Utama Blog Halaman 755

Seramai 50 Anak Yatim, Asnaf Ceria Terima Bantuan Menjelang Aidilfitri

KPJ Sentosa KL Specialist Hospital telah mengagihkan pelbagai bekalan harian dan makanan kepada 50 orang anak yatim dan asnaf di Pusat Jagaan Kasih Murni dan Rumah Perlindungan Nur Qaseh bersempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Setiap kanak-kanak di rumah penjagaan ceria apabila menerima duit raya dan sumbangan berbentuk barangan harian.

Antara barang keperluan harian yang disumbang adalah beras, minyak masak, sabun basuh baju dan banyak lagi. Sumbangan berbentuk wang juga diberikan kepada pihak-pihak rumah jagaan bagi menampung perbelanjaan elektrik dan sebagainya.

“Sumbangan seperti ini merupakan aktiviti wajib hospital setiap tahun untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yang memerlukan“, kata Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam, Nur Zahirah Shahrudin

Beliau berkata, pihak hospital mengucap terima kasih kepada kakitangan hospital dan orang awam yang turut memberi sumbangan bagi menjayakan misi kongsi rezeki ini.

Dengan bantuan yang diterima oleh Pusat Jagaan Kasih Murni dan Rumah Perlindungan Nur Qaseh dapat meringankan sedikit sebanyak beban pengurusan kedua-dua rumah ini untuk menampung perbelanjaan sehingga Hari Raya Aidilfiri.

Live Chillin’ With Samsung Galaxy A51 This Hari Raya!

There are countless moments to treasure Hari Raya ini yang mungkin berbeza, tetapi tetap bermakna.

Make it meaningful by expressing yourself and staying connected through capturing nostalgic memories of your Raya celebration with the Galaxy A51 high resolution UHD 4K video filming that will give you true-to-life colours and quality.

Whether you’re dancing while recording your parents rock the dance floor or trying to record every detail when the fireworks go off, Super Steady memang cekap untuk mengambil videos yang ah-MA-zing.

Keluarga besar untuk meriahkan raya anda? No problem sis – the Ultra Wide Lens gives you a 123-degree field of view, like the human eye, so what you see is what’s in frame. Plus, with the upgraded Galaxy A51 8GB RAM, switching from one app to another will be a breeze giving you more room to play

So be extra and create fire Live Videos to share dengan members:

  • Create a video of your fam bam’s very own ‘Selamat Hari Raya!’ greeting
  • Challenge your parents and make famous a Raya dance routine on TikTok
  • Show off your drool worthy food videography with ibu’s colourful dishes and kuih Raya
  • Capture the festive lights and decorations that tend to look their best during this time – so whip out the sparklers!

With content aplenty, join the Raya Jimat, Snap & Menang Contest happening now until 7 June by creating awesome photo stills from your various video recording!

Galaxy Raya Promotion Yang Lit[1]

Product RRP Promotion Rewards/Free Gift
Galaxy A51

(8GB RAM)

RM1,399 ·       Valid until 7 June, redeem a complimentary Samsung Galaxy

Fit-e worth RM139 via Samsung Redemption Portal.[2]

·       Valid until 31 May, receive an additional RM300 OFF when you bundle your purchase with any wearable item and spend RM3,000 in a single transaction. Use code: HOME300[3]

To upgrade to the Samsung Galaxy A51, please visit:

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a51-a515/SM-A515FZBWXME/

To learn more about the Jimat, Snap & Menang contest, please visit: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/2020-hari-raya/

Nestlé Hulur Sumbangan Kepada Komuniti Yang Memerlukan Melalui #SkuadKebaikan MILO®

Yayasan Sultanah Bahiyah

Tujuh pertubuhan kebajikan di seluruh Malaysia telah mula menerima kiriman produk Nestlé melalui #SkuadKebaikan MILO® hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia menerusi pembelian dalam talian Shopee sepanjang Ramadan ini.

#SkuadKebaikan MILO® merupakan kempen yang dilancarkan oleh jenama minuman malt coklat berkhasiat kegemaran rakyat itu dengan kerjasama laman e-dagang Shopee yang menyatukan komuniti dalam talian di Malaysia untuk sama-sama menghulurkan bantuan
kepada golongan yang memerlukan.

Food Aid Foundation

Kempen yang sedang berlangsung sehingga 23 Mei ini memberikan peluang kepada pelanggan dalam talian untuk menyampaikan sumbangan pek ‘bundle’ yang mengandungi serbuk MILO® serta produk Nestlé yang lain bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu.

Kesemua pembelian pek ‘bundle’ #SkuadKebaikan MILO® didermakan dan diagihkan secara sama rata kepada tujuh pertubuhan kebajikan tersebut yang masing-masing membantu golongan yang memerlukan, termasuk keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang terkesan oleh COVID-19.

Pertubuhan yang dimaksudkan ialah Food Aid Foundation, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur, Yellow House Kuala Lumpur, Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Pesona, Persatuan Kebajikan Ummah dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Selain itu, MILO® turut menyumbangkan 10% daripada hasil penjualan produk MILO® serbuk dan MILO® Mixes yang lain di Shopee sepanjang tempoh kempen #SkuadKebaikan MILO® dalam bentuk produk Nestlé kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama.

Pada April lalu, Nestlé Malaysia telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM15 juta menerusi Nestlé Cares serta inisiatif-inisiatif lain yang disokong oleh pelbagai jenama di bawah syarikat itu.

Maria Murni Nur Azmi, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO®, Nestlé Malaysia berkata beliau amat terharu dengan sokongan serta keprihatinan rakyat untuk saling bantu-membantu walaupun terpaksa menjaga jarak antara satu sama lain pada ketika ini.

“Jarak bukanlah penghalang untuk berkongsi kebaikan. Oleh itu, kami amat menghargai sumbangan rakyat dalam usaha bersama kita jaga kita agar kebaikan berkhasiat ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

”Lebih 600 pek ‘bundle’ #SkuadKebaikan MILO® telah dijual setakat ini. Kami berharap kiriman #SkuadKebaikan MILO® ini dapat meringankan beban komuniti yang dibantu selain membekalkan zat makanan yang diperlukan untuk melangkah jauh seterusnya.”

Sukarelawan Food Aid Foundation bertugas mengagihkan bahan makanan menerusi kiriman #SkuadKebaikan MILO®.

Bagi Food Aid Foundation, sumbangan ini amat dialu-alukan ketika usaha untuk menampung keperluan keluarga dan komuniti yang dibantunya sedang memuncak.

Menurut Pengasas, Rick Chee, “Kami sedang giat melipatgandakan usaha kami di seluruh negara di mana impak COVID-19 telah menyebabkan ramai kehilangan punca pendapatan.

Situasi ini semakin kritikal lebih-lebih lagi sekarang menjelang Hari Raya Aidilfitri. Keluarga yang terjejas ini, termasuk golongan miskin bandar di sekitar Lembah Kelang, langsung tidak berkemampuan sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya pada bekalan bank makanan kami untuk kelangsungan hidup.”

Yayasan Sultanah Bahiyah

Yayasan Sultanah Bahiyah merupakan salah satu pertububuhan kebajikan yang menerima bantuan kempen #SkuadKebaikan MILO®.

Sementara itu, di Kedah tempat Yayasan Sultanah Bahiyah beroperasi, kiriman
#SkuadKebaikan MILO® akan dimanfaatkan oleh komuniti di kawasan pedalaman di mana bekalan makanan semakin terhad disebabkan oleh impak COVID-19.

“Sebilangan besar penerima bantuan kami masih belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu. Kami bersyukur kerana sumbangan #SkuadKebaikan MILO® ini setidak-tidaknya memastikan mereka tidak terputus bekalan bahan asas pada waktu getir ini,” kata Pengurus Besar, Misbah Abdul Hamid.

Kempen #SkuadKebaikan MILO® tamat pada 23 Mei 2020. Untuk menyampaikan sumbangan serta berkongsi kebaikan tenaga berkhasiat MILO®, layari http://shopee.com.my/milo.

Yayasan Petronas Contributes Hand Sanitisers, Dispensers To Old Folks’ Homes

PETRONAS, through its corporate social responsibility arm Yayasan Petronas, is reaching out to 757 residents from eight old folks’ homes with the contribution of hand sanitisers and dispensers to mitigate the spread of COVID-19, particularly amongst the elderly.

Yayasan Petronas will be distributing the items to old folks’ homes in Johor, Kedah, Melaka, Perak, Sabah, Sarawak, and Terengganu in collaboration with Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), as part of its ongoing commitment in ensuring the well-being of the people and communities around Petronas’ areas of operations.

Through this contribution, Yayasan Petronas hopes to encourage the practice of good personal hygiene amongst the senior citizens.

Commenting on the initiative, Yayasan Petronas Chief Executive Officer Lita Osman said: “Yayasan Petronas believes in the importance of ensuring good health and well-being for all, in line with Petronas’ commitment in support of the United Nations’ Sustainable Development Goals (SDGs).

We hope that with our contribution of hand sanitisers and dispensers, these senior citizens are able to reduce the risk of contracting COVID-19 as well as other viruses, as they are amongst those who are most vulnerable to disease.”

This latest initiative is part of Yayasan Petronas’ contribution of critical medical equipment and supplies worth RM20 million to aid the country’s hospitals, healthcare front-liners and high-risk groups in mitigating the spread of the COVID-19 pandemic.

Ferrari Museums In Maranello And Modena Reopen

The Ferrari museums open their doors to the public today, in line with Italian government regulations.

After closing on February 24 in compliance with the Region of Emilia-Romagna’s emergency healthcare directives, the Ferrari Museum in Maranello and the Museo Enzo Ferrari in Modena are now ready to welcome visitors once again.

A series of new measures have been put in place to protect their health and that of the staff, as they enjoy the full experience of the “Ferrari at 24 Heures du Mans”, “Hypercars” and “Grand Tour” exhibitions.

Aside from those outlined in the recent Italian ministerial decree, both museums also introduced further measures specifically designed for their premises and inspired by Ferrari’s “Back on Track” programme.

At their entrances, for instance, all visitors are scanned by a thermal scanner and, if their temperature is outside the normal zone, will be able to reschedule their visit.

Mask wearing is compulsory, except for children under the age of six. Masks are provided free of charge by the Museum to visitors without them. Horizontal floor markings help ensure social distancing rules are complied with.

To facilitate the limited visitor numbers now permitted, it is possible to book visit time slots and purchase tickets through the online ticket offices on the Museums’ sites.

Ferrari is also making a further gesture of gratitude to frontline medical staff by offering healthcare workers free access to both Museums for the rest of 2020 in addition to discounts for their family members for the same period.

Rider Grab Food Terima Sumbangan Juadah Berbuka Puasa

Khaira PPZ dengan kerjasama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengadakan sumbangan juadah berbuka puasa serta barangan jenama Gardenia kepada 100 rider Grab Food di dua lokasi berbeza iaitu di Grab e-Kitchen Bazar dan Salad Atelier Café.

Ianya bertujuan untuk berkongsi rezeki dan menghayati erti syukur di bulan Ramadan bersama mereka yang memerlukan sesuai dengan tagline Khaira PPZ sempena Ramadan ini, iaitu #syukurinikmatramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampai sumbangan juadah berbuka kepada salah seorang rider Grab Food

Sempena dengan itu, PPZ-MAIWP melalui Khaira PPZ berkolaborasi dengan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Grab Malaysia menyantuni  pemandu/rider Grab Food yang sentiasa berkhidmat menghantar makanan kepada orang ramai lebih-lebih lagi di dalam situasi pandemik COVID-19 dan di bulan Ramadan ini.

Sebanyak 100 bungkus juadah berbuka bernilai RM5,000 dan 100 bungkus barangan makanan jenama Gardenia disumbangkan kepada pemandu atau rider Grab Food sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa berkhidmat untuk orang ramai di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, PPZ-MAIWP mengucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) atas kesudian berkolaborasi bersama Khaira PPZ dalam menyebarkan kebaikan dan menjayakan #syukurinikmatramadan.

Kami amat mengalu-alukan kolaborasi seperti ini untuk bersama-sama menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak” katanya.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan menyeru kepada seluruh umat Islam untuk segera menunaikan zakat bagi membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan di luar sana lebih-lebih lagi di dalam keadaan yang sukar ini” katanya lagi.

Sementara itu, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) telah memperuntukkan lebih daripada RM1 juta kepada kelompok masyarakat yang terjejas sebelum dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan tersebut adalah dalam bentuk produk-produk keluaran Gardenia, telah diedarkan kepada kelompok keluarga B40, para petugas barisan hadapan dan para penuntut universiti di bawah Program Food Bank Siswa di seluruh Semenanjung Malaysia.

Program bantuan COVID-19 Gardenia diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) telah berganding bahu dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk terus menghulurkan bantuan kepada lebih banyak para petugas barisan hadapan.

“Terima kasih atas kerjasama PPZ-MAIWP, kami mampu memperluas jangkauan Program Bantuan COVID-19 Gardenia kepada lebih banyak isi rumah yang memerlukan dan membantu meringankan beban petugas barisan hadapan.

Kami berharap pek hadiah Ramadhan Gardenia ini dapat membantu golongan miskin bandar dan para petugas perkhidmatan kritikal menikmati makanan yang cepat dan mudah disediakan ketika bersahur di permulaan hari atau semasa berbuka puasa di penghujung hari.” Kata Hazlinah Harun, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam) GBKL

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Awam & Kerajaan, Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak PPZ-MAIWP dan Gardenia atas sumbangan serta sokongan mereka terhadap pemandu serta rakan penghantar.

“Pemandu dan rakan penghantar kami sama seperti rakan peniaga kami. Mereka adalah para wira yang terus berusaha memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan keperluan harian pada masa yang sukar ini.

“Sokongan mereka sangat luar biasa dan kami akan terus membantu rakan pengantaran kami untuk melindungi mata pencarian dan memastikan mereka sentiasa selamat selagi kami menghadapi tempoh yang sukar ini bersama,” katanya.

Samsung’s The Frame Expands Its Catalogue With A New Collection Of Paintings

Samsung Electronics announced its commitment to the world of art and culture by adding 38 new art pieces from the Thyssen Museum in Spain to its Art Store.

The pieces are an addition to the existing collection available since last October, when Samsung and the Thyssen Museum presented an exhibition named “The Impressionists and The Photography”, composed of six iconic art pieces by impressionist painters from the museum.

The new additions include masterpieces painted by artists such as Claude Monet or Auguste Renoir. Samsung The Frame now boasts a catalogue with 44 art pieces from the Thyssen Museum that users can enjoy in vivid picture quality.

The art pieces are available both under a single purchase and monthly subscription.

Some of the highlights of this collection are key pieces of art in Post-impressionism such as The Stevedores in Arles by Vincent van Gogh or Bottle, Carafe, Jug and Lemons by Paul Cézanne.

Artistic movements such as German Expressionism are also covered. Woman on a Divan, by August Macke, stands out, and so do several pieces by the Italian landscape painter, Canaletto.

The collection also incorporates one of Picasso’s disciples and master of Spanish Cubism, Juan Gris, and his work, The Smoker, in addition to the remarkable female artist, Lyubov Popova, and her masterpiece Painterly Architectonic (Still Life: Instruments), known for its reference to Constructivism.

This is the third collection from a Spanish art gallery to be part of Samsung The Frame partnership.

With Thyssen-Bornemisza Museum joining the collections, Samsung Art Store now has more than 1,200 art pieces and photographs in 4K quality from museums and galleries around the world such as the Prado Museum in Madrid, the Albertina Museum in Vienna, the Tate Modern in London, the Uffizi Gallery in Florence, the Van Gogh Museum in Amsterdam, the Hermitage State Museum in Saint Petersburg, Magnum Photos and LUMAS.

“We are excited to provide globally renowned works of art in The Frame’s Art Store. By integrating these masterpieces in partnership with the Thyssen Museum, Samsung The Frame users will enjoy a unique experience from their own homes,” said Wonjin Lee, Executive Vice President of Visual Display Business at Samsung Electronics.

To know more about Samsung’s The Frame, please visit https://www.samsung.com/my/lifestyle-tvs/the-frame/highlights/.

Redah 500 Kilometer Sehari Untuk Serah Sumbangan Akhir Ramadan Di Kemboja

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican meredah perjalanan solo sejauh 500 km sehari bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di 26 perkampungan Islam di pedalaman Kemboja.

Kebanyakan masyarakat Islam di sini tidak terdedah dengan dunia luar dan mereka hidup dalam komuniti mereka yang mana barang keperluan hanya seminggu sekali menerusi kereta membawa barangan jualan yang masuk ke kampung-kampung mereka meredah jalan tanah merah.

Pada waktu begini khususnya ketika COVID-19, masyarakat Kemboja hidup normal seperti biasa kerana tidak ada pengaruh luar atau orang luar yang datang ke kampung-kampung.

“Menerusi lawatan membabitkan hampir 26 buah kampung yang saya lawati, kemiskinan, kemunduran dan tahap pendidikan masih rendah. Apapun pendidikan anak-anak Islam bermula di masjid dan surau-surau yang terdapat di kampung mereka.

“Kita bertuah di Malaysia banyak kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan termasuk bantuan serta sumbangan pelbagai pihak termasuk NGO berbanding di Kemboja yang tidak ada jabatan khusus bagi membantu fakir miskin.

“Di negara ini, tidak ada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mahupun Baitulmal,” katanya.

Beliau berkata, wakil rakyat yang banyak membantu datang dari negara Malaysia menerusi NGO dan hakikatnya kelaparan, kesusahan dan kemiskinan tegar adalah perkara biasa yan dapat dilihat di Kemboja.

“Selaku Pengerusi NGO, saya membuat kerja-kerja ini di Kemboja dan rasa terkesan apabila melihat kehidupan rakyat negara kita jauh lebih baik dan maju ke hadapan walaupun mereka miskin.

Dr Mustapha berkata, setiap tahun pada bulan ramadan NGO Antarabangsa akan menjelajah kampung-kampung sehingga membabitkan perjalanan mencecah 800 km dengan menyumbang 20kg beras, minyak masak, tepung, gula dan makanan ringan serta air minuman seperti oren dan sirap.

“Semua keperluan ini saya beli di pasar dan dibawa dalam sebuah lori yang saya sewa khas untuk tujuan ini kerana kereta tidak boleh masuk berikutan keadaan jalan tanah merah yang berlopak dan berliku-liku,” katanya.

Katanya, NGO tempatan di sini tidak mampu melaksanakan usaha kebajikan ini kerana faktor kewangan dan pengalaman meredah perjalanan yang jauh amat memerlukan ketahanan tubuh badan dan metal yang cekal.

“Saya juga bekerjasama dengan NGO tempatan apabila masuk ke kawasan pedalaman kadang-kala memerlukan kita bermalam di rumah orang kampung atau di masjid yang ada di kawasan tersebut.

“Inilah catatan perjalanan setiap tahun Program Kembara Ramadan bersama masyarakat Islam Campa di pedalaman Kemboja,” katanya lagi.

Sumbangan Bantuan Makanan Asas Oleh IKHLAS Bersama Kelab Wanita Ikon Malaysia

Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan (tengah) bersama Ikhlas (dua dari kiri) pada majlis sumbangan

Kelab Wanita Ikon Malaysia telah diberi kepercayaan oleh ​IKHLAS, jenama baru di bawah naungan ​AirAsia.com menghulur sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada 1,100 keluarga pelbagai komuniti ​di empat buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor.

Sumbangan itu adalah ​untuk membantu mereka yang memerlukan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19.

Ikhlas, Head of IKHLAS (kiri) dan Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia, Dato Normaziah Sheikh Mohamed (tengah) menyampaikan sumbangan

Sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, sardin, kicap, cili sos, susu pekat dan lain-lain diberikan kepada mereka yang hilang punca pendapatan disebabkan tidak dapat menjalankan tugasan atau perniagaan.

Program ini juga bukan sahaja membantu orang ramai dengan pemberian barangan keperluan asas, ianya juga membantu industri pembuatan makanan seperti Syarikat Z&T yang mengeluarkan Kicap Bilal, D’Era Pouch yang mengeluarkan Sardin Viral dalam pouch, Syarikat Faiza yang mengeluarkan Beras, Mehoon dan lain-lain.

“Apabila IKHLAS melantik Kelab Wanita Ikon Malaysia atau KWIM sebagai salah satu persatuan NGO yang bertanggungjawab mengagihkan sumbangan di bawah program IKHLAS, saya terus berhubung dengan cawangan di negeri-negeri untuk mengenalpasti individu-individu yang tinggal di kawasan-kawasan terpinggir yang mana kurang mendapat perhatian orang ramai.

“Mereka ini benar-benar susah dan amat memerlukan bantuan pada masa ini. Tambahan pula hari raya telah hampir tiba, dengan keadaan mereka yang sangat susah, bantuan ini serba sedikit dapat membantu” Kata Dato Normaziah Sheikh Mohamed yang merupakan Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia.

Katanya, Kelab Wanita Ikon Malaysia atau KWIM ditubuhkan untuk memperkasakan wanita terutamanya dalam soal ekonomi, dimana kelab ini sentiasa menggalakkan ahli-ahlinya untuk berkecimpung dalam perniagaan, kerana dengan perniagaan, wanita itu akan dapat memperkasakan dirinya sendiri mahupun anak-anak dan keluarga mereka.

Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, ​”Kami berbesar hati kerana dapat berkongsi dana derma ‘Derma Dengan Ikhlas’ bersama Kelab Wanita Ikon Malaysia, di mana mereka boleh menggunakan dana ini untuk mengagihkan barang keperluan asas kepada wanita Malaysia yang memerlukan bantuan.

“Kami juga ingin berkongsi berita gembira bahawa kami telah berjaya mencapai sasaran kutipan dana derma ini lebih RM1 juta pada minggu lepas.

Selagi kami menerima derma melalui laman web kami di givewith.ikhlas.com, kami akan meneruskan usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.”

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari Givewith.Ikhlas.com​.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan.

Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari Givewith.ikhlas.com​, ​atau melalui laman sosial di Instagram ​ikhlasdotcom ​dan Facebook ikhlasdotcom​.

Mengenai Kelab Wanita Ikon Malaysia

Kelab ini ​adalah sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization) yang ditubuhkan oleh pemenang-pemenang serta finalis-finalis Anugerah Wanita Ikon Malaysia pada 2hb September 2015, bertujuan untuk pembangunan dan pemerkasaan wanita di seluruh Malaysia tidak kira kaum atau agama, adat atau budaya, generasi atau latar belakang mereka.

Hala tuju KWIM adalah berpandukan lima teras, iaitu; Ekonomi, Kesihatan, Budaya, Pendidikan dan Keselamatan bagi mewujudkan golongan wanita yang berpengetahuan dan berdaya saing untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

Express Your Raya Joy & Win A Samsung Galaxy A51!

Walaupun raya kita berbeza kali ini, yang tersayang tetap di hati. Hubungan tetap dieratkan, so inilah masanya untuk berawesome-awesomeman!

Jangan bimbang kalau tidak dapat balik kampung, Samsung is bringing us new ways untuk ber-meriah with our friends and family.

With its #RayaOkay challenge, Samsung invites you to express your Raya Joy through dancing, singing, or lip syncing to your favourite Raya song on TikTok, for a chance to win a brand new Samsung Galaxy A51!

Get your Raya On from now till 31st May and spread the festivities in your own way! Malaysian KOLs Nabila Razali, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Sean Lee, and more await your #RayaOkay creativity too!

For more information about the Samsung #RayaOkay TikTok challenge, please visit https://vt.tiktok.com/BqLXT5/

Post Menarik