Utama Blog Halaman 752

Kerajaan Selangor Lancar Siri Video Bantu PKS Ketika COVID-19

Wabak Covid-19 telah memberi tamparan kepada ramai individu dan perniagaan, terutamanya daripada segi kewangan.

Ini telah mendorong banyak perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) tempatan untuk memindahkan perniagaan mereka dalam talian sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada Mac 2020.

Dato Teng Chang Khim

Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha selama bertahun-tahun untuk mempromosikan digitalisasi industri.

Dengan pelaksanaan semula PKP Bersyarat di Selangor dan Kuala Lumpur yang bermula pada 14 Oktober, desakan untuk tenaga kerja yang lebih digital memang tepat waktunya.

Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa 98.5%, atau 907,065 syarikat yang berdaftar di Malaysia adalah PKS, dengan 19.8% berasal dari Selangor.

PKS juga menyumbang 38.3% daripada KDNK negara, dan 66.2% peluang pekerjaan baru.

Dari sebuah kerajaan yang mengambil berat tentang rakyat dan ekonomi, Dato’ Teng Chang Khim, Ketua Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Industri & Perdagangan dan PKS Kerajaan Negeri Selangor, telah menghasilkan satu siri video wawancara dengan pemain industri perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) dalam negeri Selangor.

Siri ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan industri dan PKSM, dan untuk mendorong dialog antara kerajaan negeri dan PKSM.

Siri ini akan mempamerkan cabaran yang dihadapi oleh 10 sektor dalam Selangor selama wabak Covid-19, rancangan pemulihan pasca wabak Covid-19 mereka, dan bagaimana inisiatif mesra-PKS Kerajaan Negeri Selangor telah menyokong mereka supaya ekonomi dapat terus berkembang.

PKS yang diwawancara dalam siri video ini berasal dari 10 sektor, termasuk sains dan teknologi, peruncitan, pertanian dan perikanan; logistik; pelancongan; perusahaan makanan dan minuman; e-Dagang; filem dan televisyen; pembangunan hartanah, dan perusahaan kecantikan.

Individu yang diwawancara termasuk:

1. Datin Winnie Loo – Pengasas salun rambut terkemuka ‘A Cut Above’

2. Dato’ Ho Hon Sang – Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah & Perumahan cawangan Selangor (REHDA Selangor)
3. Chia Tian Hee – Pengerusi Persatuan Kebajikan Nelayan dan Peniaga-Peniaga Ikan Sekinchan, Selangor
4. Dato’ Kamil Othman – Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
5. Ong Shen Loong – Pengarah Urusan Lalamove
6. Dato’ Ng Wan Peng – COO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Projek video ini juga berfungsi sebagai platform komunikasi bagi industri ini untuk berkongsi cabaran mereka dan juga visi masa depan mereka.

Video pertama dalam siri ini, bertajuk “Impak Covid-19 terhadap Sains dan Teknologi di Malaysia”, akan ditayangkan pada 20 Oktober (Selasa) jam 8 malam. Video baru dalam siri ini akan disiarkan setiap minggu.

Siri video ini boleh ditonton di http://bit.ly/OfficialTengChangKhim, dengan jadual siaran berikut:

 

Rolls-Royce Cullinan: A Desert Adventure Awaits

Luxury conveyance is no longer confined to an urban environment.

As Rolls-Royce clients the world-over seek to conquer the most challenging terrains and enjoy life’s most enriching experiences, their desire is to pursue this unbounded access in ultimate luxury.

Enter Rolls-Royce Cullinan, taking the marque’s patrons to the edge of adventure in
uncompromised luxury.

Cullinan is Rolls-Royce as it’s never been seen before. Effortless, everywhere, Cullinan takes the world in its stride and takes visionaries and explorers on the epic adventures
they dare to undertake.

Now, adventure awaits as “the Rolls-Royce of SUVs” embarks on an expedition completely off the beaten track and into the beauty and mystery of the Arabian desert.

A local patron of luxury took his Sapphire Black Cullinan and brought ‘supreme liberty’ to life as he took the world-famous Rolls-Royce ‘Magic Carpet Ride’ off-road and onto the graceful and imposing dunes.

Discovering new horizons on the golden sands, the outcrops and the steep sandy cliffs, Cullinan became a force of nature, and led by the Spirit of Ecstasy, surfed over high and low terrains with absolute authority.

Undulating smoothly and quietly, Cullinan floats across this unforgiving landscape, making the journey seamless and magical.

Bumbung Solar Paling Berkuasa Di Dunia Kini Beroperasi Di Eropah

Menyediakan kuasa untuk memenuhi keperluan bagi semua bangunan PVH Eropah di Belanda, pencapaian kelestarian ini merupakan sebahagian daripada komitmen PVH Corp. untuk memperoleh 100% elektrik mereka daripada sumber yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030.

PVH Eropah, ibu pejabat global bagi Tommy Hilfiger dan pejabat Eropah bagi Calvin Klein, yang kedua-duanya dimiliki oleh PVH Corp. PVH, mengumumkan pemasangan apa yang dipercayai sebagai bumbung solar yang paling berkuasa* di dunia yang beroperasi pada masa ini di Pusat Gudang dan Logistik canggih mereka di Venlo, Belanda.

Dijanakan oleh lebih 48,000 panel solar, bumbung solar itu meliputi jejak elektrik Pusat itu, dan secara tidak langsung menyediakan 100% bagi semua tenaga untuk gudang, pejabat dan kedai PVH Europe di Belanda melalui rangkaian kuasa awam Belanda itu.

Rakan tenaga PVH Eropah, Eneco, telah mengesahkan bahawa semua tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan bangunan-bangunan ini dihasilkan oleh pemasangan bumbung baharu itu.

Pusat Gudang dan Logistik Venlo dimiliki oleh Heylen Warehouses, sebuah syarikat hartanah logistik Belgium, dalam satu usaha sama dengan AG Real Estate, dan mengekalkan IZEN sebagai rakan pemasangan teknikal untuk bumbung itu.

Peristiwa penting ini menandakan satu lagi langkah di dalam perjalanan PVH untuk mendapatkan 100% tenaga elektrik mereka daripada sumber yang boleh diperbaharui bagi pejabat, gudang dan kedai mereka, dan untuk mendorong penurunan 30% dalam pelepasan karbon rantaian bekalan menjelang tahun 2030.

Usaha ini dikaitkan kepada sasaran pelepasan berasaskan sains PVH yang sejajar dengan tahap penyahkarbonan yang paling bercita-cita tinggi seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Paris.

Ini juga merupakan satu daripada keutamaan yang digariskan di dalam strategi tanggungjawab korporat Forward Fashion  syarikat itu, yang bertujuan untuk mengurangkan impak negatif kepada sifar, meningkatkan impak positif sehingga 100% dan memperbaiki lebih 1 juta nyawa merentasi rantaian nilai syarikat itu.

“Ini adalah satu peristiwa penting yang luar biasa untuk Pusat Gudang dan Logistik kami di Venlo dan bagi perjalanan kelestarian PVH Eropah,” kata Martijn Hagman, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah.

“Kami telah mengambil bahagian di dalam pemasangan apa yang kami percaya adalah bumbung solar yang paling berkuasa dan beroperasi sepenuhnya di dunia – satu langkah besar dalam komitmen kami untuk digerakkan oleh 100% elektrik yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030 dan mengurangkan pelepasan rantaian bekalan sebanyak 30% menjelang tahun 2030.

Ini tidak akan mungkin berlaku tanpa sebuah pasukan yang terbaik dalam kelasnya yang terdiri daripada rakan-rakan PVH yang berbakat, bersemangat dan berdedikasi.”

Pada masa ini, sehingga 600,000 keping produk TOMMY HILFIGER dan CALVIN KLEIN diedarkan setiap hari dari Pusat Gudang dan Logistik PVH Eropah di Venlo ke tempat-tempat jualan, termasuk kedai yang dimiliki dan dikendalikan di Eropah, Timur Tengah dan Afrika, dan terus kepada pelanggan.

Penarafan Sangat Baik bagi gudang itu oleh BREEAM menggabungkan standard teladan untuk tenaga, air, pengangkutan, bahan, sisa, pencemaran, ekologi, kesihatan dan kesejahteraan. Ini digambarkan melalui pencahayaan yang cekap tenaga di 100% ruang, penggunaan pembungkusan disahkan 100% FSC (Forest Stewardship Council) dan kitar semula 100% bagi semua kadbod, plastik dan bahan bercetak.

49 Kakitangan Proton Disahkan Positif COVID-19 – Syarikat Ambil Tindakan Lebih Ketat

Selepas mengumumkan seorang warga kerja disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 14 Oktober 2020, Proton kini mengumumkan 49 lagi kes telah dikesan.

Semua pekerja yang terlibat adalah daripada bahagian Kejuruteraan dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah.

“Pihak syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak ini.

“Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas COVID-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.

“Proton ingin menekankan bahawa pihak syarikat akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan dengan ketat. Ini telah diamalkan semenjak wabak ini menular dalam negeri,” kata Proton dalam kenyataannya, hari ini.

Semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan dan Pusat Servis Kecemerlangan (COSE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam.

Proton juga bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang telah memberikan panduan kepada syarikat berkaitan dengan semua proses dan mereka juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini.

Keselamatan semua pekerja Proton, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa kekal sebagai keutamaan.

Volvo Cars Infringes On Human Rights To Save A Million More Lives

Volvo Cars’ 180kph speed cap is the company’s latest addition to a legacy of a ‘terrible idea’ that has saved more than a million lives

Taking a step into familiar territory since the conceptualisation of the safety belt in 1959, Volvo Cars is once again introducing an initiative that challenges the way industry and public perceive safety.

The campaign – titled ‘A Million More’ – highlights car safety through the years and the courage to make bold and controversial decisions in order to save more lives.

Volvo, a name that is synonymous with safety, gave the world the first three-point safety belt in 1959, through the invention of Nils Bohlin – a Volvo Engineer.

Noting the significance of this breakthrough in car safety and in a conscious decision to put people’s lives first, Volvo immediately made Bohlin’s patent available to all car makers.

However, Bohlin’s design was largely rejected by the industry and public for many years despite the experiments and data supporting its efficacy. After years of persistent advocacy and leadership by Volvo, the public finally took to seat belt.

This life-saving invention would eventually lead to the introduction of Malaysia’s seatbelt legislation in 1979.

According to the feedback recorded by Volvo, the public dubbed the safety belt law to be
“terrible idea” and was also called “a violation of humans rights” by The New York Times in
1973.

Today, almost every car in the market has a safety belt and it has been estimated to save more than a million lives. Since the invention of the world’s first three-point safety belt, Volvo Cars has continued to introduce many more ‘world’s first’ innovations and technology, all in the name of safety.

At the turn of a new decade this year, Volvo Cars introduces another “terrible idea” to send a strong signal about the dangers of speeding. From 2020, all new Volvo cars will have a speed cap of 180kph.

Since its global announcement in March 2020, Volvo Cars has started a conversation about whether car makers have the right or even an obligation to install technology in cars that changes a driver’s behaviour.

Nalin Jain, Managing Director of Volvo Car Malaysia, said: “The reactions to the 180kph speed cap is similar, if not nearly identical, to the comments from the general public in 1973.

We know that our decision to introduce a speed cap would cause a stir amongst the public, but sometimes all it takes is that one person to come out and make a stance to change the world.

For us, controversial or not, it is making the hard and uncomfortable decision to save a million more lives all the more worth it.”

Jan Ivarsson, Senior Technical Advisor of Safety at Volvo Cars, said: “We all understand the
dangers with snakes, spiders and heights. With speeds, not so much. People often drive too
fast in a given traffic situation and have poor speed adaption in relation to that traffic situation and their own capabilities as a driver. We need to support better behaviour and help people.”

The Global Status Report on Road Safety 2018 published by the World Health Organization
(WHO) revealed that Malaysia has the third highest fatality rate from road traffic accidents in Asia and ASEAN, behind Thailand and Vietnam.

In 2016, there were 7,152 deaths from these accidents in Malaysia, in which 87% were males and 13% females.

“As a leader in safety, we want to do our part in reducing road fatalities in our cities. We believe that a speed limitation is a definite cure, but with this latest campaign, we hope that Malaysians will be able to see what is at stake – their own lives, and those of their loved ones and fellow road users – if they don’t put a cap to speeding.

Volvo will continue to lead the charge for road safety and in the near future, tackle the problem areas of intoxication and distraction, and other innovative concepts and ideas that will help save a million more lives in the future,” concludes Nalin.

Volvo Car’s ‘A Million More’ campaign kicks off with a new content series that sees the personal accounts of car accident survivors and the role of the seat belt in saving their lives.

UMW Holdings Catat Jualan Kenderaan Memberangsangkan Pada Suku Ketiga 2020

UMW Toyota Motor mencatatkan penjualan sebanyak 5,605 unit pada bulan September 2020 dengan Perodua capai jualan tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak 25,035 unit pada bulan September 2020

Segmen automotif UMW Holdings Berhad mencatatkan penjualan yang lebih tinggi pada suku ketiga tahun 2020 berikutan pencapaian jualan yang lebih memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan 38%-syarikat bersekutu Perodua.

Bahagian pasaran automotif Kumpulan mencapai rekod tertinggi sebanyak 53.7% pada bulan Ogos, jauh lebih tinggi daripada 51.4% yang dicatatkan pada tahun 2019.

Pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun 2020, berkuat kuasa dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 telah mendorong untuk meningkatkan penjualan pada suku ketiga 2020.

UMWT capai jualan sebanyak 5,605 unit pada bulan September 2020, dengan Toyota Vios, Yaris dan Hilux menjadi penyumbang utama untuk bulan tersebut.

Pada suku ketiga tahun 2020, UMWT merekodkan peningkatan jualan sebanyak 13.5%, atau 2,242 unit yang menjadikan jumlah keseluruhan penjualan sebanyak 18,870 unit berbanding dengan 16,628 unit penjualan berdaftar pada suku yang sama tahun 2019.

Untuk sembilan bulan yang pertama tahun 2020, UMWT mencatatkan penjualan sebanyak 37,339 unit, 70.5% daripada jumlah sasaran jualan yang baru, iaitu 53,000 unit untuk tahun ini.

Bagi Perodua, bulan September merupakan penjualan yang tertinggi dalam sejarah sepanjang 26 tahun dengan penjualan berdaftar sebanyak 25,035 unit, peningkatan 10.8% daripada 22,604 unit yang dijual pada bulan Ogos 2020.

Perodua menjual 70,842 unit pada suku ketiga pada tahun 2020 berbanding dengan 56,972 unit yang didaftarkan pada suku yang sama tahun 2019, peningkatan sebanyak 13,870 unit atau 24.3%.

Untuk sembilan bulan pertama tahun 2020, Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 145,012 unit, 69.1% daripada sasaran jualan untuk menjual 210,000 unit untuk tahun ini.

Untuk memenuhi permintaan yang tinggi, Perodua juga mempertingkatan pengeluaran di kedua-dua kilang pemasangannya di Sungai Choh, Rawang.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin Che Yusoff berkata, “Penjualan yang dicapai oleh UMWT dan Perodua pada suku ketiga tahun ini adalah memberangsangkan walaupun dengan persekitaran pasaran yang mencabar, disebabkan oleh wabak Covid-19.

Kami juga berterima kasih kepada kerajaan dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dan menerapkan pengecualian cukai penjualan untuk meningkatkan industri automotif di Malaysia. Kami yakin bahawa momentum penjualan yang menjaminkan akan berterusan hingga suku akhir tahun ini.”

PTR Robots Perkenal Robot Pengangkat Bergerak Pertama Di Dunia Untuk Memindah Pesakit

PTR Robots, sebuah syarikat robot perkhidmatan dari Denmark, telah mengumumkan pertunjukan perdana di dunia bagi robot mereka yang boleh menggerak dan memindahkan pesakit.

Dibangunkan secara bersama dengan profesional penjagaan kesihatan, PTR Robot adalah penyelesaian robot pintar, bergerak yang pertama yang boleh bergerak secara fleksibel di dalam sektor penjagaan kesihatan dan kejururawatan.

Walaupun ia membantu individu yang mengalami gangguan fungsi untuk dipindah dan dipulihkan, ia juga melegakan tekanan kepada kakitangan, mengubah hala mereka dari tugas-tugas yang berintensifkan tenaga.

Sebuah Robot PTR juga mengurangkan risiko jangkitan, kerana hanya seorang pengasuh yang perlu hadir untuk melakukan pemindahan seorang pesakit.

Satu dalam setiap empat pesakit yang terlantar sakit di katil di sebuah hospital biasa tidak dapat bergantung pada diri sendiri dan memerlukan bantuan, baik untuk dipindah dan dipulihkan. Keperluan ini lebih ketara di rumah-rumah penjagaan.

Menurut WHO, kecederaan mengangkat menyumbang bagi satu pertiga daripada kesemua kecederaan pekerjaan di kalangan jururawat.

“Banyak rumah penjagaan, hospital dan institusi sangat berminat dengan robot pemindahan dan pemulihan pesakit kami. Sekiranya seorang tua patah pinggulnya, robot itu boleh membantunya berdiri tegak selepas pembedahan itu.

Robot itu juga menemani pesakit ketika membuat langkah-langkah pertama setelah pembedahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, PTR Robots, Lone Jager Lindquist

Pengangkat robot dari PTR Robots direka untuk ‘mengecil’ dalam saiz agar mudah masuk melalui sebuah laluan pintu biasa. Ini bermaksud bahawa robot itu mengatasi pengangkat siling pegun tradisional dari segi kelenturan.

PTR Robots adalah sebuah anak syarikat milik adalah sebuah anak syarikat milik Blue Ocean Robotics, yang merevolusikan pasaran robot perkhidmatan melalui anak syarikat seperti UVD Robots dan GoBe Robots.

“Dengan PTR Robots, kami telah mewujudkan satu kategori produk yang baharu di dalam bidang pemindahan dan pemulihan pesakit, serupa dengan yang kami lakukan dengan nyahjangkit kuman UV dengan anak syarikat kami, UVD Robots,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif di Blue Ocean Robotics, dan Pengerusi Lembaga di PTR Robots.

UVD Robots digunakan di seluruh dunia, menyahjangkit kuman di hospital, hotel, kilang memproses makanan, bilik-bilik bersih di industri farmaseutikal, lapangan terbang, stesen kereta api, prasekolah dan banyak lagi.

Gardenia KL Comemmorates Third World Bread Day By Aiding Groups In Crisis During COVID-19

World Bread Day

Staying true to tradition, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) is stepping forward to aid 10 charity homes impacted by the pandemic in conjunction with its third World Bread Day celebration.

The bread maker launched the ‘Gardenia World Bread Day Share & Donate’ campaign with a commitment to pledge three Gardenia Original Classic 400g bread loaves for every post and share on its Facebook page.

The move aims to empower the public to play a role in aiding those in need in challenging times.

“Celebrating World Bread Day by supporting communities in need is an on-going tradition that is close to Gardenia’s heart. With the current challenging times, the most vulnerable groups face an uphill task of putting food on the table.

“We believe the best way to commemorate this day is by sharing with those in need,” said Gardenia KL Corporate Affairs And Public Relations General Manager, Hazlinah Harun.

With the help of consumers and fans, Gardenia KL aims to donate up to 20,000 loaves of bread through the campaign which runs from 15th to 20th October 2020.

Every post and share will put bread on the table for the beneficiaries of Padmasambhava Children Loving Association Klang Selangor, Pertubuhan Nur Kasih Klang, Persatuan Sri Saradha Devi Illam Rawang, Bandar Damai Home Care, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ar Raudhah Malaysia, Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah, Pusat Jagaan Kasih Abadi, Rumah Kebajikan Misi Harapan, Persatuan Kebajikan Darul Hanan, and Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman.

Netizens can start sending their loaves of support in three steps; firstly visit, ‘LIKE’ and ‘FOLLOW’ the Gardenia KL Facebook page (https://www.facebook.com/GardeniaKL), secondly share the ‘World Bread Day Post’ (https://bit.ly/37f9XUo) and tag three friends, and finally, ensure the post is set to ‘Public’.

As of 17 October, the post has over 2,000 shares or about 30% of its target. Extending the spirit of sharing, Gardenia KL also collaborated with the Selangor Social Welfare Department to contribute 600 packs each of Gardenia Delicia Cream Rolls and Sambal Bilis Buns to the Tropicana hostel residents currently undergoing the Enhanced Movement Control Order (EMCO).

Understanding the struggle of daily wage earners due to the MCO earlier this year, Gardenia KL allocated RM1 million for its Covid-19 Aid Programme.

Partnering with organisations such as Department of Social Welfare Malaysia (JKM), the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM), the Federal Territories Islamic Religious Council’s Zakat Collection Centre (PPZ) and Federal Territory Islamic Affairs Department (JAWI), Gardenia has extended support to the Food Bank Programme, B40 households and front liners like Grab Riders and taxi drivers serving the community with critical services over a duration of four phases since March.

In total, the Gardenia Covid-19 Aid Programme has contributed RM500,000 in aid from phase one through to phase four.

Gardenia began its World Bread Day movement in 2018 by rallying consumers in a campaign to support 20 charitable organisations. Last year, Gardenia continued this tradition with varsity students from financially challenged backgrounds through the Food Bank Siswa programme.

Donors seeking to support the charity homes or learn more about the terms and conditions of the ‘Gardenia World Bread Day Share & Donate’ campaign can visit the Gardenia KL Facebook page.

About Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Gardenia KL was established in 1986. Today it is Southeast Asia’s leading bread manufacturer.

After more than 30 years, Gardenia operates bakeries in Malaysia and produces 47 kinds of
products daily, including a wide range of bread, buns, rolls, cakes, waffles, and other products like spreads and yellow noodles.

Every day, Gardenia delivers complimentary fresh bread to over 65 charitable organisations such as old folks homes, orphanages, centres and schools for the differently abled, eight of which have been on Gardenia’s delivery list since 1991.

KKM Rampas Produk Tidak Berdaftar Sekitar Kuala Lumpur

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya merampas beberapa produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta makanan yang disyaki dicampur palsu dengan racun berjadual.

Makanan yang dirampas adalah dalam bentuk gula-gula dan minuman yang disyaki mengandungi racun perangsang seks seperti sildenafil dan tadalafil.

Hasil risikan terancang yang dijlalankan oleh CPF KL telah membawa kepada serbuan melibatkan rampasan produk-produk kesihatan dianggarkan bernilai RM 533,974.

Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Dr Param Jeeth Singh berkata, serbuan dijalankan ke atas 2 premis kediaman dan 3 premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 26 orang pegawai farmasi daripada Jabatan ini terlibat dalam serbuan ini. Siasatan lanjut ke atas semua premis akan diteruskan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.

Antara produk tidak berdaftar dan makanan yang disyaki mengandungi racun yang telah dirampas adalah Candy B, Catuaba, Hammer Ginseng & Coffee, Xtreme Candy, Soloco, Vimax, Maxman Crème dan AK-11 Phenomenal King.

Perbuatan memiliki atau menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah merupakan pelanggaran di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Penjualan racun berjadual tanpa lesen yang sah boleh disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Racun 1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sildenafil dan Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami masalah Erectile Dysfunction (mati pucuk).

Ubat ini hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar. Penyalahgunaan ubat terkawal ini tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan terhadap system kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan yang dijual serta memastikan produk-produk kesihatan yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari www.npra.moh.gov.my / ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400. Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi menyemak status pendaftaran produk tersebut.

Orang ramai termasuk pihak media juga digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan sebagai usaha bersama pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk kesihatan yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam.

Aduan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran.

Tunaikan Ibadah Haji Dan Umrah Dengan Tenang Bersama FWD Hajj Rider

Bagi menaik taraf perlindungan Takaful, FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) telah memperkenalkan FWD Hajj Rider, sebuah pelan rider unik untuk peserta-peserta yang ingin menunaikan ibadah Haji atau Umrah tanpa rasa bimbang.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat memberikan penyelesaian yang komprehensif kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam bagi memastikan mereka bersiap sedia daripada segi kewangan bukan sahaja ketika memulakan perjalanan untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah malah apabila mereka berdepan dengan situasi yang tidak diduga semasa melakukan ibadah tersebut.”

FWD Hajj Rider menyediakan manfaat kematian serta Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) sehingga 400% jumlah dilindungi rider. Pelan ini juga menyediakan manfaat ihsan pasangan dengan minimum 50% jumlah dilindungi atau RM100,000 disebabkan kematian pasangan ketika menunaikan ibadah Haji atau Umrah.

Ia juga menawarkan manfaat pilihan tambahan iaitu bayaran tunai berkala dan elaun tunai kepada para pelanggan bagi tujuan simpanan untuk melakukan ibadah. Dengan manfaat pilihan tambahan, pelanggan boleh menikmati:
· Bayaran tunai berkala sebanyak 3% daripada jumlah dilindungi rider setiap dua tahun,
· Elaun tunai RM2,000 dan sehingga RM10,000 setiap satu sijil rider sebelum mereka memulakan perjalanan ke Mekah.

Wan Mohd Fadhlan Wan Azmi,Ketua Pegawai Agensi FWD Takaful berkata, “Kami mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful dengan menyediakan nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami melalui pelan-pelan takaful kami.

Pelancaran pelan ini adalah tepat pada masa pengumuman Arab Saudi baru-baru ini bahawa mereka akan membuka pintu kepada jemaah Haji dari negara-negara lain secara beransur-ansur selepas penutupan Mekah disebabkan pandemik koronavirus.
 
Pelan ini juga memberikan 100% jumlah dilindungi untuk kematian ataupun Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) untuk semua sebab. Lebih lagi, FWD Hajj Rider menawarkan tambahan 100% jumlah dilindungi kepada pelanggan jika kematian berpunca daripada virus Middle East Respiratory Syndrome (MERS).

FWD Hajj Rider boleh disertai oleh individu yang berumur antara satu bulan dan 65 tahun, dan turut menyediakan pelbagai perlindungan dan tempoh sumbangan yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.

Post Menarik