malaysia merupakan pasaran yang penting di rantau ini. Sejak lima tahun lalu, hampir 40% model hibrid yang dijual di rantau Asia & Oceania adalah dari Malaysia.

Bagi menawarkan produk-produk elektrifikasi termaju, kami berbesar hati untuk memperkenalkan buat pertama kalinya di rantau Asia & Ocenia, e:HEV – sistem hibrid 2 motor dijana oleh intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang sangat cekap.

“Saya percaya bahawa City RS e:HEV Serba Baharu akan terus mengujakan pasaran Malaysia dan membawa keseronokan kepada setiap pelanggan dengan teknologi termaju dan ciri-ciri yang mendahului kelasnya.” 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “City mempunyai sejarah yang panjang di Malaysia. Kami memperkenalkan City Generasi ke-2 dan ke-3 pada tahun 2002  dan 2008 di mana kedua-duanya mendapat sambutan baik di pasaran.

Populariti City diteruskan oleh City Generasi ke-4 yang dilancarkan pada tahun 2014 apabila model ini membuktikan kejayaannya dan diminati ramai dengan ciri-ciri yang mendahului kelasnya. Ia menjadi model paling laris bagi Honda Malaysia dan menerajui segmen B selama 5 tahun berturut-turut dengan jualan lebih 209,000 unit.”

“Selepas mengecapi kejayaan selama hampir 20 tahun, kami kini memperkenalkan City Serba Baharu Generasi ke-5 yang kami percaya akan menjadi ‘Game Changer’ yang melangkaui segmennya dengan teknologi termaju dan prestasi yang tiada tandingan.

Sebelum kemunculan rasmi yang pertama di dunia pada hari ini, kami telah membuka tempahan dan melancarkan siri jelajah City Serba Baharu ke seluruh negara. Sehingga ke hari ini, saya dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa kami telah menerima sebanyak 5,000 unit tempahan. Kami sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia,” katanya.  

Direka dengan penampilan yang lebih yakin, City Serba Baharu Generasi ke-5 kini 111mm lebih panjang, 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding City Generasi ke-4. Malah, gayaan luarannya kini dilihat lebih menarik.

City Serba Baharu didatangkan dalam empat varian. Varian RS e:HEV akan menerima Gril Hadapan Baharu berwarna Hitam Berkilat, Lip Hadapan Baharu dengan Corak Karbon dan Bampar Belakang Baharu bersama Peresap Udara untuk memberikan gayaan sporty.

Selain itu, Spoiler Belakang Baharu dan Perumah Cermin Sisi Baharu berwarna Hitam Berkilat memberikan ekspresi badan dua tona yang lebih menarik. Varian V dan RS e:HEV City Serba Baharu juga dipasang dengan Lampu Utama LED Baharu bersama Lampu Nyalaan Siang LED, Lampu Kabus Hadapan LED Baharu dan Lampu Belakang LED Baharu.

Kedua-dua varian itu juga menggunakan Rim Aloi bersaiz 16-inci yang melengkapkan lagi penampilan bergaya sedan tersebut. Secara keseluruhannya, City Serba Baharu menampilkan reka bentuk moden yang memberikan rasa seperti kenderaan yang lebih besar. 

Buat pertama kali dalam barisan model Honda Malaysia, varian RS e:HEV akan dijana oleh rangkaian kuasa intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD). Rangkaian kuasa i-MMD adalah revolusionari kerana ia mampu menjanakan kuasa sebanyak 108PS dan tork paling tinggi dalam kelasnya iaitu 253Nm.

Ia kemudian dipadankan dengan transmisi Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT) yang memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan lancar setara dengan tork enjin Aspirasi Natural segmen D.

Rangkaian kuasa i-MMD dan sistem Intelligent Power Unit (IPU) boleh bertukar di antara tiga mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin dengan penuh kecekapan. Varian RS e:HEV juga didatangkan dengan ciri Pedal Pilihan Nyah Pecutan (Deceleration Selector Paddles) yang membolehkan pemandu menggunakan pedal untuk janaan semula kuasa dan memperlahankan kenderaan tanpa perlu menekan pedal brek. 

Honda Malaysia menawarkan varian S, E dan V dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu. Menjadi enjin paling baru dalam segmennya, ia menjanjikan keseimbangan yang ideal di antara prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api.

Dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT), enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 121PS, paling tinggi dalam kelasnya dan tork maksimum 145Nm. 

Gayaan dalaman City Serba Baharu memberi penekanan terhadap tekstur berkualiti tinggi dan pendekatan penuh fungsi untuk memberi keselesaan serta sofistikasi kepada pemandu dan penumpang.

Ruang kaki penumpang belakang telah dipanjangkan dan Corong Pendingin Hawa Belakang kini hadir sebagai ciri standard pada semua varian untuk memberi lebih keselesaan.

Varian RS e:HEV didatangkan dengan Paparan Kluster Meter Interaktif berukuran 7-inci yang menyerlahkan lagi rekaan dalaman yang berkualiti tinggi. Sebagai tambahan, varian ini juga hadir dengan Sport Pedal Pads yang memberikan rasa lebih sporty. Varian RS e:HEV juga dilengkapi tempat duduk dibalut dengan material Ultrasuede®¹ bersama Jahitan Benang Merah pada bahagian dalamannya.

Sementara itu, varian V hadir dengan Tempat Duduk Kulit¹ bersama Kemasan Putih¹ pada bahagian dalamannya. Varian E, V dan RS e:HEV dilengkapi Paparan Audio berukuran 8-inci yang boleh dipadankan bersama Apple CarPlay™ dan Android Auto™.

City Serba Baharu juga menampilkan pelbagai ciri yang pertama dalam kelasnya menerusi ciri-ciri yang biasanya ada pada kenderaan segmen C, D dan SUV sekali gus menetapkan satu penanda aras dalam segmen B.

Honda LaneWatch yang terdapat pada varian V dan RS e:HEV adalah kamera yang berasaskan teknologi keselamatan termaju untuk membantu memantau titik buta menerusi sistem infohibur.

Brek Parkir Elektrik yang pertama dalam segmennya pada varian RS e:HEV memudahkan pemandu semasa memarkir kenderaan dengan hanya perlu menarik satu butang dan ia tampil lebih bergaya.

Satu lagi ciri yang canggih, Penghidup Enjin Kawalan Jauh juga pertama dalam kelasnya akan ditawarkan pada City Serba Baharu bagi varian E, V dan RS e:HEV. Teknologi ini membolehkan pemandu menghidupkan enjin kereta ketika pintu masih dikunci dan mengaktifkan pendingin hawa bagi menyejukkan kabin dengan hanya perlu menekan butang pada kunci. 

Untuk meningkatkan pakej City RS e:HEV Serba Baharu, ia bakal hadir dengan ciri keselamatan termaju paling lengkap dalam segmen B iaitu Honda SENSING yang dibangunkan untuk merealisasikan visi mobiliti masyarakat bebas pelanggaran.

Sistem yang canggih ini menggunakan kamera hadapan sudut luas untuk mengenal pasti halangan di atas jalan raya sepanjang pemanduan pada waktu siang dan malam. Senarai sistem bantuan keselamatan pemandu yang ada dalam Honda SENSING adalah seperti berikut: 

  1. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control) 
  2. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  3. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  4. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  5. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  6. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  7. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam) 

Dari segi keselamatan, varian V dan RS e:HEV akan dilengkapi dengan Enam Beg Udara. Ciri-ciri keselamatan standard yang lain termasuk Bantuan Kestabilan Kenderaan, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Amaran Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, ISOFIX di tempat duduk belakang dan Amaran Tali Pinggang Keledar Belakang Baharu.

Sensor Parkir Belakang bersama Kamera Belakang Pelbagai Sudut akan ditawarkan pada varian E, V dan RS e:HEV.  Sementara itu, varian RS e:HEV juga dilengkapi ciri Brek Pegun Automatik di mana kedudukan pegun kenderaan dikekalkan dengan hanya perlu menekan satu butang. Dengan itu, pemandu tidak perlu menekan brek sepanjang masa. 

City Serba Baharu ditawarkan pada harga seperti berikut;

VarianHarga Selepas Pengecualian Cukai Jualan (RM)²Harga Tanpa Pengecualian Cukai Jualan (RM)²*
V86,561.4589,800.00
E81,664.8284,800.00
S74,191.2776,800.00

 

Bagi varian RS e:HEV pula ia hanya akan tersedia pada Januari 2021 dan harganya akan diumumkan kelak.

City Serba Baharu didatangkan dalam lima warna yang menarik iaitu Merah Mutiara³ (Passion Red Pearl), Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Kelabu³ (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, Putih Mutiara³ (Platinum White Pearl).

Dengan tawaran yang tiada tandingan ini, Honda Malaysia yakin dapat mensasarkan jualan sebanyak 3,000 unit City Serba Baharu sebulan. 

Untuk maklumat lanjut atau pandu uji City Serba Baharu, pelanggan dijemput untuk mengunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda⁴ di seluruh negara, hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.