Sedan paling laris di dunia ini menetapkan standard baharu dari segi teknologi dan kualiti.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran Passat R-Line baharu ke pasaran Malaysia menerusi satu siaran langsung di saluran media sosialnya.
Model yang lebih sporty daripada Passat Elegance itu ditawarkan pada hargaRM203,411.18 (tidak termasuk cukai jualan) dan dipasang tempatan di kilang Volkswagen di Pekan.
Mengambil inspirasi daripada model-model Volkswagen R, rangkaian R-Line direka untuk pemandu yang ingin menyerlahkan individualiti dan mahukan sebuah jentera lebih sporty, serta mempunyai nilai hebat.
Passat R-Line melengkapkan lagi model rangkaian Volkswagen R-Line di Malaysia. Sedan dinamik itu didatangkan dengan kemasan luaran dan dalaman yang meningkatkan lagi penampilan secara keseluruhannya.
Ia merangkumi bampar R-Line di hadapan dan belakang, lencana R-Line pada bahagian sisi, kemasan krom dan rim aloi Verona bersaiz 19”.
Untuk ruang kabin pula, kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas pada tempat duduk dan stereng yang balut kulit Nappa gayaan karbon berwarna hitam, pedal sports aluminium serta kemasan bumbung hitam.
Pengalaman pemanduan ditingkatkan dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) dan Driving Mode Selection yang membolehkan pemandu menukar serta memilih 15 gaya pemanduan mengikut kecenderungan mereka.
Sama seperti semua model Volkswagen, aspek kemudahan dan keselesaan tidak diabaikan. Jadi, ciri-ciri seperti Digital Cockpit boleh ubah dan App-Connect Apple Car Play tanpa wayar menawarkan ketersambungan pantas buat pemandu.
Tempat duduk hadapan ialah kerusi ErgoComfort dengan 14 tetapan yang dibalut oleh kulit Nappa gayaan karbon. Tempat duduk pemandu juga hadir dengan fungsi urutan dan memori.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Passat sentiasa mencerminkan perkembangan teknologi Volkswagen. Ia terus menetapkan standard dari segi teknologi dan kualiti dalam segmen sedan hingga ke hari ini.
“Menggabungkan Passat dengan warisan R-Line merupakan kombinasi terbaik buat kami. Passat R-Line akan menarik perhatian mereka yang mahukan kepuasan memandu dan satu tahap estetika tertentu.
“Jika anda menghargai sesuatu yang lebih baik dalam hidup dan ingin menyerlahkan individualiti, anda pasti mahukan sebuah kereta yang lebih menonjol berbanding kenderaan lain di atas jalan raya. Inilah kereta anda.”
Pada hujung minggu ini, bermula 17 hingga 18 Oktober, para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan satu acara secara maya. Acara tersebut melibatkan penerangan lanjut tentang Passat R-Line baharu di mana pelanggan dijemput untuk menghantar soalan dan berinteraksi dengan perunding jualan menerusi Facebook Live dari
rumah masing-masing.
Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang hujung minggu ini akan menikmati rebat tambahan sebanyak RM2,000.
Di samping penjimatan ekslusif berjumlah RM3,500 ke atas semua rangkaian model Passat melalui Volkswagen eShowroom. Rebat tambahan sebanyak RM1,000 juga ada ditawarkan ke atas model-model Volkswagen yang lain, kecuali Polo.
Luaran
Passat R-Line hadir dengan penampilan lebih mantap. Terima kasih kepada bampar hadapan baharu yang agresif, lengkap dengan lencana R-Line pada grilnya. Satu lagi kemasan tersendiri R-Line boleh dilihat dengan jelas pada bampar belakang, lencana R-Line dan kemasan krom pada bahagian sisi sedan ini.
Profil rugged jentera ini ditingkatkan lagi menerusi rim aloi Verona baharu bersaiz 19 inci.
Signatur model Volkswagen diserlahkan menerusi sistem lampu utama LED sepenuhnya, lampu isyarat membelok berturutan dan rekaan tiga sayap untuk lampu belakang.
Semua itu jelas melengkapkan penampilan keseluruhannya.
Dalaman
Bahagian dalaman Passat R-Line lebih menonjol berbanding pesaingnya dengan kemasan dan material baharu. Ini termasuklah kemasan dekoratif Dark Diamond Flag baharu dan bumbung hitam agar kelihatan lebih premium.
Identiti R-Line dapat dilihat dengan jelas pada tempat duduk, kemasan kulit stereng multi-fungsi yang lengkap dengan paddle shift dan butang yang ergonomik.
Di samping pedal sports serta plat pelindung hadapan dan belakang aluminium. Passat R-Line dipasang dengan kerusi elektrik ErgoComfort yang dibalut kulit Nappa gayaan karbon untuk keselesaan optimum.
Tempat duduk pemandu juga hadir dengan fungsi memori dan urutan. Nilai estetika ruang kabin disempurnakan dengan fungsi lampu ambien yang membolehkan pemandu memilih daripada 30 warna.
Lampu ambien itu juga dinyalakan pada sistem infohibur dan Digital Cockpit.
Enjin dan Prestasi
Di bawah hud, Passat R-Line menggunakan enjin turbo 2.0TSI baharu. Dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) klac basah tujuh kelajuan baharu serta telah ditambah baik, ia mampu menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm untuk pengalaman pemanduan yang benar-benar dinamik.
Penjimatan bahan api Passat R-Line cukup mengagumkan dengan anggaran sekitar 6.5l/100 km, berdasarkan kepada data pemanduan dalam dunia sebenar yang digariskan oleh pihak WLTP (Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Seluruh Dunia).
Untuk pemanduan mengujakan, Passat R-Line baharu didatangkan dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) yang menawarkan pilihan sehingga 15 peningkatan. Pemandu juga boleh memilih salah satu daripada tiga mode pemanduan yang disediakan iaitu sport dengan peredam lebih keras, comfort atau normal.
Dengan ciri Driving Mode Selection (DMS), pemandu boleh memilih corak pemanduan yang
disukai sama ada Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual yang boleh diubah suai.
Ketersambungan Digital Cockpit bersaiz 11.7” menawarkan tahap kejelasan terbaik menerusi paparan warna beresolusi tinggi seperti sebuah telefon pintar premium.
Skrin itu menawarkan enam pandangan skrin boleh ubah yang diakses secara pintar di hujung jari bersama pilihan 30 kombinasi, termasuklah navigasi 2D dan 3D.
Sistem infohibur boleh diakses menerusi skrin sentuh Discover Pro bersaiz 9.2”. Navigasi sistem tersebut boleh dilakukan dengan mudah menerusi arahan suara, kawalan gestur dan skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.
App-Connect boleh digunakan dengan Android Auto, Mirrorlink pula menggunakan Type C USB, selain ketersambungan Apple Car Play tanpa wayar.
Keselamatan
Volkswagen tidak pernah berkompromi dari segi keselamatan. Jadi, Passat R-Line baharu padat dengan ciri keselamatan premium. Ini termasuklah ciri Rear Cross Traffic Alert dengan julat pengesanan 180 darjah sehingga 50 meter.
Ciri Side Assist pula membantu mengesan objek di kawasan titik buta sehingga 70-meter dengan jarak pengesanan 110 darjah apabila kenderaan ini bergerak. Satu lagi ciri keselamatan penting ialah sistem Electronic Differential Lock (XDS) yang berfungsi
menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer.
Passat R-Line dilengkapi ciri Tyre Pressure Monitoring System baharu yang memantau tekanan setiap tayar. Manakala brek pergerakan pula akan menekan brek secara automatik untuk menghalang pelanggaran apabila ia mengesan objek pada kelajuan sehingga 10km/j.
Ciri keselamatan lain yang didatangkan sebagai standard ialah Electronic Stability Control (ESC), brek anti kunci (ABS), Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS), Hill-hold Control, Automatic Post-Collision Braking System dan Proactive Passenger Protection System.
Ruang dan Kemudahan
Ruang but Passat R-Line cukup mengagumkan iaitu seluas 586 liter. Manakala fungsi Easy Open tanpa sentuhan menggunakan sensor pada bahagian belakang untuk membuka but secara elektronik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu di bawah bampar belakang.
Sistem Bunyi
Passat R-Line baharu hadir denggan sistem bunyi Helix 300W Soundbar bernilai RM2,400. Aksesori yang perakui oleh Volkswagen ini dihasilkan oleh pakar audio hi-fi, HELIX dan dipasang di ruang penyimpanan barang kenderaan.
Soundbar itu merupakan sebuah amplifier 5 saluran dengan pemproses bunyi dan subwoofer bersepadu. Ia dilihat akan meningkatkan lagi kualiti dan kejelasan sistem bunyi Passat yang sudah sedia bagus menerusi keliberasi profail bunyi yang tepat.
Warna
Passat R-Line didatangkan dalam enam warna: warna metalik ialah biru (Aquamarine Blue), coklat (Tamarind Brown), kelabu (Manganese Grey) dan perak (Reflex Silver). Dua warna mutiara iaitu hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) juga ada ditawarkan tanpa caj tambahan.
Harga
Passat R-Line baharu ditawarkan pada harga cadangan RM208,888 dan ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan untuk 5 tahun.
Dengan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan sekarang, Passat R-Line baharu kini berharga RM203,411.18 sehingga 31 Disember 2020.